No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Kembang Bugang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kembang Bugang. Papar semua catatan

Selasa, 7 Ogos 2018

30th PJ Half Marathon 2018

 Pada pertengahan bulan Julai 2018 lalu, Papa Abby cabar diri sendiri cuba larian yang lebih jauh iaitu 21km.

 Syukur Alhamdulillah Papa Abby dapat habiskan larian 21km sebelum cut off time. Kali ini papa seorang je sertai event ini. Kami bagi sokongan cheerleaders sajalah.
 Dapatlah papa medal dan tshirt finisher 21km. Pertama kali Papa Abby masuk yang catagory men veteran yang lepas-lepas men open. Moga tahun depan Papa Abby dapat habiskan 21km dalam 1 jam lah ya macam pro-runners.
 Hari sebelum acara larian selepas Papa Abby ambil race pack untuk marathon ini berkesempatan pergi rumah terbuka geng-geng merantau belajar di Niigata university dulu. Badan senior-senior Tukang Kebun ni masih maintain lagi.
 Pokok kembang bugang selesa juga tumbuh sendiri di bawah pokok durian merata-rata berjalan sukeralawan. Pokok kembang bugang ni wangi waktu malam juga sesuai tumbuh dalam pasu dan kawasan kurang bercahaya matahari. Cuma jangan terlalu panik masa baru pindahkan memang dia nampak macam layu ke bawah daunnya tapi dalam seminggu lebih akan segar semula dan akan mula keluarkan tunas baru. Pokok kembang bugang ni akarnya jenis lasak. Selagi akarnya tu hidup, walaupun tiada daun pada batang akan keluar tunas-tunas baru. Kena bersabar. Jangan bagi apa-apa baja sampai tunas dah membesar semula. Lepas dia dah selesa, lasak pokok ini dan tak kuat sangat keperluan air.

More info on pokok kembang bugang (click here).

~ 1 bekas kembang bugang RM7.00 ~

Sabtu, 6 Januari 2018

Kembang Bugang Berkembang di Taman Teman Kebun Bahagia Bersama

 Pokok bunga kembang bugang apabila setelah mekar bunganya yang kemudian gugur kelopak-kelopaknya, jika persenyawaan adalah subur akan juga menghasilkan buah. Kebiasaannya bahagian sepal di bawah bunga adalah berwarna hijau tetapi bagi kembang bugang sepal ianya berwarna merah. Semasa buahnya membentuk berwarna hijau keras juga rasa buahnya bila dipegang. Apabila buahnya masak akan bertukar kepada warna hitam. Apabila buahnya gugur, bahagian sepal yang berwarna merah terang itu juga kelihatan menarik bagaikan bintang. Pertukaran phase dari bunga mekar hingga luruhnya buah yang ranum membuatkan pokok kembang bugang menarik sebagai pokok hiasan.
 Selain dari lahirnya anak pokok baru dari biji benih, pokok kembang bugang juga sangat aktif kembang networking di bawah tanah yang menghasilkan tunas-tunas anak pokok baru akan menjelma keluar dari tanah beyond your expectation. Kekadang boleh muncul anak pokok baru yang muncul tiba-tiba lebih jarak 1 meter dari pokok induk or the mother plant. Sebagai contoh, perkongsian gambar-gambar dari teman Kebun Bahagia Bersama yang diterima minggu ini seperti di bawah. Pokok kembang bugang teman gardener sudah membiak dengan suburnya. Bila dah membiak dengan subur begini, makin banyak gugusan bunga mekar serentak mesti harum taman teman. Banyak volunteer kembang bugang plant sudah muncul siap nak volunteer kasi fill in di bahagian sebelah dinding yang masih ada ruang lagi.
Salah satu keistimewaan pokok kembang bugang ialah bahagian daun dan batang lembutnya boleh dibuat spray racun organik untuk serangga-serangga perosak.Ada beberapa jenis serangga lemah dengan semburan air campur extract pokok kembang bugang ini. Jadi bila anda kemaskini pokok bila kasi pruning tu boleh kitar semula bahagian tersebut untuk dijadikan spray racun organik. Manakala bunga yang mekar menarik rama-rama datang dan buahnya pula menarik kedatangan burung.

Kisah lanjut mengenai pokok kembang bugang juga boleh rujuk kepada posting lepas (klik sini).

~ 1 pot of white butterfly bush plant (Clerodendrum calamitosum) RM7.00 ~


 Syukur Alhamdulillah pokok akar dani Teman Kebun Bahagia Bersama pun sedang meninggi dan akarnya pun seperti pokok kembang bugang juga sedang kembang networking di bawah tanah. Moga akarnya akan dapat menyerap lebih zat untuk persediaan banyak gugusan bunga akar dani yang wangi.

More info on pokok akar dani (click here).

~ 1 pot pokok akar dani RM8.00 ~

Kedua-dua jenis tanaman ini boleh dipos menggunakan perkhidmatan Pos Laju Malaysia.

Pesanan boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).

Sabtu, 14 Januari 2017

NinjaGO

  Semasa ke Legoland, attraction yang amat dinanti-nantikan oleh Ilhan ialah Ninjago. Asyik-asyik tanya mana kawasan Ninjago Mama. Ninjago terletak dekat dalam tengah-tengah area kawasan Legoland.
 Tukang Kebun pun tak pernah tengok pun animation Ninjago dekat TV. Layan sahajalah. Jika hujan bolehlah bergerak ambil shelter dalam Ninjago sebab ianya dalam bangunan.
 Tukang Kebun tengok yang over-excited dalam ninjago ini orang-orang dewasa lelaki berbanding dengan kanak-kanak hehehe...Berlainan dengan konsep attraction Star Wars (related posting klik sini) yang perhatikan miniature setting popular dalam set movie franchise Star Wars untuk NinjaGo macam main game virtual 3D. 
 Jika nampak berbaris sampai ke luar, jangan tertipu itu petanda kena tunggu lamalah. Sebab kalau masuk bangunan pun masih berputar-putar lagi dalam bangunan berbaris. Kalau dah masuk bangunan beratur pun rasanya kena tunggu juga paling cepat dalam 20minit. Tapi bila dah masuk bangunan sambil menunggu ada banyaklah benda hiburan yang boleh distract anak-anak sebelum mula bermain attraction sebenar.
 Pedang perhiasan dalam ninjago attaraction pun dah nampak macam lightsaber dalam movie Star Wars. Ada pelbagai dekorasi hiburan untuk kanak-kanak sepanjang berbaris pusing-pusing dalam bangunan. Sambil itu Mama Ilhan baru kaji apa characters yang ada dalam NinjaGo ni.
 Tanya Ilhan minat character yang mana sekali dalam NinjaGo? Katanya Kai wakil element fire.
 Rayyan biasa-biasa je tak delah teruja sangat masuk attraction Ninjago ini, ikut melayan flow abang Ilhan je. Dekat luar bangunan NinjaGo ini juga adalah beberapa permainan.
 Semasa Tukang Kebun tinggalkan kebun, Si Kembang Bugang pun amat meriah sekali berbunga-bunga. Bergugusan bunganya kembang menceriakan laman. Kembang Bugang ini memang meriah betul berbunga di kala hujan banyak. Yang dalam gambar ini, pokok-pokok kembang bugang yang tak pernah pun disiram dan dibaja tapi cepat naik subur dan berbunga meriah.
  Berbaris pokok-pokok kembang bugang berbunga sepanjang tempat letak kereta yang berdekatan dapur. Pokok kembang bugang ini bunganya berbau wangi ketara masa dah senja. Jadi elok juga tanam pokok kembang bugang berhampiran dengan tempat letak kereta. Sekurang-kurangnya masa musim bunganya bila tuannya balik penat dari kerja waktu senja boleh kurangkan stress dengan sambutan wangian bunganya yang kembang meriah.
 Bunganyakan berwarna putih jadi bila senja pun masih jelas kelihatan. Pokok kembang bugang ini yang menariknya ianya juga mampu berbunga lebat pada keadaan penerimaan cahaya yang separa. Tidak perlukan banyak cahaya matahari untuk berbunga. Juga sesuai ditanam dalam pasu sebab pokoknya takdelah besar. Local name kita panggil Kembang Bugang, tempat lain panggil White Butterfly Bush.

 Info lanjut mengenai si Kembang Bugang boleh (klik sini).
~ 1 pot Kembang Bugang for RM7.00 ~

Ahad, 15 Mei 2016

White Butterfly Bush

  Posting baru-baru ini bercerita pasal tumbuhan air Keladi Bunting yang rajin beranak pinak (related posting klik sini). Hari ini giliran si pokok kembang bugang pula bunganya yang diibaratkan seperti rama-rama putih juga mudah beranak pinak tapi taklah full speed macam Keladi Bunting. Apa yang unik mengenai pokok kembang bugang ini ialah selain dari semaian biji benih, akarnya mempunyai sifat suka merayap. Bukan sahaja merayap ke arah bawah graviti sahaja tapi menjalar jauh  di dalam tanah secara horizontally menjadikan tiba-tiba ada anak-anak kembang bugang muncul makin jauh dari induk pokok. Pandai pula anaknya berjarak tak tumbuh rapat dengan ibunya. Bila dah jarak secara semulajadi tak berebutlah air, cahaya dan makanan. Akar yang rajin berjalan-jalan ini juga dilaporkan mempunyai kandungan yang dapat menjadi penawar racun untuk bisa ular.
  Tukang Kebun kagum dengan pokok kembang bugang ini sebab batang pokoknya pun tak besar setakat saiz jari jemari ini dan begitu juga akarnya tapi sangat kuat menolak tanah untuk mengembara. Akarnya yang suka mengembara jauh ini juga, menjadikan pokoknya jenis tak tamak sangat air. Tambahan pula kekadang bila dah nak cepat sangat, Tukang Kebun tolak je mesin rumput sekali atas pokok kembang bugang (yang dah tersasar jauh ke padang). Bila musim hujan muncul semula keluar dari tanah. Pokok kembang bugang ini memang asal usulnya dari negara kita, jadi ianya memang serasilah dengan perubahan cuaca negara kita sepanjang tahun terutamanya di kawasan tanah rendah. Untuk novice gardener atau yang baru berjinak dalam dunia berkebun, pokok ini sesuai untuk anda. Dia tak merajuk lama, bila pindahkan jika tersilap ada kes terputus sikit ke akar. Dia monyok beberapa hari kemudian ceria tegak semula (pujuklah dengan air dan teduh dia beberapa hari dahulu). 

  Bunganya biasanya belah senja lebih wangi atau pada waktu malam. Biasalah bunga-bunga warna putih tropika ini biasanya lebih wangi bila waktu gelap macam malam. Eloklah untuk kalau tuannya selalu balik kerja lewat. Bolehlah welcome back dengan haruman bunganya dekat pintu masuk rumah setelah lama kena asap kenderaan. Boleh juga hidup elok dalam pasu. Jenis pokok yang tak besar. Untuk balcony gardeners juga sesuai.

More info on Kembang Bugang boleh juga refer kepada posting lama (klik sini).

Terhabis pula stoknya dari bulan Mac tak dapat catch up dengan permintaan. Tunggu semaian baru stabil dahulu, bulan ini baru kami mula bekalkan semula setelah sebulan lebih dipindahkan. Semaian adalah dari anak pokok tunas akar, jadi ianya lebih pantas membesar dan berbunga. Mohon maaf kepada gardeners yang tertunggu-tunggu stok pokok kembang bugang, baru teringat nak inform semula hari ini.

~ 1 pot White Butterfly bush plant RM7.00 ~
  Tukang Kebun rasa tahun ini macam pokok-pokok kapas yang matang di Kebun Bahagia Bersama lebih rajin berbunga berbanding dengan cuaca tahun lepas. Tak putus-putus menghasilkan kapas walaupun langsung tak dibaja dan disiram. Pokok kapas ini tak besar macam pokok kekabu. Sebagai contoh, lihat gambar di bawah di mana pokok kapas berada di antara pokok nenas. Rasa macam sesuai pula pokok kapas ditanam berdekatan dengan pokok nenas. Tak pasti kalau ini boleh diterima sebagai companion planting. Buat catatan sahaja terlebih dahulu, kalau ya boleh memaksimakan productivity ruang yang ada. 

  Seperti pokok kembang bugang, akar pokok kapas juga ada kegunaannya. Akar pokok kapas dapat membantu dalam natural Family planning kerana ianya dapat membuatkan kehamilan tidak menjadi atau terencat. Oleh itu, perempuan yang mengandung tak boleh consumme rebusan atau air dari akar kapas kerana boleh menyebabkan keguguran. Salah satu cara traditional untuk mempercepatkan dan mempermudahkan kelahiran anak juga dengan bantuan akar kapas. Untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap, ada sumber mengatakan bahawa akar pokok kapas membantu mempercepatkan haid. Ubat alternative semulajadi untuk wanita yang menghadapi menstrual disorder atau gangguan menopause. 

   Be very cautious only use cotton bark root that is 100% organically grown.

  Sebab ada comparison kes penggunaan akar dari pokok cotton commercial membawa kesan sampingan kerana banyak penggunaan racun. Pastikan anda tahu sumber bahan ubat semulajadi datang dari mana dan bagaimana cara pembesarannya dijaga. Antara sebab kenapa Tukang Kebun lebih rela tanam pokok-pokok herba atau pokok ubatan sendiri.

  Ada jugalah sebenarnya beberapa kali kami terima enquiry untuk akar pokok kapas. Kadangkala si suami yang usahakan untuk isterinya yang sedang menderita katanya mohon pertolongan pujuk Tukang Kebun bekalkan juga. Itu kalau yang sendiri berbicara berikan maklumat kenapa perlu. Biasanya Tukang Kebun tak tanya untuk hormati privacy customers. Sehingga ke Sabah pun ada kami pos akar pokok kapas bukan setakat dalam Semenanjung Malaysia. Rupa-rupanya bila dah beberapa kali terima enquiry akar pokok kapas, Tukang Kebun tak sangka pula ada juga rakyat Malaysia yang ambil manfaat dengan akar pokok kapas.

  Secara jujurnya cuma besar pengorbanan rasanya nak ambil bahagian akar pokok kapas. Sebab kasihan dekat pokok kapas tu, Tukang Kebun yang nak kena cederakannya. Kalau bahagian selain dari akar tu, diambil atau dipotong ada tumbuh pengganti. Yang bahagian akar ni, boleh bad mood jadinya pokok kapas atau merajuk lama. Kalau merajuk tak pe lagi, kalau rest in peace lepas tu. Bukan sekelip mata nak tunggu pokoknya membesar dan matang. Nilai harga seperti ganti rugi sebab Tukang Kebunnya berat hati nak seksa pokoknya. Akar yang besar dan power pun ambil masa pertumbuhannya.

~ 500gram akar pokok kapas RM25.00~

~ Anggaran 20 biji benih kapas RM3.00 ~

Jumaat, 29 Mei 2015

Pengalaman Pertama Sembelih Itik

  Setelah beberapa hari jadi Tukang Masak, mestilah Tukang Kebun rasa resah nak turun ke kebun pada hari Ahad setelah selamat mengadakan mini reunion bekas pelajar Malaysia Niigata University dan Birthday Ilhan ke-8 Sabtu lepas. Hujung minggu lepas, pengalaman baru buat team members Kebun Bahagia Bersama ialah sembelih itik muscovy belaan sendiri. Nak tengok perubahan mereka masa dari baby boleh visit laman posting sebelum ini (klik sini). Sebelum itu, setiap kali bincang pasal nak sembelih itik daging, dearest hubby asyik fikir-fikir panjang sebab dengar khabarnya itik ni bila sembelih lama nak stop jantungnya, siap boleh jalan-jalan lagi lepas sembelih khabarnya. Nampaknya persediaan mental dan hati diperlukan oleh Tukang Sembelih (1st time lah kan).
  Sorry for the picture after sembelih ini Ilhan yang pandai-pandai ambil. Kenangan anak-anak pertama kali makan daging itik. Hujung minggu lepas 2 ekor kami sembelih. Itik daging muscovy ini lebih cepat membesar dari ayam daging. Baru berusia 2 bulan lebih dah lebih 2~3 kilogram bila dah bersihkan semua organ tak de.  Tukang Kebun pun tak sangka betapa cepat itik-itik Muscovy ini membesar patutlah kuat makan. Ilhan pun tak sabar-sabar nak rasa pengalaman pertama kali makan daging itik. Tak sampai seekor bahagian itik dibuat ala-ala masak nasi ayam. Bila tanya Ilhan suka tak makan itik? Ilhan kata sedap pula dari ayam. Rayyan pula tak mau makan katanya tak berapa gemar. Kami pun tak sangka pula Ilhan allright pula nak makan daging itik (terkebil-kebil mata mama Ilhan yang tak biasa makan daging itik). Balance daging itik masih duduk dalam freezer lagi. Cadangan dialu-alukan apalah Tukang Kebun nak buat dengan balance yang masih ada lagi simpan dalam freezer. Terkejut ke apa ntah, keesokkan harinya Tukang Sembelih balik dari kerja terus demam penat cabut 2 ekor bulu-bulu itik ke apa dear.
  Sementara Tukang Sembelih cabut-cabut bulu itik, Tukang Kebun pula mengemaskan kawasan deretan tembok ini dah jadi gelap lama tak kemas. Pokok species jenis calathea ini pun hidup subur sangat. Jenis calathea ini daun-daunnya boleh digunakan sebagai pengalas nak bakar ikan pun boleh, fungsi sama je dengan daun pisang. Kalau nak buat alas-alas makanan atau hiasan pun boleh. Bila Tukang Kebun fikir-fikir belek daunnya rasa lagi senang nak buat alas dari daun pisang. Terus je potong sehelai daun tak mudah koyak macam daun pisang.
   Minggu ini jika ada ruang dalam kotak prepaid yang diselitkan antaranya ialah rizom jenis calathea ini. Ianya juga menghasilkan bunga berwana keungguan. Tukang kebun belum pasti jenis calathea ini dipanggil apa, sekiranya ada yang tahu bolehlah kongsikan bersama. Pokok calathea ini memang sangat sesuai dijadikan sebagai tembok atau pokok pagar. 
  Berhampiran tempat Tukang Kebun kemas ini juga adalah musim bunga white butterfly bush dan Madonna Lily. Banyak bunga berwarna putih mekar terutamanya awal-awal pagi semerbak baunya memikat banyak pollinators mendekatinya. Kalau anda mempunyai bekas kecil berisi air dengan tumbuhan air amat padan digabungkan dengan Madonna Lily dan White Butterfly Bush di sisinya.

Info Madonna Lily boleh diketahui lanjut dengan klik sini.
~ 1 moist bare-rooted plant RM7.00 .

Info White Butterfly Bush boleh jenguk-jenguk teliti lagi dengan klik sini.
~ 1 pot for RM7.00.

  Kemas-kemas sepanjang tembok sampailah ke rumpunan Heliconia Halloween yang bersebelahan buaian. Permata-permata hati sejak bulan ini gemar main buaian di kawasan sini. Jadi untuk pastikan keselamatan mereka, maka Tukang Kebun kasi banyak cahaya area ini dengan cabut-cabut dan pangkas rimbunan pokok-pokok yang berlebihan supaya tak dapat mahkluk Allah lain nak bertapa di sudut ini. Nampak perubahan ketara dengan gambar yang ditunjukkan minggu lepas, walaupun sudut yang sama (related posting visit here).

  Hujung minggu ini boleh self-collect goodies dari Kebun Bahagia Bersama di Sungai Buloh antara pukul 5:30petang~6:00petang pada hari Sabtu. Telur itik juga available this week (sebutir 70sen).

Sabtu, 31 Januari 2015

Kebun Kuala Lipis Eira

  Hari ini mari kita jalan-jalan ke kebun Eira di Kuala Lipis, Pahang. Perkataan kegemaran Abby sekarang pun 'jalan-jalan'. Hujung bulan November lepas, kita jalan-jalan ke kebun Eira menjamu mata tengok kebun bunga matahari Eira (related posting klik sini). Rasanya berpuluh-puluh gardeners yang mendapat sunflower seeds dari Eira yang Kebun Bahagia Bersama selitkan dalam pesanan, please leave a comment bagi feedback benih matahari tersebut untuk Eira ya. Tukang kebun ada semai biji benih Eira sebelum balik Sabah hari tu, percambahan sangat superb, tak perlu nak buat kaedah special apa pun. Tukang kebun terus tanam di tanah dan biarkan masa musim hujan, naik dengan baik. Tapi bila balik dari Sabah, habis licin hilang dikerjakan oleh siput atau belalang, biasalah adat berkebun. Nanti semai semula.
  Terima kasih banyak-banyak kepada Eira kerana kongsikan hasil biji-biji benih dan anak-anak pokok dari Kebun Bahagia Bersama minggu ini. Tumpang seronok dan bahagia dapat tengok bersama-sama pertumbuhannya. Eira kata Morning glory 'Blue Star' (Gambar No. 1) sedang kembang hari-hari bersama kembang bugang (Gambar No. 2) yang wangi sangat.
 Gambar No. 3 adalah pokok cape gooseberry yang sedang berbuah. Pokok mulberry Eira juga sedang berbuah lebat.
 Pokok bunga crinum dan garlic vine juga sudah berkali berbunga-bunga di kebun Eira.
 Eira punya pokok garlic vine cepat juga naik. Boleh tak Eira kongsi penjagaan macam mana nak kasi cepat besar pokok garlic vine? Tukang kebun kerap dapat soalan ini. Kali ini kita harap Eira dapat leave comment cara nak kasi garlic vine cepat besar pula.

Thank you for sharing Gardener Eira!

 Kalau masa mengizinkan, InsyaAllah akan tukang kebun sediakan beberapa pek benih bunga matahari Eira lagi untuk diselitkan pesanan-pesanan dipos minggu depan.

Jumaat, 3 Oktober 2014

Kembang for Bridal Bouquet

   Balik dari menghantar Big Boss dan Tuan Tanah ke KLIA Selesa lepas ditemani dengan Ilhan yang dicutikan sekolah sebab ganti UPSR tukang kebun intai sekejap area ni yang baru dipindahkan anak-anak pokok zinnia dan balsam. Pada mulanya tukang kebun tak perasan yang si Kembang Bugang sedang berbunga lebat. Tapi sebab tiba-tiba rasa macam ada bau semerbak berdekatan, rupa-rupanya bau wangian dari Kembang Bugang rupanya.  

  Baru tukang kebun sedar yang kembang bugang ni bunganya berbau kuat masa waktu dah sangat senja ke malam rupanya. Sebab belah siang macam tiada perasan baunya. Subhanallah walaupun tukang kebun jejak kaki sekejap je di kebun pasti ada benda baru yang dipelajari. Baru tukang kebun teringat jangan pandang rendah dengan bunga-bungaan putih walaupun pada sebelah siang seakan tiada wangian. Wangi kembang bugang lembut je untuk si anak dara princess takdelah boleh lawan dengan Queen of the night (klik sini).

 Gambar diambil pada lewat senja.
   Lebat sungguh gugusan bunganya. Terlintas pula di fikiran tukang kebun boleh terus buat simple hand bouquet arrangement untuk flower girl ataupun bride for night nikah or wedding. Tambahan pula bau bunganya yang sangat harum pada waktu malam. Flower arrangement atas meja makan juga menarik. Pokok kembang bugang ni sangat lasak ya, kalau tukang potong rumput terpotong pokoknya pun nanti dia hidup semula bertunas. Perangai dia ni macam akar dani, akar dia selagi hidup dalam tanah dia mampu membiak keluar anak-anak pokok baru sama juga seperti pepanggil (klik sini).  Untuk tumbuhan yang jenis akar-akar kuat ni seperti akar dani, pepanggil dan kembang bugang boleh dihantar seluruh Malaysia (Sabah dan Sarawak moist bare-rooted, Semananjung Malaysia dalam bekas bersama tanah).

~ Kembang Bugang ~
1 plant for RM7.00 .

Selasa, 8 Julai 2014

Cantas Clerodendrum Calamitosum

 Masuk bulan Julai ini bermulalah pula musim bunga White Butterfly Bush di Kebun Bahagia Bersama. Masa musim kemarau dia duduk diam menghijau je. Pokok bunga jenis Clerondendrum calamitosum ini tukang kebun tengok sifatnya suka mula berbunga bila tibanya kembali musim kerap hujan bertandang. Kalau negara 4 musim akan kata ianya berbunga pada musim luruh (秋)begitulah konon-kononnya atau pada akhir musim panas (夏). Tukang kebun amat gemar pokok bunga dalam keluarga 'Clerodendrum' kerana kebanyakkan pokok yang masuk dalam kategori ini sangat lasak terutama akarnya bila dah matang. Kalau akarnya tu dah banyak, kalaulah terpotong atau terpatah batangnya sampai tinggal 3 cm pun dia boleh naik hidup balik. Yang selalu ada kes accident pemotong rumput selalu terpotong pokok maka tukang kebun recommend tanam pokok kembang bugang ini, takdelah sedih sangat nanti naiklah pucuk baru. Disebabkan itu juga, akar pokok bunga white butterfly bush juga ada kelebihannya (bacaan dan info lanjut di posting sebelum ini klik sini).
 Di luar musim bunganya atau sesudah musimnya bolehlah pangkas pokoknya. InsyaAllah nanti bertambah bushy pokoknya barulah jadi 'white butterfly bush' betul-betul. Kalau pokoknya tiada pernah dipatahkan, maka tumbuhlah ia meninggi nan sebatang. Pokok white butterfly bush cepat meninggi kekadang yang dalam ready stock untuk penghantaran pun dah lebih 50cm. Jadi kekadang tukang kebun bagi pendekkan pokoknya (macam dalam gambar no. 2 bulatan oren). Walaupun botak tak lama kemudian tumbuhlah pucuk-pucuk baru macam dalam gambar no. 2 anak panah kuning. Untuk yang baru berjinak-jinak dalam kebun, tak perlu khuatir kalau pokoknya dah pernah berbunga atau akarnya dah banyak boleh sahaja trim pokoknya, dia tak berapa kisah. White Butterfly Bush tukang kebun perhatikan paling selesa duduk di kawasan partial shade. Tahan panas dan kemarau apabila dah matang pokoknya, kemarau yang 2 bulan tu ada langsung tak terima air dari tukang kebun. Water wise plant sesuai untuk kawasan yang kerap menerima catuan air dan yang kerap travel. Sesuai juga ditanam dalam pasu.
~ White Butterfly Bush ~
1 pot for RM7.00

Selasa, 26 November 2013

Kembang Bugang

 Pokok kembang bugang adalah satu pokok yang sangat mudah tumbuh di kawasan tanah rendah tanahair kita tanpa  sebarang penjagaan pun. Malah keistimewaan pokok ini ialah seluruh pokoknya mempunyai nilai perubatan tradisional dan telah pun diceritakan sedikit pada posting sebelum ini (klik sini untuk previous posting). Tujuan asal dahulu big boss tanam pokok kembang bugang di Kebun Bahagia Bersama bukan kerana rupanya yang cantik sahaja. Tetapi akarnya dapat membantu merawat patukan ular berbisa. Dulu semasa awal-awal pindah di sini dari Shah Alam ke kawasan kampung keliling kebun kecuali jiran depan tiada rumah penuh semak samun belukar jadi ular dan biawak menjadi unwanted visitor perkara biasa.  Big boss pun sudah berapa kali berparang perang dengan ular-ular tedung hitam berbisa banyak kali.  Di bandar juga pun ada ular juga kan. Sekarang ini di Kebun Bahagia Bersama, pokok kembang bugang sangat bahagia beranak-pinak sini sana dengan sendirinya seperti contoh gambar di atas dan di bawah adalah self-seeded kembang bugang.  Pandai pula ngam pokok kembang bugang pilih spot di sebelah bekas water lily bagi nampakkan seri walaupun projek tergendala konon-konon nak menceriakan spot ini. Pertumbuhannya juga pantas dan mengambil masa cepat berbunga seperti pokok zinnia atau cosmos yang dikategorikan pokok annual walaupun pokok kembang bugang adalah pokok perennial.
 Hasil tinjauan tukang kebun dari self-seeded kembang bugang, ianya tak kisah dengan berapa jam penerimaan cahaya yang diterimanya. Sebagai contoh, gambar di atas, pokok kembang bugang berkembang bunga di tempat yang tidak beberapa menerima cahaya matahari boleh nampak beza bayang sinaran matahari kan. Kesimpulannya, dekat full sun, partial sun atau light shade pun pokok kembang bugang hidup bahagia dengan sendirinya. Sebagai contoh, walaupun dalam keadaan sempit self-seeded anak-anak pokok kembang bugang boleh berjayanya tumbuh tinggi menceriakan spot di gambar bawah. Bila berbunga nampak macam sekumpulan rama-rama putih berterbangan. Ianya boleh tumbuh dengan ketinggian lebih dari 70cm.
 Can you keep a secret? Pokok kembang bugang sebenarnya sangat lasak, bila dah well-established kalau terpotong atau patah pun pokoknya jika akarnya dah kukuh dalam tanah ianya akan keluar kembali pucuk-pucuk baru. Ingat dah hilang pokoknya? Nanti tiba-tiba muncul pokok baru di spot tersebut. Sedih pokoknya terpatah? Takpe cucuk je balik batang tersebut nanti hiduplah ia kembali.
 Pokok kembang bugang juga memberikan double happiness (errr...tukang kebun suka double happiness). Bila bunganya layu macam tiba-tiba ada bunga lain pula jadi pengganti seperti bintang warna merah. Gugur bunga putihnya tinggallah sepalnya yang rupa seperti bintang merah dan jika ada rezeki menghasilkan berry berwarna hijau. 
 Buah berry warna hijau kembang bugang juga ada nilai perubatan.

~ Pokok Kembang Bugang  (White Butterfly Bush) ~

1 bekas RM7.00 .

Berminat? Tinggalkan pesanan di kotak komen ataupun email (kebunkmg@gmail.com) .

Ahad, 14 April 2013

White Butterfly (Clerodendrum calamitosum)

 Penjajah Tanah Malaya memanggil pokok bunga ini White Butterfly bush kerana pokok bunganya rajin memberikan banyak bunga kembang seperti rama-rama putih. Bukan sahaja bentuk bunganya menarik tapi bunganya juga berbau harum terutama di lewat petang. Nama jawanya dikenali sebagai Kembang Bugang. Bunga ini berasal dari Asia Tenggara tapi lebih biasa kelihatan di Jawa. Kali ini tukang kebun elak dari memanggil pokok bunga white butterfly dalam bahasa sebagai pokok melur susun bagi mengelakkan kekeliruan dari segi perubatan. Pokok melur susun dah banyak jenis dikategorikan mengikut susunan lapisan bunganya. Tetapi bagi perubatan untuk mengelakkan kesilapan dalam menafsir dan mengelakkan dari mengingatkan pokok-pokok melur susun adalah sama species, kita kena juga tengok nama scientific atau nama latin/botani yang diberikan kepada setiap jenis bunga yang dipanggil pokok bunga melur susun. Sebagai contoh, nama latin/botani yang diberikan kepada pokok bunga 'Kembang Bugang' ialah Clerodendrum calamitosum.
 Daun pada batang pokok Kembang Bugang adalah berwarna lebih pekat dari daun di batang yang muda.  Pada pucuk daun, bunga white butterfly yang akan kembang tidak lama lagi. Pokok bunga Kembang Bugang tidak memerlukan banyak perhatian dalam penjagaannya tapi rajin berbunga. Salah satu point bagus pokok Kembang Bugang ialah ia boleh juga hidup di kawasan yang kurang menerima cahaya matahari  ~ 4 jam dalam sehari. Oleh itu, bagi gardeners yang mempunyai kawasan yang menerima separa cahaya matahari yang tidak produktif, boleh cuba menanam pokok Kembang Bugang untuk memeriahkan tempat tersebut. Setelah kuntuman bunga white butterfly luruh, yang menariknya tinggallah 'sepal' di belakangnya berwarna merah seakan bentuk bintang merah. Kadangkala tumbuh buah berbentuk guli berwarna merah pekat (tak jumpa gambar dalam archives tukang kebun). Buah pokok Kembang Bugang juga mempunyai kegunaan dalam perubatan traditional. Dulu tukang kebun ingat pokok Kembang Bugang adalah sekadar hiasan sahaja, tetapi seronok tukang kebun dapat menimba ilmu dari Dr. Abdul Ghani atau lebih mesra dengan panggilan Pak Din mengenai kegunaan perubatan pokok Kembang Bugang ini yang ada juga dicatit di blognya 'Yang Mekar ditamanku'. Jika bercuti ke Pulau Langkawi dan berkesempatan lawatlah HerbalWalk Pak Din, pasti dapat menimba banyak ilmu mengenai perubatan tradisional yang diperolehi dari pokok atau herba tempatan kita. Yang kita panggil 'weed' dalam kebun pun ada nilainya dalam perubatan. Pak Din juga yang membantu tukang kebun ID pokok Kembang Bugang supaya tidak tersilap.
 Tukang kebun sebenarnya nak rekodkan tumbuh-tumbuhan apa di dalam kebun yang dapat membantu merawat gigitan ular. Kebun di Sungai Buloh ni sangat 'animal friendly', jadi binatang yang tak berkaki pun suka melepak terutama pada kawasan teduh bila musim panas. Akhir bulan lepas, sambil termenung tengok sudut ini memikirkan perkembangan pokok dalam pot berair ada ikan guppy tu, rasa macam mata ni main-main kut macam terlihat ada benda menyusur di belakang pasu berwarna belang kelabu. Kaki tukang kebun baru rasa nak bergerak nak perbetulkan pokok-pokok, tapi secara automatik badan ni berhenti bergerak. Sebab dari cara daun yang bergerak-gerak, bukan si tupai yang selalu teman dalam kebun. Tiba-tiba terkeluar kepala warna kelabu dekat dengan pasu yang ada pokok langsuair adalah juga nak dekat 2 inci lebar muka binatang yang tiada kaki. Beberapa detik hang pandang aku, aku pandang hang, pastu si Ular pun reverse balik dan hilang dari pandangan. Ular ni pun cerdik sebelum kami berdua terperanjat atau jadi keadaan panik kalau tukang kebun sibuk belek-belek kawasan tanaman yang dia sedang lepak tak perasan, dia pandai bagi salam dekat Tukang Kebun dulu. Natural instinct tukang kebun pada masa itu pun tak de rasa yang membahayakan.
 Balik kepada pokok 'Kembang Bugang', seperti yang direkodkan dalam blog Pak Din, akar pokoknya boleh membantu merawat gigitan ular dengan mengambil akar bersaiz lebih kurang ibu jari dan kunyah, air kunyahan ditelan dan akar yang telah dilumatkan ditempel pada tempat yang terkena gigitan ular. Selepas kejadian, tukang kebun rajinkan diri belek-belek pokok-pokok White Butterfly dalam kebun nak ingat posisinya. Kemudian tukang kebun perasan ada beberapa anak pokok White Butterfly yang dah tertumbuh sendiri di luar kawasan bermakna tempat yang nanti kena gelek dengan mesin rumput. Jadi tukang kebun pindahkan pokok-pokok tersebut ke tempat baru dan dalam bekas-bekas kitar semula juga.
  Di lokasi yang diambil gambar di atas juga ada pokok bunga dari keluarga Clerodendrum juga iaitu pokok bunga pepanggil (Clerodendrum paniculatum)

 Tukang kebun ada beberapa anak pokok White Butterfly (Clerodendrum calamitosum) yang bukan dari keratan batang tapi dari pembahagian akar extra dapat ditawarkan bulan ini untuk gardeners yang inginkan pokok ini di taman mereka juga. 

~ White Butterfly (Clerodendrum calamitosum) ~
1 pokok (RM7).

Sekiranya ada pesanan bulb atau biji benih tiada penambahan kos penghantaran.
Gardener yang berminat boleh hantar email ke (kebunkmg@gmail.com).