No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 9 Mac 2014

Terung Muka Musang

 Dalam bahasa Jepun terung ini dibayangkan dengan muka masang. Negara lain, lain pula dibayangkan dengan rupa bentuk species terung Solanum mammosum ini. Buah kuning keemasan pokok ini telah menjadi popular sebagai perhiasan semasa Tahun Baru Cina dengan harganya pun boleh tahan. Kalau nak jimat semai dari biji benih dan pokok terung ini tidak beberapa sukar untuk hidup di kawasan tropika. Sama sahaja keperluannya seperti menanam terung yang biasa dimakan. Malahan, sekira keperluannya mencukupi boleh hidup bertahun-tahun.
 Rupa biji benih pokok terung muka masang yang baru bercambah dan anak-anak pokok. Purata hari mengambil masa biji benih bercambah ialah 2~3 minggu.
 Pokok terung muka masang yang sedang membesar di dalam pasu yang sederhana saiznya. Kedalaman pasu cuma kurang dari 25cm. Pokok terung muka musang mempunyai beberapa baka jenis yang berlainan. Biji benih pokok terung muka musang atau terung kopek yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama bulan ini adalah jenis tidak berduri dan boleh tumbuh ketinggian melebihi 170cm. Walaupun ditanam di pasu kecil ini, pokoknya lebih tinggi dari tukang kebun apabila sudah matang berbuah. Perhatikan perbezaan bentuk daunnya dengan terung-terung yang biasa dibuat makan. Permukaan daun dan batangnya juga jenis berbulu.
 Warna terung muka musang baka ini adalah berwarna ungu. Kembangan bunganya juga nampak menarik seperti bunga perhiasan. Yang pokok terung musang di gambar bawah sedang bersandar di rangka kering pokok roselle yang habis hayat tempohnya bersebelahan pokok cosmos juga yang sudah hampir sampai penghujung di mana menjadi pautan Morning Glory FUJI.
 Setelah pokok muka musang ini matang ianya sangat tahan dengan cuaca panas dan kering. Proses pembentukkan dan pembesaran buah terung muka musang.
 Apabila ranum, buahnya bertukar kuning keemasan. Rasa macam nak conteng dengan marker buat muka ala-ala mickey mouse. Walaupun tidak diajar nama jenis terung ini kepada anak-anak tukang kebun, mereka dengan imaginasi mereka memanggilnya buah mickey mouse. Tukang kebun perasan mereka adik-beradik panggil buah mickey mouse semasa menuai bijinya, si Rayyan panggil abangnya berkata mama dah bunuh mickey mouse tu, dah kena potong. Huh? Nak tergelak pun ada rasa tukang kebun tapi buat muka tiada emosi mendengar mereka berjenaka adik beradik. Berapa kali juga si Rayyan tanya buah mickey mouse boleh makan ke. Tukang kebun kata tak boleh buat conteng boleh.
 Tukang kebun tidak beberapa arif dengan penggunaannya sebagai ubat tradisional. Perlu berhati-hati ya buah yang ranum ini adalah toxic. Di Kebun Bahagia Bersama adalah sebagai hiasan hiburan sahaja. Walaupun warnanya kuning keemasan menyala-nyala memanggil tapi tiada seekor makhluk berekor atau tidak berekor yang sentuh buah ini. Sekiranya ada yang bermurah hati hendak berkongsi pengalaman mengenai terung susu kambing ini dialu-alukan tulis di kotak komen.
~ Fresh Cow's Udder Eggplant Seeds ~

Approximate 10 seeds per-packet for RM3.00 (Enquiries: kebunkmg@gmail.com) .

2 ulasan:

sud@is berkata...

cantiknya color buah terung ni kuning dan licin ja kulitnya...
boleh makan? masak apa ya? ...

TukangKebun berkata...

Kami tak pasti sudais tak banyak sumber mengenai boleh makan atau tidak. Kebanyakkan kata racun tak boleh makan. Ada kata kalau yang muda dengan cara masak betul mungkin boleh.