No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Kantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kantan. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Jun 2020

Serunding Bunga Kantan Kingfisher


Di kebun belah Kingfisher ni tempat menanam sebenarnya adalah di luar kawasan milik tapak perumahan. Jadi kebun ini boleh dikategorikan sebagai "Guerilla Gardening" menggunakan tanah awam atau reserve yang tidak digunakan. Sekarang ni penuh dengan barisan pokok-pokok pisang Saba kalau orang Sabah panggil lah. Pisang Saba ni jika di Semenanjung Malaysia lebih dikenali dengan panggilan kalau Tukang Kebun tak silap lah pisang Abu atau pisang Nipah. Aiyak keliru kejap pisang Saba ni belakang ada 'H' atau tidak??? (mohon komen perbetulkan Tukang Kebun). 

Yang mengenali susuk pokok pisang Saba ni pasti tahu pokok ni kalau subur pertumbuhannya memang jenis pokok pisang yang besar dan tinggi. Ahem nak tuai buahnya kalau Tukang Kebun seorang memang fikir banyak kali hahaha... Pokok pisang Saba ni memang kegemaran buat goreng pisang. Maka bila dah beranak pinak pokok-pokok pisang Abu ni lama kelamaan kawasan tepi luar rumah yang kosong dahulu di tepi Parit dah tak nampak. Sudah nampak macam hutan kecil semulajadi menyejukkan rumah dan melindungi pemandangan yang tak indah belah parit tu. 

Syukur Alhamdulillah di bawah kanopi pelepah-pelepah daun pisang Saba yang redup ni ada tumbuhan happy hidup Bahagia Bersamanya. Sebagai contoh pokok kaduk dan tak ketinggalan pokok Bunga kantan. Rupanya pokok Bunga Kantan ni dalam diam-diam berbunga meriah di tepi parit yang bila dah jadi hutan kecil begini dengan angle camera trick boleh nampak macam sungai kecil kan. Ini sebenarnya tebing curam lembut juga kalau takde pokok-pokok ni tutup bumi boleh jadi terhakis dan tanah runtuh kecil. Itu sebabnya Anak-anak tunggu kat atas je meneman papanya ambil Bunga Kantan dekat parit sebab papa kena merentas negeri dulu back to opis. 

Masa PKP ni Anak-anak mula gemar masakan daun kaduk celup tepung sebab diorang kata rasa macam seaweed dan kerepek ranggup. Boleh lah lihat telatah mereka makan daun kaduk dengan mee soba yang simple untuk sarapan disediakan oleh papa Abby di video bawah ni:

https://youtu.be/Y8wjQ_y4BNk


Di Sabah ni salah satu masakan untuk lambakan Bunga Kantan atau dapat simpan lama masakannya ialah dengan membuat Serunding Bunga Kantan (contoh share di video bawah). Jika ke Kundasang dah meriah banyak kedai jual macam-macam jenis serunding seperti Bunga Kantan, tuhau dan lain-lain. Kadang kalau bila dah terlampau letih dari kebun mata pun dah kuyu buat goreng tumis Bunga Kantan dengan ikan bilis goreng je makan dengan nasi panas-panas. 

https://youtu.be/dMmrT9gtCg4


Yang tertanya-tanya stok rizom Bunga Kantan warna merah atau putih ada stok. 
Boleh directly contact wassup message suami Tukang Kebun (0192931340). 


Selasa, 23 Oktober 2018

Kantan Bunga Merah

 Hati berbelah bagi juga sebenarnya minggu ini nak buka tawaran untuk pokok bunga kantan merah kegemaran Tukang Kebun ini. Memandangkan hujung minggu ini perancangan ialah untuk kemas kawasan keliling ini, alang-alang hanya pesanan self-collect hujung minggu dan penghantaran isnin depan sahaja Tukang Kebun terima untuk pokok kantan bunga merah dengan bilangan amat terhad.
 Jangan dia merajuk kena kacau sudahlah ya. Bukan sepantas kilat nak tunggu dia merimbun beranak pinak. Bunga kantan merah ini juga boleh digunakan untuk masakan. Kalau di tamu Sabah memang kebiasaan juga bunga kantan merah ini ada dijual untuk masakan.
~ 1 moist bare-rooted red torch ginger plant rhizome RM50.00 ~

Yang gambar di bawah ini rumpun pokok bunga kantan adik beradiknya di belakang dapur Teratak Kiulu Lodge 2 (Kampung Poturidong Lama), Kiulu Sabah. Tahun ini macam tak putus-putus berbunga, setiap kali balik jenguk mesti ada beberapa kuntum. Moga sales rizom pokok bunga kantan ini boleh masuk tabung untuk beli peti ais bagi kegunaan bersama di dapur tingkat 2 Teratak Kiulu Lodge 2. Big Boss dah berapa kali bagi hint Tukang Kebun sponsor peti ais sebab memudahkan kami yang tidur di tingkat 2 nak simpan air minuman kononnya.
 Jika ada yang merancang lawat Sabah cuti panjang hujung tahun ini marilah lawat Kiulu dan menginap di Teratak Kiulu Lodge kami. Boleh juga lawati laman facebook Teratak Kiulu Lodge. Ada 2 tempat:
(1) Teratak Kiulu Lodge 1 (Kampung Ranap, 5~10 minit jalan kaki ke pekan Kiulu dan berdekatan dengan masjid kiulu, simpang masuk sebelah masjid).
(2) Teratak Kiulu Lodge 2 (Kampung Poturidong, yang suka adventure, kena lintas jambatan gantung jika kereta tak dapat lalu kerana sungai besar masa musim hujan).
Enquiry and Reservation Contact No.:
Danial : 019-850-2434
Jenny : 019-852-3961

Isnin, 22 Oktober 2018

UNESCO HERITAGE Radimlja Necropolis

  Sebelum tibanya hari bertugas, ambil peluang untuk menambahkan pengalaman dengan hari kedua di bumi Herzegovina, ambil private tour dengan agensi pelancongan 'Herzeg Day Tour' untuk pakej 'Exploring Vjetrenica Cave Day Tour'. Bukan satu hari teroka gua sahaja tetapi melawat kawasan-kawasan menarik sepanjang perjalanan ke sana dibawa oleh local guide yang sangat berpengalaman dan passionate dengan tempat lahirnya. Pukul 9 pagi kami diambil di tempat penginapan dan tempat pertama persinggahan ialah kawasan yang gazette sebagai UNESCO World Heritage iaitu Radimlja Necropolis berdekatan bandar Stolac. 
 Dekat kawasan ini yang banyak tertumpunya batu nissan (tombstone) pelbagai lukisan dipahat di dinding batu-batu tersebut. Semuanya memberi hints dari keluarga yang dari golongan mana. Teringat pula area dekat Pamukkale, Turkey ada juga perkuburan Roman lama yang tombstone dia lebih besar dengan pelbagai bentuk masa lawat sana zaman student dulu. Cuma sejarah asal usul etnik yang amalkan stecak ni masih kabur lagi bagi pengkaji sejarah. Stecak ni sebenarnya terdapat mana-mana juga dekat kawasan Balkan ni.
 Cuma keadaan Stecak di sini nampak dalam keadaan yang tidak berapa baik kerana dah tak nampak jelas gambar-gambar dan mesej yang dipahat di batu tersebut mungkin dari kesan proses luluhawa (weathering).
 Nak masuk kawasan ini kena ada entry fee tapi kami tak masuk cuma tengok dari tepi pagar sahaja. Lagipun ada juga beberapa Stecak yang berada di luar seberang jalan boleh ditengok juga.
 Semasa kami lawat kawasan Herzegovina ini tengah peak musim buah delima. Pergi mana-mana sarat pokok delima dengan buah delima yang telah ranum.
 Hari ini Tukang Kebun kongsi gambar pokok kantan yang bunganya berwarna putih. Tetapi perhatikan betul-betul ya , bunga kantan yang mekar penuh sebenarnya yang ada nampak tak muncung warna krim kekuningan itu? Itulah sebenarnya bahagian kelopak bunga kantan putih yang sedang mekar kembang. Satu tangkai bunga kantan putih ini sebenarnya adalah gugusan bunga yang layer by layer akan mekar. Pokok bunga kantan putih di sudut gambar bawah ini bahagia juga berkawan sesama dengan pokok daun kadok.
More info on white torch ginger (Click Here)

~ 1 moist bare-rooted rhizome white torch ginger plant RM50.00 ~

~ 7 moist bare-rooted wild betel leaf plant RM5.00 ~

Hujung minggu ini InsyaAllah boleh Self-Collect bagi gardeners yang nak ambil sendiri barang yang dipesan pada 27/28 October 2018 pagi antara pukul 9:00AM~10:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

InsyaAllah yang teringin nak cuba buah pisang raja udang/pisang tembaga (Click Here) juga ada bekalan.

~ 1 sisir buah pisang raja udang organik RM5.00 ~


Khamis, 17 Mac 2016

Aru-Root

  Syukur Alhamdulillah akar putih 'Aru-Root' yang seakan macam lobak putih ini juga antara fresh products di Kebun Bahagia Bersama yang mendapat permintaan yang kerap. Sekitar Tahun Baru Cina lepas kami offer bekalkan bagi yang berminat. Next offer pula untuk fresh 'Aru-root' atau lebih biasa dikenali di tanahair kita ini ubi garut/ubi sago/ubi bemban adalah pagi 25/26/27 Mac 2016. Boleh self-collect pada hari tersebut atau membuat pesanan dan akan dipos pada 28 Mac 2016. Tahan lama jika disimpan dalam peti ais dengan baik.

~ 1 ikat Aru-root (5ubi gitu tengok saiz) <SOLD OUT> ~

  Masa minggu Tahun Baru Cina lepas gali-gali mencari ubi Aru-root kami tanam semula di Petak B. Gambar di bawah ialah pokok Aru-root yang baru sahaja di tanam semula selepas diambil ubi-ubinya. Cabut ubinya, dalam kurang sejam tanam semula pokoknya. Pokok berubi yang begitu mudah untuk hidup di cuaca tanah rendah Malaysia.
  Hujung minggu lepas masa Tukang Kebun sekeluarga berjalan-jalan di Tamu Gaya, ada Chinese Auntie peminat rambut kerinting Abby kata 'Aru-Root' ini sedap rebus buat sup campur dengan red dates. 'Aru-Root' ini orang mengandung pun boleh makan dan juga seawal bayi yang baru mula belajar makan solid food. Ianya bagus diberikan kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan cirit-birit atau mual muntah sebab gentle to the stomach (nutritive and soothing agent). Kalau cirit-birit dan muntah-muntahkan boleh buat perut kosong jadi elok diisikan perut dengan 'Aru-Root' macam pengganti bubur kosonglah. Ataupun nak elakkan dari masalah kembung perut untuk kanak-kanak atau dewasa. Ini adalah antara sumber makanan yang mudah dihadamkan oleh manusia.

Jika termakan sayur beracun, minum jus aru-root bercampur air dikatakan boleh dijadikan penawar.

  Aru-Root ada pelbagai jenis khasiat lagi boleh rujuk nota Tukang Kebun label 'Ubi Bemban'.
  Bila Tukang Kebun intai pokok-pokok Aru-Root di Petak A dah mula rebah-rebah rasanya dah sampai masa boleh menuai ubi-ubi yang berkhasiat itu. Minggu depan baru Tukang Kebun ada masa nak mula menggali-gali ubinya. Daun-daun kering memang banyak di kawasan ini dari pokok durian dan jambu air, nanti jadi baja juga tu. Musim panas dan kering elok dibiarkan supaya membantu menyejukkan tanah di sekeliling.

  Selain dari itu yang boleh self-collect pada pagi 25/26/27 Mac 2016 juga adalah rizom pokok bunga kantan putih. Yang tidak dapat self-collect boleh membuat pesanan dan akan dipos pada 28Mac 2016.

~ 1 moist bare-rooted rhizome bunga kantan putih RM50.00 (limited stock) ~

Ahad, 3 Januari 2016

Bunga Kantan Putih

  Untuk tahun 2016 ini, bagi pembukaan 1st new item mula akan dibekalkan oleh Kebun Bahagia Bersama ialah rizom bunga kantan berwarna putih. Tetapi ini akan jadi seasonal item, bukan sepanjang tahun available. Bila Tukang Kebun ada projek layout kebun barulah sanggup nak usik rumpunan pokok kantan ini. Inipun hati berbelah bahagi sebab nak tunggu rumpunannya merimbun naik pun bukannya cepat. Kekadang rasa nak tarik nafas panjang-panjang juga bila yang bertanya, macam tumbuh sekelip mata sahaja ianya tumbuh. Any form of gardening, patience is the virtue. Set rumpunan bunga kantan putih yang offer bulan ini dah berusia setahun lebih yang rizomnya Tukang Kebun pindahkan dari koleksi asal rumpunan kantan yang Big Boss tanam. Asal bunga kantan putih ini, Big Boss dapat dari utara Semenanjung Malaysia. Hampir Tukang Kebun tak perasan pokok bunga kantan ini berbunga sebelum bercuti kerana ianya di belakang pokok belimbing buloh.

  Syarat tawaran Seasonal Item batch pertama bunga kantan putih ini ialah pengeposannya adalah pada 10hb Febuary 2016 sudah boleh Tukang Kebun buat kiriman awal pagi (jadi details transaksi complete sebelum 6hb Febuari 2016 atau pesanan akan automatik dibatalkan) . Manakala untuk self-collect ialah hanya pada hari berikut sahaja untuk rizom kantan putih pada 7/8hb Febuari 2016 sebelah pagi. 

~ 1 rizom bunga kantan putih moist bare-rooted RM50.00 ~
For reservation email to (kebunkmg@gmail.com).


Self-Collect Schedule:

~ 16hb Januari 2016 Sabtu pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

~ 17hb Januari 2016 Ahad pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

~ 23hb Januari 2016 Sabtu pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

~ 24hb Januari 2016 Ahad pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

~ 30hb Januari 2016 Sabtu pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

~ 31hb Januari 2016 Ahad pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

~ 6hb Februari 2016 Sabtu pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

~ 7hb Februari 2016 Ahad pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

~ 8hb Januari 2016 Isnin pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

~ 9hb Januari 2016 Selasa pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).
  Syukur Alhamdulillah dapat jugalah hajat tercapai untuk belanja Atuk dan Nenek permata-permata hati kami tengok movie Star Wars hari Rabu lepas. Kebanyakkan koleksi-koleksi tumbuhan di Kebun Bahagia Bersama hasil titik peluh kedua ibubapa kami. Bak kata Mak Long hari itu, peranan Tukang Kebun upgrade koleksi-koleksinya lagi dalam Kebun Bahagia Bersama. Semoga di tangan anak-anak ini tak pupuslah koleksi asal yang ada.

Khamis, 6 Jun 2013

Ding Dong Tamu Donggongon

 Persinggahan terakhir kunjungan di Tamu Donggongon memberikan senyuman lebar pencarian dalam wishlist selama ini sudah dicapai apabila terlihat kuntuman bunga kantan di atas. Sudah ada sebenarnya 3 jenis bunga kantan di atas di Sungai Buloh , cuma yang warna putih big boss lupa samar-samar mana kawasan ditanam. Manakala yang merah masih kecil anak pokoknya sebab ditanam melalui biji benih pemberian seorang hamba Allah yang sangat pemurah awal tahun ini. Bila tanya pembantu kedai orang Timor Timor yang ramah yang rizom bunga kantan putih dah habis Sudah di booking pagi tadi. Cuma tinggal satu yang rizom kantan merah dan beberapa yang warna pink. Jadi tukang kebun ambillah yang warna merah, puas hati sebab hampir sebesar lengan rizomnya dah matang berbunga. Bila sampai di kereta simpan barang baru perasan tersalah ambil yang berwarna pink bila tengok tulisan di keratan batang.  Jadi kami patah balik ke gerai tadi dan tauke pun dah ada di kedai. Semasa kami tukar ke kantan rizom merah, tauke tu offer yang putih juga sebab tuan yang pajak booking rizom kantan putih tak datang-datang ambil lagi. Dapatlah juga tukang kebun 2 jenis rizom bunga kantan hari ini merah dan putih. Rupanya ada hikmah dan rezeki tertukar rizom bunga kantan hari ini gara-gara kena patah balik ke tamu walaupun parking kereta jauh.
Add caption
Seronok sangat badan pun rasa nak ikut rhythm gong mengalu-alukan kedatangan pelawat Tamu Dongongon. 
Hari ni ada pekebun turun menjual dari Gunung Emas bawa buah cinta orang sana panggil. Tukang kebun pajak semua suka makan buah tamarillo fresh ni. Separuh untuk ole-ole sugarglider tukang kebun Dany.