No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Petola. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petola. Papar semua catatan

Rabu, 4 November 2020

PKPB Petola lauk setiap minggu dari hasil buka batas mini sayur PKPP

    Sekarang ini memang 100% kepastian sejak mula PKPB kami mesti makan sayur petola segi. Ini adalah hasil petak sayur baru yang atuk Rayyan usahakan pada mulanya fasa pemulihan PKPP. Kali ini Tukang Kebun tukang petik sayur je takde sumbangan apa-apa dengan pembukaan petak sayur ini. Petak sayur ini memang projek yang diberikan oleh nenek Rayyan kepada atuk Rayyan yang memang dah sepenuh masa di rumah lepas tamat kontrak kerja setelah berumur 70 tahun. Atuk Rayyan memang boleh dikatakan masih level beginnerlah dalam menanam sayuran ni (sebab selama ni mak yang berkebun sepenuh masa).
     Kebetulan terjumpa pula video yang Tukang Kebun rakam kenangan tengok atuk Rayyan buat batas ini masa kami datang melawat lepas dah boleh bergerak dalam fasa pemulihan. Tidak sangka pula sekarang batas sayur atuk Rayyan ini pula sumber sayuran kami masa PKPB ini. Masa Tukang Kebun datang lawat atuk Rayyan sedang proses gembur-gemburkan tanah batasnya. Mula-mula Tukang Kebun terkejut tengok, adakah gali tanah ke gali batu. Besar-besar batu yang dikorek keluar dari tanah macam isipadunya lebih dari tanah digemburkan pula.

Tukang Kebun nak bagi motivasi kepada teman-teman yang rasa down sikit sebab di kawasan perumahan selalu rasa tanahnya keras dan berbatu berstruktur tanah liat merah. InsyaAllah kalau perlahan-lahan diusahakan kita korek tanah dan keluarkan batu, campur bahan organik di dalamnya sambil gembur tanah makin lama makin subur. Tanah kalau tiada bahan organik untuk makanan mikroorganisma memang susah nak jadi subur kalau dibiarkan sahaja. Don't strive for perfection sebab gardening secara organik memang tak akan sempurna rupa wajah hasilnya. Tapi selamat nak dimakan walaupun sayur-sayuran tu dah berapa kali kena kissmark. Dalam petak sayur atuk Rayyan ni Tukang Kebun tengok main tanam je apa yang boleh hidup sendiri dengan jayanya. Dalam batas sayur ini ada petola, cili burung, kacang panjang, dan kunyit yang dah berikan hasil dalam keadaan macam mini hutan tu setelah 3 bulan petak sayur ini mula diusahakan.


 Tak juga semua buah petola yang banyak berbuah tu dapat dimakan sebab jadi buruk terbantut kena tebuk banyak kali, tapi masih cukup ada habuan kami walaupun dibiarkan sahaja. Kekadang tak perasan atau teringat nak ambil jadi keras tua. Jika berminat bolehlah tonton video (2:35 minit di atas).

Kalau kebun sayur atuk Rayyan ini kena tutup keliling dengan pagar nanti habis pokoknya terkeluar dari tanah pula akibat ayam-ayam kais tanah. Batu-batu besar yang dikorek keluar tu bolehlah jadi penahan pagar keliling petak sayur ini. Ayam-ayam ni pula bukan musim bertelur pula sekarang ni. Kalau musim bertelur sampai tak termakan.

Selasa, 19 Januari 2016

Benih Petola Segi

  Syukur Alhamdulillah kenyang betul perut semasa balik Sabah lalu duduk berminggu di sana bersama anak-anak, tak putus-putus pokok petola segi Big Boss berikan hasil. Sampai rasanya inilah pertama kali dalam hidup hampir tiap hari makan buah petola.
  Inilah pokok petola Big Boss melilit-lilit sendiri di tembok batu. Walaupun pokoknya hanyalah cuma 1 sahaja, besar sungguh rimbunan dan keluasan yang pandai-pandai suka hati dijajahnya. Itupun sebenarnya sebab nak kurangkan ianya mabuk daun, maka Big Boss petik-petik juga daunnya kasi kurang sehinggalah nampak seperti gambar No. 3 ke bawah. Sebenarnya gambar No. 2 di atas adalah daun-daun lebat semula selepas dipetik seperti gambar No. 3. So kiranya gambar No.3 adalah before dan No. 2 adalah after.
  Jika kawan-kawan rasa macam pokok petolanya lambat hasilkan buah dan asyik mabuk daun semacam boleh juga petik-petik kurangkan daunnya. Manalah tau lama-lama terujalah ianya nak berbunga dan menghasilkan buah. 
  Kalau tembok anda kosong, ada tumbuhan seperti pokok petola melilit di atasnya pun sejuk sikit pemandangan. Tambahan pula bunga kuningnya juga comel-comel juga.
   For novice gardeners, jika ada daun tak cantik macam dalam gambar atas ini, berlubang-lubang tak perlu panic ianya adalah normal. Biasalah gardening is not about perfection, but being patient. Nature in balance. Buah petola kalau sekecil macam gambar di atas pun boleh dah nak dibuat masak juga tak perlu tunggu sampai standard size jual di pasar. Lagi rajin kita petik lagi rajin ianya nak bagi lebih buah lagi.
  Jika buah petola anda sudah disuntik serangga peminat. Tak mengapa teruslah petik tak perlu biarkan lama-lama ianya merebak. Boleh juga makan tu bila dibelah-belah banyak lagi bahagian boleh digunakan.
  Cuaca cukup panas sekarang bila masuk tahun 2016 di KingFisher, Kota Kinabalu. Sup buah petola sedap dimakan musim panas ini bagus untuk sejukkan badan. Yang sup petola kali ini campur dengan sup stock ayam untuk cucu-cucu Big Boss masakkan.
~ Biji Benih Petola Segi dari kebun KingFisher, Kota Kinabalu~
Anggaran 25 biji benih dalam 1 pek RM1.00 .

Ahad, 20 Oktober 2013

Fresh Angle Luffa Seeds

 Biji-biji benih petola segi yang disemai terus ke tanah pada pertengahan bulan Mei lalu telah banyak memberikan buah-buah petola kepada kami sehinggakan pada musim Raya Aidilfitri lalu banyak dapat kami jadikan sebagai hadiah hamper hari raya untuk saudara mara. Setelah biji benihnya disemai tidak sampai 2 bulan sudah dihasilkan buah-buah untuk stok sayuran segar dari kebun. Ketika peti ais asyik rosak, buah-buah petola segi segar adalah antara penyelamat utama dibuat lauk untuk kami sekeluarga. Tidak pernah langsung diberi makan dan minum semasa pertumbuhannya, tapi galak sungguh ia berbuah. Memadai dengan persiapan tanah digemburkan dengan tahi kambing sebelum benih disemai, kemudian nasibnya bergantung sepenuhnya dengan rezeki air hujan, almost maintenance free. Biji-biji benih yang disemai sudah beberapa generasi benih yang dituai sendiri oleh tukang kebun di Adelaide dahulu, tak disangka betapa seronoknya benih tersebut mendapat perubahan cuaca di Sungai Buloh. Kebetulan pula semasa rancak berbuah musim panas berjerebu di Sungai Buloh (Jun~Julai) . Nenek moyang biji benih yang dituai dahulu kerap terdedah dengan heat wave, panas dan kering serta malam yang lebih sejuk dari mana-mana Tanah Tinggi di Semenanjung ni. Salah satu hikmah mengumpul biji benih dari kebun sendiri dan bukan dari 'greenhouse', dari satu generasi ke satu generasi biji benih tersebut akan imprint dalamnya keadaan cuaca yang sudah adapt perlahan-lahan.
 Sebenarnya ada satu sifat yang tukang kebun selalu hairan dan tertanya-tanya dengan timing rancak kembang bunga petola segi dari kebun Adelaide hingga ke kebun Sungai Buloh. Dari pemerhatian tukang kebun, bunga-bunga petola segi kebanyakkan lebih mula berkembang banyak di sebelah petang berbanding pagi. Dulu di kebun Adelaide, tukang kebun rasa mungkin cuma perasaan tukang kebun sahaja kut, tapi rupanya sama juga pemerhatian di kebun Sungai Buloh kembangnya lebih kepada sebelah petang. Untuk mereka yang bekerja, di mana pollinators kurang sempatlah nak pollinate petola segi selepas balik kerja kalau sampai rumah sekitar pukul 6 (Gambar di atas diambil waktu senja).
 Petola segi yang ditanam sebenarnya pancangnya dikitar semula dari buloh bendera PRU13 tahun ini. Petola segi tak perlu tunggu besar nak tuai, saiz 20cm pun dah sedap nak tuai. Lama-kelamaan si petola asyik nak menceroboh kawasan hutan rimba roselle sampai tak perasan duduk celah-celah roselle hinggalah masa mengutip buah roselle.

~ Open-Pollinated Organic Angle Luffa Seeds ~
Anggaran 10 biji benih 1 pek (RM1.00)

Khamis, 6 Disember 2012

Promosi Petola Hujung Tahun untuk Novice Gardener

 Pokok sayur petola memang terror betul memanjat, pokok ketinggian 5 meter pun boleh ditumpang panjat sampai ke puncaknya. Pertumbuhan pokoknya pun pantas selepas disemai benihnya hingga nak musim tuai buahnya berbanding dengan sayur lain, bolehlah dikategorikan sayur yang tumbuh macam speed ala-ala bullet train di kawasan beriklim tropika. Apa yang menariknya pokok petola menghasilkan banyak buah, dan untungnya bila muda boleh makan kebiasaannya dicampurkan lauk yang bersup dan bila tak terkejar nak tuai buahnya boleh dibiarkan tua. Ini disebabkan dengan mengeringkan buah petola yang telah tua betul-betul boleh dikoyakkan kulit buah petola keras itu untuk mendapatkan isinya yang telah kering menjadi serabut pakai span. Tak perlulah beli organik span yang mahal-mahal di bodyshop lagi. 
 Tak perlu tunggu buah petola besar sangat untuk tuai makan, saiz macam dalam gambar atas ini pun boleh sudah dituai untuk digunakan dalam masakan. Kalau dibiarkan lama sangat nanti makin berserat isinya.

Tukang-tukang kebun bahagia bersama bagi penutup tahun 2012 ini, ingin membuat promosi benih kampung yang sesuai dan mudah untuk gardener yang baru hendak berjinak di alam perkebunan. Kami Kebun Bahagia Bersama team members ingin menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk bercucuk tanam menghasilkan makanan di taman sendiri tidak kisahlah berapa besar saja kawasan yang kita ada kerana 'Malaysia Boleh' dan membantu menghijaukan alam serta mengurangkan perjalanan makanan atau 'cut food-mile'. Benih-benih kampung sayur-sayuran yang ditawarkan telah bergenerasi tanam di Kebun Bahagia Bersama dan amatlah sesuai tanam di kawasan kita yang beriklim tropika ini.


Biji benih yang ditawarkan adalah fresh tukang kebun sedang tuai bulan ini.
$3.00 satu pek  dengan anggaran 15 biji benih petola kampung.