Bulan ini pertama kali tukang kebun pergi konon-konon 'window shopping' di Tamu Telipok. Telipok ini kawasannya pertengahan perjalanan laluan Kota Kinabalu - Tuaran. Mama dan Papa tukang kebun sekarang jadi permanent residence di Telipok sementara kami jadi caretaker di rumah mereka di Sungai Buloh. Walaupun 2 minggu kami di Sabah baru-baru ini, tak banyak hari dihabiskan tidur di Telipok sebab tak biasa duduk kawasan perumahan jadi kami selalu duduk di kampung sahaja yang lebih nyaman cuacanya. Dari Taman Putra Jaya, Telipok ke Tamu Telipok dengan kereta dekat sahaja kira 5 minit je tak sempat panas tempat duduk kereta. Kami pun tak tahu tempatnya main pergi sahaja tapi bila nampak ada yang menjual ayam kampung di tepi jalan tiba-tiba di main road yang biasanya tiada apa-apa, rasanya tapak Tamu dah tidak jauh dari situ. Tamu Telipok adalah setiap pagi Khamis. Kami pergi pukul 8 lebih, itu sebab nampak kereta berbaris di belakang sebab waktu rush hour. Tamu telipok berdekatan dengan balai polis Telipok.
Kalau nak mencari ayam kampung, mungkin boleh dapatkan di Tamu Telipok. Raya pun tak lama lagi sedap lagi buat rendang dengan ayam kampung berbanding dengan ayam kat supermarket sebab tak mudah lerai isinya bila dimasak lama. Teringat zaman kanak-kanak masa nak ke pekan tidaklah mudah sebab tiada kenderaan sendiri dan jauh, peti ais nak menyimpan barang-barang pun tiada (zaman tu tiang elektrik takde lagi). Bila semua adik-beradik dan cucu nenek balik, kadang-kadang ayam yang Nenek perlihara sembelih sendiri untuk buat kari ayam. Cantik-cantik ayam-ayam kampung arwah Nenek dulu, tukang kebun suka main dengan anak-anak ayam geram tengok. Kesian anak-anak ayam bertempiaran lari di golong bawah rumah. Tukang kebun geram tengok ayam-ayam kampung ni rasa nak perlihara lagi. Tapi tak tahan sebab mereka ni terbang tinggi asyik tinggalkan bomb di keliling rumah. Fresh chicken stock untuk siapa yang mahu cari ayam kampung di Tamu Telipok.
Tembikai pun ada dijual bukan mengikut berat tapi kuantiti. 5 buah tembikai dalam satu plastik boleh campur warna merah dan kuning harga RM5 masa tukang kebun beli. Tamu telipok ni peniaganya pelbagai bangsa, tukang kebun pun sukar nak teka tapi kelihatan banyak peniaganya warga asing dan bukan orang tempatan berlainan dengan tamu di kawasan lain.
Tanaman dari dalam laut pun ada pelbagai pilihan. Tapi tukang kebun belum pandai dan mencuba-cuba hasil tuaian tanaman dari dalam laut lagi. Mungkin ada yang boleh berkongsi?
Udang ini setompok RM12 yang tukang kebun belanjalah driver for today sebab malam nak berlepas ke Kuala Lumpur. Lepas window shopping di Tamu Telipok, bergegas letak tangkapan dari tamu di rumah kemudian ke Tamu Donggongan pula. Nasib driver for today sporting pergi 2 tamu dalam sehari. Hasil tangkapan laut di Telipok murah juga nak banding dengan Semenanjung Malaysia dan lebih segar. Tapi lebih segar seafood di Tamu Tuaran. Sepanjang kami berada di sana rata-rata ikan kembung dan ikan kerisi harganya RM5 sekilo.
Cuma di Tamu Telipok ni kawasan tamunya tak organise sangat agak keliru untuk newcomers sebab orang jual sayur atau buah, barang-barang kering, baju dan lain-lain bercampur-campur dalam satu tempat tak pecah berasingan seperti tamu kawasan lain. Di tamu Sabah kadang-kadang beli ikan bilis tak timbang tapi pakai mangkuk untuk sukat.
Ikan-ikan masin/kering pun pelbagai pilihan. Tukang kebun yang tak pandai masak, tak tau yang mana satu sesuai untuk masakan apa.
Senyuman manis dari sumandak-sumandak yang menolong menjual kuih-muih. Beli breakfast untuk anak-anak yang hari ini terpaksa neneknya jaga sebab mamanya banyak urusan nak settlekan sebelum berlepas. Kuih-muih masih lagi rata-rata menjual 4 keping kuih RM1.
Goreng pisang panas jalan-jalan sambil isi perut. Satu plastik berisi goreng pisang ini tukang kebun beli RM1 ada lebih 10 keping. Nampaknya dalam sebulan ini tak turun pun 1kg gara-gara all the good food.
10 ulasan:
rumpai laut tu dah lama K Mar makan..
Seronoknya gi tamu...teringat first time gi tamu di KK dulu...meriah sungguh.
salam Diana, ayam kampong yg tergolek-golek kat lantai tu disembelih ke blum? Sabah ni kaya masih kaya dgn sumber makanan segar..
Salam. Tengok gambar ayam kg, teringat pulak time masa nenek sy masih ada. Setiap kali kami balik kg mesti disuruhnya sembelih ayam kg belaanya. Seksa juga hubby nak sembeli 5/6 ekor sekali. Memang sedap bt rendang. Pisang goreng ni satu kewajipan beli klu balik Sabah. Sesiapa yg dtg ke negeri di bawah bayu ni,pastikan anda beli sebab rasanya...belum ada lagi negeri lain yg boleh buat sesedap itu.
Nak masak macam mana rumpai laut tu Kak Mar?
Memang meriah Gina. Pastu banyak benda tak pernah tengokkan.
Salam @na.
Ayam kampung tu belum sembelih cuma diikat supaya tak lari dan mudah nak bawa balik rumah siap-siap.
Salam Kadazan Sis. TRG.
Sembelih ok lagi. Nak cabut bulunya manually lepas sembelih pun tedious juga.
Ya pisang goreng sana memang sedap.
besar jgk tamu telipok.. 6 tahun sy kt sabah xpenah p walaupun rumah kt telipok..heheh..slalu p tamu tuaran ngn kolombong je..
Salam Bahagia Mizieyka,
Yang di Kolombong dekat Giant tu kami belum pernah pergi.
Biasa pergi yang Tuaran atau Tamparuli.
Telipok ni ramai macam bukan penduduk asal Sabah tak seperti tamu lain.
Catat Ulasan