No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 30 Disember 2015

Tamu Tuaran Terakhir Tahun 2015

  Salam Bahagia, Syukur Alhamdulillah tahun 2015 ini secara kebetulan dapat lagi menjenguk Tamu Tuaran pada hari terakhir tahun 2015 seperti juga pada tahun 2014 (related posting klik sini). Seperti biasa jika ke Tamu Tuaran, Tukang Kebun jejak kawasan menjual hasil-hasil dari laut dahulu sebab suka parking kereta berdekatan kawasan sana. Sebelum menuju ke Tagal Kampung Poturidong, Kiulu dahulu (related posting klik sini), dari Kota Kinabalu kami singgah ke Tamu Tuaran dahulu. Kali ini kelihatan jenis ikan yang jarang dijual seperti gambar No. 1 di atas, berapa kali si Ilhan Mikhail berdiri sebelah tengok-tengok.
  Biasanya Tukang Kebun tak beli apa-apa hasil laut dulu, bila nak balik baru singgah. Manalah tahu ketika itu penjual dah nak mood balik jadi harga pun mudah nak minta diskaun. Kali ini tak membeli sangat hasil laut sebab ada activity lain nak dibuat kemudian. Kami cuma beli 2 tompok ketam dan 2 tompok udang segar sahaja sebab dearest husband teringin nak makan. Bahan untuk masak tengahari bila dah sampai kampung Big Boss di Kiulu nanti lepas anak-anak dah puas bermain dengan ikan-ikan kelah.
 Ikan-ikan segar dan murah di Tamu Tuaran. Ahad lepas ikan tongkol 2 ekor boleh dapat dengan harga RM10. Kemudian seperti ikan kerisi dalam 1 piring atau orang tempatan kata 1 tompok ada dalam 7~8 ekor saiz sederhana pun boleh dapat harga RM3. Tukang Kebun beli ketam 2 tompok RM16 ada lebih kurang 16 ekor ketam, RM1 lah satu kan kira murahlah nak berbanding dengan di Lembah Klang 2~3 ekor pun dah belas ringgit.
  Rumpai-rumpai laut belum lagi Tukang Kebun berkesempatan nak membeli sebab tak de masa nak main masak-masak lagi di dapur. Makcik yang jual hasil laut seperti rumpai laut ini kerap ada di Tamu Tuaran ni. Di belakangnya adalah di mana tempat nak naik jambatan gantung Tuaran. Bolehlah juga tengok jambatan gantung Tuaran di blog Kak Fida 'MK Collections...'.
  Untuk Kak Fida peminat tegar pokok keladi hiasan, Tukang Kebun snap jugalah gambar nursery bergerak yang ada jual pokok keladi hiasan. Tidak ketinggalan juga untuk Julie milik blog My Wonderful Times yang berminat dengan pokok hiasan jenis calathea.
  Pelbagai jenis tuaian-tuaian segar dari hasil usaha petani tempatan. Yang isi buah hitam-hitam dalam gambar itu dipanggil 'pangi'. Kalau orang Dusun-Kadazan campur dalam pekasam ikan atau dipanggil bosou (betulkah ejaan ini). Nak lihat lebih dekat buah pangi ini boleh check dekat blog Nasa Mulia 'Warna Warni HidupKu'.
  Pelbagai jenis buah dalam kumpulan squash atau labu yang ditawarkan. Boleh simpan lama ini dalam pantry kalau tak de masa kerap nak turun ke tamu. 
  Sesiapa teringin nak makan ubi kayu yang segar dituai juga ada. Yang sebelah kiri kelihatan lebih segar dari kanan, boleh tengok tanah masih moist lagi.
  Ubat-ubatan tradisional bagi yang sedang mencari penawar juga ada. Menyesal pula tak ambil 1 tempat penggiling kayu yang dijual di Tamu Tuaran tempoh hari buatan si penjual. Kalau tidak pun boleh buat hiasan di kebun, boleh juga budak-budak bermain masak-masak atau ahli saintis. Yang bangku kayu masa Tukang Kebun pergi tinggal lagi 2 sahaja, lalu belilah satu sebab ingatkan nak buat bangku letak di luar rumah senang nak basuh baju atau cabut bulu ayam ke lepas sembelih. Kalau yang bangku plastik kalau dibiarkan di luar rumah sekejap sahaja dah reput. Kalau badan terlebih berat macam Tukang Kebun ni nak berdiri atas bangku plastik yang dah rapuh memang terbelah dualah jadinya. Rasa yakin sikitlah nak berdiri ambil barang pakai bangku kayu ini sebab berat berbanding dengan plastik silap step boleh gerak-gerak.

  Lepas tu menyesal tak ambil je 2 bangku terus, bila sampai kampung nenek Ilhan komen asal tak beli je 2 tinggal kat kampung 1. Sebabnya boleh simpan luar lagi 1 supaya mudah untuk Ilhan pakai buat sidai dan angkat baju di jemuran, belum cukup tinggi lagi nak capai kena pakai bangku. Selain dari itu, Tukang Kebun beli juga upih lagi satu. Penjual pun dah kata ambil lah tu kasi murah untuk kau. Bukan selalu rajin sia mau buat ni. Tukang Kebun pun tambah lagi barang nak beli. Salah satu keseronokkan bila di Tamu ialah membeli hasil atau bahan buatan persendirian direct dari yang membuatnya. Beli juga tempat pemotong dari kayu, boleh buat potong-potong ayam.
  Sesiapa yang sibuk bekerja on weekdays cuma ada masa di hujung minggu, tapi mencari-cari ayam kampung untuk buat makan ataupun berubat ataupun makanan berkhasiat semasa berpantang, boleh juga dapatkan live ayam kampung di Tamu Tuaran. Cuma kena proses sembelih sendiri ataupun cari tempat proseslah in advance. Untungnya bela ayam kampung di Sabah, harga yang tuan milik ayam-ayam kampung di bawah ini menjualnya dengan harga hidup 1 kilogram RM15. Lebih mahal dari harga borong ayam kampung bekalan pasaran di Semenanjung Malaysia. Nampakkan ada saiz anak ayam lebih kecil lebih kurang sebulan lebih di sebelahnya dijual dengan harga seekor RM15. Harga daging ayam di Sabah mahal sedikit berbanding dengan Semenanjung Malaysia kerana bekalan masih belum mencukupi. Untuk menjaga pendapatan penternak tempatan Sabah, maka pengambilan ayam daging yang diimport dari Semenanjung Malaysia tidak dibenarkan.
  Jadi orang Sabah yang ada sedikit ruang pun ambillah kesempatan menternak ayam sendiri sebagai pendapatan sampingan. Bukan sahaja orang Sabah, sama saja dengan orang Semenanjung. Tak rugi bah, sendiri pun boleh makan. Boleh bah kalau kau. Uncle Tukang Kebun hujung bulan lepas ada bawa turun ayam-ayam kampungnya hendak ke tamu menjual naik bas awam, belum lagi sampai tamu di dalam bas sudah ada orang membeli ayam-ayam kampungnya.
    Di satu sudut belakang kawasan Tamu Tuaran ini ada dereten menjual barang-barang untuk packaging dari plastik seperti bekas makanan dan minuman pelbagai saiz, plastik untuk membungkus, ataupun bekas untuk doorgift. Polibeg hitam untuk menanam juga ada boleh dapatkan di sini. Tidak ketinggalan bekas untuk cupcake dan muffin pelbagai warna dan corak juga boleh didapati dengan mudah di sini. Tukang Kebun biasanya kalau ziplock plastik dah habis stok kalau terdesak beli juga plastik-plastik saiz kecil di sini untuk bungkus biji benih. Kemudian seal dengan lilin bernyala. Murah-murah beli di sini. Macam-macam jenis bahan bungkusan ada di sini, walaupun gerainya sempoi macam kedai cowboy town.

6 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Gelihati pulak kakak ni Dee kata kalau duduk bangku plastik yg lama diluar boleh terbelah dua:) Tapi betul memang cantik kayu tu unik kalau utk buat duduk-duduk.

Apa pun yg menarik kakak tak pernah jumpa ikan gambar no. 1 itu. Kakak ingatkan tadi species dragon fruit hihi... nasib baik baca betul-betul:)

Julie22 berkata...

Assalamualaikum kak Diana, aduh! Rindu Julie dgn tamu2 d sabah ni kak, yg best dgn tamu2 ni mcm2 org jual, barang basah cam ikan pun ada, aduh kak, cantik btl calathea tu, nnti balik sabah InshaAllah Julie cari tu, terima kasih utk perkongsian pic ni kak, Rasa X Sabar mo Balik Kampung Hihi. ...makin besar dah hiro kakak tu hihi.

Unknown berkata...

peliknya ikan tu.. memang tak pernah jumpa pun...
wahh.. hasil laut.. betul2 murah.. kalau kat sini.. susah nak jumpa harga yg murah macam tu..

carlz berkata...

Tak silap sy tu ikan buntal. Kena hati2 nak buang perutnya. Klo tak boleh keracunan makanan. Murah pula udang di sana ya..

Normala Saad berkata...

Syoknya tengok pasar ni Diana, mcm2 ada...belum pernah jumpa pasar hari disini yang jual bagai barang2 disana

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie.

Betul kak kalau bangku plastik lama dah pudar warnanya tu, kalau Tukang Kebun pijak atasnya nak ambil barang mesti pecah.
Itu yang rasa berbaloi juga beli yang kayu rasa berat ni sekurangnya tahan lebih lama dan harga pun lebih murah.

Waalaikumsalam Julie.

Tak balik kampung ke akhir tahun lepas?
Betul macam-macam barang ada dijual. Mudah nak cari.
Ya ada pelbagai jenis calathea yang boleh didapati di Tamu.
Bila tengok Calathea teringat dekat Julie.

Salam Bahaga Farah.

Oh ikan ni ada pelbagai jenis juga ni.
Biasanya kalau pemancing tertangkap mereka buang sahaja.
Kerana tak selamat nak dimakan.
Sini hasil laut memang harganya jauh berbeza dengan di Semenanjung.
Murah-murah.

Salam Bahagia Carlz.

Ya ikan buntal atau orang panggil kalau tak silap pufferfish.
Orang Jepun panggil Fugu.
Memang membahayakan jika tak pandai nak kemaskan ikan ini sebab ada bahagian organnya beracun.

Salam Bahagia Kak Mala.

Itulah tak jemu-jemu singgah di tamu sebab ada sahaja benda baru atau jarang ditemui di supermarket biasa.