Biji Benih paling segar bulan January ini adalah biji benih sengkuang. Tukang kebun dalam proses hendak tuai ubi-ubi sengkuang dan akan bersihkan kawasan tersebut untuk menanam tanaman lain (nak praktik crop-rotation sudah 2 kali tahun ni tanam sengkuang di tempat sama). Sambil itu akan tuai juga kacang sengkuang yang telah kering di atas pokoknya. Hujan telah beri petanda kepada tukang kebun apabila tersembul keluar biji sengkuang dari tanah yang saiznya sudah elok untuk dituai. Kalau dibiarkan tua dan membesar lagi kurang manis. Yang lagi muda lagi manis rasanya.
Sengkuang adalah dari keluarga kekacang (Fabaceae) dan disebabkan itu tidak memerlukan baja yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi. Nanti banyak saja daunnya. Pokoknya boleh memanjat 2-4 meter jadi seeloknya boleh sediakan tempat untuknya memanjat. Menjimatkan ruang sebagai tanaman yang sesuai untuk vertical gardening. Boleh juga ditanam dalam bekas. Sengkuang adalah tanaman yang sukakan kelembapan tinggi dan cuaca tropika. Sengkuang sebenarnya berasal dari Mexico dan dikenali dengan nama Jicama (HICK-a-ma) atau Mexican turnip/ Mexican Yam. Semasa penjajahan Spanish di negara Filipina bermula perkenalkan tanaman ini di Asia. Di Filipina sengkuang dipanggil 'singkamas'. Sengkuang mempunyai kandungan rendah kalori dan rendah lemak jadi sesuai sebagai diet food. Sengkuang juga banyak fiber jadi dapat control appetite atau selera makan kita dari makan banyak benda lain yang tidak berkhasiat atau untuk kontrol berat badan.
Pesanan biji benih sengkuang untuk bulan January ini akan tukang kebun tambahkan juga kacang sengkuang untuk dikopek sendiri ambil biji benihnya selagi stok masih ada. Generasi kedua biji benih sengkuang yang dikumpul dari kebun Bahagia Bersama.
$3.00 satu pek dengan anggaran 15 biji benih.
Sengkuang Bulk Seed ~ Approx. 70 seeds for RM10.
Disebabkan masalah pos biasa yang dialami dalam bulan Disember 2012, postage pesanan benih bagi bulan January di bawah RM10 adalah flat RM2.
Tetapi bagi pesanan jumlah biji benih lebih RM10 akan dihantar dengan pos laju dan kos penghantaran flat RM5.

