No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Buah Nadir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buah Nadir. Papar semua catatan

Ahad, 15 April 2018

Dereten Pokok Jambu Mawar Masjid Bandaraya

 Setiap kali masa lalu dereten pokok-pokok yang sebelah gerai-gerai makanan di Masjid Bandaraya di tempat letak kereta paling belakang, Tukang Kebun selalu rasa pokok-pokok ni nampak sangat familiar di kaca mata Tukang Kebun. Bentuk daunnya dan pokoknya. Kebetulan suatu hari masa parking kereta bila dongak ke atas pokok tersebut tu, tersenyum tengok buahnya. Tepat sekali sangkaan Tukang Kebun yang deretan pokok-pokok di lokasi tempat letak kereta ni ditanam dengan pokok jambu mawar.
 Dereten pokok-pokok di sini dipangkas untuk sentiasa dijadikan pokoknya renek. Walaupun dipangkas rendang, buah-buah yang dihasilkan masih lebat lagi. Jika di Kebun Bahagia Bersama pun pokoknya tak besarlah jika nak dibandingkan dengan pokok rambutan. Agak sesuai ditanam di luar pagar rumah depan untuk bagi kanopi atau teduhan dengan kereta yang terpaksa parking di luar.
 Pucuk pokok jambu mawar adalah berwarna merah. Makin lama tangkai pucuk-pucuk ini akan membesar menjadi dahan-dahan yang baru. Bunga pokok jambu mawar juga mirip seperti seperti pokok jambu air berwarna putih. Kelulut atau lebah juga gemarkan madu dari bunga jambu mawar ya.
 Buah jambu mawar ini walaupun isinya lebih keras dari buah jambu air, tetapi buahnya lebih diminati oleh burung dan tupai. Sekejap je buahnya hilang kalau dah nampak tanda-tanda nak masak. Biasanya tak sempat Tukang Kebun sendiri nak merasa memandangkan pokok buah jambu mawar sekarang lebih jarang ditanam.
 Yang tak pernah nampak pokok jambu mawar, boleh singgah di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu yang menghadap Teluk Likas. Masjid Bandaraya ini tak putus-putus pelawat luar negara singgah melawat. 

~ 1 pot anak pokok jambu mawar RM15.00 ~

Ahad, 4 Mac 2018

Rambai Istana

 Buah Malaysian Cherry yang mirip dengan buah Cherry Barat yang biasa dihiasi atas kek ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Ceri Terengganu, Perupok atau Rambai Istana. Pokok Rambai Istana ini memang pokok nadir kita. Maka ianya amat mudah membiak merata di dalam kebun kerana buahnya yang telah ranum adalah kegemaran makhluk bersayap seperti burung dan kelawar. Setelah biji benih buah ceri bercambah, akar yang tumbuh amat panjang juga. Indikasi yang pokok Rambai Istana ni pandai mencari air dan boleh hidup selesa di mana-mana kawasan di bawah elevation 500 meter tanah bumi Malaysia ini. Ianya juga tidak cerewet dengan jenis tanah kerana boleh hidup dengan jenis tekstur tanah berpasir sehingga tanah liat/merah.
 Pokok Rambai Istana amat pantas membesar dari biji benih. Sekiranya persekitaran pertumbuhannya adalah pada keadaan optimum, ianya sudah boleh berbuah pada usia lebih 2 tahun. Memandangkan di kebun belakang Kebun Bahagia Bersama mengamalkan konsep naturally organically grown memang banyak anak-anak pokok rambai istana muncul. Terutamanya pada kawasan yang agak terlindung mungkin banyak makhluk yang membawa lari buahnya makan di situ dengan tenang. Kebun belakang memang tak disiram pun, jadi pokok-pokok yang memang ada akar tunjang semuanya pandai-pandai nak hidup sendiri. Sekarang ada sekurang-kurangnya 3 pokok rambai istana yang matang tumbuh di kebun belakang yang tumbuh sendiri.
 Pokok Rambai Istana ni memang sesuai dijadikan pokok hiasan juga kerana bunganya sangat cantik warna merah hati. Kemudian buah kecil berwarna putih akan mula membesar yang kemudiannya bertukar kepada hijau. Seterusnya apabila ranum buahnya bertukar kepada warna merah hati seperti warna bunganya. Buah rambai istana boleh dimakan dan ianya mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi juga. Rasanya lemak manis isinya. Kalau tak biasa lagi mungkin kupas buah kulitnya sebelum makan.
  Pucuk rambai istana pula berwarna keungguan. Ada sumber melaporkan di negara Thai ada yang menjadikan pucuk rambai istana sebagai sayur dengan memasaknya terlebih dahulu. Pokok Rambai Istana ini boleh dipangkas-pangkas untuk jadikannya sebagai pokok yang renek. Yang menarik juga buah rambai istana lebih tahan lama pada suhu bilik banding dengan ceri barat. 

 More info on Rambai Istana (Click Here).

~ 1 pot Rambai Istana RM10.00 ~

Sabtu, 26 Ogos 2017

Bunga Jambu Bol

 Dalam pokok-pokok jambu antara yang paling Tukang Kebun suka tengok bunganya ialah pokok jambu bol. Kebanyakkannya kalau jenis jambu air dan jambu batu bunganya adalah berwarna putih. Begitu juga pokok daun salam yang bunganya juga berwarna putih (klik sini).
 Jika warna merah ini boleh dikategorikan masuk warna fuchsia la kan. Syukur Alhamdulillah makin matang sudah pokoknya dan makin rajin berbunga. Cuma sebab terletak di belakang sekali kekadang terlepas pandang buah-buahnya dah masak dah. Binatang lain pula tak menyabar suka gigit sebelum buahnya dah ranum penuh. 
 Suka juga tengok bunganya yang berguguran tu. Menarik contrast warna kelopak bunganya bersama warna tanah ada iras macam musim luruh pula di negara empat musim. Kadangkala jika cuaca elok bernasib baik belum lagi buah yang ada di pokok ranum semua dah mula ada ranting-ranting pokoknya menghasilkan gugusan putik bunga yang baru. Sekarang ni baru lepas musim bunganya, jika ada rezeki, InsyaAllah lagi sebulan adalah buah yang boleh kami rasa jika tak terlepas pandang lagi.

~ 1anak pokok jambu bol RM25.00 ~
 Syukur Alhamdulillah dah masuk 8 tahun sudah Rayyan Haniel semalam. Awal bulan ini demam ke klinik ukur berat dah 17 kilogram. Hopefully next check up di Hospital Serdang cardiologist puas hati dengan pertumbuhan Rayyan and overall health. Wish that you're always in good health and your dreams come true. 

Sabtu, 18 Februari 2017

BerBunga-Bunga Katak Puru

  Hari ini mari kita enjoy bentuk bunga pokok katak puru ya. Walaupun nama pokok ini tak indah, bunganya cukup indah diamati.
 Siapa sangka bunga-bunga kecil ini akan menghasilkan buah yang kulitnya macam menggerutu ada mirip macam organ otak kan. Macam organ ginjal juga kan. Mana tau buah katak puru ini sebenarnya terkandung banyak khasiat yang bagus untuk kesihatan ginjal atau otak kita kan. Pernah dulu terima email yang koleksi gambar buah yang dimiripkan dengan organ manusia yang telah dikaji khasiatnya dan memang telah dibuktikan bagus untuk kesihatan organ yang mirip bentuk buah-buah tersebut.
 Kelopak bunga pokok katak puru berwarna putih. Manakala tengah bunga itu berwarna merah menjadikan mata ini keliru menampakkan bunga-bunga yang kecil itu berwarna merah jambu. Buah katak puru kaya dengan kandungan Vitamin C dan Vitamin A.
 Jika buah katak puru ini dah ranum memang tupai dan burung suka pergi makan buahnya. Yang aneh juga kadangkala Tukang Kebun perhatikan lebih-lebih lagi musim panas, semut-semut suka tebuk isi buah katak puru dan duduk beramai-ramai dalamnya.
 Tukang Kebun ingin ambil kesempatan hari ini untuk maklumkan juga bahawa anak pokok katak puru/nam nam yang pokok buah nadir sudah ada semula untuk yang berminat.

~ 1 anak pokok katak puru RM10.00 ~

Ahad, 6 Disember 2015

Lollipop Pugi


Semasa trip ke Tamu Kota Kinabalu hujung bulan lepas (kisah trip kliksini) dapatlah lepaskan gian untuk makan buah pugi. Buah pugi ini adalah buah nadir Malaysia (info klik sini). Rupanya macam buah Sentul tapi dikatakan berlainan oleh orang tempatan sini. Nasib juga baik pada hari itu, ada seorang saja penjual buah pugi hari itu.  Kelihatan begitu segar buahnya yang baru sahaja dipetik siap dengan batang tangkai buah lagi.

 Apalagi teruslah Tukang Kebun tanya berapa harga setompok? RM2 setompok. Lalu Tukang Kebun pula minta 3 tompok RM5. Baik hati penjual setuju. Dimintanya pilih. Tapi nampak macam baik segar saja rupa buahnya, maka Tukang Kebun pun bilang mana-mana saja.

  Kulit buah pugi ini tebal seperti contoh yang ditunjukkan oleh Rayyan. Tapi begitu mudah nak dikupas jika dibandingkan dengan manggis, duku mahupun langsat. Ringan macam gabus kulitnya dan tak melekit, tangan si Abby pun boleh kopek dengan cepat sendiri. Memang Tukang Kebun tahu si Rayyan sukakan buah ini jadi bila terserempak mesti beli. Sekarang Rayyan ada kawan makan pugi, si Abby pun suka makan buah pugi. Rasanya Abby dan Rayyan habiskan 1 tompok buah pugi masing-masing.
 
  Seperti biasa ada-ada sahaja idea dari si Rayyan. Memandangkan kali ini buah pugi yang dibeli masih bersama tangkainya. Tambahan pula kulit buah pugi yang begitu mudah dikopek dengan tangan tanpa terpatah batangnya, maka Rayyan kata: “Mama tengok ni Rayyan buat macam lollipop”. Makin lajulah mereka berdua ini makan buah pugi sebab seronok nak buat bentuk lollipop. Papa Abby biasalah ikut flow anak-anak melayan juga buat lollipop pugi. As long as the kids have fun while eating healthy fresh fruits. Nanti dah ada anak sendiri adalah kenangan indah.

Jumaat, 4 Disember 2015

Pokok Buah Nadir Perupok

  Antara pokok buah nadir di Malaysia yang makin jarang ditemui ialah pokok perupok atau lebih dikenali sebagai pokok Ceri Terengganu. Jika di kawasan persekitaran kediaman/ perumahan anda tiada pokok ini, susah jugalah nak merasakan sebab buahnya tidak dijual secara komersial di pasaran. Selain ditanam untuk nilai khasiat buahnya yang isinya manis, pokok perupok juga adalah sebuah kumpulan pokok buah nadir bersaiz kecil sederhana yang sesuai sebagai pokok hiasan di laman. Walaupun laman rumah teres boleh selitkan sepokok untuk sejukkan rumah atau di luar pagar bakal teduhkan kereta.

  Maklumat lanjut mengenai pokok perupok boleh lawat posting sebelum ini (klik sini).
  Bentuk buahnya yang merah menyala menarik pandangan terhadapnya. Sebelum kudup bunganya kembang ianya bergugusan seperti anggur kecil merah. Perupok juga mempunyai pucuk yang berwarna keungguan contrast dengan daun yang matang berwarna hijau.
  Apabila kembang kelopaknya berwarna merah hati comel dilihat. Di tengah bunganya yang mekar berwarna putih di situ buah akan membesar hari demi hari.
  Kebiasannya dahan pokok perupok akan menghasilkan ranting-ranting kecil yang menghasilkan banyak buah yang akan membesar hingga rapat sesama mereka.
   Dari buah kecil yang berwarna putih akan bertukar kepada warna kehijauan. Kemudian apabila buah masak betul berwarna merah hati. Jika ingin melakarkan landskap Jepun ala tropika, Tukang Kebun rasa sesuai pokok perupok dijadikan pengganti pokok sakura/cherry blossam yang mudah tumbuh di Jepun. Pokoknya boleh dicantas saiz pokok buah bonsai. Dalam bayangan Tukang Kebun cantik digandingkan dengan buloh juga pokok ini untuk menghasilkan tropical Japanese Garden.
  Tukang Kebun perhatikan pokok perupok yang tumbuh sendiri di belakang kebun terbiar tidak dibaja tengok faktor persekitarannya ambil 2~4 tahun berbuah. Kira cepatlah tu sebab ini adalah pokok yang nak berbuah tak putus-putus berpuluh tahun selepas matang. Pokok pisang pun ambil masa nak berbuah nak dekat setahun ikut jenis pisang dan faktor persekitaran, itupun berbuah hanya sekali. 

  Pada awalnya memang terasa lambat pertumbuhannya, mungkin ianya masih mengumpulkan tenaga untuk membesar dan lebih kepada akarnya. Bahagian pertumbuhan akar juga penting kerana tugasnya untuk menyerap nutrient/baja dan air untuk pertumbuhan pokok keseluruhan. Nanti entah tiba-tiba ada satu phase macam melonjak pula pertumbuhan pokok perupok yang Tukang Kebun perhatikan. 

 Terima Kasih banyak-banyak atas progress-progress update yang diterima mengenai anak-anak perupok yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama. Rasanya dah hampir 2 tahun kami mula bekalkan anak pokok perupok di merata Malaysia. Bulan lepas bekalan stok terputus sekejap. Jadi minggu ini dah boleh keluarkan stok baru anak-anak pokok perupok yang dipindahkan dalam bekas beberapa minggu lalu masa temankan dearest husband kemaskan kawasan pokok cempedak.

~ 1 bekas anak pokok Perupok/Ceri Terengganu RM10.00 ~

Selasa, 16 Jun 2015

Didik Buah Hati Buah Tempatan

  Syukur Alhamdulillah cuti sekolah semester baru-baru ini, ada beberapa jenis buah-buahan tropika sudah ranum dan dapat Kebun Bahagia Bersama Team Members bersama-sama nikmati rezeki yang telah diberikan OlehNYA. Sebiji nangka yang dituai minggu lepas (related posting klik sini), lumayan cantik isinya dan manis. Puaslah Abby dan Rayyan makan berulas-ulas sampai kenyang. Seperti biasa jika buah yang ranum sangat semerbak macam spesis Nangka dan Durian, Ilhan pula akan jauhkan diri. Bising mulut Ilhan kalau bau-bau macam Nangka dan Durian ini, mungkin sensory smell ni lebih sensitive kut. Adik-adik Ilhan buat tak tahu je bebel abangnya, munch munch isi nangka yang baru dikeluarkan oleh Papa.
  
   1/3 bungkus untuk bawa kongsi bersama-sama di pantry pejabat Papa Ilhan, 1/3 bawa ole-ole untuk kenduri tahlil di Nilai pada Sabtu tengahari lepas. Di atas pokok nangka juga masih banyak buah-buah yang sedang bergayutan membesar. Nampaknya hujung minggu ini kena curi masa balut buah nangka yang dah besar saiznya, nanti kena tebuk dengan tupai. Kalau yang di bahagian bawah tu lagilah nanti kena tebuk dengan binatang ternakan. Sempena bulan Ramadhan ini jika ada yang buat berbuka puasa besar gathering dengan sanak saudara, boleh juga dapatkan bahan nangka muda organik saiz sederhana dari Kebun Bahagia Bersama sebiji RM2 self-collect minggu ini. Sebiji nangka muda puas boleh buat gulai nangka untuk berbuka puasa ramai-ramai.

Self-Collect Schedule This Week:

~ 17hb Jun 2015, hari Rabu dari pukul 9:00 malam ke 9:30 malam di Sungai Buloh.

~ 20hb Jun 2015, hari Sabtu dari pukul 3:30 petang ke 4:00 petang di Sungai Buloh.
  Cuti Sekolah lepas ini, dapatlah kami ambil kesempatan ajar buah-buat hati Kebun Bahagia Bersama mengenali dan menikmati buah-buahan tempatan dari kebun. Selain dari biasakan mereka dengan buah nangka, buah nam nam atau juga kalau Rayyan panggil Katak Puru pun sedang musim buahnya. Cuaca tahun ini berbanding tahun lepas, pokok katak puru lebih bahagia nak menghasilkan buah-buah lebih banyak.
   Tak perlu nak kasi biasa Abby makan buah epal Granny Smith. Cukup jelah buah dari pokok kegemaran Grandpa Abby which is Nam Nam as Abby punya snack atau appetizer sambil meneman Tukang Kebun memasak di dapur. Sambil-sambil masak, kalau ada free hand sekejap kupas-kupas Katak Puru untuk Abby appetizer isi perut dari dia mencari biskut apa-apa dalam gerobok atau peti ais. 
  Mula-mulakan, rasa tuaian Katak Puru di atas ini (Gambar No.5) macam banyak je tak termakan, ingat adalah extras boleh let go sebab kekadang selalu dapat enquiry orang mengidam nak makan Katak Puru. Sekali tak disangkakan anak-anak boleh perabihkan as appetizer. Mula-mula si Abby dan Rayyan rancak makan while waiting for dinner nak ready, lagak mereka makan Katak Puru membuatkan si Ilhan yang food fussy jadi curious nak merasa juga. Katak Puru buahnya kan tak berbau jadi bolehlah buat si Ilhan adventure nak rasa. Syukur Alhamdulillah gelagat berebut Abby dan Rayyan makan Katak Puru membuatkan Ilhan juga boleh dah makan sama-sama buah Katak Puru lepas ini.
   Gambaran tuaian No. 6 di atas pula adalah yang buah Katak Puru baru dituai pagi tadi, sekiranya ada yang mengidam sangat boleh self-collect esok malam di Sungai Buloh (5 biji buah nam nam RM2). Abby tak perasan lagi ada buahnya sebab dah simpan di atas para tinggi. Kejap lagi nak panaskan dapur, yang mana dah kena noda sikit dipilih reject untuk snack petang Abby.

~ Anak pokok Katak Puru sebekas RM10.00 ~

  Gambaran tuaian No. 7 juga adalah antara tuaian hari ini. Bunga Telang pun sebenarnya lebih banyak bahagian yang Ilhan kutip sendiri dah selesai buat Sirap Biru untuknya petang tadi. Yang dalam bakul yang tumbuh sendiri liar di belakang sambil-sambil walk through kutip untuk bekalan roti telur telang Ilhan untuk sekolah kebangsaan petang. Semalam pun Ilhan minta juga bekal roti telur telang. Sebelum hantar ke sekolah, Ilhan kata nak belajar sendiri buat roti telur telang. Kejap lagi ingat nak masak beef stir-fry je campur-campur dengan sayur yang dikutip tadi. Mulberry pun ada juga rezeki snacking untuk buah-buah hati.
  Syukur Alhamdulillah pertengahan tahun 2015 ini nampaknya pokok-pokok pisang nangka rajin berbuah. Ada pelbagai progress pembesarannya kelihatan di kebun belakang. Bahagia juga ada nampak pokok pisang nangka yang juga baru mengeluarkan tandan jantung bunganya pada bulan ini. Which means the Tukang Kebun will have succession crop of pisang nangka 2nd half of this 2015 year. Pening kepala juga kalau buahnya masak serentak kalau pokok-pokok pisang ini, lebih baik jika ada gap mula berbunga antara satu sama lain pokok-pokoknya. Sebagai contoh, sudut di bawah ini kelihatan pokok pisang nangka di depan ini dalam 1~2 minggu dah boleh dituai, yang di belakang lagi 1~2 bulan lagi kut.
  Kebun Bahagia Bersama offer reservation Pasar Ramadhan Online Kebun Bahagia Bersama minggu ini antara kandungannya ialah sesisir pisang nangka, ubi kayu dan bergantung kepada rezeki tuaian lain dalam Kebun Bahagia Bersama ada possibility campur buah canistel/ciku/citrus juga jika ada rezeki sehari sebelum pengeposan. Memandangkan kali ini Goodies jenis besar dan berat, kena pakai prepaid medium box Pos Laju Malaysia (RM21) yang boleh muatkan barang sehingga hampir 5kilogram. 

Pasar Ramadhan Online Kebun Bahagia Bersama (RM9) tambah Kotak prepaid Medium Box Pos Laju Malaysia (RM21), Jumlah RM30 (Semenanjung Malaysia sahaja). 
Reservation to (kebunkmg@gmail.com).

Jumaat, 17 April 2015

Cherry Season

  Minggu ini nampaknya musim buah Ceri Terengganu ataupun juga dikenali sebagai Perupok. Selain dari Ceri Terengganu buah nadir yang lain juga masih musim buahnya minggu ini ialah buah Katak Puru. Tuaian pucuk mulberry semalam tukang kebun campur je sekali dengan kari ikan bawal.
   Semasa musim bunga Ceri Terengganu, bunga-bunga yang kembang mekar juga menjadikan pokoknya kelihatan menarik sebagai pokok hiasan juga. Pokok Ceri Terengganu jenis yang renek, bila buahnya masak menyala-nyala merah warnanya. Isi buahnya rasa lemak manis. Yang tak biasa makan buahnya kopek dulu kulitnya. Sebab kulitnya ada rasa kelat-kelat sikit, yang dah biasa makan selalunya gentel-gentel dulu kulitnya sebelum masuk mulut.

 Info selanjutnya mengenai Ceri Terengganu boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 anak pokok Ceri Terengganu RM10.00 ~

  Nampaknya batch Itik-itik telur yang lahir pada November 2014 dah mula nak belajar bertelur. Ini kali kedua Tukang Kebun jumpa telur itik di Sangkar 2 hari ini tempat mereka tidur pada waktu malam. Minggu ini pun pokok-pokok asparagus masih rancak mengeluarkan tunas-tunas baru untuk dituai. Hari ini nak digali keluar bawang berlian nak jadikan bahan dalam sup untuk hilangkan angin dalam badan.
 Hujung minggu ini rancang nak tuai apa dari kebun?

Isnin, 23 Mac 2015

Pokok Daun Salam (Nusantara Bayleaf)

  Pokok daun salam yang dikenali dengan pelbagai nama ada juga yang memanggilnya pokok serai kayu sebab dikatakan daun yang dikeringkan berbau seperti serai. Seperti bayleaf dari negara Mediterranean yang digunakan sebagai perisa dalam  sos pasta atau pizza, daun salam ini juga digunakan sebagai menambahkan perisa dan aroma dalam pelbagai juadah tradisional negara kita seperti masak lemak lantas ianya juga dikenali sebagai Bayleaf Nusantara. Kalau di Kebun Bahagia Bersama bila masak rendang negeri mesti masukkan sekali beberapa helai daun salam.
  Kita asyik ingat bayleaf dari negara Mediterranean sahaja jangan pandang rendah dengan bayleaf Nusantara kita ini ada pelbagai khasiat yang diberikan kepada orang-orang yang duduk di kawasan tropika ini. Kalau anda ada masalah tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol dan berat badan, amalkan teh daun bayleaf Nusantara ini InsyaAllah dengan usaha akan membantu mengurangkan masalah-masalah tersebut. Tak susah pun nak buat air rebusan atau tehnya, ambillah beberapa helai daun kemudian rebus dengan air sampai dah kurang banyak airnya. Lepas tu minum. Boleh gunakan daun segar atau daun yang telah dikeringkan. Jika sesiapa ada masalah urik asid juga boleh amalkan minum teh daun salam. Ada masalah cirit-birit pun boleh ikhtiar dengan rebus daun salam minum airnya. Yang ada masalah kulit gatal-gatal macam eczema boleh lumat-lumatkan daunnya dan tempek dekat tempat yang ada masalah kulit tersebut.
  Nama botani pokok salam ialah Syzygium polyanthum, maka ianya adalah adik beradik kepada buah-buahan nadir seperti jambu mawar (Syzygium jambos) dan jambu bol (Syzygium malaccense) yang juga Kebun Bahagia Bersama bekalkan. Buahnya yang kecil-kecil mirip kepada jambu apabila ranum berwarna merah juga boleh dimakan dan manis rasanya. Mula-mula tukang kebun rasa nak ketuk-ketuk je dekat dahi nak recall nama pokok ini tak terkeluar dari kepala nasib baik, Sean dari kebun balkoni Half a pound of treacle tolong berikan maklumat.
 Gardeners yang suka kumpul koleksi herba tempatan dan kekurangan ruang pun boleh juga tanam dalam pot besar kalau setakat nak gunakan daunnya untuk masakan atau buat teh. Pokok bayleaf Nusantara ini super senang nak bela jika dibandingkan dengan Bayleaf Mediterranean dengan cuaca tanahair kita ini. SesungguhNYA yang Maha Esa adalah Maha Adil, bukankah diciptakan jenis-jenis Bayleaf ikut kesesuaian cuaca masing-masing dan keperluan khasiat yang diperlukan dengan keadaan persekitaran yang berbeza. 

Renungan : Yang jauh kita nampak keistimewaannya , yang ada dekat kita tak nampak dia juga istimewa. Sampai bila kita nak ikut budaya orang luar. 

~ Pokok salam (@Serai Kayu) / BayLeaf Nusantara (Syzygium polyanthum) ~
1 pot for RM10.00  (boleh buat pesanan email kebunkmg@gmail.com).

Self-Collect Day Schedule This Week:

~ Wednesday 25th March 2015, 8:30PM~9:00PM at Sungai Buloh.

~ Saturday 28th March 2015, 5:30PM~6:00PM at Sungai Buloh.

Selasa, 10 Mac 2015

Anak pokok tarap

 Buah tarap adalah buah nadir negara kita tetapi lebih terkenal di kawasan Borneo berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Bila buahnya ranum pun macam cempedak atau nangka ada baunya tersendiri. Tapi takdelah bergetah sangat isinya, bila masak elok mudah dikeluarkan seulas-ulas. Kanak=kanak pun mudah nak keluarkan sendiri ulas isi buahnya. Sehari sebelum balik ke Sungai Buloh, Big Boss ada beli buah tarap di Tuaran berebut=rebut kami sekeluarga makan isi manis tarap malam itu di Kampung Poturidong Lama. Abby yang pertama kali makan buah tarap pun turut serta berebut-rebut makan isi buah tarap. Biji-bijinya Big Boss dah suruh tukang kebun tanam di Sungai Buloh. Syukur Alhamdulillah tukang kebun berjaya cambahkan biji-bijinya dengan baik.

~ Anak pokok buah Tarap (D.O.B January 2015) ~
1 bekas RM15.00 .
 Cuti sekolah bulan Disember lepas, Ilhan duduk bersama Neneknya (Big Boss) di Kingfisher Sabah yang baru sahaja pindah ke sana. Semasa duduk dengan nenek, Ilhan banyak menolong neneknya berkebun di tanah yang sangat berketul-ketul keras seperti gambar di bawah. Salah satu projek menyemai biji benih yang nenek beri kepada Ilhan yang baru nak masuk darjah 2 ialah menyemai biji benih kundur. Masa tukang kebun ke sana biji-biji benih kundur bercambah dengan baik cuma nenek Ilhan membebel-bebel Ilhan nak kerja cepat rupa-rupanya satu tempat banyak sungguh direct-sowing biji benih disemai (nak express masuk rumah). Kantoi bila biji-biji benih tersebut bercambah dah merimbun satu-satu tempat anak-anak pokok. Hujung bulan lepas, inilah hasil tangan pokok-pokok kundur yang Ilhan tanam di kebun mini Nenek Ilhan di KingFisher.
 Siap dah ada buah yang besar bergayutan. Boleh tahan juga tangan si Ilhan berkebun ni. Tukang kebun perhatikan di background gambar biji-biji benih jagung pulut juga naik cantik di kebun Big Bos.
 Mingggu lepas semasa tukang kebun mengemaskan Petak 4, ada menyemai biji-biji benih kacang tanah bersebelahan sangkar No. 4. Minggu ini sudah kelihatan biji-biji benihnya sudah bercambah. Moga sempatlah dapat hasil untuk dibuat kuah kacang masa musim Raya Aidilfitri nanti. Gardeners yang nak buat kuah kacang dari hasil kebun sendiri eloklah tanam biji-biji benih kacang tanah bulan ini. Cuaca minggu ini pun sangat baik di kawasan Lembah Klang untuk menyemai benih kacang tanah direct-sowing di batas terus tak perlu nak proses pindah-memindah. Tukang kebun kalau tanam kacang tanah biasanya tanam terus di batas selepas dah gembur-gemburkan tanahnya. 
 Hujung minggu ini pun cuti sekolah dah bermula, bolehlah buat projek berkebun kacang tanah dengan anak-anak, biji-biji benihnya pun saiz besar mudah budak-budak nak handle. Kacang-kacang tanah yang tukang kebun tanam bulan January lalu di Petak 3 pun sudah menghasilkan bunga hujung bulan lepas. Bunga kacang tanah pun mirip dengan bunga pinto peanut.
 Semoga bulan depan dapatlah juga kami makan kacang tanah segar rebus. Tukang kebun selalu masalah bila tanam kacang-kacang tanah ialah selalu tak cukup masa nak tolong dia dari free of weeds yang nak membesar bersama-sama juga.

Ada 2 jenis kacang tanah dalam stok tukang kebun sekarang sama batch dengan yang tukang kebun semai di Petak 4.

~ Kacang Tanah Pulut (Info Klik Sini)~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

~ Kacang Tanah Taragang (Info Klik Sini) ~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .