No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Kacang Botor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kacang Botor. Papar semua catatan

Selasa, 12 Mei 2015

Bekalan stock pisang nangka

  Hari ini Tukang Kebun buat catatan kisah untuk kerja-kerja yang dilakukan di belakang kebun pada hujung minggu lepas. Seperti biasa pada hari Ahad akan kami menuai hasil dari belakang atau di keliling rumah. Antara tuaian pada Ahad lepas adalah seperti buah kuning telor, ciku, katak puru, lemon Tahiti, limau kapas, terung pipit, asparagus, mulberry dan kacang kelisa. Kacang kelisa yang melilit pokok mangga di kebun belakang, Tukang Kebun tak perasan yang ianya ada menghasilkan kacang-kacang sebelum ini, jadi banyak dah kacang tua di atas pokoknya. Jadi adalah fresh stock biji benih kacang kelisa dari Kebun Bahagia Bersama minggu ini.

~ Kacang Botor / Kelisa ~
Anggaran 12 biji benih 1 pek RM1.00 .

 Penghantaran Isnin semalam untuk Pasar Online Kebun Bahagia Bersama ialah buah Kuning Telor, buah Katak Puru, buah limau kapas, lemon Tahiti dan terung pipit. Jika ada yang berminat slot Pasar Online Kebun Bahagia Bersama Buah Kuning Telor untuk penghantaran minggu depan available dalam kawasan Semenanjung Malaysia sahaja (1 pek goodies hampir 2 kilogram termasuk kos penghantaran RM21). Dalam pek goodies tersebut biasanya sekurangnya 1 kilogram buah kuning telor dan hampir 1 kilogram tuaian segar dari Kebun Bahagia Bersama (pesanan email kebunkmg@gmail.com).

  Syukur Alhamdulillah dari minggu lepas itik-itik yang kami bela lahir bulan November lepas dah 5 bulan lebih umurnya dan mulalah musim bertelurnya hampir setiap hari. Itik telur setelah umur 5 bulan ianya akan mula bertelur. Yang di gambar bawah (No. 3) baru 2 bulan lebih umurnya dikeluarkan dari kandang pada hari dearest hubby tak berkerja. Tapi semalam terlepas masa Tukang Kebun masuk kandang nak kasi makan maka bebaslah mereka juga. Yang masih muda ni masih liat nak masuk kandang petang-petang kena main kepong-kepong, tak leh kalau sorang-sorang. Kebelakangan ini stok telur itik nampaknya mencukupi untuk dapur Kebun Bahagia Bersama, maka minggu ini yang extras Tukang Kebun offer untuk yang berminat nak masak telur itik hujung minggu ini. Yang berminat nak dapatkan telur itik dari Kebun Bahagia Bersama boleh booking untuk self-collect pada pagi Ahad minggu ini di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam antara pukul 9pagi hingga 11 pagi. Nak self-collect biji benih dan anak-anak pokok pun boleh pada pagi Ahad ini. Cuma Pasar Online tak dapat self-collect sebab Sabtu busy jadi Tukang Kebun takde masa free nak menuai.

~ Telur itik Kebun Bahagia Bersama sebutir 70sen ~
  Ahad lepas kami pindahkan beberapa anak pokok pisang nangka di kawasan ini sebab dah banyak cahaya matahari yang boleh diterima setelah pokok-pokok buah-buahan besar di keliling sudah diberikan hard-pruning pada Hari Buruh lalu. Bibit kelapa gading yang Tukang Kebun tanam pada hujung tahun lepas yang kurang mendapat cahaya pun dah nampak perbezaan pertumbuhannya (related posting klik sini). Sekarang lagi dapat sinaran matahari, moga lebih cepat pertumbuhannya. 

 Yang berminat untuk tanam kelapa gading boleh juga self-collect bibit kelapa gading di Shah Alam Ahad ini (Promosi bulan Mei 2015; 2 bibit kelapa gading RM5.00). Bolehlah fikir buat guerilla gardening dengan pokok-pokok kelapa jenis rendah di kawasan perumahan. 
  Jika saiz anak-anak pokok pisang nangka yang masih rendah seperti dalam kereta sorong ni, tak bolehlah ditanam di tempat terbuka sedap diratah oleh angsa dan itik. Sekarang ni dah makin meriah dengan ayam dan itik suka sangat mereka meratah anak-anak pokok pisang yang baru je keluar. Batang pisang pun sebenarnya adalah satu sumber bahan makanan yang sihat untuk ternakan. Kalau batang-batang pisang yang baru kena belah-belah lepas ambil tandan pisangnya, ternakan pun suka makan. Jadi tanam pisang ni tak rugi, Tukang Kebun boleh tuai buah pisang, batang-batangnya jadi sumber bahan makanan untuk ternakan atau untuk biar reput sebagai mulching merangkap baja kepada pokok-pokok lain. Kalau Tukang Kebun on holiday biasanya tak risau bab-bab kasi makan beberapa hari jika dibiarkan ternakan lepas, pandai AVIAN pets ni cari makan (habis banyak anak-anak pokok pisang diratah).
  Jadi yang anak pisang nangka masih rendah, dearest hubby tolong tanam di tepi tembok bahagian depan kebun sikit sementara Tukang Kebun sediakan bibit-bibit keladi untuk ditanam berdekatan. Kalau berbuah berat nanti, tembok boleh jadi sandaran nak tampung. Kawasan dalam gambar ini memang pokok kaduk sentiasa naik tumbuh dengan meriah tanpa dibela. Ada juga kami tanam bibit-bibit pisang kadau dekat dengan pokok jambu mawar dan berhampiran dengan tembok ini juga supaya tak pupus Ahad lalu.
  Bulan ini Syukur Alhamdulillah ada beberapa pokok-pokok pisang nangka sedang berbuah dengan pelbagai pembesaran. Yang tercari-cari pisang nangka dan nak booking next batch yang akan masak tak lama lagi boleh email (kebunkmg@gmail.com). Sesisir penuh buah pisang nangka RM5. Sesisir pisang nangka biasanya besar dan bilangan buahnya banyak. 
 Yang ingin menanam pokok pisang nangka juga kami ada bekalkan anak-anak pokok pisang nangka. 

Info pisang nangka juga boleh refer di blog posting sebelum ini (klik sini).

Rabu, 4 Februari 2015

Devil Smile

  Minggu lepas jenis Hippeastum Devil Smile dekat Kebun Bahagia Bersama membuatkan tukang kebunnya juga smiling smiling. Bawang hippeastrum ini dicacak separa ke dalam tanah minggu pertama sekolah bermula tahun 2015. Belum sampai sebulan the devil smile already tanpa apa-apa yang perlu dibuat pun. Cukup dengan rezeki air hujan walaupun adalah juga di sini 2 minggu terasa bahang kemarau.
 Kesimpulan gambaran apa yang dapat dituai di Kebun Bahagia Bersama beberapa hari ini. Limau nipis memang banyak buahnya sekarang mula masak kekadang tergolek-golek di tanah sebab tukang kebunnya mood malas kebelakangan ini. Minggu ini ada fresh stock biji benih kacang botor yang baru dituai dari Kebun Bahagia Bersama

~ Kacang Botor/Kelisa ~
Angggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM1.00 .
 Malas mungkin 1 faktor tapi kebelakangan ini badan tak berapa sihat, rasa macam seram sejuk je. Sebab isterinya asyik seram sejuk macam demam je, si suami pun rajin-rajinlah cari kelapa muda nak kasi minum. Anak-anak pun demam dan batuk-batuk. Lekas-lekas bagi mandi home-spa air rebusan Tepus Wangi cepat surut demam sebelum melarat. Si Abby beberapa hari bau Tepus Wangi. Teringatlah pula sedang suaminya tengah kopek kelapa muda di gambar bawah, adalah pula si tukang kebunnya nak merajinkan belah kelapa  tua kasi angsa makan sambil menunggu. Si tukang kebun tak sedar diri yang dirinya dah penat tak banyak tenaga nak angkat cangkul belah kelapa sampai terlepas tangan tak dapat control melantun cangkulnya kena kelapa tua ke ibu jari kaki sendiri. Terus jadi demam semula terkejut kena istighfar banyak-banyak, ambik pucat muka nasib tak putus kena sikit je luka. Entahlah mungkin ada dosa yang dilakukan tak perasan kena balasan semula. 
 Nasiblah ada Devil Smiling dekat luar sana, kalau tak rasa motivate nak keluar kebun dengan badan asyik rasa menggigil je ni. Yang peliknya bila dah mula berkebun, tak rasa pula badan tu tak sihat. Bila dah rehat mandi rasa seram sejuk balik.

Self-Collect Schedule This Week:

~ 4th February 2015 (Wednesday) at Sungai Buloh from 8:30PM ~9:00PM.
~ 6th February 2015 (Friday) at Saujana Utama from 9:00PM~9:30PM.
~ 7th February 2015 (Saturday) at Sungai Buloh from 5:30PM~6:00PM.
~ 11th February 2015 (Wednesday) at Sungai Buloh from 8:30PM~9:00PM

Khamis, 22 Januari 2015

Kelisa ingat dah mati

 Setakat ini belum ada rezeki buah durian runtuh di Kebun Bahagia Bersama. Tetapi rezeki buah canistel (kuning telor) runtuh adalah sudah menjadi perkara biasa di Kebun Bahagia Bersama. Dari minggu lepas boleh dikatakan setiap hari buah canistel ranum jatuh masak sendiri tinggal cepat-cepat pergi kutip sahaja. 
  Buah Ciku pun banyak sudah mula masak minggu ini. Big Boss (yang menanam) ada kutip bawa balik ciku yang dah mula masak balik ke Sabah, dia sendiri tak pernah merasa. Tuan Tanah yang suka makan buah ciku komen musim kali ini manis buahnya. Mana taknya banyak kesan gigitan buah ciku kena makan di bawah pokoknya. Memandangkan rezeki buah canistel yang nampak masak masih berterusan minggu ini, maka untuk slot minggu depan Pasar Online Canistel Kebun Bahagia Bersama untuk penghantaran 26hb Januari 2015 dibuka lagi. 1 pek Pasar Online Canistel Kebun Bahagia Bersama yang muatan hampir 2 kilogram sudah termasuk kos penghantaran dalam Semenanjung Malaysia ialah RM20. Buah Canistel akan diisi beratnya lebih 1 kilogram, jika ada rezeki buah-buahan lain (jika ada masa dan bergantung kepada cuaca) akan diisi hingga kandungan nak dekat hampir 2 kilogram.

~ Pasar Online Kebun Bahagia Bersama ~
1 pek RM20 muatan hampir 2 kilogram sudah termasuk kos penghantaran Pos Laju Malaysia.
 Kelapa-kelapa tua pun banyak stok di Kebun Bahagia Bersama boleh buat santan dan sabutnya diracik-racik boleh digunakan sebagai mulching atau tutup tanah dari kena gali oleh binatang kesayangan. Tempurung kelapa tu pula boleh buat bekas semaian. Sabut kelapa pun boleh buat untuk tempat gantung orkid. Banyak stok kelapa tua sehingga kalau mood rajin setiap hari belah purata 10 biji kelapa tua untuk snack food PETS di belakang tu.

~ Kelapa Tua ~
50 biji bekalan kelapa tua RM20.00 (Self-Collect Sahaja).

  Lepas projek menebas-nebas di belakang backyard dapat jugalah hilangkan dahaga dengan air kelapa muda. Dapatlah juga Big Boss dan Tuan Tanah merasa air kelapa yang mereka tanam di backyard beberapa tahun dahulu. Minggu ini air kelapa rasa manis kembali sebab panas dan kering.
 Disebabkan cuaca dalam 2 minggu ini panas dan kering, buah fig yang sedang membesar pun manis rasanya. Thank you to Bob and Sean dapatlah mama tukang kebun rasa for the first time fresh fig  dari cutting from South Australia ni. Ada juga kenangan dari South Australia. Dalam beberapa hari ini satu persatu buah fig ranum.
  Bulan January ini seolah-olah keadaan cuaca menggembirakan si Kacang Kelisa. Sampai merata tempat yang ditanam dah mati semuanya hidup kembali. Sampai tukang kebun yang menyemai benihnya pun boleh lupa asyik terfikir-fikir, bila lak aku semai kacang kelisa ni. Seperti kisah minggu lepas (klik sini).
 Semalam tiba-tiba tukang kebun mendongak ke atas tengok rumah yang sedang dibina di sebelah tembok takut ada pekerja binaan di situ sungguh tukang kebun tak selesa kalau ada mata-mata yang mengekori activity tukang kebun. Sebab rasanya mereka sedang berehat lunch time. Tiba-tiba barulah tukang kebun perasan banyaknya kacang-kacang kelisa yang dah besar bergayutan atas pokok mangga. Rupa-rupanya benih kelisa yang ditanam dari tahun 2013 tak pernah menghasilkan buah, sekejap pokoknya ada sekejap tidak dari Petak A naik begitu subur memanjat pokok mangga dan mulberry sekelip mata macam main silap mata. Padahal batang yang menyusur memanjat di Petak A langsung tiada daun macam batang mati je nampaknya.
  Kalaulah benda warna hijau naik meninggi tak perasan sebab jarang mendongak tinggi ke atas. Yang perasan kalau bersinar-sinar macam bunga matahari yang ada beberapa pokoknya sedang kembang di Petak 1 minggu ini perkongsian dari Kak Mala 'My Green Eye's'.
 Rasa-rasanya minggu ini memang sesuai untuk menyemai kacang kelisa di Lembah Klang untuk gardeners yang ingin mencuba nasib. Kacang Kelisa ini bila pokoknya pernah tumbuh hidup subur walaupun tak pernah berbuah ianya sebenarnya membentuk ubi dalam tanah. Bila pokoknya kering kita ingat dah mati tetapi nanti bila hujan kerap bertandang, tunas-tunas baru akan keluar dari tanah selagi ada ubinya tersimpan dalam tanah. Jadi kalau rasa fed up masa mengemas kacang kelisa jangan dicabut pokoknya begitu sahaja. Pangkas sahaja pangkalnya kemas bersih-bersih kawasan tersebut tapi biarkan sahaja ubinya tidak diusik dalam tanah. InsyaAllah jika ada rezeki nanti diberikan pokok baru yang akan hasilkan makanan bila kita takde masa dan kebun terbiar je macam tukang kebun selalu buat. Kacang kelisa di Petak A tu tahun 2013 tukang kebun semai terbiar je, hidup mati hidup mati hidup kembali akhirnya lumayan juga hasil yang diberikan walaupun dari 1 pokok. Catatan tukang kebun, kacang kelisa di Petak 2 dan Petak 6 pun patutlah muncul kembali pokoknya bulan ini.

Khamis, 15 Januari 2015

2014 Last Supper

  Setiap kali balik Sabah, niat di hati kalau boleh nak belanja kedua ibubapa kami makan di luar. Dari kecil dibesarkan biasanya kami jarang-jarang sekali makan di luar. Boleh dikira dengan jari berapa kali dalam setahun makan luar. Apatah lagi keluar melancong jarang sekali. Cuti-cuti Malaysia pun biasanya hampir tak ada. Sebab setiap hujung tahun cuti panjang Tuan Tanah banyak belanja beli duit tiket kapal terbang  untuk sekeluarga balik Sabah. Dulu mana ada budget airline, cuma ada MAS sahaja. Ketika itu kami hanya balik ke Sabah setahun sekali sahaja.

  Semasa kami membesar walaupun kami keluar ada urusan keluarga dalam perjalanan balik rasa penat dan lapar, Tuan Tanah  suruh sabar tunggu sehingga sampai rumah. Kalau berjalan-jalan bawa makanan dari rumah. Kalau Tuan Tanah tak penat akan dimasakkan untuk kami Nasi Goreng. Kalau tidak maggi instant. Sesungguhnya ketika itu masih belum faham lagi masih belum matang, kini kian disedari semasa awal-awal pindah ke rumah baru di Sungai Buloh ini ketika itu baru Tingkatan 2 dan adik-adik pun belum masuk sekolah lagi. Betapa jimat cermatnya kedua ibubapa kami untuk merealisasi impian mereka untuk ada sebuah rumah berserta kebun yang luas untuk impian mereka mempunyai dusun buah-buahan dan dapat ternak pelbagai jenis binatang tidak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur. Dalam kesempitan duit banyak perlu dibelanja dengan sedang membina sebuah 'home sweet home', segala keperluan anak-anak semuanya lengkap dari segi pendidikan, pakaian, tempat berteduh dan makan minum. Uniform sekolah tukang kebun pun tak pernah beli, Big Boss yang jahit. Masuk University pun baju-baju kurung semua Big Boss jahit, sampai sekarang adik-adik pula yang pakai ke University sebab saiz badan pun lebih kurang sama. Baju kurung dah lebih 10 tahun pun masih dalam keadaan elok lagi. Lagipun pergi untuk belajar bukan untuk melaram. Baju raya tiap-tiap tahun pun sampai sekarang Big Boss yang jahit dan sponsor (Tuan Tanah) siap dengan cucu-cucu punya sedondon. Jadi tema warna baju raya tiap tahun Big Boss yang tentukan. Bukannya kami tak mampu beli sendiri cuma a mother will understand this is our mother every Raya little happiness. Dari kecil mak yang pilih dan sediakan, walau anaknya dah jadi mak orang, I am still her girl.
  Dah terpesong dari cerita utama, kebetulan malam sebelum masuk tahun baru malas pula rasa nak masak dah semua tukang masak kepenatan (tukang kebun dah hampir seharian keluar, big boss pula penat berkebun kemas di luar rumah). Biasanya jarang sekali big boss nak keluar rumah bila penat pada waktu malam. Tanya mak teringin nak makan apa, jomlah kita keluar makan. Big Boss teringin nak makan ikan bakar lalu kami pun bergerak ke bandar. Dalam perjalanan tengok di kawasan Telok Likas on the way ke bandar banyak sungguh kereta di sepanjang jalan, baru teringat rupanya esok Tahun Baru 2015. Mungkin ramai melepak tunggu countdown agaknya. Kami pun baru perasan pertama kali makan luar pada Malam nak masuk New Year. Selalu Tahun Baru terperap sahaja di rumah tak ke mana sebab spesis tak suka bersesak.

 Memandangkan tukang kebun pun jenis tak arif nak pilih ikan untuk memenuhi permintaan ikan bakar yang Big Boss teringin nak makan maka mintalah adik jaga gerai recommend ikan apa yang sesuai untuk ikan bakar berlada. Adik tu kata 'ikan katambat' kalau nak bakar sedap (rasanya dia sebut katambat). Okaylah kita cuba-cubalah dulu. Memang ngam sedap 'ikan katambat' buat bakar, sebab tu photo 1 memory gambar ikan nanti lain kali kenal ikannya atau nak pesan senang check balik kalau lupa hehehe....
  Ini kali kedua kami makan sekeluarga di tepi tempat bot-bot nelayan parking yang berderetan dengan Pasar Philippine yang jual kraftangan tu. Masakan dekat gerai sini memang harga berpatutan sangat murah dan masuk selera Orang Semenanjung. Kalau kat Sabah ni untuk kamilah sukar betul nak cari kedai yang menepati selera kalau masakan Semenanjunglah. Lebih-lebih lagilah orang Sabah ni tak berapa tahan pedas, Tuan Tanah yang Orang Negeri tu appetite selalu hilang. Ikan katambat yang dipilih dengan pertolongan adik sudi membantu tu katanya boleh belah 2 buat 2 jenis masakan. Sebelah seperti permintaan big boss buat bakar berlada. Semua agree sedap.
 Sebelah lagi buat 3 rasa. Kami semua memang puas hati. Pertama kali tukang kebun datang sini secara kebetulan masa tu ronda-ronda Kota Kinabalu berdua dengan Abby di tepi pantai naik bas awam selepas selesai urusan permohonan di Jabatan Pendaftaran Negeri (Syukur Alhamdulillah urusan selesai dah jadi Rakyat Sabah lahir di Semenanjung). Sementara tunggu Tuan Tanah habis kerja pick up kami di Kota Kinabalu, singgah rehat minum jus avocado dan goreng pisang sambil melihat telatah pelancong-pelancong. Tukang kebun tengok seafood segar on display sangat segar dan tengok juadah-juadah yang dihidangkan macam sedap je. Lalu teringin nak cuba datang lain kali with the whole family belanja rasa makan di sini. Yang tergesa-gesa dan penat nak berehat sahaja di bilik hotel, boleh juga tapau ikan bakar yang dah siap macam gambar No. 2.
  Hai budak-budak punya kegemaran udang butter, tak sabar-sabar nak ngap si kecik. Oh ya sebelum tukang kebun lupa, lidah tukang kebun rasa jus avocado di sebelah tempat kapal nelayan parking ini lagi sedap dari di Tanjung Aru. Di Tanjang Aru regular cup RM7 jus avocado dan di sebelat laut Kota Kinabalu ini RM5 (2014). Masa tahun 2013 RM4. Tukang kebun tengok seafood dekat Tanjung Aru tak sesegar macam tempat tukang kebun pergi di Kota Kinabalu. Price wise pun Tanjung Aru is pricey.
 Gambar di bawah ini actually kenangan masa makan sekeluarga di sini pada 2013. Banyak pembaziran kena tapau sebab hubby tamak semua nak makan. Kali ini pun ada hati nak order sotong, tukang kebun yang tegah, apa yang dipesan pun macam tak habis nanti sebab mama dan papa bukannya kuat makan lagi dah. Cukup sahaja pesanan udang butter dan ikan yang seekor dibakar dan dibuat 3 rasa. Kalau macam tak cukup later boleh order tambahan. Itu pun hampir tak habis, kami suami isteri slowly licinkan.
 Lepas makan-makan dapatlah anak-anak bermain dengan patung-patung batu pelbagai jenis ikan di sepanjang jalan sebelah laut nak ke kereta. Inilah story our last supper for 2014.
 Sambung cerita bahan-bahan dari kebun sendiri untuk supper kami minggu ini. Masa tukang kebun tengah kemaskan sebuah kawasan untuk tanam keratan ubi kayu dibawa balik dari Sabah barulah perasan ada Bunga Matahari dari Kak Mala at My Green Eye's  dah berbunga rupanya. Sebelum balik kampung, tengok ada beberapa bunga matahari dah tinggi lebih 8 kaki. Tapi agaknya hujan kuat masa ketiadaan tukang kebun barulah minggu ini tukang kebun perasan trellis-trellis di belakang pokok-pokok matahari tersebut dah tumbang rupanya (banyak sangat tempat nak kemas sampai tak perasan) habis merempuh batang-batang pokok matahari, banyak pokoknya patah. Nasib baik walaupun yang dalam gambar di bawah ini juga kena rempuh dah bengkok batangnya sempat juga ianya berbunga.
 Yang tak disangka pula bila masa pulak ada pokok kacang-kacang botor merimbun dekat kawasan ini di celahan daunnya buah-buah kacang dah besar gemok pula tu. Tukang kebun dah lupa yang ada semai kacang botor di kawasan ini terbiar menjadi pula dia. Ingatkan lama dah sayonara.
  Sehari dua ini kena curi-curi masa juga buat tuaian express untuk bekalan segar di dapur. Dapatlah 1 jug air roselle untuk supper semalam. Surprisingly ubi bembam yang trial tanam bawah shade pokok durian menghasilkan juga ubi. Tengok kunyit sebelah pokoknya macam ada yang dah layu daunnya dah lama, kalau tak dikorek nanti reput pula musim hujan ini. Pucuk-pucuk mulberry untuk masak supper nanti.
 Bila tukang kebun cuba rekod posting supper semalam, terasa betapa bersyukurnya nikmat yang diberikan Oleh-Nya hasil berbudi pada tanah yang semuanya ada khasiat belaka. Beras padi bukit yang Tuan Tanah hadiahkan baru perasan ada lagi dalam simpanan yang jenis Beras Bukit Keladi. Sebelahnya tumisan sayur kacang botor dari kebun sendiri.
  Bersertakan side dish supper semalam ialah banana chips goreng berlada ikan bilis. Pisang yang dituai hujung minggu baru-baru ini (related posting klik sini), cabai burung memang banyak stok tumbuh merata-rata petik dari kebun sendiri. Ikan bilis fresh bawa balik dari Sabah. Pisang yang lebih banyak khasiat dan tak berkanji macam makan ubi kentang. 
  Makanan yang tak berminyak (exclude fish fatty oil yang berkhasiat) untuk supper semalam pula ialah ikan stim dengan halia dan daun serai acheh/tepus wangi dari kebun sendiri. Dah ngap lebih separuh baru teringat nak snap gambar. Supper kami taklah semewah macam di hotel 5 star, tapi terasa bertapa untungnya sebab kebanyakkan bahan-bahan adalah hasil dari kebun belakang/depan tu je. Bersyukur dengan apa yang ada. Hasil lelah kedua ibubapa nak realisasikan impian ada rumah dengan kebun di sekeliling, anak-anak cukup makan selagi tak putus-putus continue the legacy.

Khamis, 3 Oktober 2013

Winged Bean Fresh Seeds This Week.

 Glamour betul kacang botor/kelisa dekat negara barat dipanggil kacang yang bersayap. Bila baca review orang barat kata rasa macam asparagus. Kalau di negara kita kebiasaannya adalah 'fresh salad' dressing dengan budu atau sambal belacan atau style kerabu. Tak sangka pula mama Si Ilhan yang anaknya gemar makan kacang botor. Bila Ilhan tahu ada kacang botor segar dalam dapur, dipesan kepada mamanya masak untuk dia kacang botor goreng kicap dengan ikan bilis. Mama Ilhan mestilah delighted, so simple and nutritious tak payah nak fikir menu complicated yang lain.
 Asal biji benih kacang botor yang tukang kebun semai kali ni sebenarnya tersimpan dalam uniform turun kebun yang disangkut belakang pintu dapur setelah habis duty lalu big boss campakkan dalam mesin basuh sebelum check ada biji-biji benih dalam poket baju. Bila nak sidai baju tukang kebun terkejut tengok biji-biji benih kacang botor basah dan warm tercuci dalam mesin basuh. Apa lagi terus disemai biji-biji benih kacang botor tu di kebun. Yang menariknya nampak macam semua biji-biji benih tersebut bercambah dengan elok setelah kena 'cuci' dalam mesin basuh lebih kurang sejam dan telah pun memberikan hasil.

~ Biji benih Segar Organik Open-Pollinated Kacang Botor ~

1 pek anggaran 12 biji benih RM1.00