Antara sayur daun kegemaran Tukang Kebun yang mirip kepada bentuk arugula ialah sayur daun Jepun yang dipanggil Mizuna. Sayur Mizuna lebih ranggup dimakan dari arugula dan tak berapa rasa pedas-pedas bila dimakan mentah berlainan dengan arugula. Sayur Mizuna seperti sayur arugula yang biasa digunakan dalam salad campur juga popular di Jepun sebagai sayur salad kerana bentuknya yang bergerigi nampak menarik dicampurkan dengan sayur daun lain berserta keranggupannya. Jika dibandingkan dengan arugula ianya lebih ranggup. Dalam segi warnanya juga dapat dibezakan dengan Arugula dan Mizuna walaupun keduanya mempunyai bentuk daun bergerigi yang hampir sama. Berbeza dengan Arugula, Mizuna masa baru lahir beberapa daun sudah pun menunjukkan daun-daun yang bergerigi lebih awal dengan jelas.
Contoh anak pokok Mizuna baru bercambah klik sini.
Contoh anak pokok Mizuna baru bercambah klik sini.
Hampir terlupa nak tuai sayur daun Mizuna jenis SenSujiKyou sebelum balik ke kampung Big Boss. Mizuna jenis SenSujiKyou adalah antara jenis Mizuna yang lebih banyak menghasilkan batang daun. Yang batch Tukang Kebun tuai SenSujiKyou masih remaja lagi tengah bertambah-tambah tumbuh lagi batang-batang sayur halus kecil pokoknya. Kalau tak tuai nanti tak merasa pula bila balik. Batch SenSujiKyou ini yang benihnya terus disemai dalam pasu dan menerima separa cahaya matahari.
~ Anggaran 50 biji benih Mizuna SenSujiKyou (千筋京水菜) harga RM1.00 ~
Gambar No. 2 dan No. 3 adalah perkongsian gambar sayur sawi jepun atau dipanggil komatsuna yang sedang membesar di Kebun Kak Fatima di Rawang dari bekalan benih Kebun Bahagia Bersama. Tumpang bahagia melihat pertumbuhan sayur komatsuna ini. Perbezaan pertumbuhan komatsuna dalam 2 bekas ini bila dibincangkan bersama Kak Fatima kebarangkalian faktor penerimaan cahaya matahari. Yang gambar No.2 mendapat lebih banyak cahaya matahari jika dibandingkan dengan petak gambar No. 3. Bekalan jenis tanah yang digunakan kedua-duanya adalah sama dari tanah bakar Kebun Bahagia Bersama.
Musim hujan sekarang musim mudah untuk menanam sayur daun hijau. Terutamanya bagi mereka yang menanam dalam bekas sebab boleh dialih-alihkan. Kalau hujan lebat sangat takut patah batang-batangnya boleh dipindah-pindahkan tempat. Cuaca pun kurang panas berbanding dengan musim lain, lebih mudah bagi mereka yang menanam di tempat tinggi seperti balcony garden yang jika musim panas, bahang panas lebih terasa. Gardeners yang ada hajat pada awal tahun 2015 nak merasa hasil tuaian dari tangan sendiri yang belum sempat merealisasikan hajat tersebut, InsyaAllah sempat juga nak merasa hasil tangan kalau tanam sayur daun. Sayur daun sebenarnya tak perlu tunggu besar pun dah boleh makan. Sebagai contoh saiz sawi jepun/ komatsuna yang dikongsikan oleh Kak Fatima ini pun dah boleh dituai. Terutamanya kalau dah padat sangat, sambil bagi ruang sambil tu boleh tuai. Lapar-lapar musim hujan ini boleh campur dalam maggi sejurus dituai (jangan lupa cuci tanah dulu).

Benih-benih sayur daun sawi jepun/komatsuna juga available. Ada 2 jenis benih kampung /heirloom komatsuna dalam stok terkini. Setiap 1 pek berharga RM1.00 dengan anggaran 50 biji benih.
~ Komatsuna Gokurakuten 極楽天 ~
~ Komatsuna Natsurakuten夏楽天 ~
Mulai dari hari ini (27hb November 2015) hingga (18hb December 2015), Kebun Bahagia Bersama buka promosi sayur daun, turnip, radish dan lettuce. Kebiasaannya kami bekalkan setiap pek RM1.00 dengan anggaran 50 biji benih. Untuk promosi kali ini pilihan seperti yang tertera di page posting ini termasuk Mizuna dan Komatsuna, pembelian 5 pek (RM5) dapat 1 pek percuma atau pembelian 10pek (RM10) dapat 3 pek percuma. Pek percuma akan dipilih oleh Tukang Kebun.
Semua jenis benih-benih yang dibekalkan adalah jenis benih kampung/heirloom, bukan hybrid ataupun F1. Yang ini semua jenis sayur boleh dimakan ala-ala sprout, baru bercambah ada beberapa daun pun sudah boleh dimakan. Masih bolehlah dikira semai tahun ini boleh makan tahun ini.
Antara pilihan benih-benih yang available:
~ Lettuce Coral Leaf Plume (klik sini) ~
~ Lettuce Summer Green (klik sini) ~
~ Radish French Breakfast (klik sini) ~
~ Turnip Hinonakabu 日野菜蕪 (klik sini) ~
~ Turnip HonBeni 本紅かぶ (klik sini) ~
~ Turnip HonBeni AkaMaru 本紅赤丸蕪 (klik sini) ~
~ Turnip TsudaKabu 津田蕪 (klik sini) ~
~ Bok Choi Hiroshimana (klik sini) ~
~ Bok Choi Vitaminna (klik sini) ~
~ Hon Tsai Tai (klik sini) ~
~ Kailan (klik sini) ~
~ Mibuna ~
~ Mustard Red Giant (klik sini) ~
~ Pak Choi (klik sini) ~
~ Tatsoi (klik sini) ~
~ Sawi Bunga (klik sini) ~
8 ulasan:
Salam kak klu nak order semua 16 biji benih yg tersenarai, 2 pek tuk setiap benih + postage berapa ye?
Macam-macam jenis sayur ni....ada yang tak pernah jumpa...apalagi merasanya....
arugular tu mak mertua suka betul..harap bila pindah lagi semangat berkebung masuh utuh..insya allah
kalau kaknoor dpt order mmg best Diana mcm2 ada di jual yg tk penah kaknoor dngr pun
Salam Bahagia Sis Adriana.
Thank you for the orders.
Posted last Monday.
Salam Bahagia Kak Fida.
Memang macam-macam jenis sayur ni kan bila kita jelajah tampat orang.
Salam Bahagia Yaati Nor.
InsyaAllah lepas dah selesai rumah nak fikir susunan laman di luar pula.
Salam Bahagia Kak Noor.
Suatu hari nanti jak juga tumpang makan di dapur Kak Noor di Brunei hehehe...
Catat Ulasan