No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 6 Disember 2015

Lollipop Pugi


Semasa trip ke Tamu Kota Kinabalu hujung bulan lepas (kisah trip kliksini) dapatlah lepaskan gian untuk makan buah pugi. Buah pugi ini adalah buah nadir Malaysia (info klik sini). Rupanya macam buah Sentul tapi dikatakan berlainan oleh orang tempatan sini. Nasib juga baik pada hari itu, ada seorang saja penjual buah pugi hari itu.  Kelihatan begitu segar buahnya yang baru sahaja dipetik siap dengan batang tangkai buah lagi.

 Apalagi teruslah Tukang Kebun tanya berapa harga setompok? RM2 setompok. Lalu Tukang Kebun pula minta 3 tompok RM5. Baik hati penjual setuju. Dimintanya pilih. Tapi nampak macam baik segar saja rupa buahnya, maka Tukang Kebun pun bilang mana-mana saja.

  Kulit buah pugi ini tebal seperti contoh yang ditunjukkan oleh Rayyan. Tapi begitu mudah nak dikupas jika dibandingkan dengan manggis, duku mahupun langsat. Ringan macam gabus kulitnya dan tak melekit, tangan si Abby pun boleh kopek dengan cepat sendiri. Memang Tukang Kebun tahu si Rayyan sukakan buah ini jadi bila terserempak mesti beli. Sekarang Rayyan ada kawan makan pugi, si Abby pun suka makan buah pugi. Rasanya Abby dan Rayyan habiskan 1 tompok buah pugi masing-masing.
 
  Seperti biasa ada-ada sahaja idea dari si Rayyan. Memandangkan kali ini buah pugi yang dibeli masih bersama tangkainya. Tambahan pula kulit buah pugi yang begitu mudah dikopek dengan tangan tanpa terpatah batangnya, maka Rayyan kata: “Mama tengok ni Rayyan buat macam lollipop”. Makin lajulah mereka berdua ini makan buah pugi sebab seronok nak buat bentuk lollipop. Papa Abby biasalah ikut flow anak-anak melayan juga buat lollipop pugi. As long as the kids have fun while eating healthy fresh fruits. Nanti dah ada anak sendiri adalah kenangan indah.

10 ulasan:

Nasa Mulia berkata...

Diana, buah pugi tu ygan orang panggil buah tampoi kah...sama kah tu?

Nudabuffy berkata...

Salam Diana... Tak ada ke jualan untuk anak pokok pugi ni? teringin rasanya nak mengumpul pokok-pokok buah nadir supaya tak pupus dengan pokok-pokok klon yang komersial

Wak Lat berkata...

oo buah sentul kulitnya kerass kann?

Unknown berkata...

kaknoor pun kurang pasti buah pugi tu diana, tengok gmbr mcm iras buah tampoi kot kta org brunei

carlz berkata...

Wah musim pugi berbuah ya.... Kat keningau blm nmpk lagi org jual. Pugi dan tampoi adalah entiti merujuk kpd buah yg sama.

Julie22 berkata...

Assalamualaikum kak Diana, lama x nampak buah ni hehe, kakak mentioned kk, rindu rasanya dgn kampung laman.

Normala Saad berkata...

Macam buah tampoi pun

Zurainny Ismail berkata...

Aisemen...ada org balik kg bln lps rupanya! Honestly, saya blm pernah lg mkn buah pugi ni! Caya ko? Hehehe :D

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nasa Mulia.

Itulah ndak berani mo confirm itu buah tampoi bah.
Kalau di Semenanjung ni pun ada duku langsat, pastu dokong pun ada yang besar sikit tu kan.
Nanti macam dulu orang ndak percaya di Sabah ada gajah saiz kecil. Baru sekarang dikatakan gajah tu spesis lain dari Semenanjung.

Salam Bahagia Nurul.

Anak pokok pugi ni belum lagi kut dijual secara komersial.
Kategori buah hutan ja kalau di Sabah pun.
Kena cari orang persendirian.
Tukang Kebun pun ada rancangan juga nak cuba tanam pokok pugi ni.
Betul tu sebab terdapat pilihan banyak pokok klon banyak yang asli mau jadi pupus.

Salam Bahagia Tiga Lalat.

Susah betul nak jumpa buah sentul sekarang.
Sampai Tukang Kebun pun dah lama tak tengok buahnya sejak kanak-kanak riang.
Jadi lupa dah bentuk dia.

Salam Bahagia Kak Noor.

Itulah buah tampoi ni pun dekat Semenanjung Malaysia banyak juga jenisnya, belum diklasifikasikan dengan betul lagi.

Salam Bahagia.

Masih berdebat lagi tu kalau pugi atau tampoi itu sama. Sebab panggilan mirip-mirip buah tampoi ikut daerah dan negeri di Semenanjung Malaysia juga berlainan. Walaupun ada perbezaan dengan pokoknya.
Mana yang nampak macam buah tampoi dipanggilkan buah tampoi.

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Julie.

Tak balik kampung ke cuti sekolah panjang ni?

Salam Bahagia Kak Mala.

Macam buah tampoi ada kan.

Salam Bahagia Zurainnya Ismail,

Kalau terserempak buah pugi ni di tamu, cuba-cubalah.
Murah saja harganya.