No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Combretum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Combretum. Papar semua catatan

Selasa, 3 Januari 2017

Perjalanan ke Simud Putih

  Kebetulan semasa kami melawat Gua Gamantong adalah Hari Malaysia. Ternampaklah bunga raya merah ini cantik kembang mekar di Gua Gamantong ambillah gambar kenangan Hari Malaysia tahun 2016. Yang kelakarnya semasa kami kononnya nak trekking naik cari Gua Simud Putih pula terserempak ada tiba-tiba sekuntum bunga raya merah sesat out of place dalam hutan perjalanan ke Gua Simud Putih. Lalu dipesan anak-anak jangan diangkat ambil biar, jangan diusik. Rupa-rupanya bila turun dari trekking ke Gua Simud Putih ada pokok bunga raya dekat arah balik ke kawasan tempat letak kereta.
 Selepas masuk tengok interior Gua Gamantong yang belah Simud Hitam (related posting klik sini), tengok brochure yang diberi masa beli tiket dah alang-alang sampai kalau sempat nak tengoklah juga yang belah Simud Putih. Lalu ikut peta bergeraklah kami anak-beranak ke arah trek Simud Putih. Terkejut juga mencabar juga ini kena lalu sungai lagi lompat-lompat batu. Masing-masing dengan slipper atau sandal.
 Dalam celah-celah rimbunan daun-daun kering, dekat cahaya samar-samar ada kulat comel di atas ini. Nampak lutsinar warna macam isi buah jambu batu kampung yang merah jambu tu.
 Dekat simpang nak naik ke arah Gua Simud Putih ini sebelum kami trek ke atas, kebetulan macam ada orang di kawasan ini berborak. Untuk kepastian Tukang Kebun tanyalah bila nak balik adakah ikut jalan balik ini semula ke arah bertentangan dengan anak panah Simud Hitam ini. Seorang membalas ya sana balik. Cuma setelah mendaki naik, papa Abby pun agak terkejut kenapa tidak diberitahu jalan agak curam nak naik ke arah Simud Putih ini dari orang local. Yalah sebab kami dengan budak-budak kecil.
 Tukang Kebun perhatikan orang tempatan yang kerja cari sarang burung di sini tak berapa peramah orangnya. Tidak beberapa nak berinteraksi dengan orang luar. Yalah kawasan gua ini sahaja yang sebenarnya dah kira macam hak diambil dari mereka untuk dibuka kepada orang luar. Sebab masih lagi banyak kawasan gua-gua di Sabah ini yang tempat ambil sarang burung tidak boleh masuk sebarangan kena minta izin penghulu kawasan gua tersebut baru boleh. Tradisi memang setiap keluarga turun-temuran ada kawasan masing-masing yang ditetapkan milik tempat ambil sarang-sarang burung.

  Mula-mula pelik juga bila lihat kelakuan lelaki-lelaki dewasa muda yang bila lihat kelibat mereka laju berjalan ke arah kita apabila mereka ternampak kelibat Tukang Kebun dan Rayyan terus tiba-tiba berhenti macam menyorok-nyorok takut melihat kita. Rasa terbalik pula rasa macam diorang ini tengok kita macam harimau betina tengah jaga anak-anak. Patutnya kita rasa takut sebab dah ketinggalan oleh papa Abby dan Ilhan. Konon ikut momentum Rayyanlah takut dia penat sangat setelah patah balik trekking ke Gua Simud Putih, padahal mama Rayyan yang out of breath. Bila dah nampak macam kita buat dah sedar nampak diorang, laju mereka memintas kita tanpa kata apa. Biasanya kalau di Sabah ini, kita akan ramah tegur sapa limpas dulu ke seperti itu. Kalau tidak pun sedekahkan senyuman.
 Curam betul kami nak trekking naik ke arah Gua Simud Putih dengan sebenarnya naik jalan bersebelahan dengan ketinggian Gua Simud Hitam. Sehingga papa Abby dukung si Abby pun kena suruh Abby duduk belakang badan pegang kuat-kuat. Surprisingly, abang-abang Abby, Ilhan dan Rayyan laju daki naik ketinggalan mamapapa. Sehinggakan mama kena panggil berhenti dulu tunggu nanti mamapapa tak nampak kamu orang dah kat mana. Bila sampai ke atas dekat puncak Gua Simud Hitam ternampak ada pintu pagar baru tengok peta betul-betul macam jauh je lagi ni kalau nak betul-betul pergi Gua Simud Putih atau Ulum-Ulum. 

  Kelihatan jalan makin berbatu-batu dan memandangkan bila naik sampai sini pun sudah pukul empat lebih. Lagipun kami tak pakai proper attire dengan seliparnya. Di sini jugalah agaknya antara lubang-lubang tinggi yang kelihatan dalam Gua Simud Hitam yang kami masuk dahulu. Jika proper planning agaknya menarik juga tunggu di atas area ini tengok kelawar keluar serentak ramai-ramai di waktu senja. InsyaAllah bila Abby dah boleh berjalan sendiri, bolehlah kami datang lebih awal hiking di kawasan ini. Patah pinggang Papa Abby asyik nak berdukung sahaja. Nak kena makan banyak pucuk ubi kayu ini persediaan pergi Gua Gamantong lagi di masa hadapan kasi kuat tulang.
 Walaupun kami tak kesampaian ke Gua Simud Putih, daki sehingga ke sini pun dah puas hati dapat tengok pemandangan hutan dara yang tebal. So breathtaking even when you're out of breath. Di sinilah agak-agaknya masih kawasan di mana hidupan liar seperti orang utan masih bebas bermain-main. Kami terpesona melihat pokok besar di atas yang kelihatan usianya beratus-ratus tahun duduk bertenggek di atas batu Gua Gamantong, a work of art from nature.
 Syukur Alhamdulillah selamat juga kami turun dari Gua Gamantong Simud Hitam punya belah atas. Kesian lenguh tangan Papa asyik kena dukung Abby. Si Ilhan dan Rayyan masih bertenaga dan teruja melihat keindahan semula jadi. Hari ini sudah Back to School lah. Puas sudah cuti sekolah baru-baru ini macam-macam tempat berjalan.
 Di depan tempat masuk Gua Gamantong ini ada taman kecil dengan pokok buah-buahan.  Ternampak juga macam ada pokok rambutan di situ. Seronoknya kami dapat melihat burung enggang liar di situ. Yang ini jenis burung enggang species kecil (Oriental Pied Hornbill?) dengan paruhnya lebih ke kuning cair.
 Terima Kasih kepada Encik Zul penternak kelulut tinggal di Shah Alam yang ada dapatkan bekalan pokok-pokok Red Powderpuff untuk sumber makanan kelulutnya dari Kebun Bahagia Bersama ada inform dah berbunga-bunga sudah pokok ini di Shah Alam.

 More info on Red Thailand PowderPuff (Combretum constrictum) rujuk di posting sebelum ini (klik sini).

Special Sales January 2017 only 1 pot of Red Thailand PowderPuff RM10.


Isnin, 29 Ogos 2016

PowderPuff Combretum

  Dari jauh jika dipandang boleh tersilap pandang ingatkan buah rambutan dari bunga pokok hiasan powderpuff combretum ini. Tapi saiz bunga ini sebenarnya lebih ketara besar dari buah rambutan. Misai-misai yang panjangnya tu menarik ramai peminat juga dari golongan serangga penghisap madu. Syukur Alhamdulillah walaupun tak lebat musim rambutan kali ini sebenarnya kami merasa juga buah rambutan dari kebun sendiri baik di Sungai Buloh dan baik juga di Kiulu. Double happiness dapat makan buah rambutan (real punya) dan menikmati keindahan bunga-bunga macam buah rambutan ini.
  Pokok bunga PowderPuff Combretum yang berasal dari kawasan tropika benua Afrika amat bahagia dengan cuaca di Malaysia ini. Asalnya Tukang Kebun beli pokok ini dari Tamu Besar Kota Belud, cepat ianya berbunga dan sehingga sekarang tak putus-putus berbunga. Lihatlah gugusan tangkai bunga dan kudupnya di gambar No.2 menjadikan laman sentiasa berwarna-warni.
  Pokok bunga PowderPuff combretum dan akar dani adalah dari keluarga yang sama sebenarnya. Oleh itu sifatnya juga pandai memanjat. Tapi Tukang Kebun tak sediakan pancang pun untuk pokok powderpuff combretum tapi masih dia pandai tegak sendiri melampai. Perbezaan PowderPuff combretum dengan pokok akar dani ialah bunganya besar tapi tak wangi macam bunga akar dani yang kecil itu. Walaupun tak wangi, serangga penghisap madu sebenarnya lebih tertarik kepada warna terang menyala Powderpuff combretum dari akar dani. Tambahan pula Powerpuff combretum lebih rajin berbunga hampir sepanjang tahun berbanding dengan akar dani. Ianya sangat suka kepada kawasan yang mempunyai penerimaan cahaya matahari yang banyak. Lihatlah bentuk biji benih powderpuff combretum juga besar macam bentuk biji buah rambutan juga seperti gambar di bawah. 

Info lanjut mengenai pokok PowderPuff combretum juga boleh baca posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 pokok PowderPuff combretum RM12.00 ~
  Walaupun pokok bunga PowderPuff combretum tiada haruman yang semerbak kerana kedudukannya dekat dengan pokok kemboja balinese masih berbau wangi lagi kawasan ianya hidup bersama. 
  Si Abby rajin kutip bunga-bunga kemboja balinese yang kuning wangi yang telah gugur ini untuk menghiburkan hati Tukang Kebun susun di bekas yang mengandungi tanah bakar Kebun Bahagia Bersama sendiri. Pandai berkata-kata, Mama happy kan Abby susun bunga-bunga ini untuk Mama. Pokok kemboja balinese yang kuning ini bahagian kelopak bunganya boleh dimakan. Masa Abby kecil-kecil pernah Tukang Kebun kasi rasa Abby makan bunga kemboja ni untuk explore.
 Tanah bakar antara medium yang sesuai untuk semaian keratan kemboja kerana ianya poros. Pokok kemboja tak suka tanah yang kerap air bertakung. Pada hari merdeka untuk yang berminat boleh juga self-collect tanah bakar dari Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 beg Tanah Bakar RM5.00 ~

 Sekarang kami ada juga kembali stok keratan kemboja kuning Balinese bunga bau harum yang lebih 70cm ketinggian sudah berakar tinggal nak pindah tanam dalam pasu juga ada banyak ready stok bagi yang berminat dan dapat self-collect.

~ 1 keratan lebih 70cm berakar RM25 ~

Self-Collect Schedule:

~ 31st August /3rd September/4th September 2016 morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Paya Jaras exit Guthrie Corridor Highway). Please confirm before self-collect.

Selasa, 31 Mei 2016

Sabah Snake Grass

  Antara herba yang dimasukkan dalam senarai catalog bagi tahun 2016 ini ialah Sabah Snake Grass. Tidak berapa pasti betapa mujarab atau kesan penggunaan Sabah Snake Grass untuk melawan sel kanser secara klinikal. Tetapi ianya hangat dibicarakan mengenai keupayaan untuk menjadi penawar penyakit yang berat seperti barah. Daunnya juga boleh dicampurkan dalam masakan yang juga mempunyai penawar untuk masalah penyakit-penyakit lain juga.

~ 1 pot Sabah Snake Grass RM7.00 ~
  Yang menceriakan dan menemani anak-anak bermain di laman luar rumah permulaan cuti sekolah pertengahan tahun ini ialah jenis hippeastrum/amaryllis dinamakan "Double Bloom". Berlapis-lapis kelopaknya yang berwarna merah memanggil-manggil Tukang Kebun untuk membelek keindahannya.
  Hampir tidak disedari yang si "Double Bloom" bangun dari tidur tahun ini. Dah kembang mekar penuh baru perasan kelibatnya apabila melihat dari jauh apa yang merah menyala di kawasan yang amat jarang dikemaskan ini. 
  Infinity terima kasih kepada Sis Azreeny yang memaklumkan jenis-jenis bunga di bawah ini yang asalnya dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama pada tahun ini tidak putus-putus berbunga memeriahkan taman Sis Azreeny di Sarawak. Syukur Alhamdulillah, Team Members Kebun Bahagia Bersama dapat tumpang bahagia melihat perkongsian gambar-gambar yang dikirimkan oleh Sis Azreeny. Jenis bunga bawang hippeastrum/amaryllis Equestre Salmon Pink ini begitu meriah dan merimbun menceriakan kebun sis Azreeeny. Pokok bunga hippeastrum jenis ini, syukur Alhamdulillah tahun ini memang amat rajin berbunga di merata-rata Malaysia.

~ 1 bawang bunga hippeastrum Equeestre Salmon Pink RM8.00 ~
  Anak pokok Drunken Sailor yang dikirimkan secara moist bare-rooted atau tanpa tanah 2 tahun lalu ke kebun Sis Azreeny di Sarawak pada tahun ini tidak putus-putus meriah berbunga. Pasti kawasan berdekatan rimbunan Drunken Sailor ini semerbak baunya terutamatanya pada waktu malam boleh memabukkan. Bahagianya hati melihat pertumbuhan bunga Drunken Sailor yang selamat dikirimkan kepada Sis Azreeny. 
  Yang berminat untuk menanam pokok Drunken Sailor untuk bulan Jun 2016 ini, kami dapat bekalkan secara moist bare-rooted sahaja (jimat kos penghantaran untuk Sabah/Sarawak). Yang dah siap dalam bekas belum dapat dibereskan lagi. Anak pokok Drunken Sailor yang dikirim sudah mempunyai akar untuk memudahkan ianya tumbuh berbanding dengan keratan.

~ 1 anak pokok drunken sailor moist bare-rooted RM8.00 ~

Self-Collect Schedule This Week:

~1st/2nd/3rd/4th/5th/6th June 2016 Morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Sabtu, 28 November 2015

Rambutan ke tu???

  Hari ini Tukang Kebun nak bagi homework hujung minggu sempena cuti sekolah kepada readers Kebun Bahagia Bersama (silent readers juga tau), untuk berikan beberapa cadangan bagi nama kepada pokok bunga ini. Kalau segan nak bagi cadangan pun tak perlu tulis nama sebenar dalam kotak komen hehehe....Tak pernah lagi dengar nama am untuk bunga ini dalam Bahasa Kebangsaan. Kalau nama am dalam Bahasa Inggeris ialah Thailand PowderPuff atau nama botani 'Combretum constrictum'. Kalau tengok bentuk bunganya macam buah rambutan je mesti terpanggil bunga rambutan hehehe...lets see if we all can come up with something catchy in bahasa.

 Info mengenai pokok bunga 'Combretum constrictum' juga boleh rujuk di postings sebelum ini (klik sini).
  Nama am 'Thailand PowderPuff' tapi rata-rata sumber mengatakan asal-usulnya dari benua Afrika. Walaupun pokok ini bersifat separa memanjat, Tukang Kebun tak sediakan para untuknya. Begitu mudah tumbuh di cuaca tanah rendah Malaysia. Selepas dipindahkan ke tanah dijaga makan dan minumnya, setelah setengah tahun InsyaAllah tak perlu dah nak manjakan pokok ini sangat. Tukang Kebun pun dah bertahun tak berikan makan minum sejak pokoknya sudah nampak subur sesuaikan diri menghuni di kawasan ini. Walaupun pada musim kemarau tidak disiram apabila tumbuh di atas tanah. Jika tumbuh di pasu, sekali kala kena siram. Kalau bukan tiap hari pun tidak mengapa, kerana pokok ini dikatakan 'drought-tolerant' apabila sudah well-established (sudah serasi dengan persekitarannya). A water saving plant.

  Syukur Alhamdulillah tak putus-putus ianya berbunga sepanjang tahun, memberikan juga makanan kepada burung, rama-rama dan lebah. Bunganya tidak berbau tetapi warna merah terang-benderang menarik serangga penghisap madu ke dirinya. Bunga yang kembang tahan dalam seminggu lebih. 

  Apabila anak pokok sudah capai usia lebih dari setahun, jika merimbun tapi tak berbunga-bunga lagi kebarangkalian overdose baja. Maka, eloklah pangkas-pangkas pokoknya. Bila merimbun semula tapi tak berbunga kena pangkas-pangkas lagi nak perabih bahagian baja yang terlebih tu.

  Siapa sangka di sebalik bud bunga bulat-bulat kecil itu, bila kembang boleh terkeluar misai-misai yang panjang tersimpan di dalamnya menawan hati si rama-rama dan peminat lain.

  Terbayang pula kalau pokoknya berjutai-jutai keluar dari balcony garden macam kayangan. Rasa-rasanya orang yang lalu-lalang jadi hairan tak tengok bunganya dari jauh macam buah rambutan.

~ 1 pot anak pokok bunga Thailand PowderPuff RM12 ~

  Sebelum balik kampung, ada juga buah-buah rambutan yang dah mula nak meranum, dari tak rasa langsung petik-petiklah juga sambil kemas kebun. Takut balik nanti tinggal kulit rambutan je bersepah di atas tanah.

Sabtu, 30 Mei 2015

Red Hot May 2015 Selection

  Catatan koleksi bunga-bunga merah yang mekar menceriakan Kebun Bahagia Bersama sepanjang bulan Mei ini antara 5 pilihan Tukang Kebun kongsikan pada hari ini adalah seperti berikut.
    Ros Jepun Sunny Red juga rajin berkembang hampir setiap hari. Gardeners yang berminat boleh juga dapatkan dari Kebun Bahagia Bersama 1 bekas RM3.
 Bunga yang rajin memanjat dan harum semerbak bunganya bergugusan menghiasi tempat ianya berpaut ialah akar dani (Ready stok available RM8 sepot). Tak tahulah kenapa baunya yang semerbak tu boleh buat kelasi mabuk agaknya jadi dipanggil juga Drunken Sailor.
  Bentuk kudup bunganya seakan rambutan ranum besar apabila bunganya kembang. Serangga seperti lebah dan rama-rama peminat setia menhisap madu yang dihasilkan oleh Thailand PowderPuff (RM12 sebekas ada ready stock). Thailand PowderPuff dan Drunken Sailor (Akar Dani) adalah dalam kumpulan keluarga yang sama iaitu 'Combretum'. Jika ruang anda hidup subur dengan akar dani maka sesuailah juga Thailand PowderPuff atau vice-versa.
 Pokok bunga pagoda merah atau nak bunyi mysterious bolehlah panggil ia pepanggil. Panjang sunguh misai bunga pagoda ini macam sesunggut rerama yang kadangkala hinggap di atasnya.

~Promosi Pepanggil valid untuk bulan June 2015 sahaja ~
3 moist bare-rooted red pepanggil plants for RM10.

Nampak dalam seminggu dua nampak layu bila ditanam semula bare-rooted pokok pepanggil ini, bila dah segar semula cepat pokoknya akan meninggi dan membesar.
 Tema Floria Putrajaya 2015 yang baru bermula semalam secara rasmi ialah pokok bunga lily. Yang banyak menjadi perhiasan Tukang Kebun tengok semalam ialah dari species pokok bunga hippeastrum, lilium, hymenocallis dan ada juga crinum. Blood Lily tiada terserempak di Floria, tapi Syukur Alhamdulillah bulan May 2015 ini nampak ianya mekar di Kebun Bahagia Bersama.

 Sekiranya anda adalah gardeners suka tambah koleksi bunga-bunga warna merah bolehlah tinjau di laman blog Kebun Bahagia Bersama page 'Bunga Warna Merah' (klik sini). Ada lebih dari 10 jenis tumbuhan berbunga warna merah dalam ready stock kami.

Have a lovely weekend.

Khamis, 19 Februari 2015

Selamat Tahun Baru Cina

 Team Members Kebun Bahagia Bersama ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan gardeners dan pembaca blog Kebun Bahagia Bersama yang berbangsa Cina. Semoga suasana perayaan pada tahun ini meriah dan memorable bersama-sama keluarga yang tersayang. Tahun Baru Cina tahun ini kami berkongsi bunga berwarna merah si 'Thailand PowderPuff' yang sedang meriah berbunga pada musim perayaan ini. Yang tidak menyambut Tahun Baru Cina Happy Holidays, ada yang mengambil kesempatan melancong atau balik kampung? Mungkin cuti long weekend ini ada juga gardeners yang mengambil kesempatan buat spring cleaning di kebun masing-masing.
  Kebiasaannya kalau ikut Calendar Tahun Baru Cina, cuaca di Malaysia pada musim perayaan ini panas dan jarang sekali hujan. Sesuailah dengan si Thailand PowderPuff ini yang jenis tumbuhan tidak memerlukan banyak air (drought-tolerant) dan tahan panas untuk mereka yang ingin berkebun pada musim panas.

Info pokok Thailand Powderpuff (Combretum constrictum) boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).

Selamat Tahun Baru Cina.
Happy Holidays!

Selasa, 20 Januari 2015

Thailand Powderpuff

 Dalam Bahasa Kebangsaan belum ada nama umum pokok bunga yang bunganya kelihatan seperti buah rambutan merah dari jauh ini. Ianya dikenali sebagai 'Thailand Powderpuff' tapi sebenarnya pokok bunga ini berasal dari benua Afrika. Nama botani-nya ialah Combretum constrictum. Tukang kebun perolehi pokok ini pada Jun 2013 di Tamu Kota Belud. Semasa official dipindahkan ke Kebun Bahagia Bersama Sungai Buloh ketinggiannya tidak lebih pun 30cm. 
 Setahun kemudian setelah menetap di Kebun Bahagia Bersama ketinggiannya sudah pun lebih 2 meter dan tersenyum tukang kebun apabila melihat bud bunga telah mula dihasilkan kelihatan seperti gugusan buah anggur. Begitu pantas sekali pokok jenis memanjat ini tumbuh seperti sepupunya ahli dalam keluarga sama iaitu Akar Dani / Rangoon Creeper (Combretum indicum). Seperti Akar Dani setelah pokoknya dah selesa bahagia hidup di situ, keperluan airnya tidak banyak. Pada musim kemarau tahun lepas 2 minggu sekali tukang kebun siram pun masih segak and steady. Yang menariknya tukang kebun tak sediakan pancang pun tapi batang yang dah matang boleh berdiri tegak dengan sendirinya. Untuk mereka yang sibuk berkerja tiada masa nak siram inilah antara tumbuhan yang sesuai untuk anda jika nak pokok bunga yang berbunga hampir sepanjang tahun setelah matang. A very water-wise and drought-tolerant plant sesuai sungguh untuk kawasan Tanah Rendah Malaysia.
  Bunga-bunga yang baru mula berkembang juga sangat menarik prosesnya diperhatikan seperti Gambar No.3. Pokok ini pun setakat ini tiada serangan atau penyakit yang kronik selama menetap di Kebun Bahagia Bersama. Cantik ditanam di sebelah pagar untuk dijadikan hijab atau menutup aurat. Biasanya hidup totally neglected dibiarkan oleh tukang kebun. Pertumbuhannya pun tak sepantas Akar Dani yang kerap kena pangkas tu. Kalau tukang kebun buat ranking pertumbuhan pokok perennial dari paling cepat tumbuh ke my pace type adalah seperti berikut dari page Kebun Bahagia Bersama 'Flowering Climbing Vine' (klik sini).

Akar Dani > Bauhinia Kockiana > Thailand Powderpuff > Scarlett Passiflora > Garlic Vine (Semua ada stok minggu ini kecuali Bauhinia Kockiana).
 Apabila melihat bunga Thailand Powderpuff janganlah pula keliru dengan Red PowderPuff kerana mereka adalah dari kelompok keluarga yang berbeza. Bunga Thailand Powderpuff pun berkali ganda besar saiznya (lebih besar dari buah rambutan) berbanding dengan Red Powderpuff. Seperti Red Powderpuff ianya adalah kegemaran lebah dan rama-rama. Anak-anak pokok Thailand Powderpuff yang dibekalkan adalah dari semaian biji benih supaya pokoknya lebih tahan kemarau. Cuaca pertengahan bulan Januari ini panas dan kering di tempat kami, takut tahun ini juga nasib sama cuaca macam tahun 2014 jadi wiser to plant plants propagated by seeds. From seeds akarnya akan lebih cerdik mencari air lebih jauh ke dalam tanah dari permukaan tanah.

~ Thailand PowderPuff (Combretum constrictum) ~
1 pot for RM12.00 (kebunkmg@gmail.com) .

 Minggu ini juga masuk ready stock anak pokok Red Powder Puff juga yang tumbuh dari biji benih. Info selanjutnya mengenai benefit pokok red powder puff boleh buat pembacaan pada related posting sebelum ini (klik sini).

~ Red Powder Puff ~
1 pot RM9.00 .