Hari ini di kala hari terang, kami sibuk meneras di bahagian depan rumah barisan tembok sebelah kanan yang menghadap dapur rumah hinggalah hampir gate pertama. Pokok-pokok yang besar dan 'overgrown' dah kena pruning. Pokok-pokok besar seperti kuning telor, buloh kuning dan cempaka putih dearest husband yang kerjakan. Tukang kebun hard pruning pokok yang sederhana besar, bersihkan daun-daun pelepah dan cabut weed. Sambil-sambil itu dibajakan sekali. Pada sebelah pagi sempat tukang kebun alihkan pokok cempaka kuning di belakang pokok puding. Rayyan yang rambut makin panjang jadi model bunga cempaka putih. Tukang kebun kata tunggu nenek (big boss) balik potongkan rambut.
Di sebelah pagi seronok juga buat kerja sambil cuci mata tengok blue star yang banyak bunganya kembang pada hari ini walaupun cuaca panas di sini masih giat hidup berbunga. Atuk Rayyan (Tuan Tanah) pula tolong potongkan rumput sambil kami suami isteri pangkas-pangkas pokok. Manakala anak-anak main basikal. Mula-mula hajat di hati nak kemaskan pergola yang sedang berbelit-belit itu (posting related klik sini). Disebabkan big boss nak balik minggu depan, maka kelam kabutlah kami hujung minggu ini bersihkan halaman rumah yang dia tak tahan sakit nan mata memandang. Lagipun pokok cempaka putih tu dah dipesan untuk pangkas dari tahun lepas. Tukang kebun ingat big boss balik pertengahan bulan Julai.
Bunga orkid pink jenis mymercophila terjatuh dari pokok kuning telor, tukang kebun bahagikan dan ikat kepada pokok mickey mouse, kemuning dan kemboja. Tengahari tukang kebun terpaksa bergegas ke Shah Alam dengan dearest husband nak pick up bini no. 2 dia, si Silvia. Si Silvia ni dah 2 bulan duduk dalam bengkel dan dah lebih 5 tahun husband tak pakai dia. Sebab si Silvia ini jugalah, tukang kebun tak dapat pulang ke Sabah, budget pergi ke dia. Duduk jelah dulu tak boleh pakai pun sebab roadtax belum renew lagi. Sudah-sudahlah tu abang oiiii...nak kena keluar beli beras pulak ni.
Balik dari beli barang dapur pula, cepat-cepat tukar uniform kebun sambung projek meneras lagi. Di sebelah petang, kami pindahkan pokok lemon oval grafted yang tukang kebun sediakan dan pokok susun kelapa berlapis di sebelah kawasan buloh kuning. Kemudian dearest husband pruning pokok mangga harum manis. Tukang kebun pula pruning pokok susun kelapa dan lain-lain. Ada banyak lagi pokok yang nak kena pruning lagi esok. Lepas tu yang dahan-dahan mangga dipotong tadi masih belum dikemaskan lagi sebab dah masuk waktu Maghrib. Puas hati tengok kawasan yang dah selesai dikemaskan. Pokok mangga ini pun banyak yang menumpang atas dia. Dah terlampau bushy daunnya, jadi setahun sekali memang kami kena prune pokok ini supaya yang menumpang pun dapat cahaya.
Begitulah aktiviti kami pada hari ini. Tangan masing-masing dah rasa kebas semacam. Tetapi esok kena sambung juga. Selamat menunaikan ibadat puasa.














