No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 18 Januari 2015

Pulau Sapi

 Hujung minggu ini tukang kebun mood bercerita mengenai trip kami ke Pulau Sapi hujung tahun lepas. Pulau Sapi antara pulau-pulau dalam Tunku Abdul Rahman National Park. Tidak jauh dari Kota Kinabalu perjalanan dengan bot anggaran 15 minit sahaja, jadi sesuai untuk mereka yang mudah mabuk laut. Ini bukan trip pertama kali tukang kebun di Tunku Abdul Rahman National Park tapi trip pertama dearest husband dan anak-anak. Lebih kurang 10 tahun dahulu, tukang kebun pernah ke Pulau Mamutik setiap hari dalam seminggu berulang-alik berdekatan Pulau Sapi untuk ambil scuba diving license. Tapi ini kali pertama Tukang kebun jejak kaki di Pulau Sapi. Dalam laut dah tengok pemandangannya cuma tak pernah jejak kaki lagi.
 Perjalanan ke Pulau Sapi pasti akan nampak Pulau Gaya yang mempunyai ramai penduduk yang dapat kelihatan banyak rumah-rumah di persisiran pantainya. Pulau Gaya adalah pulau paling besar dalam Tunku Abdul Rahman National Park. Jika cuaca baik boleh kelihatan penduduknya mendayung sampan mencari rezeki dari laut.
 Air di persekitaran jeti Pulau Sapi sangat jernih. Dari atas jeti boleh kelihatan ikan berenang-renang dalam laut dengan jelas. Ini pun tukang kebun tangkap gambar pakai digital camera biasa je pun dah nampak jelas. Di atas jeti ini ada disediakan tong sampah. Tapi bila tong sampah yang cepat penuh masa peak season jadi bahagian atas bila angin kuat sampah mudah terbang terutamanya dari bahan ringan seperti plastik. Jadi make sure compress those garbage betul-betul masuk dalam tong sampah atau tutup dengan penutup tong sampah. Janganlah kita ini jadi rakyat yang tabiatnya asyik harapkan orang lain je nak kemaskan sampah-sampah kita sampai kerja begini ini kita selalu import pedatang asing yang nak kemaskan. Banyak tong sampah disediakan di kawasan Pulau Sapi ini cuma kita je nak rajin berjalan pergi membuang sampah di tempat yang disediakan.
 Syukur Alhamdulillah pada hari yang kami bermandi-manda di Pulau Sapi cuaca sangat baik. Cuaca pada hari tersebut tidak panas dan tidak hujan. Banyak awan mendung sahaja dan air pula tidaklah sejuk, just nice everything was perfect on that day. Ombak pun tak kuat. Ramai juga pelancong yang datang beriadah di Pulau Sapi tapi tak de lah sesak sangat, still just nice. Everyone can look after each other. Lifeguard pun ada on patrol nak pastikan keselematan pelancong-pelancong. 
  Boleh kelihatan betapa dekatnya bandar Kota Kinabalu dengan Pulau Sapi dari gambar di atas. Sungguh bertuah untuk pelancong yang datang ke Kota Kinabalu boleh datang ke pulau bila-bila masa sahaja pada hari siang nak bersantai di pulau. Tiada bandar-bandar di negeri lain yang ada pulau  dekat just a few kilometers away sangat cantik boleh snorkeling dan scuba diving rich with sea creatures diversity seperti bandar Kota Kinabalu.
 Anak-anak pun seronok main pasir di tepi pantai. Ilhan seronok berendam dalam air je macam tak nak keluar. Rayyan pula seronok sangat main pasir. Air sini sangat jernih boleh nampak ikan-ikan berenang berhampiran membuatkan anak-anak pun rasa selamat sebab boleh nampak keadaan air di sekeliling. 
 Tempat ini pun sangat sesuai bagi mereka yang baru nak seronok belajar snorkeling  dan tak berapa mahir berenang terutamanya nak bawa anak-anak sekali tengok pelbagai jenis ikan dan batu karang yang ada. Of course kalau nak puas tengok kenalah jika ada peluang pergi scuba diving. Tukang kebun pun teringin nak pergi scuba diving tapi adik lelaki Daniel pula tengah minggu exam. Lain kalilah tapi anak-anak belum boleh ikut lagi.
 Dalam keseronokkan mandi-manda jangan lupa pastikan barangan anda diletak di tempat yang selamat sebab ada beberapa jenis wildlife kami sempat tengok kali ini di Pulau Sapi. Pertama kali pula tukang kebun nampak wild boar datang minta belas kasihan mencari makanan bila bercuti di pulau. Siap ada 3 ekor lagi. Yang lain datang welcome dekat Pulau Sapi juga adalah monyet dan biawak. Tapi sapi tak de pula ternampak. Biasanya kat Sabah ini, penduduk panggil lembu adalah 'Sapi'.
 Amat mudah nak ke pulau-pulau di Tunku Abdul Rahman National Park. Tak perlu buat booking awal-awal dengan travel agen mana-mana. Pergi je ke Jesselton Point yang berada di bandar Kota Kinabalu tu. Terdapat banyak agency travel di situ nak beli return tiket bot sahaja lebih jimat dan boleh rental equipment. Pergi nak mandi 2~3 jam pun boleh bagi mereka yang duduk melancong singkat di Kota Kinabalu.

10 ulasan:

Nasa Mulia berkata...

Lama berbelas tahun tak jejak kaki tempat ini..

Tanpa Nama berkata...

Very informative ! Thanks for the info.....
Rgds, Choi Min

Juliana berkata...

seronoknya !

Unknown berkata...

bestnya, suatu hari macam nak pergi jugak tempat ni insya allah kalau ada rezeki

Julie22 berkata...

Assalamualaikum Kak Diana, bestnya jalan2 dgn family, Julie x pernah lagi pergi pulau sapi ni, :) aik si Ogok janggut pun ada juga, x bahaya ke tu kak? mmg mcm tempat yg menarik je pulau ni..InshaAllah kalo ada rezeki, nak juga ke sana :)

@na berkata...

syok baca n3 ni, terasa macam berada kt sana jgk...so informative
thanks KBB

Nani berkata...

bestnya, air jernih sehingga jelas nampak ikan...

Kakzakie Purvit berkata...

Sangat enjoyable kakak tengok. Ikan pun sampai boleh nampak betapa bersihnya air dia..

Normala Saad berkata...

Diana...syoknya tengok ikan2 tu...besar2 pula...Kak tak boleh tengok mcm2 tu..geram sangat...sebab ikan kan feveret...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nasa Mulia,

InsyaAllah bila ada rezeki nak jejak kaki lagi boleh nampak perubahan dari segi kemudahan.

Salam Bahagia Choi Min.

Hope you have a chance to go for a holiday again in Sabah.

Salam Bahagia Juliana.

Memang seronok lebih lagi kanak-kanak.

Salam Bahagia KakNoor,

Tak jauh tempat ni dari Brunei. Boleh turun sekeluarga dengan kereta.

Salam Bahagia Julie.

Waalaikumsalam.
Jarang-jarang dapat berjalan Julie. Anak-anak asyik terperap je di rumah sebab mak nya asyik di luar berkebun hehehe....
Sebab ramai orang taklah bahaya ada Ogok ni. Cuma makanan nak kena sorok-sorok. Mungkin lapar tak mudah cari makanan di bahagian pulau. Yang tak larat menengok ialah ramai berebut ambil gambar selfie dengan Ogok.

Salam Bahagia @na,

Terima kasih membaca ingatkan tukang kebun syok sendiri hehehe....

Salam Bahagia Nani,

Airnya syukur alhamdulillah jernih seronok tengok ikan berenang-renang sekumpulan.

Salam Bahagia KakZakie,

Memang seronok tengok ikan berenang-renang dari atas jeti.

Salam Bahagia Kak Mala,

Ada juga terfikir dalam kepala, kalau tangkap ikan ni fresh masak macam best je hehehe...biasalah kaki seafood. Rindu juga nak pergi memancing macam zaman duduk di Adelaide dulu.