No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 1 Mac 2014

ShiroHanaSakuraTade (Persicaria japonica)

 Bersambung kepada cerita Canna glauca semalam mengenai jirannya yang berkongsi pasu dengannya hidup bahagia bersama-sama. Jirannya berasal dari negara Jepun dan bukan tumbuhan semula jadi di Asia Tenggara. Mirip kepada bunga sakura yang popular warna pink, warna bunganya berwarna putih dan lebih kecil. Maka tidak hairanlah kenapa di Jepun diberi nama bunga sakura warna putih 'ShiroHanaSakuraTade' (Persicaria japonica). Untuk sementara waktu ini tiada pokok sakura di laman Kebun Bahagia Bersama boleh bersabar dengan menatap Si Sakura putih ini. Nak bela pun mudah, hidup dalam air dan rajin berbunga.
 Serangga warna hitam ini, gemar betul dengan bunga putih sakura ni. Setiap kali menatap tangkai bunga yang lain mula berbunga, dia pun ada bersama. Daun ShiroHanaSakuraTade mirip kepada daun kesam tapi tiada bau macam daun kesum. Dearest hubby mula-mula ingat tukang kebun bela daun kesum dalam pasu ni. Musim Kemarau marilah bermain dengan tanaman air sambil tenangkan fikiran tak perlu stress pasal menyiram.
 Masa operasi kontraktor Majlis Perbandaran selesai buat parit baru, ada ke patut yang dah dikorek parit lama punya saki baki ditinggalkan begini sahaja di depan tembok rumah. Kata nak besarkan parit, tukang kebun tengok parit asal lagi besar dan dalam. Habis kami pula kena kerah dengan big boss buat gotong-royong sehari sebelum masuk tahun 2014. Batu-batu yang besar, the man angkat sama-sama berat alihkan. Tanahnya papa kumpul di belakang kawasan kebun boleh recycle tukang kebun pakai nanti. Tukang kebun kena buat weeding, takut yang lain tercabut pokok yang bukan dianggap weed bagi mereka yang tak boleh membezakannya. Tanah dari longkang inilah tukang kebun buat untuk tumbuhan air tahun ini. Kalau nampak ada projek gali tanah untuk memperbesarkan parit bolehlah gunakan untuk tumbuhan air. Pernah cuba dulu dengan tanah mix di kedai tapi tukang kebun tak berapa berkenan.

~ ShiroHanaSakuraTade (Persicaria japonica) ~

1 pot for RM7.00 .