No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Ceri Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ceri Terengganu. Papar semua catatan

Ahad, 4 Mac 2018

Rambai Istana

 Buah Malaysian Cherry yang mirip dengan buah Cherry Barat yang biasa dihiasi atas kek ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Ceri Terengganu, Perupok atau Rambai Istana. Pokok Rambai Istana ini memang pokok nadir kita. Maka ianya amat mudah membiak merata di dalam kebun kerana buahnya yang telah ranum adalah kegemaran makhluk bersayap seperti burung dan kelawar. Setelah biji benih buah ceri bercambah, akar yang tumbuh amat panjang juga. Indikasi yang pokok Rambai Istana ni pandai mencari air dan boleh hidup selesa di mana-mana kawasan di bawah elevation 500 meter tanah bumi Malaysia ini. Ianya juga tidak cerewet dengan jenis tanah kerana boleh hidup dengan jenis tekstur tanah berpasir sehingga tanah liat/merah.
 Pokok Rambai Istana amat pantas membesar dari biji benih. Sekiranya persekitaran pertumbuhannya adalah pada keadaan optimum, ianya sudah boleh berbuah pada usia lebih 2 tahun. Memandangkan di kebun belakang Kebun Bahagia Bersama mengamalkan konsep naturally organically grown memang banyak anak-anak pokok rambai istana muncul. Terutamanya pada kawasan yang agak terlindung mungkin banyak makhluk yang membawa lari buahnya makan di situ dengan tenang. Kebun belakang memang tak disiram pun, jadi pokok-pokok yang memang ada akar tunjang semuanya pandai-pandai nak hidup sendiri. Sekarang ada sekurang-kurangnya 3 pokok rambai istana yang matang tumbuh di kebun belakang yang tumbuh sendiri.
 Pokok Rambai Istana ni memang sesuai dijadikan pokok hiasan juga kerana bunganya sangat cantik warna merah hati. Kemudian buah kecil berwarna putih akan mula membesar yang kemudiannya bertukar kepada hijau. Seterusnya apabila ranum buahnya bertukar kepada warna merah hati seperti warna bunganya. Buah rambai istana boleh dimakan dan ianya mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi juga. Rasanya lemak manis isinya. Kalau tak biasa lagi mungkin kupas buah kulitnya sebelum makan.
  Pucuk rambai istana pula berwarna keungguan. Ada sumber melaporkan di negara Thai ada yang menjadikan pucuk rambai istana sebagai sayur dengan memasaknya terlebih dahulu. Pokok Rambai Istana ini boleh dipangkas-pangkas untuk jadikannya sebagai pokok yang renek. Yang menarik juga buah rambai istana lebih tahan lama pada suhu bilik banding dengan ceri barat. 

 More info on Rambai Istana (Click Here).

~ 1 pot Rambai Istana RM10.00 ~

Jumaat, 4 Disember 2015

Pokok Buah Nadir Perupok

  Antara pokok buah nadir di Malaysia yang makin jarang ditemui ialah pokok perupok atau lebih dikenali sebagai pokok Ceri Terengganu. Jika di kawasan persekitaran kediaman/ perumahan anda tiada pokok ini, susah jugalah nak merasakan sebab buahnya tidak dijual secara komersial di pasaran. Selain ditanam untuk nilai khasiat buahnya yang isinya manis, pokok perupok juga adalah sebuah kumpulan pokok buah nadir bersaiz kecil sederhana yang sesuai sebagai pokok hiasan di laman. Walaupun laman rumah teres boleh selitkan sepokok untuk sejukkan rumah atau di luar pagar bakal teduhkan kereta.

  Maklumat lanjut mengenai pokok perupok boleh lawat posting sebelum ini (klik sini).
  Bentuk buahnya yang merah menyala menarik pandangan terhadapnya. Sebelum kudup bunganya kembang ianya bergugusan seperti anggur kecil merah. Perupok juga mempunyai pucuk yang berwarna keungguan contrast dengan daun yang matang berwarna hijau.
  Apabila kembang kelopaknya berwarna merah hati comel dilihat. Di tengah bunganya yang mekar berwarna putih di situ buah akan membesar hari demi hari.
  Kebiasannya dahan pokok perupok akan menghasilkan ranting-ranting kecil yang menghasilkan banyak buah yang akan membesar hingga rapat sesama mereka.
   Dari buah kecil yang berwarna putih akan bertukar kepada warna kehijauan. Kemudian apabila buah masak betul berwarna merah hati. Jika ingin melakarkan landskap Jepun ala tropika, Tukang Kebun rasa sesuai pokok perupok dijadikan pengganti pokok sakura/cherry blossam yang mudah tumbuh di Jepun. Pokoknya boleh dicantas saiz pokok buah bonsai. Dalam bayangan Tukang Kebun cantik digandingkan dengan buloh juga pokok ini untuk menghasilkan tropical Japanese Garden.
  Tukang Kebun perhatikan pokok perupok yang tumbuh sendiri di belakang kebun terbiar tidak dibaja tengok faktor persekitarannya ambil 2~4 tahun berbuah. Kira cepatlah tu sebab ini adalah pokok yang nak berbuah tak putus-putus berpuluh tahun selepas matang. Pokok pisang pun ambil masa nak berbuah nak dekat setahun ikut jenis pisang dan faktor persekitaran, itupun berbuah hanya sekali. 

  Pada awalnya memang terasa lambat pertumbuhannya, mungkin ianya masih mengumpulkan tenaga untuk membesar dan lebih kepada akarnya. Bahagian pertumbuhan akar juga penting kerana tugasnya untuk menyerap nutrient/baja dan air untuk pertumbuhan pokok keseluruhan. Nanti entah tiba-tiba ada satu phase macam melonjak pula pertumbuhan pokok perupok yang Tukang Kebun perhatikan. 

 Terima Kasih banyak-banyak atas progress-progress update yang diterima mengenai anak-anak perupok yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama. Rasanya dah hampir 2 tahun kami mula bekalkan anak pokok perupok di merata Malaysia. Bulan lepas bekalan stok terputus sekejap. Jadi minggu ini dah boleh keluarkan stok baru anak-anak pokok perupok yang dipindahkan dalam bekas beberapa minggu lalu masa temankan dearest husband kemaskan kawasan pokok cempedak.

~ 1 bekas anak pokok Perupok/Ceri Terengganu RM10.00 ~

Jumaat, 17 April 2015

Cherry Season

  Minggu ini nampaknya musim buah Ceri Terengganu ataupun juga dikenali sebagai Perupok. Selain dari Ceri Terengganu buah nadir yang lain juga masih musim buahnya minggu ini ialah buah Katak Puru. Tuaian pucuk mulberry semalam tukang kebun campur je sekali dengan kari ikan bawal.
   Semasa musim bunga Ceri Terengganu, bunga-bunga yang kembang mekar juga menjadikan pokoknya kelihatan menarik sebagai pokok hiasan juga. Pokok Ceri Terengganu jenis yang renek, bila buahnya masak menyala-nyala merah warnanya. Isi buahnya rasa lemak manis. Yang tak biasa makan buahnya kopek dulu kulitnya. Sebab kulitnya ada rasa kelat-kelat sikit, yang dah biasa makan selalunya gentel-gentel dulu kulitnya sebelum masuk mulut.

 Info selanjutnya mengenai Ceri Terengganu boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 anak pokok Ceri Terengganu RM10.00 ~

  Nampaknya batch Itik-itik telur yang lahir pada November 2014 dah mula nak belajar bertelur. Ini kali kedua Tukang Kebun jumpa telur itik di Sangkar 2 hari ini tempat mereka tidur pada waktu malam. Minggu ini pun pokok-pokok asparagus masih rancak mengeluarkan tunas-tunas baru untuk dituai. Hari ini nak digali keluar bawang berlian nak jadikan bahan dalam sup untuk hilangkan angin dalam badan.
 Hujung minggu ini rancang nak tuai apa dari kebun?

Jumaat, 6 Jun 2014

Sakura Sepanjang Tahun

 Hari ini tukang kebun buat ranking bunga yang juga digelarkan sakura (cherry blossom) yang paling rajin berbunga sepanjang tahun yang sudah pernah diperkenalkan sebelum ini di Kebun Bahagia Bersama.

1st place: Ri Ri Ying
 Si Ri Ri Ying memang tak putus-putus berbunga sepanjang tahun menceriakan persekitarannya sesuai dengan maksud namanya bunga sakura yang berbunga sepanjang tahun. Tidak mengira musim kemarau dan hujan bersilih ganti, tidak putus-putus berbunga setiap hari. Pokoknya sangat sukakan cahaya matahari dan si lebah juga sentiasa sibuk hinggap bunga yang mekar. Anak pokok Ri Ri Ying yang tukang kebun pindahkan pada hari buruh tahun ini pun sudah memberikan bunga setiap hari dan makin meninggi pokoknya (klik sini).
Posting info Ri Ri Ying (klik sini).

2nd place: ShiroHanaSakuraTade
 Pokok air yang berbunga kecil berwarna putih mirip sakura berasal dari Jepun ini sangat sesuai tumbuh di tanahair kita. Pokoknya juga tidak putus-putus berbunga tidak kira musim kemarau atau hujan. Bunganya menjadi penarik kepada pelbagai serangga baik di kebun bagai membantu stabilkan balance eco-system di dalam kebun. Gandingan menarik pokok kiambang dengan pokok ShiroHanaSakuraTade duduk dalam satu pasu. Kiambang terapung-apung. Manakala bekas yang mengandungi ShiroHanaSakuraTade duduk dalam bekas yang sama keluar tumbuh di celah-celah kiambang mempelbagaikan hiasan yang menyejukkan di kebun.
Posting info ShiroHanaSakuraTade (klik sini).

3rd place: Ceri Terengganu
 Bunganya muncul beberapa kali dalam setahun menandakan musim buahnya juga kerap banyak kali dalam setahun. Warna bunganya yang merah menyala dan terjuntai banyak pasti memikat hati. Apatah lagi menghasilkan buah ceri yang berikan banyak khasiat untuk badan kita.
Posting Info Ceri Terengganu (klik sini).

4th Place (but not last) : Ceri Barbados
 Buahnya kaya dengan vitamin C dalam ranking top five. Pokok ceri barbados menghasilkan bunga yang berwarna merah jambu. Dalam setahun menghasilkan buah beberapa kali.
Info Ceri Barbados under construction bila tukang kebunnya ada masa.

Antara tumbuhan ini, yang mana satu paling digemari?

Kesemua jenis tumbuhan di atas ada limited stock sahaja sekarang.

Khamis, 5 Jun 2014

Perupok (Lepisanthes alata)

 Pokok nadir perupok di tanahair kita ini adalah pokok yang pemurah dalam setahun musim berbuahnya banyak sekurang-kurangnya 4 kali musim. Ianya juga dikenali sebagai Ceri Terengganu dan nama botaninya ialah Lepisanthes alata. Kalau anda adalah pencinta binatang seperti burung tanamlah buah ini sebagai sumber makanan mereka. Buahnya bila ranum memang menggiurkan sungguh menawan dengan kulitnya yang semarak merah dan berkilat-kilat licin. Buahnya berbentuk bulat dan ada sedikit ekor di hujungnya. Saiznya besar sedikit dari ceri import dari negara 4 musim yang selalu dihiasi atas cake. Buah perupok yang ranum ini juga kalau kena glaze (sugar icing?) macam ceri import juga memang sesuai menjadi hiasan di atas cake atau gubahan-gubahan pastries. Nampak segar lagi perupok on room temperature berbanding dengan buah-buah yang diimport itu.
 Walaupun minggu lepas tukang kebun sibuk projek memotong rumput (kisahnya klik sini), tetapi ada sahaja yang boleh dipelajari dalam kebun tanpa disengajakan. Masa tolak-tarik mesin rumput favourite, terkejut tukang kebun tengok pokok perupok yang masih muda usianya dah menghasilkan bunga menunjukkan usianya sudah matang. Tukang kebun ingat ada pokok self-seeded perupok tumbuh di celah pokok kemboja merah dan kali terakhir tukang kebun tengoknya macam belum lebih bahu tukang kebun lagi beberapa bulan lalu. Masa setahun lalu macam atas lutut tukang kebun ketinggiannya. Sekarang ini dah tinggi lagi dari tukang kebun dan si kemboja merah (penghantaran pesanan keratan-keratan frangipani blusing red minggu ini adalah dari pokok dalam gambar ini harap maklum). Tidak disangka walaupun pada musim kemarau tidak dihiraukan cepat juga pertumbuhannya (note: seumur hidupnya hanya terima air hujan). Walaupun batang kayu pokok perupok ini masih tukang kebun kategorikan halus-halus nak banding dengan pokok buah lain tetapi dah matang untuk berbuah.

 Setelah tukang kebun compare notes dengan mereka yang pernah tanam pokok ceri Terengganu dari biji benih, pokok ceri terengganu secara puratanya matang untuk berbuah apabila mencapai usia 4 tahun. Ada juga sumber yang kata dalam masa 2 tahun. Tapi naluri tukang kebun tengok pertumbuhan persekitarannya dan penjagaan, give and take secara purata 4 tahun. Bila tengok pokoknya besar begini dah boleh berbuah, bagi yang memiliki ruang terhad nak mencuba boleh tanam dalam pasu saiz yang sangat besar dan dalam. Sah dan nyata gabungan pokok ceri terengganu boleh ditanam berdekatan sama-sama dengan pokok frangipani untuk menjimatkan ruang. Tukang kebun perhatikan pokok perupok ni suka tumbuh celah-celah pokok lain macam pokok pink guava pun ada. Cuma pastikan bila rancang nak menanam macam frangipani dan perupok bersama, frangipani patut menghadap ke arah matahari, ceri terengganu biar duduk belakang.
 Pokok Ceri Terengganu memang selalunya dijadikan sebagai pokok hiasan kerana pokoknya yang rendang dan struktur daunnya yang unik. Antara tarikannya ialah pucuk muda daun perupok adalah berwarna ungu muda yang akan bertukar kepada warna hijau apabila matang. Tukang kebun perhatikan pokok perupok paling suka kawasan yang 'partial shade'. Ibu pokok perupok di atas duduk di bawah kanopi pokok asam jawa pasti sudah gembira nanti dapat cucu-cucu (original KBB plant dan khasiat buahnya klik sini).
 Enam tahun setiap musim bunga tukang kebun jamu mata tengok pokok bunga sakura (cherry blossom) di Jepun dan kecantikkan pokok bunga Ceri Terengganu dan Sakura setaraf. Kalau adalah taman pokok ceri terengganu macam taman pokok sakura di Jepun memang tempat yang selesa untuk dibuat tempat picnic di bawahnya. Bukan sahaja di taman tapi seperti di kawasan perhentian R&R di highway. Bagi gardeners yang belum berpeluang melihat kejadian proses pembentukkan buah Ceri Terengannu, marilah kita menikmatinya bersama-sama. Gambar di bawah proses pembentukkan bud bunga perupok yang ada kerengga-kerengga sibuk dengan activity mereka.
 Gugusan bunga mekar merah perupok dan beberapa yang telah membentuk buah-buah muda. Duduk di bawahnya rasa macam air terjun atau firework. Sekarang ini dalam stage penyelidikan lagi untuk percubaan menghasilkan produk-produk seperti jus, jeli dan jem oleh jabatan-jabatan atau badan yang berhubung dengan pertanian di negara kita. Memang buahnya yang merah menyala itu mempunyai khasiat. Kandungan antioxidant buah ceri Terengganu adalah lebih tinggi dari buah import epal, oren dan ceri-ceri negara lain. Mana tahu sekiranya lebih banyak penyelidikan dijalankan atas spesis ini untuk back up dan more evidence tidak hairan akan menjadi salah satu sumber super power food dengan bantuan skill media untuk mempromosikan buah nadir kita ini di taraf antarabangsa pada masa hadapan. Personally, tukang kebun rasa ada potensi buah nadir perupok ini. Sekiranya penyelidikannya diberi banyak support dan kerja mengusahakan produk-produk, InsyaAllah. Tukang kebun pun dah pesan kepada team members KBB yang semua pokok perupok yang tumbuh sendiri dah lebih paras lutut biarkan sahaja. Lagipun mereka tak menyusahkan kami, hidup bahagia tanpa TLC tukang kebun di belakang sana. Bidding time.
Kelopak bunga sudah berguguran dan sekarang kelihatan buah-buah yang kecil sudah muncul. 
 Untuk menggalakkan orang gemar buah ceri terengganu ini bagi tukang kebun first impression adalah penting. Kebetulan musim buahnya yang baru-baru ini tukang kebun sempat tuai yang merah menyala sebelum lenyap diambil oleh peminat lain. Sebagai seorang ibu, tukang kebun nak kena rancang macam mana nak kasi anak-anak yang membesar dengan setiap bulan Disember pergi makan fresh cherry petik sendiri di kebun orang di Australia dulu selama 4 tahun terbuka hati dengan buah Ceri Terengganu. Permata-permata hati tukang kebun tak pernah merasa ceri Terengganu dahulu dan first taste adalah sangat penting untuk pastikan mereka akan teringin nak makan buah ini musim seterusnya. 

 Kalau generasi dulu berikan tips makan buah ceri yang ranum ini nak kena gentel-gentel buahnya sebelum makan. So tukang kebun pun cuba dapatkan review dari bukan orang tempatan pula. Sebab ramai foreigner hairan sebab selalunya kalau baca mengenai buah perupok ini lebih stress kepada pokoknya cantik sebagai hiasan tapi bukan pada buahnya. Jadi menyebabkan ramai orang luar fikir yang buah ini tidak beberapa sesuai dengan citarasa untuk dimakan atau diberi term as not "palatable". Tetapi ada yang argue yang buah pokok ini sangat sedap dan sebenarnya sangat "palatable" (untuk enjoy makan). Cuma cara nak makan bagi yang sensitive dengan buahnya yang dikatakan ada sedikit rasa kelat-kelat. Sebenarnya rasa kelat-kelat slightly ini adalah dari kulitnya sahaja, isinya manis. Jadi untuk yang sensitive dengan rasa kelat-kelat ini, untuk kali pertama elok kopek kulitnya dan makan isinya sahaja dulu. Itu agaknya generasi yang bukan generasi Y kata gosok-gosok atau gentel-gentel buahnya sebelum nak makan. 

 Jadi tukang kebun pun kopek kulitnya keluar dulu (pakai jari je tak perlu pisau pun) dan makan isinya sahaja. Memang ada rasa berbeza barulah dapat menikmati kemanisan semula jadi buah ceri Terengganu memang sedap. Beberapa kali tukang kebun testing sendiri buat macam ini sebelum dijamukan kepada permata-permata hati ku. Seperti biasa yang paling adventerous dan mudah nak mencuba makanan baru, Si Rayyan jadi first taster. Bila diminta buahnya beberapa kali dari tukang kebun maka dalam hati ibunya yakin bahawa anak ni memang menikmati buah ceri terengganu sebelum tukang kebun tanya: "Sedap tak Rayyan?" Sedap katanya. Inilah tips yang dapat tukang kebun kongsi  kali ini untuk didik anak menikmati ceri tempatan kita. 
 Pokok ceri terengganu adalah satu pokok yang mudah dijaga di iklim negara kita di kawasan tanah rendah. Jarang tukang kebun tengok pokoknya sakit. Buahnya juga tak pula tukang kebun perasan kena serangan apa-apa. Yang selalu tukang kebun perhatikan pantang buahnya merah menyala memang cepat lenyap di bawa lari.  Akar tunjang pokok ceri terengganu tak sepanjang pokok katak puru dan mickey mouse jadi lebih mudah untuk proses dialihkan (transplanting). Bermula bulan ini anak pokok ceri terengganu yang dibekalkan adalah dilahirkan pada bulan Mei 2014 onwards sementara stock masih ada. Batch lama dah kehabisan stock. 

~ Pokok perupok (Ceri Terengganu) ~
1 pot for RM10.00 

Isnin, 17 Jun 2013

Anak Pokok Ceri Terengganu

 Ceri Terengganu adalah buah nadir Malaysia yang menjadi peminat kelawar, tupai dan burung serta Homo sapien. Bila buahnya masak merah menyala memang mirip macam buah ceri kecuali membentuk gugusan seperti anggur. Tukang kebun dah berapa kali menunggu buah ceri dari yang muda hijau bertukar ke warna merah hati setelah ranum betul-betul, konon-kononnya nak cuba buat jus. Tapi 'right timing' selalu kalah dengan peminat-peminat buah ceri yang lain. Ada yang kata buah Ceri Terengganu ini rasanya manis kelat. Kalau masak betul rasanya mesti manis sebab gugusan Ceri Terengganu boleh lenyap tanpa kesan begitu sahaja. Kuat betul deria kelawar pada waktu malam mencari makanan.
 Ceri Terengganu ini juga mempunyai pelbagai khasiat dan bacaan seterusnya boleh lawat laman lain mengenai penggunaan dan khasiat buah ceri Terengganu (klik sini).
 Bunga ceri Terengganu juga sangat lawa mengingatkan tukang kebun kepada pokok-pokok adik beradik keluarga ceri seperti pokok bunga sakura (cherry blossom). Bunga sakura warna merah jambu tapi bunga Ceri Terengganu merah menyala. Rindu tengok bunga sakura, tengok Ceri Terengganu.
Mari zoom in tengok bunga Ceri Terengganu.
 Pokok Ceri Terengganu boleh hidup di kawasan yang menerima separa cahaya matahari. Rasa macam teringin nak piknik setiap tahun di bawah pokok sakura yang berbunga di zaman student di Jepun dahulu. Tapi kalau piknik kat bawah ni macam dikerumun oleh angsa-angsa dan itik-itik di kebun semua nak makanan. Takpelah sambil weeding dekat petak-petak menanam di sebelah pokok Ceri Terengganu bolehlah cuci mata rehat tengok buah dan bunganya. Pokok ceri Terengganu kelihatan seperti pokok yang sesuai untuk dijadikan pokok hiasan juga. 
 Sangat unik pucuk muda Ceri Terengganu berwarna ungu.
 Kali ini yang pandai-pandai sendiri rajin membaja batch anak pokok Ceri Terengganu yang ditawarkan kali ini adalah Si Turkey handsome bersama 2 ekor ayam mutiara (mereka bertenggek di atas fence yang bawahnya ada anak-anak pokok). Dekat dasar bekas juga dah dibubuh Turkey manure juga.

~ Anak Pokok Ceri Terengganu ~

1 anak pokok RM10.

Kos penghantaran satu pokok RM10.

Sabtu, 16 Mac 2013

Minggu Merah Menyala

 Rabu lepas, tuan Kebun Bahagia Bersama balik ke Sungai Buloh sampai hari esok. Jadi ahem...seperti   biasa bila big boss balik tukang-tukang kebun semua kelam kabut nak ikut pace Tuan Kebun Bahagia Bersama kemaskan kawasan rumah. Walaupun tangan kirinya lemah tak dapat nak pakai sedang melawat regular physiotherapy...tapi adui dipakai tangan kanannya melibas parang dikemaskan sekeliling area. Disebabkan pujukan tukang kebun petang semalam nak tanya pokok-pokok apa di belakang yang masih tidak dapat dikenal pasti oleh tukang kebun takut salah tarik, agaknya tak lena tidur malam tadi kesiankan pokoknya yang lemas dengan weed...pagi-pagi lagi sudah bangun dan ditetak-tetak (pruning) pokok-pokoknya sampai petang lupa makan minum. Kepantasan pace Tuan Kebun Bahagia Bersama buat kerja 10 kali ganda pantas dari self-appointed manager Kebun Bahagia Bersama. Tukang kebun ni tak terkejar nak ikut pace big boss.

 Tukang kebun perasan di dalam Kebun Bahagia Bersama minggu ini banyak warna merah. Jadi tukang kebun pilih 10 tanaman yang ada warna merah dalam Kebun Bahagia Bersama minggu ini.

 Akhirnya tahun ni dapat jugalah gladioli warna merah mekar di Kebun Bahagia Bersama. Itik-itik betina yang muka merah nak juga ambil gambar walaupun dialah yang rajin pijak-pijak anak-anak pokok gladioli yang baru tanam sampai patah. 
Pokok bunga ini rajin berbunga, tapi tukang kebun lupa namanya. Ada gardeners yang lain tahu namanya?
 Minggu ini rezeki tukang kebun Rayyan menikmati alpine strawberry semasa tukang kebun Ilhan berada di tadika.
 Pokok-pokok cili padi di rumah yang banyak tumbuh sendiri dari perkongsian rezeki dengan burung-burung yang suka lepak di kebun sentiasa berikan buah-buah cili.
Kalau tidak silap ini pokok bunga jenis kopsia? Baru mula berbunga minggu ini.
 Frangipani merah mula berbunga kembali memberikan warna di kebun. Markisa juga mula banyak yang ranum di atas pokok. Kebetulan pula uniform pergi kebun minggu ini pun bercorak bunga merah.
 Bunga matahari Moulin Rouge sedang asyik mekar minggu ini. Burung-burung pipit kadangkala tukang kebun perhati datang mematuk biji-biji bunga matahari ini.
 Bunga Ceri Terengganu. Kadang kala mengingatkan tukang kebun kepada hiasan pilihan bunga style ikebana.
 Minggu lepas sudah bermula musim bendi jenis 'Burgundy' di kebun kami.
Yang ini pula pisang warna merah, Tuan Kebun Bahagia Bersama bawa dari Sabah bertahun-tahun dulu. Pelik mula-mula tengok cara pokok pisang ini berbuah dari bunga jantung pisangnya. Selalunya satu tandan penuh buah pisang. Tapi yang ni dari satu tandan nampak macam sebatang tu ada bahagian sesisir-sisir pokok pisang. Pokok pisang ni tinggi mungkin nak kena pakai tangga bila nak tuai nanti.

Baru teringat minggu ini secara kebetulan ada satu lagi tanaman yang ada warna merah tukang kebun posting di Kebun Malay-Kadazan Girls ~Scarlett Passion Flower.

Pokok Scarlett Passion pun sedang melilit dekat pokok jejuang merah...Mmmm....memang minggu merah. 

Apa warna merah kegemaran anda di dalam kebun hujung minggu ini?

Selamat Berkebun.