Persinggahan terakhir kunjungan di Tamu Donggongon memberikan senyuman lebar pencarian dalam wishlist selama ini sudah dicapai apabila terlihat kuntuman bunga kantan di atas. Sudah ada sebenarnya 3 jenis bunga kantan di atas di Sungai Buloh , cuma yang warna putih big boss lupa samar-samar mana kawasan ditanam. Manakala yang merah masih kecil anak pokoknya sebab ditanam melalui biji benih pemberian seorang hamba Allah yang sangat pemurah awal tahun ini. Bila tanya pembantu kedai orang Timor Timor yang ramah yang rizom bunga kantan putih dah habis Sudah di booking pagi tadi. Cuma tinggal satu yang rizom kantan merah dan beberapa yang warna pink. Jadi tukang kebun ambillah yang warna merah, puas hati sebab hampir sebesar lengan rizomnya dah matang berbunga. Bila sampai di kereta simpan barang baru perasan tersalah ambil yang berwarna pink bila tengok tulisan di keratan batang. Jadi kami patah balik ke gerai tadi dan tauke pun dah ada di kedai. Semasa kami tukar ke kantan rizom merah, tauke tu offer yang putih juga sebab tuan yang pajak booking rizom kantan putih tak datang-datang ambil lagi. Dapatlah juga tukang kebun 2 jenis rizom bunga kantan hari ini merah dan putih. Rupanya ada hikmah dan rezeki tertukar rizom bunga kantan hari ini gara-gara kena patah balik ke tamu walaupun parking kereta jauh.
Add caption |
Seronok sangat badan pun rasa nak ikut rhythm gong mengalu-alukan kedatangan pelawat Tamu Dongongon.
Hari ni ada pekebun turun menjual dari Gunung Emas bawa buah cinta orang sana panggil. Tukang kebun pajak semua suka makan buah tamarillo fresh ni. Separuh untuk ole-ole sugarglider tukang kebun Dany.
18 ulasan:
Baru tau yg kantan ni banyak jenis. Tunggu D tawarkan rizomnya nanti.
Gunung Emas tu kat mana KBB?
Bnyak kaler jgk bunga kantan nie kan..nanti rsnya semua same ker berbeza jgk?
Baru tau bunga kantan ada byk kaler.
Boleh guna utk masak jugak ke?
Diana, cantik picture bunga kantan tu. Baru tao ada bunga kantan yg berwarna putih juga. Also can be eaten?
Cantik bunga kantan putih tu. Bila dah membiak jual ye.
Salam, cantik rupanya bunga kantan putih tu.Tak pernah lihat sebelum ni.Sy round jugak tamu Donggongon tu. Tak nampak pun. Anda memang dianugerahi untuk melihat dan mendapatkan tumbuh-tumbuhan unik tuu. TQ.
Sali ya ada pelbagai jenis. Ada lagi satu warna dalam wishlist saya tengah hunting.
Gunung emas on the way ke Keningau kalau dari arah Penampang sebagai tempat perhentian rehat (R&R). Gunung Emas kawasannya sejuk, kalau hujan siang pun berkabus.
Rasanya agak berbeza UmmuAidan.
Boleh tapi yang pink paling ada rasa sesuai untuk masak.
Kantan putih boleh makan but very mild in comparison to the usual pink onelah Olive.
InsyaAllah jika ada rezeki.
Salam Kadazan sis. TRG. Syukur alhamdulillah ada rezeki hari nak pulang ke KL dapat juga saya rizom kantan putih.Rasa doa dimakbulkan. Sis masih di Sabah lagikah?
Salam. Balik ke TRG pada 6/6/2013. Bawa balik bekalan daun limau purut & lemon - dr blkg rumah d PPang.Looking 4 resepi baru Diana...Beras hitam & B. kantan.....
Sis kami pun balik ke KL pada malam hari yang sama dengan MAS. Beras hitam letak bunga kantan wangi ke Sis? Ada saya bawa balik bunga kantan juga sebab sana lagi murahkan. Dari Kiulu sia bawa balik bulb bunga saja sama beras Aunty sia kasi yg dia tuai.
teruja tengok warna kantan yang berlainan.. erm... subbahanAllah!
Uniknya pokok bunga ini menjadi pujaan satu dunia asal dari kawasan kita Juliana.
Catat Ulasan