Hari ini mari kita jalan-jalan ke kebun Eira di Kuala Lipis, Pahang. Perkataan kegemaran Abby sekarang pun 'jalan-jalan'. Hujung bulan November lepas, kita jalan-jalan ke kebun Eira menjamu mata tengok kebun bunga matahari Eira (related posting klik sini). Rasanya berpuluh-puluh gardeners yang mendapat sunflower seeds dari Eira yang Kebun Bahagia Bersama selitkan dalam pesanan, please leave a comment bagi feedback benih matahari tersebut untuk Eira ya. Tukang kebun ada semai biji benih Eira sebelum balik Sabah hari tu, percambahan sangat superb, tak perlu nak buat kaedah special apa pun. Tukang kebun terus tanam di tanah dan biarkan masa musim hujan, naik dengan baik. Tapi bila balik dari Sabah, habis licin hilang dikerjakan oleh siput atau belalang, biasalah adat berkebun. Nanti semai semula.
Terima kasih banyak-banyak kepada Eira kerana kongsikan hasil biji-biji benih dan anak-anak pokok dari Kebun Bahagia Bersama minggu ini. Tumpang seronok dan bahagia dapat tengok bersama-sama pertumbuhannya. Eira kata Morning glory 'Blue Star' (Gambar No. 1) sedang kembang hari-hari bersama kembang bugang (Gambar No. 2) yang wangi sangat.
Gambar No. 3 adalah pokok cape gooseberry yang sedang berbuah. Pokok mulberry Eira juga sedang berbuah lebat.
Pokok bunga crinum dan garlic vine juga sudah berkali berbunga-bunga di kebun Eira.
Eira punya pokok garlic vine cepat juga naik. Boleh tak Eira kongsi penjagaan macam mana nak kasi cepat besar pokok garlic vine? Tukang kebun kerap dapat soalan ini. Kali ini kita harap Eira dapat leave comment cara nak kasi garlic vine cepat besar pula.
Thank you for sharing Gardener Eira!
Kalau masa mengizinkan, InsyaAllah akan tukang kebun sediakan beberapa pek benih bunga matahari Eira lagi untuk diselitkan pesanan-pesanan dipos minggu depan.
5 ulasan:
benih bunga matahari benih yg Eira bagi tu mmg cambah...tapi makngah kena ikut ayngah outstation seminggu...bila balik habis semuanya...tinggal pasu je...tak ada rezeki
Siput memang suka makan pokok matahari ni..kak disini pun sampai dah fed up nak semai..
Salam Bahagia Mak Ngah,
Kena semai semulalah begitu, ada tukang kebun selitkan seeds sunflower dari Eira untuk MakNgah dalam parcel yang dipos baru-baru ini.
Salam Bahagia Kak Mala.
Kekadang ikut nasib pun ada masa tak pula dimakan masa baru bercambah. Tapi bila membesar si belalang pula dok meratah daunnya walaupun dah tinggi lebih 50cm pun mereka nak juga makan.
ada jual lg x benih cape gooseberry ni..
Salam Bahagia Leya.
Benih cape gooseberry tiada ready stock sekarang.
Catat Ulasan