No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Sayur daun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayur daun. Papar semua catatan

Isnin, 20 Mei 2019

Fuji MilkLand

 Syukur Alhamdulillah pada hari ke-4 kami jalan-jalan di Jepun awal tahun ini cuaca cerah berbanding beberapa hari sebelum itu hujan ribut dan mendung yang mengakibatkan Gunung Fuji selalu tersorok belakang awan. Petani di sekitar Gunung Fuji juga ambil kesempatan pada hari yang cerah ini untuk membuat kerja di kebun masing-masing seperti petani di atas ini yang Tukang Kebun ambil gambar hendap. Kalau cuaca baik tersergam pemandangan indah Gunung Fuji dari kebunnya. Nampak subur betul tanah kebunnya.
 Rancangan pada hari ke-4 Jalan-Jalan Jepun 2019 adalah singgah melawat ladang tenusu untuk berikan peluang anak-anak biasa tengok binatang ternakan menghasilkan susu dan rasa produk tempatan tenusu sekitar Gunung Fuji. Tukang Kebun pun nak ambil kesempatan mengidam minum susu segar dari ladang Jepun dan makan cheesecake. Jika di Sabah ladang tenusu yang terkenal macam Desa Dairy Farm (related posting klik sini). 
 Terdapat beberapa ladang tenusu agrotourism di sekitar bawah Gunung Fuji seperti Fuji Milkland  (website) dan Makaino Farm (website) atau Oratche Farm (website). Fuji Milkland tiada admission fees dan Makaino Farm ada admission fees kerana kemudahan dan aktivitinya lebih banyak. Memandangkan ikut perancangan hari ke-4 sangat padat, jadi memadai sahaja singgah di Fuji Milkland sebab kekangan masa. Lagipun sudah puas anak-anak membelai binatang di Fuji Safari yang telah dilawat semalamnya.
Di Fuji Milkland ada juga kawasan yang memberikan peluang untuk kanak-kanak beramah mesra dengan binatang tenusu mammalia berkaki empat. Yang nak cuba bagi makan boleh beli satu cawan keratan sayur-sayuran dengan harga 100yen. Inilah si keldai yang selalu dibaca dalam buku cerita ya anak-anak. Yang di bawah gebu ni pula adik beradik dengan Shaun the Sheep yang selalu tengok dalam youtube. Abang Ilhan kata bila Ilhan besar belikan mama keldai, Rayyan dah besar belikan mama biri-biri.
 Ada juga aktiviti untuk kanak-kanak menaiki kuda dengan dikenakan yuran pusing-pusing bersama penjaga kuda ini sambil menikmati pemandangan Gunung Fuji. Kalau di Fuji Safari naik jenis pony yang di Fuji Milkland ni kalau kanak-kanak nampak gayat jugalah for the adventurer heart.
Anak-anak ni dah biasa dengan pemandangan Gunung Kinabalu, kali ini cuci mata tengok Gunung Fuji pula yang baru nak masuk musim bunga di mana puncaknya masih diliputi salji.
 Tengok jenis variasi pokok sakura, ada yang jenis awal musim berbunga pun sudah mula mekar bunganya. Ataupun ini jenis pokok buah yang bunganya memang mirip cherry blossom.
 Di Fuji Milkland ni macam kalau di Malaysia ada konsep R&R juga atau tempat perhatian. Selain daripada menjual produk dari tenusu, ianya juga ada menyediakan kedai untuk jualan produk tanaman tempatan. Sini seronoklah Tukang Kebun cuci mata. Sekarang ni memang musim sayur daun macam adik beradik sawi mula menghasilkan bunga. Jadi banyak tempat jual sayur daun bunga di supermarket. 
 Selain dari itu, Tukang Kebun tengok ada produk tempatan mee soba fresh yang dicampurkan dengan bunga sakura tepungnya jadi warna pinkish terus tangkap se-pek untuk bawa balik Malaysia. Puas jugalah memborong ole-ole dari Fuji Milkland ni untuk dihadiahkan juga kepada guru-guru kelas anak-anak sebab terpaksa ambil cuti sekolah awal 2 hari dari patutnya bermula. Rasa kurang sikit guilty conscience sebab ada yang terpaksa menyusahkan cikgu kena awalkan hari ujian.
 Selit iklan sekejap ya, ini pun antara hot item selalu dimohon carikan. Sementara stok masih ada, untuk gardeners yang berminat biji benih sayur daun rocket atau dikenali juga sebagai arugula ada stok semula ya seperti di atas.

~ 1 pek original packaging biji benih rocket/arugula (anggaran 250 seeds) RM10.00~

Info lanjut Rocket/Arugula (klik sini).

 Sementara Tukang Kebun membeli belah, kanak-kanak riang ni seronok menikmati soft ice cream di luar setelah penantian beberapa hari. Sebab Tukang Kebun dah janji dan suruh sabar dulu tak yah beli soft ice cream lagi lepas landing di Narita airport tunggu sampai kita ke dairy farm rasa yang original punya. Di Fuji Milkland ini ada juga kemudahan bbq untuk yang berminat beli dari sosej ladang ni.

Selasa, 2 Januari 2018

Kuil Kumano

 Setelah selesai naik sampan di Sungai Satetsu dalam 11:30 pagi, kami berjalan-jalan di kawasan berhampiran stesen keretapi Geibikei sementara menunggu keretapi tiba pukul 1:18 petang menuju ke Kesennuma. Cuaca masih sekejap salji turun sekejap berhenti. Sempatlah mengintai hasil-hasil orang tempatan yang baru sahaja mereka tuai. Nampak ada yang kasi kering buah pisang kaki supaya boleh simpan lama macam raisin. Buah pisang kaki dalam bahasa Jepun panggil 'kaki' dan yang kering macam raisin ini dipanggil 'hoshigaki' (dried persimmon). Bila dikeringkan begini makin manis rasanya. Samalah macam konsep buah anggur dikeringkan jadi raisin. Lobak putih pun dijemur sebagai persediaan untuk membuat jeruk kemudian. Tukang Kebun tertarik sangat tengok jenis labu yang baru dituai oleh Tukang Kebun Geibikei ni. Baru separuh masak ni tapi faham perlu dituai terus memandangkan salji dah turun yang boleh merosakkan kualiti buah labu. Buah labunya panjang dan gemuk macam adik beradik jenis crookneck pumpkin sebab bawah gemuk atasnya panjang melengkung. Sibuk jadinya Tukang-tukang kebun kawasan Geibikei ini dengan salji yang tiba-tiba turun awal dari biasa.
Wah seronoknya tengok sayur kubis cina yang gemuk-gemuk berlapis-lapis. Mesti manis bawang besar yang baru dituai. Ini kalau buat bawang goreng sedap ni. Cara pengeringan bawang besar memang kena begini dengan batangnya sekali baru boleh tahan lama. Bawang besar kalau yang segar baru dituai, potong halus-halus goreng, anak-anak pun suka makan. Tuan Rumah masa Tukang Kebun sewa bilik zaman student di Jepun dulu jenis suka menanam juga, kalau musim Tuan Rumah baru je selesai tuai bawang besar yang dia tanam kan, berplastik-plastik Tuan Rumah bagi kat Tukang Kebun masa datang bayar sewa rumah.
 Pergi mana-mana kawasan utara Tohoku ni, banyak pokok pisang kaki buahnya amat lebat walaupun daun semua dah gugur. Bertembung juga dengan Tukang Kebun di kebun-kebun ini semua sibuk ulang-alik. Bila bertembung mata semua senyuman mekar di bibir, tak de yang mengeluh walaupun hari sejuk menguruskan kebun.
 Tukang Kebun intai kalau kawasan ini mesti ada yang di kebun menanam pokok buah jenis Chinese lantern. Menarik warnanya jingga terang.

~ Anggaran 20 biji benih 1 pek Chinese Lantern Plant (Physalis alkengi) RM3.00 ~

 Tukang kebun Geibikei juga mengambil kesempatan sepenuhnya sebelum cuaca menjadi terlalu sejuk dengan menanam fast crop atau tanaman hasil cepat seperti radish dan turnip. Tambahan pula daun sayur radish dan turnip juga boleh dimakan bukan sahaja akarnya tu. Tengok gaya cara menanam, ini terus tabur biji benih di batas ini sebab jaraknya tak sekata pun begitu menjadi rapat-rapat.

~ Anggaran 30 biji benih Radish Sakuranbo (Cherry Belle) 1 pek RM1.00 ~

~ Anggaran 30 biji benih Radish French Breakfast 1 pek RM1.00 ~

~ Anggaran 50 biji benih Turnip Hinonakabu 1 pek RM1.00 ~

~ Anggaran 50 biji benih Turnip HonBeni AkaMaru 1 pek RM1.00 ~
 Tak jauh dari Geibikei station ada Kuil Kumano. Kalau diterjemahkan secara langsung Kuil Beruang Liar. Agaknya kawasan ini zaman-zaman dahulu banyak beruang liar. Kuil ini berhadapan dengan stesen minyak. Tengok ramai singgah stesen minyak untuk tukar tayar jenis musim winter pakai.
 Kuilnya tak besar lah tapi bagi penduduk tempatan tentu banyak sejarahnya. Mungkin dah ada beberapa generasi paderi yang menjaga kuil ni turun temurun.
 Sementara tiba-tiba Abby sibuk nak ke tandas dan papa bawa ke convenience store sebelah je dengan Kuil Kumano ini, Tukang Kebun, Ilhan dan Rayyan berteduh sekejap di sini kerana masih turun lagi salji. 
 Bunyikan loceng so that your wish is heard. Nampak je kuil ini usang tetapi ada tu CCTV. Tak salah tumpang berteduh di sini asalkan tak merosakkan harta benda.
 Lepas Abby dah selesai urusannya, kami teruskan pula jalan-jalan cari makan. Ternampak pula di selekoh nak ke pejabat naik sampan ada banyak bunga kekwa sedang mekar antara pokok-pokok iris. Pokok bunga kekwa adalah bunga yang kembang masa musim luruh, manakala bunga iris pula ikut jenis kembang perantaraan akhir musim bunga nak masuk musim panas di Jepun. Cantik warna bunga kekwa ini. Tak lama lagi semua ini akan duduk bawah salji.
 Tak jauh dari selekoh ini kami buat keputusan untuk makan soba bersebelahan Sungai Satetsu untuk makan tengahari sementara tunggu masa keretapi tiba. Dalam negeri Iwate ini ada beberapa jenis soba, jadi Tukang Kebun recommend cuba soba (sejenis noodle) yang biasanya diperbuat dari sejenis tanaman buckwheat. Yang tempat kami makan ni, jenis soba dia Tukang Kebun suka. Lembut nak digigit tapi tak berapa lembik, rasa dia pun boleh rasa beza dari yang biasa dimakan.
 Mungkin zaman dulu banyak beruang turun dari kawasan pergunungan cari makanan di Sungai Satetsu ini seperti ikan kut.

Ahad, 31 Disember 2017

Geibikei Station

 Dari Ichinoseki Station ikut JR railway yang diberikan nama Ofunato line, biasanya antara stesen keretapi yang keretapi akan lalu di Ofunato line yang Stesen Geibikei jadi tempat ramai pelancong antarabangsa dan domestik yang turun di platform sini. Stesen Geibikei ini kecil sahaja platform dia kalau nak bandingkan stesen-stesen lain. Di sini pun takde kaunter tiket atau mesin jual tiket. Tiada staf stesen keretapi di sini. Tiket kena beli ambil dalam keretapi. Bila passenger nak turun hanya pintu depan dekat pemandu keretapi sahaja yang buka. Macam sistem naik public bus. Di situ pemandu keretapi akan check tiket. Jika anda pakai JR East Tohoku Pass, tunjukkan pass anda. Pemandu keretapi di Ofunato line kena multi-tasking, dialah pemandu, dialah conducter keretapi check ticket.
 Di Ofunato line ini memang ada banyak stesen keretapi yang platform simple sahaja dengan pondok kecil je untuk berteduh. Tiada pun staf railway untuk check tiket di pondok tersebut. Di stesen Geibikei pun landasan keretapi cuma hanya satu sahaja. Biasanya ada dua landasan kalau penempatan ramai untuk dua keretapi boleh jalan serentak berlainan hala. Memandangkan ini kawasan kampung, bilangan keretapi yang lalu atau kena tunggu adalah lama ya. Kena rancang check perjalanan betul-betul. Kalau kawasan kampung ni kekadang keretapi yang berhenti sejam~2 jam mungkin satu. Pastu tengok arah kita nak pergi kena check betul-betul. Jangan asal sampai keretapi main masuk je. Kami jejak kaki sahaja keluar dari keretapi apabila sampai Geibikei station sedang meriah turun salji.
 Excited sungguh anak-anak merasa salji pertama turun di kawasan Tohoku ini dan memandangkan ini kali pertama mereka rasa natural snow. Rezeki anak-anak sebab anggaran Tukang Kebun kali ini berjalan kawasan yang hendak melawat di travel Jepun kali ini sepatutnya bukan waktu salji turun lagi. Boleh dikatakan masih musim luruh lagi. Orang tempatan pun tak budget first snow was the day we visit Geibikei. Pokok maple di depan stesen keretapi Geibikei pun masih merah menyala lagi baru nak tukar ke kuningan.
 Sedang berjalan kaki pantas nak menuju ke destinasi sempat juga nak skodeng kebun orang sambil lalu. Tukang Kebun seronok tengok depan masuk rumah orang ini banyak bekas polistrin kitar semula dibuat sebagai tempat semaiannya. Boleh je nak tabur biji benih sayuran daun macam gambar di bawah ini sementara nak tunggu ruang yang kosong untuk dipindah-pindahkan. Mana yang tumbuh besar dulu tinggi dah boleh pun buat sayur campur dalam nasi atau bee hun goreng kan. Sebenarnya tuai yang saiz masih mini lagi manis banding yang besar. Saiz ini pun boleh buat campuran salad.
 Across the road rumah orang ni, kelihatan Tukang Kebunnya baru sahaja selesai tuai lobak merah dan lobak putih dia. Mungkin salji tiba-tiba turun, kelam kabut juga Tukang Kebunnya dibuatnya hehehe...sebab daun lobak merah ni nampak ketara baru je pagi tersebut dituai. Nampaknya macam hasil tanaman yang sayur daun macam Pak Choi pun dah boleh dimakan. Organik ni nampak gayanya sebab daun-daunnya ada dah kena makan. Macam tak putus-putus bekalan sayur Tukang Kebun ni. Keluar masuk jugalah Tukang Kebunnya kalau gini, nak kena tuai mana yang tak tahan salji. Lepas dah tuai carrot ni, batas ni bolehlah agaknya Tukang Kebun nak pindahkan anak-anak sayur macam dalam polistren tu.
Ada beberapa jenis biji benih sayur daun yang favourite Jepun pun ada dengan harga RM1.00 sepaket:

~ Bok Choi Vitaminna ~
~ Komatsuna ~
~ Pak choi ~
~ Tatsoi ~
~ Kailan ~

Berlari-lari ke destinasi yang hendak dituju di Geibikei ni. Dari stesen keretapi Geibikei dalam 5 minit jalan kaki. Yang turun sesama dari Geibikei station semuanya menuju ke sini juga. Semangat betul hahaha...Tukang Kebun orang first sampai di kaunter tiket sebab nak pastikan dapat naik bot yang pukul 10 pagi. Kalau tengok video nampak jam di kaunter tiket, Tukang Kebun terpacak kat sana pukul 9:50AM. Kami turun di platform stesen keretapi Geibikei dalam pukul 9:40AM. Bila tanya staf di kaunter sempat tak pukul 10AM punya, katanya sempat lagi. Pastu siap tak caya confirm betul sekali Tukang Kebun ni...hahaha...betul ke masih boleh naik pukul 10 punya. Sebab kalau tak dapat pukul 10 pagi kena tunggu pukul 11 pagi setiap sejam waktunya bot berlepas.


 Di atas ini adalah jadual keretapi sampai di platform stesen keretapi Geibikei untuk ke arah Kesennuma station atau Ichinoseki station. Tak banyak kan keretapi dia. Kalau last train nak balik Ichinoseki station pun pukul 8:25PM. Memang kena catat dulu masa keretapi supaya kita tak menunggu lama.
 Ini bilik kecil untuk menunggu atas platform, tiada heater atau kipas tapi bolehlah berteduh dari angin atau kena basah. Di sini juga tempat simpan barang-barang untuk kemas stesen keretapi macam penyapu. Bila tengok penyapu  panjang dia tersandar di dinding tu rasa inspired nak kena rajinkan diri buat penyapu sendiri dari bahan yang ada di dalam kebun. Tak boleh tahan kan Tukang Kebun ni, sambil menunggu pun boleh belek-belek penyapu. Jangan main-main daam bilik kecil ini pun ada CCTV ya.
 Salah satu perbezaan keunikan stesen Geibikei ini dengan semua stesen dalam Jepun ialah di rail pagar platformnya ada bahagian yang diwarnakan dengan character pokemon and friends. 
Selepas bersiar-siar di kawasan Geibikei, kami naik keretapi ke arah Kesennuma dahulu pada pukul 1:18PM. Kami berada di Geibikei selama 3 jam setengah. Bila kami naik keretapi untuk balik ke Ichinoseki station semula dari Kesennuma station, keretapi singgah Geibikei station pada pukul 5PM sudah beza pemandangannya. Pokok-pokok keliling Geibikei station dah diliputi dengan salji.

Jumaat, 27 November 2015

Mizuna SenSujiKyou (千筋京水菜)

   Antara sayur daun kegemaran Tukang Kebun yang mirip kepada bentuk arugula ialah sayur daun Jepun yang dipanggil Mizuna. Sayur Mizuna lebih ranggup dimakan dari arugula dan tak berapa rasa pedas-pedas bila dimakan mentah berlainan dengan arugula. Sayur Mizuna seperti sayur arugula yang biasa digunakan dalam salad campur juga popular di Jepun sebagai sayur salad kerana bentuknya yang bergerigi nampak menarik dicampurkan dengan sayur daun lain berserta keranggupannya. Jika dibandingkan dengan arugula ianya lebih ranggup. Dalam segi warnanya juga dapat dibezakan dengan Arugula dan Mizuna walaupun keduanya mempunyai bentuk daun bergerigi yang hampir sama. Berbeza dengan Arugula, Mizuna masa baru lahir beberapa daun sudah pun menunjukkan daun-daun yang bergerigi lebih awal dengan jelas.

Contoh anak pokok Mizuna baru bercambah klik sini.

   Hampir terlupa nak tuai sayur daun Mizuna jenis SenSujiKyou sebelum balik ke kampung Big Boss.  Mizuna jenis SenSujiKyou adalah antara jenis Mizuna yang lebih banyak menghasilkan batang daun. Yang batch Tukang Kebun tuai SenSujiKyou masih remaja lagi tengah bertambah-tambah tumbuh lagi batang-batang sayur halus kecil pokoknya. Kalau tak tuai nanti tak merasa pula bila balik. Batch SenSujiKyou ini yang benihnya terus disemai dalam pasu dan menerima separa cahaya matahari. 

~  Anggaran 50 biji benih Mizuna SenSujiKyou (千筋京水菜) harga RM1.00 ~
  Gambar No. 2 dan No. 3 adalah perkongsian gambar sayur sawi jepun atau dipanggil komatsuna yang sedang membesar di Kebun Kak Fatima di Rawang dari bekalan benih Kebun Bahagia Bersama. Tumpang bahagia melihat pertumbuhan sayur komatsuna ini. Perbezaan pertumbuhan komatsuna dalam 2 bekas ini bila dibincangkan bersama Kak Fatima kebarangkalian faktor penerimaan cahaya matahari. Yang gambar No.2 mendapat lebih banyak cahaya matahari jika dibandingkan dengan petak gambar No. 3. Bekalan jenis tanah yang digunakan kedua-duanya adalah sama dari tanah bakar Kebun Bahagia Bersama.

  Musim hujan sekarang musim mudah untuk menanam sayur daun hijau. Terutamanya bagi mereka yang menanam dalam bekas sebab boleh dialih-alihkan. Kalau hujan lebat sangat takut patah batang-batangnya boleh dipindah-pindahkan tempat. Cuaca pun kurang panas berbanding dengan musim lain, lebih mudah bagi mereka yang menanam di tempat tinggi seperti balcony garden yang jika musim panas, bahang panas lebih terasa. Gardeners yang ada hajat pada awal tahun 2015 nak merasa hasil tuaian dari tangan sendiri yang belum sempat merealisasikan hajat tersebut, InsyaAllah sempat juga nak merasa hasil tangan kalau tanam sayur daun. Sayur daun sebenarnya tak perlu tunggu besar pun dah boleh makan. Sebagai contoh saiz sawi jepun/ komatsuna yang dikongsikan oleh Kak Fatima ini pun dah boleh dituai. Terutamanya kalau dah padat sangat, sambil bagi ruang sambil tu boleh tuai. Lapar-lapar musim hujan ini boleh campur dalam maggi sejurus dituai (jangan lupa cuci tanah dulu).

  Benih-benih sayur daun sawi jepun/komatsuna juga available. Ada 2 jenis benih kampung /heirloom komatsuna dalam stok terkini. Setiap 1 pek berharga RM1.00 dengan anggaran 50 biji benih.

~ Komatsuna Gokurakuten 極楽天 ~

~ Komatsuna Natsurakuten夏楽天 ~

  Mulai dari hari ini (27hb November 2015) hingga (18hb December 2015), Kebun Bahagia Bersama buka promosi sayur daun, turnip, radish dan lettuce. Kebiasaannya kami bekalkan setiap pek RM1.00 dengan anggaran 50 biji benih. Untuk promosi kali ini pilihan seperti yang tertera di page posting ini termasuk Mizuna dan Komatsuna, pembelian 5 pek (RM5) dapat 1 pek percuma atau pembelian 10pek (RM10) dapat 3 pek percuma. Pek percuma akan dipilih oleh Tukang Kebun.

 Semua jenis benih-benih yang dibekalkan adalah jenis benih kampung/heirloom, bukan hybrid ataupun F1. Yang ini semua jenis sayur boleh dimakan ala-ala sprout, baru bercambah ada beberapa daun pun sudah boleh dimakan. Masih bolehlah dikira semai tahun ini boleh makan tahun ini.

Antara pilihan benih-benih yang available:

~ Lettuce Coral Leaf Plume (klik sini) ~

~ Lettuce Summer Green (klik sini) ~

~ Radish French Breakfast (klik sini) ~

~ Turnip Hinonakabu 日野菜蕪 (klik sini) ~

~ Turnip HonBeni 本紅かぶ (klik sini) ~

~ Turnip HonBeni AkaMaru 本紅赤丸蕪 (klik sini) ~

~ Turnip TsudaKabu 津田蕪 (klik sini) ~

~ Bok Choi Hiroshimana (klik sini) ~

~ Bok Choi Vitaminna (klik sini) ~

~ Hon Tsai Tai (klik sini) ~

~ Kailan (klik sini) ~

~ Mibuna ~

~ Mustard Red Giant (klik sini) ~

~ Pak Choi (klik sini) ~

~ Tatsoi (klik sini) ~

~ Sawi Bunga (klik sini) ~


Rabu, 4 Mac 2015

KBB Bakal Jadi Live KFC

  Lama tak bersiaran antara sebab Tukang Kebun ambil cuti 3 hari away from berkebun dengan masalah internet tak stable minggu ini. Pergi cuti tak jauh pun cuma menginap 3 malam di Sunway Pyramid Tower hotel nak habiskan point Sunway Vacation Club sambil tunaikan janji papa Ilhan bawa pergi ke Sunway Lagoon kerana Ilhan mendapat keputusan memberangsangkan akhir tahun lepas. Papa Ilhan asyik sibuk kerja di office tak dapat nak bergerak jauh sambil planning last minutes. Kira pertama kalilah permata-permata hati dapat masuk ke Sunway Lagoon. Nasib baiklah kebetulan Tuan Tanah ada balik hujung minggu lepas dan adik perempuan pun dah kembali duduk di Sungai Buloh sebab cuti semester dah habis nak kena mula uni balik. Maka legalah hati ada pengganti tukang kasi makan semua PETS di rumah sementara tukang kebun is on leave. Sukar nak on leave lama-lama sekarang kalau tiada pengganti kasi makan. Semasa sedang kami tengok burung hantu di Sunway Lagoon tiba-tiba Tuan Tanah (papa) call menantu dia.
  Rupa-rupanya Tuan Tanah ketika itu sedang berada di Pasar Pagi Paya Jaras Sungai Buloh nak cari kuih kegemaran apam balik untuk Big Boss bawa ke Sabah. Nak tanya tukang kebun nak tak ayam belanda. Ada tinggal 3 ekor dijual dapat harga RM120. Kalau harga asal seekor RM50 katanya. Ketiga-tiganya betina. Bolehlah tukang kebun kata. Ingat papa nak belanja (puas pujuk minta belanja)...hehehe...tukang kebun kena reimburse bagi duit belanja buku sekolah nanti dekat adik. So sabarlah Iyah ya minggu depan along bagi pocketmoney RM120 ya.
  Sebab pagi semalam along baru tangkap 25 ekor anak ayam daging berumur lebih kurang 4~5 weeks dekat Pet Shop berhampiran sekolah kebangsaan si Ilhan sebelum pick up Ilhan di sekolah agama. Shopping anak ayam daging dah habis belanja RM100. Harga asal diberi RM5. Tapi sebab ambil banyak dapatlah RM4 seekor. Lagipun tokey kedai kata ni dah ada berat 1/2kilogram ni dan cepat besar.
 Projek baru Kebun Bahagia Bersama awal bulan March ini bela ayam daging untuk makan sendiri. Kalau ada lebih, jika tukang kebun offer ada sesiapa berminat tak? Terlintas kami nak cuba bela ayam daging sendiri sebab masa tahun 2013 seminggu kami mesti beli 2ekor ayam. Kemudian masuk tahun 2014 kami seminggu belanja dapur 3ekor ayam setiap minggu. Yalah permata-permata hati pun makin membesar walaupun 3 ekor ayam seminggu for their diet, belum lagi campur seafood untuk diet diorang for week. Harga pasaran sekilo ayam daging pun sekilo RM7.50. Berbincang-bincang dengan husband apa salahnya kita cuba bela ayam daging sendiri lebih untung dan selamat dari suntikan hormone serta apa ntah lagi untuk formula ayam daging cepat besar gebu jika dibela secara commercial. Jadi kami cubalah bela suka-suka dulu dan pantau pembesaran mereka. Sekarang ini di sangkar no. 4 dihuni oleh 3 ekor anak ayam belanda betina dan 25 ekor anak ayam daging. Makin sibuk bertambah Pets dan tanggungjawab.
  Kasihan dekat Kiki dah arwah sebab kena terkam dengan musang dah buta. Kisahnya kami mula-mula hairan mana Kiki pergi beberapa hari. Kebetulan projek weekend dengan Big Boss menebas di belakang. Terjumpalah si Kiki mengeram dalam semak. Sifat ayam belanda betina ini memang suka mencari tempat semak untuk mengeram telur. Lepas tu kalau dialihkan telurnya nanti dia merajuk pula dah tak nak mengeram. Jadi kami kemaskanlah kawasan keliling tersebut siap buatkan Kiki temporary hut untuk berteduh dari kena hujan. Beberapa hari lepas tu Kiki mata kena cakar menjadikannya buta dan lemah beberapa hari. Tukang kebun suspek mesti biawak nak ambil telur si Kiki dan cakar terkena mata Kiki jadi buta. Sebab kuku biawak biasanya dikatakan beracun. Jadi bila combat dengan biawak elakkan dari terkena kuku dia tu. Bak kata Tuan Tanah, Big Boss biawak besar pun tak takut dikejarnya dengan parang sebab sayangkan Pets dia. Disebabkan Kiki buta dan lemah, kenalah attack dengan musang. Tapi musang pun macam tak berapa menjamah tukang kebun tengok leher Kiki. Mungkin masa lepas attack baru musang tu sedar mungkin Kiki not a very good specimen to suck blood ada contamination poison lagi kut dalam blood system Kiki. Ini kisah dah lama rasanya dah sebulan lebih Kiki meninggalkan kami.
 Tengok species macam ayam mutiara exotic di Sunway Lagoon ini teringin pula nak tambah collection jenis ayam-ayam hehehe...Sekarang ini kami dalam proses hunting anak-anak ayam mutiara pula nak bela di belakang. Kalau ada sesiapa tahu mana nak dapatkan bekalan anak-anak ayam mutiara informlah kami.
 Ohhhh yang ini tak boleh bela lagi ya kids. Habis tanaman di belakang tu botak-botak belaka nanti. Nak kena buat kandang special dahululah ya. Ini budget besar belum lagi. Main tunggang je lah dulu dalam Sunway Pyramid Chinese New Year celebration decoration.
 Antara tuaian segar di Kebun Bahagia Bersama minggu lepas adalah seperti sengkuang dan Bok Choy Jepun Vitaminna. Sengkuang tukang kebun tak semai pun biji benihnya. Yang ini tumbuh sendiri di bawah pokok belimbing buloh dari biji-biji benih yang meletop-letop dari kantung tidak dituai (lokasi di sini). Biji benih sengkuang baru dituai minggu lepas dan biji benih bok choy vitaminnia juga available.
~ Sengkuang ~
Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
~ Bok Choy Tsukenna Vitaminna ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM1.00 .

Jadual Self-Collect minggu ini:

~ Rabu 4hb March 2015 di Sungai Buloh antara pukul 8:30 malam ~ 9:00 malam.

~ Jumaat 6hb March 2015 di Saujana Utama antara pukul 9:45 malam ~ 10:15 malam.

~ Sabtu 7hb March 2015 di Sungai Buloh antara pukul 5:30 petang ~ 6:00 petang.

Jumaat, 30 Januari 2015

Kebun Natasya

  Minggu ini tiada masa nak menuai dari kebun sebab sibuk dengan proses pemindahan anak-anak pokok pisang sementara hujan masih turun dan belum officially masuk musim panas kemarau lagi. Alasan diberi adalah masa tapi sebenarnya lepas selesai pindah-pindahkan anak pokok dah tak larat sebenarnya. 
  Hari Rabu lepas ada serumpun pisang jenis buahnya yang kecil molek dikemaskan tapi lupa jenis pisang apa yang anak-anak suka makan di depan pokok ciku. Ada kemungkinan pisang mas atau bantan, tunggu jelah pokok yang paling matang berbuah nanti untuk buat catatan. Selepas merumput, tukang kebun pindahkan beberapa anak-anak pisangnya yang dah tinggi berderet ke lokasi seperti dalam gambar di atas. Kalau tidak dipagarkan tinggi-tinggi habis jadi santapan si angsa-angsa nanti. 
 Bulan ini memang projek pindahkan anak-anak pisang membara-bara sebab tuaian pisang semenjak ni lumayan. Sebagai contoh 2 minggu lepas dapat kami tuai setandan pisang abu. Selain dari dibuat pisang goreng, dibuat juga kerepek pisang. Berbalang-balang kerepek pisang dapat dibuat, sampai hari ini pun tak habis lagi.
  
 Kita berhenti seketika celoteh pisang nanti bosan pula sebab banyak posting related pisang akan datang ini. Hari ini kita berpeluang pula melawat Kebun Natasya di kawasan Lembah Klang. Terima kasih banyak-banyak kepada Gardener Natasya kerana kongsikan hasil dari biji benih dan anak pokok dari Kebun Bahagia Bersama. Tumpang bahagia sesangat dapat tengok dan menjamu mata.

Tuaian kailan yang segar bugar.
 Crispy Pak Choi Canton.
Sweet Basil Large Italian Leaves yang puas boleh buat pesto banyak.
Madonna Lily yang berkawan mesra dengan vinca merah di sebelahnya.

Thank you so much Natasya for sharing with us.