Semasa holiday 2 minggu dari kebun, bawang-bawang merah yang baru sahaja ditanam terpaksalah ditinggalkan, dengan harapan adalah juga hujan turun walaupun bukan tiap-tiap hari. Benih local bawang merah yang dibawa balik dari Sabah awal bulan Mei yang kini berusia masuk sebulan nampak progress pertumbuhannya elok. Semasa ditinggalkan baru sahaja mengeluarkan pucuk kini nampak daunnya memanjang dan memeranjatkan dah mula nampak membiak serta pembahagian anak-anak bawang yang baru. Trip balik ke Sabah baru-baru ini tukang kebun tak jumpa langsung pekebun yang menjual local bawang merah. Moga tanaman bawang-bawang merah yang ada sekarang tahan dengan cuaca panas kemarau sebelum kembali musim monsoon balik. Tukang kebun tak mampu nak beri air tiap-tiap hari, seminggu sekali pun susah. Jadi konsep kebun kami lebih kepada naturally mengharap mother nature . Sekarang dalam kepala tengah buat draft semaian bulanan untuk tanaman apa yang sesuai mengikut cuaca di tempat kami sepanjang tahun. Ingat nak buat kalendar semaian untuk Kebun Bahagia Bersama.
Sebenarnya veggie patch ni bila balik semak apa pun tak nampak, sebab photo session terpaksalah ambil masa weeding keliling bawang merah dan selamatkannya dari lemas. Dalam 2 minggu sahaja, rumput dah panjang padahal sebelum balik baru sahaja tarik-tarik rumput. Kat belakang tu, kesian pokok terung dan kacang tanah tengah lemas lagi kena kerumun dengan rumput. Sayur raja di veggie patch ini bagus tak mengalah dengan rumput dah 2 kali ganda saiznya dari ditanam sebulan lepas. Mengira hari nak tuai sayur raja ni.
5 ulasan:
tak sabar nak tengok bawang merah ni berisi..:)
subur sangat pokok bwg tu nampaknya
cuaca panas sekarang ni Diana.Jika harapkan hujan mmg kesian la pokok pokok makcik kat kebun tu daun dah mula kecut.Tapi pokok bawang Diana ni nampak ok.Kuat tu :)
Salam Diana,
Sekarang memang cuaca panas. Mak Aji kalau menyiram pokok kena keluar pagi2 lagi sekitar jam 8 ke, kalau awal sangat berkawan dengan nyamuk pulak. Kalau lambat alamat kena panas, nasib x baik kena migraine x pasal2. Pun terpaksa siram byk2 air supaya x kecut (banyak pokok dalam pasu).
UmmuAidan~ Kami pun tak sabar nak tunggu bawang-bawang ni berisi.
SMRose~ Moga maintain subur dengan cuaca kemarau panas bulan ini. Tukang kebun tak de masa nak menyiram. Seminggu sekali kalau terdaya.
Cikmanggis~ Kalau dalam bekas memang nak kena selalu siram. Paling kurang pun 2 hari sekali.
Ummu Madihah ~
Salam Mak Aji.
Diana bernyamuk pada waktu malam...hehehe...kena pakai lengan panjang.
Catat Ulasan