Di kala musim kemarau minggu lepas bila rumput-rumput di kelilingnya dahulunya tinggi dah kering-kontang dia bangun kelihatan chirping chirping seperti anak ayam sihat belaka kembang berbunga di tepi kolam Kebun Bahagia Bersama di depan tembok rumah. Nama baka hippeastrum (amarylis) ini ialah Si Piyo Piyo. Piyo Piyo dalam bahasa Jepun macam nada bunyi yang dibuat oleh anak ayam. Warnanya yang kuning pastel dan hujung kelopaknya ala-ala kerinting menjadikannya juga antara baka hippeastrum yang unik.
Tukang kebun pun terkejut tak perasan ianya nak berbunga dah stage seperti gambar di atas. Erk nampak sangatlah ianya terbiar dan tak kerap disiram seminggu sekali pun mujurlah. Piyo Piyo adalah jenis baka hippeastrum yang sederhana saiznya dan tangkai kali ini ketinggian cuma hampir 30cm. Lebih rendah dari baka-baka yang sudah kembang sebelum ini. Ianya ditanam dan menjadi koleksi Kebun Bahagia Bersama pada Disember tahun lepas. Proses mengambil masa dari tangkai bunga keluar hingga berbunga adalah pantas berbanding dengan baka-baka lain. Gambar di bawah sehari sebelum ianya kembang keesokkan harinya.
Pada waktu pagi sebelum kembang penuh tunggu kiss kiss dari matahari. Banyak dah daun gugur di musim kemarau ni tak sempat nak mengemas area ni. Tapi hujung minggu ini kena cuba juga kemas dan pangkas-pangkas kawasan yang dah gelap membahayakan bila dah berapa kali ku terserempak dia.
Bila kembang penuh menarik perhatian tukang kebun sepenuhnya sampai tak disangka yang tukang kebun pun kena sekodeng dengan makhluk lain membuatkan diri ini leka dan cuai seketika. Nasib baiklah peneman di dalam kebun depan rumah berpusing-pusing di kaki tukang kebun.
Rupa-rupanya ada jarak kurang 5 meter yang ekor panjang macam buaya dan panjang seluruh badannya dan beratnya pun macam lebih dari tukang kebun Ilhan sedang memerhati telatah tukang kebun pada masa itu tak berkelip-kelip. Mulalah adegan sejenak aku pandang dia, dia pandang aku sambil lama-lama terjelir-jelir keluar lidah dia. Agaknya dah lama dia berehat berteduh di situ sambil memerhati tukang kebun yang terpesona dengan keindahan ciptaan Allah yang baru kembang. Tapi nampak dari gaya pusingan badannya pun dah on stand by nak lari juga. Kalau yang dah saiz kecik-kecik tu takpelah lagi ni dah nampak macam anak-beranak buaya pula. Ya memang banyak benda yang masuk kategori menakutkan kadangkala terserempak di Kebun Bahagia Bersama ni tapi syukur Alhamdulillah tidak dipatahkan semangat untuk terus berkebun. Kalau big boss dulu tak sah kalau parang tak dibawa sekali bila dia keseorangan.
Salah satu sebab kenapa banyak jenis binatang perliharaan di Kebun Bahagia Bersama kerana mereka juga adalah natural alarm system. Antara yang memainkan peranan juga adalah kucing yang menapak di frontyard. Kekadang nampak macam malas sahaja asyik tido je atas kerusi meja di luar rumah. Tapi mereka sebenarnya lebih peka dengan kedatangan makhluk yang tidak diingini sesat dalam kebun. Kalau bukan Si Gorum kucing tukang kebun di gambar bawah ni berpusing-pusing di keliling kaki tukang kebun pasti tukang kebun tak alert nak menuju lebih dekat ke giant lizard tu. Patutlah setiap kali tukang kebun pergi ke kawasan ini dia selalu bersama dan tengok arah sana. Mungkin selalu big lizard itu ada berehat di situ cuma tak perasan sangat sekarang ni sebab situ dah makin gelap. Nak kena buat sana priority pangkas bahagian-bahagian pokok yang membuatkan kawasan sana terlampau redup menjadi tempat binatang yang tak diingini berteduh. Nampak je big lizard ni besar macam berat tapi larinya sangat laju. Ada dulu big lizard tersesat masuk kawasan frontyard, kucing jantan kami Si putih mengamuk bergaduh dengan big lizard tu yang 4 kali ganda lebih besar dari dia. Tak padan dengan kecik geram ada binatang lain masuk territory dia puas ku memanggil udah-udah lah tu tak yah gaduh. Big Lizard ni pun habis telur-telur itik musim kemarau ni dia baham. Adui musim kemarau ni pun musang dah mula mengganas dengan penemuan headless duck minggu ini. Makin kuranglah big boss punya telur itik.
Nak kena rajin-rajin sikitlah kalau big boss tahu takut keselamatan cucunya pasti sudah habis botak dibuatnya area situ nanti. Kolam pun sudah berpagar, kalau tidak lagilah banyak yang berendam kat dalam kolam musim kemarau ni.
5 ulasan:
aduhai cantiknya..
Dengan daun 4 helai pun berjaya berbunga cantik...
Kalau sy terserempak dengan big lizard tu xde dah snap gmbr...Mmg lari lintang pukang
terkata cantiknyaa..
Saya punya amarilis belum ada tanda2 nak berbunga..tapi yg satu pokok dh keluar anaknya...haishh pns sgt ke tgn nii :(
Srikota Garden ~ Tukar-tukar selera tengok jenis bentuk kelopak hippeastrum lain pula :) .
Nadia ~ Hippeastrum tak semestinya tumbuh daun dulu baru berbunga. Selalunya nak kena biarkan masa dia kering baru nak berbunga.
Lizard selalunya lari dulu sebelum tukang kebun perasan kadang-kadang.
Sudais~ Memukau sampai tak perasan kena skodeng hehehe...
Gina ~ Korek yang besar tu letak tempat berangin dan kering,kasi puasa air sat. Biarkan 2 minggu kemudian cuba tanam balik.
Catat Ulasan