Ada satu petak besar di nun jauh penjuru belakang Kebun Bahagia Bersama yang berpagar supaya angsa-angsa tak dapat masuk buat havoc di situ. Tukang kebun pun jarang-jarang pergi mengemas/menebas di sana setahun sekali dua je kut. Syukur Alhamdulillah dah lama pasang niat nak kemas di kawasan tersebut dapat jugalah kami suami isteri kemaskan pada Sabtu lepas bersama-sama. Inilah catatan tukang kebun untuk Petak Bonglai Hantu yang dikemaskan pada bulan January 2015 ini. Untuk mudah nak refer balik maka tukang kebun panggil petak Bonglai Hantu sebab ada rumpunan pokok bonglai hantu yang hidup bahagia di situ. Pokok-pokok utama yang ada dalam kawasan bonglai hantu yang hidup subur neglected di sini adalah pokok-pokok salak, beberapa jenis pisang, nanas madu Sabah dan Kelapa. Punyalah banyak buah-buah kelapa tua on the ground yang nak kena sorting. Yang dah bertunas semua dilonggokkan di bawah pokok jering dahulu.
Semasa musim kemarau panjang yang lalu, punyalah banyak keluar bunga si Bonglai Hitam ni. Tak ambil gambar bunga-bunganya yang kembang mirip macam bunga lempoyang sebab semak sangat tak rela nak harung pergi close up. Anak-anak pokok pisang banyak yang overlap sesama ada yang berakar tak masuk tanah pun ada macam tergantung. Jadi banyak anak-anak pokok pisang digali keluar dan disusun ditanam di tempat lain. Sekiranya dibiarkan takut nanti bila datangnya musim kemarau berpanjangan pokok-pokok pisang yang akarnya tidak tumbuh ke dalam tanah macam bertenggek atas tunggul lain akan jatuh satu persatu macam domino bila cuaca extreme. Selalunya berlaku apabila dah lama tak hujan kemudian tiba-tiba hujan ribut datang habis tumbang pokok-pokok pisang. As a precaution kami pindah-pindahkan, lagipun elok rotate tanam di tempat berbeza-beza nak elakkan disease (lets practise crop rotation).
Mari kita ke kampung Poturidong di Sabah semula sekejap. Semasa awal bulan berada di sana, tukang kebun perasan yang pokok Nanas Madu Sabah Big Boss sedang berbunga. Cantik tak bunganya yang berwarna ungu itu? Pokok Nanas adalah sepupu dengan pokok-pokok jenis bromeliad yang cantik menjadi hiasan di laman. Tapi tanam Nanas ada hasil buahnya boleh makan.
Tukang kebun flashback ke kampung Poturidong sebenarnya nak berkongsi cara-cara dapatnya bibit anak pokok nenas. Jambul atau mahkota dari buah yang masak juga boleh ditanam untuk mendapatkan pokok nanas. Tetapi hasil saiz buahnya adalah akan tumbuh menjadi lebih nampak beza kecilnya berbanding dengan saiz purata jenis buah tersebut jika ditanam dengan kaedah tersebut. Secara idealnya untuk pertanian komersial adalah bibit-bibit nanas yang ditanam diambil dari 'sulur tangkai (slip tunas)', 'sulur udara' atau 'sulur tanah'. Cuba perhatikan di bawah buah nanas tersebut ada seakan di tangkainya macam jambul/mahkota nanas juga sedang membentuk yang akan membesar bersama-sama buah nanas tersebut. Ini dipanggil bibit-bibit nanas yang diperolehi dari 'sulur tangkai' nenas. Biasanya bila buah Nanas Madu Sabah sudah ranum dipetik, bolehlah tuai bibit-bibit anak nanas yang banyak tumbuh di keliling tangkai tersebut juga sudah besar macam saiz jambul nanas cuma takde buahnya (sulur tangkai) untuk ditanam pindahkan ke tempat-tempat lain.
Nanas juga dibahagikan kepada beberapa kategori dengan characteristicnya yang tersendiri seperti 'Cayenne', 'Spanish' dan 'Queen'. Dalam bulan ini bibit-bibit Nanas Sarawak (juga dikenali sebagai Nanas Paun) yang ditanam adalah dalam kategori jenis 'Cayenne'. Tukang kebun perhatikan characteristic Nanas Madu Sabah adalah jenis kategori 'Spanish'. Nanas dalam kategori jenis 'Spanish' biasanya menghasilkan banyak bibit-bibit nanas di sulur tangkai dan kadangkala berbilang-bilang jambulnya di atas buah berbeza dengan sifat nanas dalam kategori 'Cayenne'.
Kebiasaannya musim pokok nanas berbunga di Kebun Bahagia Bersama ialah pada awal tahun. Jadi tukang kebun tengah pasang harapan yang adalah nanti pokok-pokok nanas yang dah nampak matang akan berikan hasil tahun ini. Syukur Alhamdulillah sambil-sambil mengemas petak kawasan Bonglai Hantu ini banyak juga ilmu yang tukang kebun dapat pelajari secara pratical bukan hanya bacaan antaranya bagaimana bibit-bibit nanas diperolehi. Mungkin bagi sesetengah pembaca adalah kurang menarik tapi dapatlah serba sedikit kongsi ilmu cetek tukang kebun ini bagi yang sama-sama berminat nak tambah pengetahuan mengenai dunia tumbuhan nanas. Untung juga kami kemas kawasan ini Sabtu lalu, dapatlah penemuan beberapa bibit nanas madu sabah dari pelbagai sumber dalam kawasan ini sambil dapat menambahkan bilangan pokok-pokok nanas madu sabah di Kebun Bahagia Bersama.
Sebagai contoh gambar ke-2 terakhir di atas ini terjumpalah pula pokok nanas yang dikelilingi dengan anak-anak pokok nanas. Adakah ini bibit nanas yang dikatakan dari Sulur Tanah ataupun Sulur Udara (water mark tulis sulur tanah). Tiba-tiba rasa macam sulur udara pula. Kalau ada yang lebih arif silalah tunjuk ajar pada kami ini.
Di gambar bawah ini pula memang terang dan nyata bibit dari sumber sulur tanah. Out of nowhere terjumpalah pula batang akar macam ini dengan beberapa anak-anak nanas duduk bergayut di atasnya yang boleh dipisah-pisahkan sebagai individual pokok baru untuk expand kebun nanas.
Bila dapat belajar di depan mata sendiri dengan perhatian cara kaedah nak dapatkan anak-anak nanas terasa teruja nak tambah bilangan pokok-pokok nanas di belakang. Dulu work bench tukang kebun dalam makmal kecik,sekarang luas makmal di belakang tu nak buat pelbagai experiment. Tukang kebun ibaratkan kebun di belakang itu seperti buku, jika rajin membacanya pasti setiap hari ada sahaja ilmu baru yang dipelajari.
Laptop tukang kebun ada problem dengan system apa entah pandai updated sendiri jadi problematic asyik shut down sendiri. Jadi ada masalah sikit nak membalas email dengan efficient. Harap bersabar.
Minggu ini cuma boleh buat Self-Collect day hari Rabu ini sahaja di Sungai Buloh antara 8:30malam ~ 9:00 malam.
12 ulasan:
Assalamualaikum Kak Diana, terima kasih atas perkongsian pokok bonglai hantu tu, itu pula namanya. Selalu juga Julie tertanya2 apalah nama tumbuhan ni. Julie pun ada tanam nanas sarawak tapi sampai sekarang x pandai berbuah, dekat setahun sdh ditanam, nanas mandul kot hihi...
Cantiknyer warna nenas madu tu...belum penah tengok sebelum ni..
tima kasih KBB atas perkongsian..
dah lama tak dengar nama bonglai ni.. last akak dengar rasanya 20 tahun lepas.. masa bersalin anak ke dua.. nenas yang akak order dari Diana hari tu dalam pasu kecil.. kalau kita tukar pasu besar tak de masalah kan?
Masa duduk di rumah sewa dahulu, kak ada tanam nenas. Sepokok sahaja tapi kemudiannya ia membiak dengan banyak. Sempat juga makan buah masak yang manis amat. Selebihnya Che Kam yang turun dari kawasan bukit menjamu selera...Walau di tudung dengan tin yang berjerigi tapi dia masih boleh dapatkan buah tersebut...
Salam Kak Diana,
Lama xdpt buka blog akak sbb data dah penuh.bila dpt buka, tertarik dgn tajuk bonglai tu, mcm pnh dgr tp xtau kat mana.Pastu bila akak tjuk bunga nenas, terkejut juga rupanya nenas ada bunga di hujung mata nenas, cntik pula tu warna purple.sy pun.xtau yg nenas ada sulur,ingt tnm pkai jambul je.hi..byk btul yg sy xtau ni.tq Kak Diana post kat sini.klu x, smpai ke sudah xtau.
Nyza sg petani
Waalaikumsalam Julie.
Bonglai pun ada pelbagai jenis Julie dengan aroma dan warna isi rizomnya yang berbeza.
Kalau penanaman commercial biasanya ikut jenis nanas ikut kiraan bilangan daun pokoknya boleh dikatakan matang nanti peladang induce pakai chemical untuk buat pokok teruja berbuah.
Salam Bahagia Ana.
Suka tengok masa mula berbunga nanas madu Sabah warnanya menarik.
Salam Bahagia Kak Mar.
Takde masalah pindahkan ke pasu besar.
Salam Bahagia Kak Mala.
Kalau tanam sendiri memang manis kan sebab masak betul berbanding dari kedai yang ambil belum masak.
Kuat betul gigi Che Kam.
Salam Bahagia Nyza.
Kami pun sekarang jarang dapat update laptop dah mula berhantu asyik shut down tiba-tiba. Kena buat recovery je.
Tukang Kebun pun suka sangat warna ungu bunga nanas yang unik itu.
Sama-sama kita tambah ilmu dunia nanas.
Salam..boleh tak nak beli benih bonglai hantu tu cik?
Boleh beli anak pokok rizom bonglai hantu.
Contact message wassup Nizam (0192931340)
Catat Ulasan