No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 26 Jun 2013

Gladdy in Haze

 Semalam tadika tutup tapi sebab tukang kebun Ilhan suka ke tadika (untung mamapapa dia kalau tak dengar cakap, selalu usik cakap tak nak hantar pergi tadika :P ) , terpaksalah juga ke tadika nak yakinkan Ilhan tadika tutup nanti air mata berderai-derai dan jumpa cikgu sekejap. Bila balik dalam keadaan kabus yang tak sihat @ jerebu ternampak di satu sudut warna merah jambu memanggil-manggil. Subhanallah dalam jerebu-jerebu ni masih mekar indah lagi Cik Gladioli pink dengan ropol-ropol putih di keliling kelopaknya. Sudahlah berapa kali itik Si Josephine duduk atasnya dengan tukang kebun pun beberapa kali tercabut pokoknya semasa merumput kawasan ini. Tapi mekar senyumannya very contagious tukang kebun pun tersenyum terpikat membalas. 
 Hari ini mekar pula bunga yang kedua. Syukur Alhamdulillah bulan June ini terima hadiah lagi dari gladioli iaitu warna baru dalam private collection tukang kebun. 
 Syukur Alhamdulillah dengan rahmatnya, hujan turun juga lewat petang tadi, esok boleh off siram pokok-pokok. Nasib baik tukang kebun sempat gali bawang-bawang gladioli yang pokoknya dah kering-kontang setelah habis berbunga 2 bulan lalu. Terkejut tukang kebun, saiz bawang gladiolinya besar dan sangat sihat, ambil hatilah tu masa kembang tukang kebun tak dapat nak enjoy sebab berada di Sabah bunga gladioli warna peach. Korek bawang tu buat masa tanah kering.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boleh makan ke bwgnya tu..hehe

suka suka berkata...

wah.. menjadi-jadi glad ni.. K Mar semua tak jadi.. bawangnya selalu mereput...

aida_aminshah berkata...

Diana...gladioli bulb once dah gali..next time perlu put in freezer tak before tanam balik?or boleh tanam terus je?

Sean L berkata...

Wah,very bright and cheerful. Good to brighten up these few hazy days. Love the colour of the peach ones.

@na berkata...

jarang tgk yg warna peach tu...segar!

Unknown berkata...

Seronokkan hari2 dpt tgk pelbagai bunga berlainan mekar kembang....huhuhuhu syokkkk

TukangKebun berkata...

Gladioli bawangnya saya tak ingat boleh makan atau tidak. Tapi bawang tulip ke daffodil boleh rasanya.

TukangKebun berkata...

Kak Mar mungkin cuba tukar brand medium tanah. Bawangnya tak gemar kalau tanah sentiasa basah sangat. Campur tanah dengan pasir sikit.

TukangKebun berkata...

Jangan simpan dalam freezer beku tu Aida terencat gladioli bulb nanti. Simpan tempat kering, gelap dan tak panas dah memadai. Tanam terus pun boleh.

TukangKebun berkata...

Even the haze can't make it stop be blooming cheerfully Sean. Bolehlah cuci mata.

TukangKebun berkata...

Jadi segar tengok diorang mekar dalam jerebu ni ana.

TukangKebun berkata...

Gladioli ni memang menawan dan mengasyikkan Yus.

Kebun Ibu berkata...

akak tanam pun x menjadi...x sempat keluar bunga dah kiok....

gina marna berkata...

Gladioli sy dr 5 corms dah tumbuh 2 nampaknya..risau jugak sbb lps tanam kene outstation..pg ni tgk dh tumbuh seinci lbh, alhamdulillah..yg 3 lg x tau ape nasib dia. harapan msh ade..hihi

TukangKebun berkata...

Kebun Ibu~ Kak Haslinda bawangnya reput ke dekat dalam tanah? Gladioli ni tak boleh banyak sangat air kalau tanah jenis keras.

Gina~ Syukur alhamdulillah ada yang dah bercambah. Gladioli nak kena ada cahaya baru pertumbuhan yang baik dan cepat.

Kebun Ibu berkata...

Diana, bawangnye x reput..pada awal pertumbuhan pokoknye sihat je...bila dah lama daunnya layu dan terus mati...

TukangKebun berkata...

Kebun Ibu~ Ada kemungkinan pokoknya banyak fokus menghasilkan bawang-bawang di dalam tanah dari berbunga untuk hasilkan anak-anak seterusnya. Ada beranak-pinak tak bawangnya? Ataupun bawangnya lebih membesar?

Farah berkata...

Diana, bawang yang dah dikeluarkan tu boleh buat ape? tanam balik, boleh tumbuh pokok ke?

TukangKebun berkata...

Farah, bawangnya boleh ditanam balik untuk kitaran semula pokok galdioli hidup nak berbunga,