No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 25 Ogos 2018

Kids Obstacle Run 2018

 Cepat betul masa berlalu, kekadang rasa satu peristiwa dah berlaku macam berbulan walhal seperti larian untuk kanak-kanak ini baru hujung bulan lepas. Larian 'Kids Obstacle Run 2018' ini diadakan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan terbahagi kepada 2 kategori iaitu untuk umur 12 - 9 tahun dan 8 tahun ke bawah. Ilhan masuk yang kategori kanak-kanak besar, Rayyan dan Abby kategori 8 tahun ke bawah. Berkumpul pada pukul 6:30pagi untuk senaman streching dulu berdekatan dengan Stadium Likas dengan larian bermula pada pukul 7:00 pagi.
 Kanak-kanak yang berumur 8 tahun ke bawah mula dahulu. Kemudian yang kategori kanak-kanak lebih tua. Lepas Abby dah lari 1 kilometer kut baru Papa Abby kejar Abby risau anaknya blur nanti apa nak buat. Kami pun tak tau yang rupanya belakang komplek renang Likas ada tasik dan track jogging rupanya. Kanak-kanak akan pusing dahulu tasik tersebut sebelum acara obstacles atau lalui rintangan-rintangan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Kesemua rintangan akan setiap peserta lalui 2 kali atau 2 pusinganlah. Rintangan pertama Tukang Kebun tak pergi dekat ambil gambar, nampak benar malas jalan sampai ke sana hehehe...Papa Abby je yang mengekor princess Abby dia la yang kat rintangan pertama kononnya lambat sebab kena angkat guni. Hmmm...princess Abby tangan tak berapa kuat jadi stuck sikit kat sini. Maka, sekarang kalau pergi beli barang mama Abby ada excuse suruh anak-anak angkat barang kasi training tangan pula kuat ya. Bukan kaki je laju.
 Gambar di atas rintangan kedua tapi traffic jam kena beratur tunggu giliran. Gambar di bawah rintangan kedua, banyak juga belon yang terpecah.
 Mengelungsur ni rintangan terakhir. Kalau anak tactile defensiveness agak mencabarlah sebab basah dengan dilumur dengan sejenis cecair berlendir. Ilhan tak berapa suka ni sebab katanya basah baju bahagian belakang walaupun nampak mudah. 
Rintangan-rintangan ni kalau budak kampung terlalu mudah lah. But maybe sesuai juga untuk anak-anak istimewa dengan bimbingan ibubapa.  Tahun depan InsyaAllah ada lagi kut larian kids obstacle run 2018 ni , bolehlah parents alert. Ada juga yang kategori bawah 8 tahun masa baru mula lari excited tersungkur masa baru mula di garisan permulaan. Lepas check bandage masih bergerak lari juga walaupun kemudian. Asalkan semangat nak sampai ada a mile is a mile. Ada juga Tukang Kebun perhatikan kanak-kanak kecil baya Rayyan dah pandai geng up tutup jalan supaya Rayyan tak dapat limpas mereka dahulu. Mama Rayyan pun tak masuk campur tengok je sama ada Rayyan kental dan cilik untuk hadapi human obstacle tiba-tiba. Boleh juga si Rayyan tembus benteng manusia, kemudian lari jauh meninggalkan peserta-peserta yang cuba buat human obstacle tersebut. Lepas dah Rayyan mara maju lari ke garisan penamat baru Tukang Kebun sorak Run Rayyan Run. Panik jap muka geng human obstacle rupanya mama Rayyan ada kat sebelah diorang je terus dah tak geng up benteng human obstacle kena kejar aunty yang bergerak ke garisan penamat sebab nak tunggu ambil gambar.
 Style Abby lari bila dah nak dekat 200 meter ke garisan penamat baru laju mengejar nak dapatkan finisher medal. Jenis lambat warming up kena lari jarak jauh.
 Antara penaja di larian Kids Obstacle Run 2018 ini adalah dapat makanan ayam brand tuna sandwich dan juga Mcdonald cheeseburger. Kami melepak lama juga sekejap tunggu anak-anak puas main di mini playground. Kemudian ada banyak lebihan burger Mcdonald, staff kasi banyak boleh dibawa balik untuk sarapan. Rezeki makcik dan pakcik Abby sampai rumah baru bangun tidur dah ada sarapan Mcdonald di dapur. Biasa acara larian pendek begini dalam 2 jam dah selesai. Sebelum keluar rumah masukkan baju dalam mesin basuh sampai rumah semula terus sidai. Bagus juga masuk acara begini untuk jenis anak tak kuat makan macam si Rayyan, terkebil-kebil Tukang Kebun tengok masa lunch lepas makan nasi boleh lagi terus sumbat makan 2 burger.
Gambar ambil masa raya di belakang Teratak Kiulu Lodge 2 nampak subur pokok-pokok pandan. Ada sumber mengatakan lipas tak suka bau daun pandan. Biasa masa rumah Teratak Kiulu Lodge 2 dibiarkan tiada penghuni nanti Big Boss ambil beberapa pokok diletak di beberapa penjuru dalam rumah untuk kurangkan kehadiran serangga migrate dalam rumah.

Hujung minggu pagi ni ada self-collect.

1 moist bare-rooted pandan plant for RM4.00 .
Cuti sekolah hujung tahun ni ada 4th Kiulu Adventure Challenge, marilah sekeluarga melawat daerah Kiulu di Sabah. Untuk keluarga bersama kanak-kanak boleh sertai Fun run dan juga Leisure Rafting. Kiulu memang terkenal dengan white water rafting gred 1-2 di peta pelancongan Sabah. Harga leisure rafting pada event ini jauh lebih murah berbanding harga yang dikenakan oleh tour agent ya. Boleh bandingkan harga bila pergi MATTA fair PWTC awal bulan September depan ya. Jika duduk beberapa hari di Kiulu , ada banyak aktiviti outdoor lain yang boleh ditawarkan untuk jiwa lasak atau sesuai untuk keluarga. Boleh dapatkan pakej tersebut dengan contact Pengerusi Kiulu Tourism Association Daniel - 0178419062. InsyaAllah Tukang Kebun sekeluarga pun ada di Teratak Kiulu Lodge 2 ya. 

2 ulasan:

Normala Saad berkata...

Seronoknya dapat beriadah sukan bersama. Anak-anak Diana nampaknya suka adventure.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala,

Agaknya salah satu sebab jadi ketagih join fun run ni sebab seronok tengok anak-anak enjoy bersukan bersama-sama.