Masuk minggu ini yang mula merungsingkan Tukang Kebun adalah "Adakah hujan akan membasahi Kebun Bahagia Bersama minggu ini?" Memandangkan hujan baru-baru ini adalah bukan secara 'semulajadi' kena 'Induce'. Tambahan pula beberapa biji benih yang disemai minggu lepas sudah pun muncul dan memandangkan kami hanya weekend gardener akan tertanya-tanya nasib anak-anak baru di kebun yang baru timbul. Hujung minggu lepas cuaca panas terik kembali dan tiada titisan hujan di KBB. Lega apabila pagi ini keluar dari rumah ternampak banyak bunga mekar 'Pigeon Orkid' di atas pokok mangga hari ini. Bila tukang kebun pandang langit cuaca panas sejak awal pagi dan tiada pun awan cerah benderang. Tetapi disebabkan keliling Kebun Bahagia Bersama tiba-tiba hari ini menjelma Si 'Pigeon Orkid' di pelbagai lokasi dan semerbaknya boleh tahan, tukang kebun yakin hujan akan melawat Kebun Bahagia Bersama minggu ini. Rasanya hujan lebat yang akan datang ni, tengok gaya meriah Si Pigeon Orkid kembang. Pigeon Orkid adalah antara radar hujan yang memberikan maklumat hujan akan ada kepada tukang-tukang kebun di kebun sendiri yang telah dibincang di posting lepas (klik sini).
Tiba-tiba hari ni banyak kembangan Pigeon Orkid yang bergayut di atas pokok mangga. Pergi ke arah nak kasi makan binatang perliharaan jenis avian di belakang pun yang bergayut di atas pokok pinang juga meriah Pigeon Orkid berbunga.
Selepas sidai baju di ampaian pergi ke pagar depan nak keluar buang sampah pun yang bergayut di Pokok Bunga Susun Kelapa juga meriah berbunga.
Pokok Bunga Susun Kelapa juga sepanjang musim kemarau tidak putus-putus memberikan bunga menyerikan laman. Jadi Double Happiness hari ini di atas pokoknya ada bunga di area bawah juga berbunga.
Dekat lagi dengan pagar depan, Pigeon Orkid yang bergayut di atas pokok belimbing buloh yang berbuah tempoh hari (klik sini) juga mekar berbunga.
Di atas pokok kemboja Bali Kuning picotee white juga baru tukang kebun perasan ada Pigeon Orkid juga berbunga kembang hari ini apabila pulang dari menghantar pesanan-pesanan untuk gardeners lain petang tadi (Transaction yang complete semalam sudah dipos).
Pokok Pigeon Orkid tidak perlu tanam dengan pasu. Boleh sahaja ikat akarnya di dahan-dahan pokok lain seperti contoh-contoh pokok yang telah ditunjukkan di atas.
Batch anak-anak pokok Pigeon Orkid yang tukang kebun ikat di ranting-ranting pokok lain tanpa disedari yang pokoknya dah membesar boleh hasilkan bunga dah hari ini. Seronok tengok hasil saja cuba-cuba seronok syok sendiri dah mekar hari ini.
Awal tahun ini, ada juga yang telah diikat sana sini pakai kitar semula ribbon ataupun kain perca. Yang belum ada dan berminat nak buat trial tanam pokok pigeon orkid di atas pokok boleh juga dapatkan di Kebun Bahagia Bersama. Tanam atas pokok tidak pakai ruang. Bila kembang baunya pun harum.
~ 1 Bare-Rooted Pigeon Orchid for RM8.00 (hantar pesanan kepada email kebunkmg@gmail.com)~
Hari ini tiba-tiba warna bunga kembang putih mekar dominasi di Kebun Bahagia Bersama. Antaranya:
Yang menjadi kegemaran pelbagai serangga adalah Bunga Sakura Putih atau ShiroHanaSakuraTade. Siapa boleh nampak dalam gambar di bawah sekurang-kurangnya ada 3 jenis serangga melepak atas bunga sakura putih ini.
Bunga Kidneyleaf Mudplantain juga sangat meriah berbunga hari ini.
Tumbuhan air je lah tukang kebun rajin nak dekat sebab rasa cooling sikit berbanding dengan lokasi lain. Main-main air.
5 ulasan:
Diana.....nak 3 bare-rooted pigeon orchid ni. terlepas pulak delivery hari ni
Pigeon Orchid ni sama ke dgn spesis anggrik yang suka hidup atas pokok2 besar tu. Kalau sama tentu wangi baunya ya...
Bunga2 yang boleh membuatkan hati kembang bahagia.
Pigeon orkid memang cantik, terutama ia berbunga serentak dan mempunyai bau harumanya tersendiri. Nanti saya tujunjukkan salah satu cara saya dekorasi orkid ni.
Awin,
Nanti tukang kebun email hujung minggu ini. Kalau tak sampai nanti poking poking ingatkan ;) .
Kak Mala,
Yang Orkid ini ada bau jenis suka hidup atas pokok-pokok. Banyak juga spesis orkid memang habitat semulajadinya di atas pokok.
Kak JunAina,
Bila berbunga membuatkan hari yang ada tekanan juga menjadi lebih tenang dan bahagia.
Cikgu SriKota Garden,
Orkid yang menariknya jenis yang sama kembang serentak. Nanti kongsilah cara cikgu buat dekorasi pigeon orkid ya :) .
Catat Ulasan