No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Salak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Salak. Papar semua catatan

Isnin, 31 Oktober 2016

Salacca zalacca


  Bila teringat buah salak, teringat betapa banyaknya si Abby dan si Rayyan makan buah salak semasa sepanjang perjalanan dari Sandakan balik ke Kota Kinabalu. Kebetulan semasa di pinggir bandar Sandakan, Tukang Kebun singgah ke tapak tamu untuk beli buah tangan kepada jiran yang bantu jaga ternakan di kebun sepanjang kami bercuti. Kelihatan ada satu gerai seorang pakcik menjual buah salak. Lalu Tukang Kebun teringin nak rasa belilah satu kilogram. Pak cik tu pun beriya-iya kata buahnya ambil dah ranum sebab selalu pelanggan tetap berbangsa Cina datang beli buah dekat pakcik untuk cuci darah ke cuci air kencing dalam badan begitulah dah lupa (masalah peringatan Tukang Kebun bila dah lama simpan gambar-gambar dalam archives).

  Lepas membeli beberapa item jalan seorang, Tukang Kebun kembalilah ke kereta bagilah rasa buah-buah salak yang menunggu dalam kereta. Kelihatan asyik si Abby dan si Rayyan cepat gelojoh makan buah salak. Lalu lekas-lekas Tukang Kebun keluar dari kereta beli lagi sekilogram buah salak dari pak cik tersebut sebelum kami bergerak balik. Rupa-rupanya bukan Tukang Kebun sahaja yang suka makan buah salak dengan suami, anak-anak pun suka sangat. Biasanya buah salak dapat dirasa bila balik kampung suami di Terengganu di kebun mertua. Rasa buah salak Sandakan dan di kebun mertua ada perbezaan jenis baka lain rasanya.


 Bila nampak anak-anak punya suka makan buah salak terutamanya Abby dan Rayyan. Syukur Alhamdulillah ada beberapa pokok sudah Tukang Kebun tanam di kebun belakang semasa Abby bayi. Tunggu masa ianya membesar matang dan bebuah sahaja sekarang. Pokok-pokoknya pun nampak membesar dengan baik walaupun terbiar begitu. Jika dah mula berbuah, mudah untuk Tukang Kebun kira usianya sebab pokok tersebut muda beberapa bulan dan tahun dengan Abby.

  Gambar-gambar salak hari ini diambil dari kebun mertua di Terengganu. Berlainan dengan sifat pokok lain, pokok salak suka duduk di kawasan yang penerimaan cahaya separa dari banyak. Jadi jika anda dah banyak pokok-pokok tinggi tapi nak kasi produktif kawasan boleh tanam pokok-pokok salak antara celahan pokok-pokok yang besar. Ataupun sebab terlindung cahaya direct dari bangunan tinggi, bolehlah tanam pokok salak. Sepanjang tahun ianya rajin berbuah. Tahukah anda buah salak mengambil masa antara 5 ke 7 bulan untuk masak ikut baka.  Kudup bunga betina seperti gambar di bawah. Batang kayunya boleh juga nak dibuat tempat letak pelita raya di sepanjang rumah masa musim perayaan (refer posting sebelum ini klik sini).


Buah salak yang exotic ini sekarang mendapat permintaan tinggi dan pasaran yang luas terutamanya di negara-negara moden kerana mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan manusia. Jika dah bosan minum jus lobak merah untuk kesihatan mata, makan buah salak kerana ianya juga mempunya nilai beta-carotene yang sangat tinggi. Lebih tinggi dari tembikai, mangga dan jambu. Buah salak juga mempunyai tanin salah satu element yang berfungsi sebagai anti-diarrhea. Sesiapa cirit birit bolehlah makan buah salak. Kerana kandungan nutrisi buah salak tinggi, ianya juga adalah 'memory booster' dengan potassium dan pectin yang tinggi terkandung dalam buahnya.

 Mereka yang mempunyai masalah kencing manis atau diabetes boleh amalkan teh kulit buah salak. Kulit buah salak boleh membantu menurunkan kadar gula dalam badan. Kandungan pterostilbene dalam kulit salak adalah satu agen yang menurun glucose dalam darah membantu mengawal kencing manis. Dua minggu lepas Tukang Kebun check gula dalam darah bila baru lepas sarapan, kadar gula dalam darah Tukang Kebun jururawat check '4'.


  Buah salak juga adalah makanan yang sesuai untuk program menguruskan badan. Salain dari kandungan tinggi anti-oksidaan dalam buahnya, ianya juga mempunyai kandungan calcium dan karbohidrat untuk memberikan badan bertenaga dan stamina semasa kita sedang berdiet.

   Bulan ini masa buat stok inventory masih ada stok anak-anak pokok salak yang boleh dibekalkan untuk yang berminat. Saiz yang boleh dipos juga ada.

~ 1 anak pokok salak RM15 ~


  Dengan cuaca yang kurang panas sekarang, yang berminat untuk mencuba tanam pokok dahlia yang jenis renek dan petite bunganya ada stok biji benih dalam original packaging.
~ 1 pek Harlequin mixed Dahlia (Dahlia variabalis) for RM15.00 ~


Khamis, 16 Julai 2015

Cheetah

   Kebun Bahagia Bersama Team Members ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca yang masih sudi menjenguk coretan kebun ini walaupun amat sibuk dengan suasana festive season sekarang. Pada malam puasa ke-27, Kebun Bahagia Bersama bertambah member baru lagi, anak kucing diberikan bernama Cheetah. Mirip kepada arwah Tigger dulu tapi matanya lain ada kebiruan. Gara-gara semasa nak balik dari kedai emas baiki rantai yang dah lama putus, tiba-tiba anak kucing Cheetah ni mengekor pula kami ke arah kereta. Dahlah kereta banyak, gerun kami tengok takut kena langgar pula anak kucing ni nak sangat mengekor kami. Dearest husband tak sampai hati pula, dari dibiar kena langgar baik bawa balik je (aik asal kali ini dearest husband yang beriya nak bawa balik anak kucing rindu dekat Tigger kut).
   Abby kami pula dah tak nak lepaskan sudah dipegangnya macam anak patung pula Cheetah ni. Cheetah ni pula jinak semacam dibiar je anak-anak ni pass pass pegang dukung. Dearest husband kata ini macam anak-anak kucing yang baru lahir yang pernah kita nampak lalu dekat kawasan hampiran ni juga beberapa minggu lalu. Dah besar dah tapi ketara masih kecil banding dengan si Panther. Sudah bawa balik je Cheetah sampai rumah, si Panther mengamuk terus merajuk sampai ke sekarang. Biasa keluar masuk rumah, hari ini langsung tak nak duduk depan dapur dan masuk rumah. Nada suara pun masih marah tak puas hati lagi, seharian Panther bawa diri duduk dekat belakang rumah. Panther tengah merajuk...
  Antara tuaian puasa hari ke-28 seperti pucuk mulberry, asparagus dan ubi kayu. Tengah petik-petik pucuk mulberry terkejut apa yang bau harum kuat sangat dekat hidung ni. Rupanya bunga akar dani bergugusan di bawah hidung tak perasan sambil mencari pucuk mulberry. Pucuk mulberry buat masak lemak putih untuk berbuka puasa. Ubi Kayu yang dituai minggu ini untuk Pasar Online Kebun Bahagia Bersama dan Self-Collect dari projek hujung bulan Oktober lepas (related posting klik sini). Dah habis ubi kayu dituai di kawasan tersebut. Kali ini batch yang telah dituai lingkungan umurnya 8~9bulan telah dibekalkan.
  Isnin lepas adik lelaki Tukang Kebun ada balik rumah sini pula dari Sabah. Dapatlah kami beraya tanpa risau sangat ternakan di belakang. Hari ini hadiah raya dari Uncle kanak-kanak riang untuk mereka ialah tolong pasangkan pelita. Sambil pruning sikit pokok salak, bagus juga idea adik lelaki boleh dijadikan tempat tiang pelita. Duri-duri batang pokok salak dipotong buang dahulu. Untuk gardeners yang berminat nak dapatkan anak pokok salak, Kebun Bahagia Bersama ada ready stock (1pot anak pokok salak RM15.00).
   Ramadhan ke-28 barulah nampak bernyalanya pelita di laman Kebun Bahagia Bersama. Nasib baik adik lelaki ada dapat menolong. Memang tak cukup tangan sebab dearest husband pun memotong rumput. Anak-anak buah tak bagi uncle membuta lama, banyak kali dendangkan lagu tolong pasangkan pelita pagi semalam.
  Tahun ini ada 16 tiang pelita depan laman rumah. Seronoklah kanak-kanak riang bermain bunga api yang stok dari tahun lepas tak sempat nak habiskan. Tahun lepas Abby tak berani nak main. Tahun ini dengan hati-hati Abby main.
   Kali ini hamper Raya dari Atuk Abby kirim dari Sabah ialah ketam. Terpaksalah adik lelaki bawa balik 1 hand luggage penuh dengan ketam dan ikan bilis dari Sabah. Lebih separuh kiriman untuk Atuk di Kepong. Siap masa scan bag ada diundurkan semula, terkejut kut tengok bag penuh dengan ketam. Jadi lauk berbuka malam semalam ialah ketam. Lama tak makan ketam, last sekali masa balik Sabah cuti tahun baru 2015.
  Untuk berbuka puasa ke-26, Tukang Kebun ada masak siakap 3 rasa. Kemudian berbuka puasa ke-27, menu ialah Nasi Ayam. Rasa puas hati masak seekor ayam kampung licin diratah, dapatlah adik lelaki merasa ayam kampung kami bela.
  Hari ini Syukur Alhamdulillah dapat juga curi masa setelah selesai dengan urusan self-collect, dapatlah kami menanam keratan-keratan ubi kayu dan sulur nenas di belakang kebun. Asalnya dulu di situ ada rumpunan pisang. Jadi untuk amalkan crop rotation, jadi kali ini tanam ubi kayu dan nenas di kawasan tersebut. Projek bulan Ramadhan kali ini memang kami lebih banyak fokus menanam nenas dan ubi kayu. Hari ini pun pertama kali sebenarnya Tukang Kebun kukur kelapa pakai mesin kelapa, biasanya dearest husband yang buat. Disebabkan kesuntukan masa nak prepare goodies untuk self-collect maka jadi bidan terjun.
  Syukur Alhamdulillah hari ini bahagia hati sungguh dapat feedback untuk tuaian ubi kayu organically grown dari Kebun Bahagia Bersama yang telah dibekalkan minggu ini. Dapat memberikan motivasi untuk kami lebih rajin usahakan tanaman ubi kayu di Kebun Bahagia Bersama ini. Rasa seronoklah Tukang Tanam batch tersebut dearest husband, bolehlah meringankan tulang lagi nak layan idea-idea Tukang Kebun. Bab melayan menanam ubi kayu ni dearest husband laju sikit nak gerak sebab tak susah main gali lubang dan sumbat je keratan tu. Tapi masih liat nak melayan idea Tukang Kebun nak pindah-pindahkan pokok-pokok pisang lagi. Bulan Ramadhan request pindah pokok pisang biasanya buat tak dengar je. Memang nak guna kudarat banyak, tengok saiz pokok nak kena gali lagi dalam, pastu berat pula tu. 
  Next batch tuaian Ubi Kayu ialah yang tanam pada awal bulan Disember (related posting klik sini). Kira-kira usianya dah 7 bulan.  Mungkin mula penghujung bulan 8~9 dah molek nak tuai nak kasi lebih berisi sedikit. Dengan catatan yang dibuat di sini, bolehlah yang dapat merasa ubi kayu yang ditanam ketahui siapa yang tanam, kawasan macam mana ditanam, dan maklumat lain-lain berbanding dengan ubi kayu yang dijual secara commercial clueless where it came from.

Ada kemungkinan mungkin open Self-Collect Day Isnin depan (20hb Julai 2015) antara pukul 10:30AM~11:00AM di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Berhati-hati di Jalan Raya.

Jumaat, 6 Mac 2015

Salak The Survivor

  Balik dari Sabah awal tahun ini kerana terlampau sibuk, tukang kebun lupa akan nasib anak-anak pokok salak yang bercambah dengan baik sampai dah hampir kering jadinya. Sepatutnya sebab dah padat sangat dipindahkan ke bekas berasingan. Ingatkan dah tiada rezeki lalu dibiarkan begitu sahaja. Bila ada masa tengok belek-belek macam tak kering je pokok ni macam hijau semula. Rupa-rupanya di celahan batang yang kering keluar pucuk-pucuk hijau baru. Nasib baik tukang kebun tak buat keputusan tergesa-gesa nak cabut buang terus dan biarkan ianya kembali sihat semula dengan memindahkan ke bekas-bekas berasingan. Memang betul-betul survivor batch kali ini, semua selamat setelah berminggu-minggu dipindahkan kembali sihat semula. Gambar adalah sebelum dipindahkan dan lihat pucuk-pucuk baru yang keluar bersebelahan tangkai yang dah kering.
  Sebelum ini ready stok anak-anak pokok salak yang ada dalam simpanan semua dah besar tidak boleh dipos cuma dapat self-collect sahaja. Kebetulan ada beberapa gardeners dari Johor mencari anak pokok salak dan inginkan dipos jadi tukang kebun suka-suka sediakan batch baru lagi sekali. Batch baru kali ini tukang kebun label tarikh lahirnya bulan November 2014. Anak-anak pokok salak bila dipindahkan ke tanah cepat juga membesar. Cuma hati-hati jangan tanam dalam sangat bahagian pemisahan akar dan batang pokoknya. Sebagai contoh, Gambar bawah No. 3 ini dalam usia 2 tahun tak pernah dibaja dan disiram oleh tukang kebun pun dah tinggi hidup di antara pokok-pokok pisang bantan. Kalau dipindahkan masa musim hujan tak perlu siramlah, jika kemarau kenalah siram dahulu sehingga pokoknya dah selesa hidup di situ. Jika yang self-collect dapatlah batch dah umur lebih kurang setahun (selagi stok masih ada). Untuk pengeposan batch baru yang dah boleh sedia dipos. Untuk anak pokok salak kena gunakan kotak prepaid large saiz Pos Laju Malaysia (RM30), rasanya boleh muat 1~3 anak pokok salak.

~ Anak pokok salak tempatan ~
1 bekas RM15.00, 

  Semalam sebelum ambil Ilhan dari sekolah agama singgah Pet Shop nak membeli seguni jagung gred B (RM56) dan seguni dedak (RM110) untuk stok makanan Avian bulan March ini. Betul seperti pesanan KakZakie dari Titisan Nurani, anak ayam daging ini super kuat makan (rasa macam 5 kali ganda kuat makan dari ayam normal lain). Seperti biasa bila tengok kandang-kandang Avian dekat Pet Shop dah geram=geram tengok those fluffy feather creatures. Tangkap lagi kasi perabih stok anak-anak ayam tauke Pet Shop tu. Tambahan dalam Sangkar 4 semalam ialah 1 anak ayam gajah dan 7 ekor anak ayam daging. Haggle seekor RM5 diskaun RM4 sebab nak tolong habiskan stok jumlah RM28, tauke kasi diskaun lagi jadi RM25. Beli lagi tempat makan dan minum untuk feather creatures ni, tauke boleh senyum dalam kurang setengah jam tukang kebun belanja Total RM220. 

 Sebenarnya minggu lepas pun tukang kebun ada borong stok ayam kampung yang Tauke kedai tu tinggal ada. Semuanya tinggal 8 ekor, seekor RM5 tapi sebab tukang kebun kata ambil semua dapatlah RM4 seekor (Jumlah RM28). Seekor mati keesokan harinya after purchase, rasanya demam dan tukang kebun dah agak dah tengok ayam tu moyok je masa dipindahkan. Takpelah bukan rezeki (buat baja). Yang lain InsyaAllah sehingga kini sihat belaka dan 6 ekor tukang kebun dah pindahkan ke sangkar 4 duduk meriah bersama yang lain. Seekor lagi masih dalam nursery.
  
 For tukang kebun punya inventory (homework husband suruh buat), batch bulan March 2015 penghuni sangkar 4 sehingga hari ini ada 3 ekor ayam belanda betina, 1 ekor anak ayam gajah, 6 ekor ayam kampung dan 32 ekor anak ayam daging. Jadi jumlahnya 42 ekor. Jumlah anggaran modal yang dikeluarkan untuk batch bulan March 2015 ini RM550 termasuk future food. Just for fun nanti kita tengok balik modal kemudian bila dah saiz sembelih best. Turkey yang modal besar. Semangat berkobar-kobar nak makan daging KFC bela sendiri ni bila Rayyan semalam dinner tanya mama dia, ayam KFC tu untuk makan ya mama? Boleh buat BBQ tak ayam KFC tu mama? Lalu Mama Rayyan shopping live chicks lagi semalam. Semua datang menyibuk welcoming members baru ke sangkar 4 semalam.
 Kesimpulan tuaian semalam yang mana sempat nak petik-petik. Bulan March ini sibuk dengan projek binatang ternakan, berkebun pun kurang sikit. Doakan lah untuk kami bukan sahaja hasil tumbuhan tapi hasil daging pun lumayan tahun ini.
 Yang membasahkan tekak apabila duduk di luar lama juga ialah kelapa muda. Yang dah tua pula dapatlah santannya. Bila ingatkan musim raya pun hanya beberapa bulan sahaja lagi, pokok kelapa gading yang renek mudah sikit nak ambil daun untuk buat sarung ketupat.
 Gambar di bawah anak pokok salak berumur 2 tahun yang berhampiran dengan pokok kelapa gading. Yang dalam gambar batang kelapa tu bukan pokok kelapa gading. Itu pokok kelapa dah tua uzur, antara batch awal yang ditanam oleh big boss. Kami pun tahun ini masuk 21 tahun duduk di kampung ini.
~ 1 bibit kelapa gading RM7 ~

Hujung Minggu ini projek weekend gardener dearest hubby ialah kemas sangkar besar dan tukang kebun potong rumput di sekeliling.

Gardeners lain pula weekend ini projek apa?

Rabu, 3 Disember 2014

Tombong Kelapa

  Musim hujan ni memang tak terkejar nak potong rumput memang tiap minggu mesti potong rumput. Sabtu lepas dah potong rumput, hari keesokkan Ahad juga potong rumput. Hari Ahad potong rumput di bahagian belakang kebun sekali kemas sehingga penjuru tembok sebelah kiri. Tengoklah perbezaan ketinggian weed dengan yang sudah dipotong dan belum dipotong. Weed lebih tinggi dari ayam-ayam mutiara yang mengekor potong rumput mengambil kesempatan nak tangkap serangga yang melompat-lompat melarikan diri apabila mesin potong rumput lalu. Lihatlah gambar atas, pokok avocado tukang kebun semai dari biji benih baka Sabah pun boleh tenggelam dalam dakapan weed.
  Jarang-jarang sekali tukang kebun ke belakang sempadan kebun masa musim hujan ini. Alangkah gembiranya apabila melihat batch pertama anak-anak pokok salak yang tahun depan masuk 2 tahun sekarang dah lebih tinggi dari tukang kebun di sudut penjuru ini dipindahkan tahun lepas. Musim hujan ni nampak melonjak pertumbuhan mereka. Kawasan-kawasan di belakang ini anak-anak pokok yang dipindahkan memang tak pernah disiram, batang paip pun tak de. Tapi tukang kebun amat berpuas hati dengan anak-anak pokok yang tukang kebun semai sendiri mereka tumbuh tanpa banyak belaian dari tukang kebun. Walaupun kemarau sangat luar biasa tahun ini mereka dapat mengatasinya. Disebabkan akar yang bijak tumbuh jauh ke dalam tanah mencari bekalan air sendiri. Itulah kebaikan anak-anak pokok disemai dari biji benih dan dilatih dengan rezeki air hujan sahaja. So independent even at juvenile stage.

~ Anak pokok Salak (D.O.B October 2013) ~
Sepokok RM15.00 ketinggian antara 1~2 kaki. Self-Collect sahaja.

Self-Collect Day Schedule This Week: 6th December 2014, Saturday from 5:30PM~6:00PM.

 Bagi tukang kebun bulan November dan Disember adalah bulan paling sesuai nak pindahkan anak-anak pokok buah di belakang kawasan Kebun Bahagia Bersama nak kasi ianya serasi cepat dengan rumah baru supaya boleh berdikari apabila musim kemarau tiba. Hari Ahad kami pindahkan 1 anak pokok durian musang king, 2 pokok sukun dan 1 pokok petai dalam linkungan kawasan yang dikemaskan pada hari Ahad.
   Tak rugi walaupun cuma tujuan mengemas kebun mesti ada upah yang diterima. Dekat penjuru sempadan ini memang ada beberapa pokok kelapa. Jadi semua kelapa yang dah tua dikutip dan buat sorting. Kelapa tua yang dah keluar pucuk dijadikan bekalan makanan simpanan untuk PETS di belakang. Yang goyang-goyang belum keluar pucuk dengar ada bunyi air berkocak untuk stok santan kegunaan di dapur. Mana yang tak elok jadi bahan bakar untuk dapatkan tanah bakar. Syukur Alhamdulillah semua anak-anak pokok yang disediakan di Kebun Bahagia Bersama menggunakan tanah hasil dari tanah bakar atau tanah kompos di kebun sendiri. Tidak perlu kami jejak kaki keluar KBB untuk mendapatkan bekalan tanah. Tanah bakar minggu ini tidak dapat dibekalkan  sebab air kolam bertakung penuh.

~ Kelapa tua boleh guna untuk dapatkan santan ~
50 biji RM20.00 (Self-Collect only).

  Elok je dearest husband merumput dekat penjuru tembok sempadan belah kiri tengok ada pokok pisang jenis bantan berbuah. Yang tak tahannya boleh pula tandan buah tu masuk ke sebelah rumah sewa di sebelah tanah bertongkatkan tembok pemisah. Apalagi tak perlulah kami tunggu buahnya ranum penuh nanti senang pula ada yang potong bawa lari. Lagipun buahnya dah nampak saiz yang sesuai kalau nak diperam.
 Tombong kelapa memang makanan kegemaran PETS di kebun tu. Sedangkan anak-anak ayam dan itik dalam sangkar petak 2 itu, kalau dengar kelapa kena belah dari jauh dah bising-bising memanggil nak bahagiannya sekali. Tukang kebun ada 8 ekor anak-anak ayam gajah membesar gebu sekarang (lagi seekor warna putih tak sempat join in makan tombong kelapa beramai-ramai).
 Si Rocket (angsa jantan) yang dalam center gambar nak pujuk kasi dekat dia. Sedapkan nampak tombong kelapa tu? Itik-itik pun menunggu juga.
  Mana yang isinya dah habis dimakan akan dicampak dan dikumpulkan di tempat pembakaran green waste. Tapi dah 2 minggu ini jadi kolam renang angsa dan itik. Semuanya boleh dikitar semula.
  Dah dekat nak beransur balik ke rumah, kami basahkan tekak dengan air kelapa gading muda. Beza betul rasa air kelapa gading sama pokok ni masa musim hujan dan kemarau. Masa musim kemarau airnya sangatlah manis. Lazat sungguh natural without sugar. Tapi minggu ini rasa sangat tawar pula. Patutlah musim kemarau tupai pun rajin tebuk buah kelapa muda.
  Buah pisang muda dan kulit luar buah pisang jenis pisang bantan sedap juga digunakan di masak gulai. Pertama kali tukang kebun makan gulai lemak cili api seperti ini dengan bahan pisang muda dan kulit luar buah pisang. Babysitter Abby yang ajar tukang kebun apa yang dapat dibuat dengan pisang bantan. Pisang bantan ni kalau orang yang tak mahir dengan jenis-jenis pisang seperti tukang kebun ini boleh tersilap pada mulanya ingat pisang mas. Patutlah big boss treat pisang ni special siap dipagarkan takut anak-anak pokok pisang bantan pupus dari dimakan oleh PETS di belakang tu. 

  Sebagai nota Kebun Bahagia Bersama, dekat penjuru belakang sempadan kiri kelompok pisang di situ adalah jenis pisang bantan. Saiz pokok dan batang pisang bantan ni pun tak besar. Baka pisang mas pula betul-betul dekat sebelah pokok kuning telor dan pokok citrus macam kumquat tapi macam lain. Nampaknya bulan ini nak kena juga pindah-pindahkan buat barisan pokok-pokok pisang bantan dan pisang mas juga. Pisang kecik-kecik ni memang kegemaran anak-anak di rumah.

Selasa, 9 September 2014

Selingan Salak

 Pada Sabtu lepas selain daripada pokok gajus dan pokok lemon (klik sini), kami juga memindahkan beberapa anak-anak pokok salak memandangkan hujan semakin kerap bertandang. Anak-anak pokok salak yang dipindahkan kali ini adalah sama batch (batch kedua) dengan yang tukang kebun offer pada awal tahun ini (klik sini). Ini bermakna usianya masuk bulan Oktober depan dah setahun dari bijinya disemai jadi lebih kurang 10 bulan lebihlah umurnya. Dalam gambar polibeg di bawah ada lebih kurang rasanya 4 ke 5 anak pokok yang kami pindahkan ke penjuru dalam gambar atas Sabtu lepas.

  Pada awal tahun ini ada tukang kebun cuba pindahkan beberapa anak pokok sama batch (batch kedua) di bawah sekadar mencuba-cuba jika sesuai tak dipindahkan dengan musim awal tahun ini tanpa dihiraukan dengan rentak perubahan cuaca di Kebun Bahagia Bersama. Memandangkan kemarau tahun ini luar biasa jadi projek tersebut tak menjadi sebab memang tidak ku siram. Tetapi anak-anak pokok salak (batch pertama) yang tukang kebun pindahkan tahun lepas semua hidup sihat walfiat tanpa penjagaan. Kebarangkalian sebab selepas batch pertama dipindahkan, akarnya dah sempat tumbuh jauh ke dalam tanah. Jadi bila tukang kebun check balik nota lama, batch semaian pertama tukang kebun yang anak-anaknya tukang kebun pindahkan pada September lepas  (klik sini) masih membesar berdekatan border di belakang Kebun Bahagia Bersama (gambar di atas).

 Syukur Alhamdulillah seperti gambar pertama di atas, pokok-pokok salak (batch pertama) tukang kebun di penjuru ini yang berusia setahun setengah semua dah nampaklah ada pembesarannya walaupun diabaikan. Jarang-jaranglah kami buat 'spring cleaning', nampak tak segala weed yang meninggi merimbun tu. Anak panah pink tu nampaklah sikit kawannya yang lebih kurang sama saiz dah besarnya. Walaupun mereka ini tak dipedulikan, boleh sahaja hidup di bawah canopi pokok-pokok lain macam si cempedak. Penjuru ini memang kurang dapat cahaya secara langsung sebab pokok-pokok sini semua yang dah saiz besar matang. Jadi untuk naikkan productivity kebun kami, tukang kebun teringin cuba-cuba tanam salak pada ruang jarak yang ada di antara pokok-pokok besar. Syok sendiri pula rasa tengok pokok salak batch semaian pertama tukang kebun dah besar begitu. Mulalah angan-angan sebelum tukang kebun masuk 40tahun dah dapat kutip hasil kut...hehehe...Masih ada stok pokok salak sama dengan batch kedua sebelum ini (klik sini) tapi dah dipindah-pindahkan jadi satu bekas ada satu pokok. Cuma nak kena self-collect, ambil sendiri sebab pokoknya dah besar jadi tak dapatlah tukang kebun nak pos.

~ Pokok Salak (D.O.B October 2013) ~

1 bekas RM15.00 

 Masa minggu sambutan kemerdekaan tu dah kemas sebenarnya bahagian baris penjuru sebelah kiri KBB dari tengah sampai belakang adalah keluasan paling kurang 4 pintu rumah terrace house kami buat spring cleaning. Tukang kebun potong rumput sambil weeding. Manakala dearest hubby hard-pruning 3 pokok besar jambu dan merumput di bahagian yang mesin rumput tak dapat lalu. Cuma bila dah sampai nak end of that penjuru dah kami rasa tak larat dah. Lagipun banyak pelepah dan kelapa merata-rata jadi susah nak memotong rumput. Nak kena kemaskan manually kutip-kutip segala barulah dapat memotong. Jadi kerjanya sambunglah ke minggu lepas.

 Jadi Sabtu lepas sambil kami pindahkan anak-anak pokok salak di penjuru tersebut, sambil kami sambung buat "spring cleaning" di situ. Kelapa-kelapa tua semua kumpul buat sorting yang dah tak elok buang dekat tempat pembakaran green waste boleh jadi bahan tanah bakar. Yang elok dikumpulkan ke satu tempat stock santan. Yang dah keluar pucuk jadi stok makanan si binatang perliharaan, itik-itik tu kalau belah kelapa ada umbutnya yang besar tu gembira sungguh. Tak menyempat-nyempat nak belah, tunggu bising di sebelah. Yang diterkamnya umbut tu berebut, isinya tak laku sangat pun kecuali kalau kebuluran. Jadi takdelah membazir sebenarnya kelapa tua di KBB semua stage ada gunanya.

 Minggu lepas Sabtu dan Ahad sambil berkebun, sambil minum air kelapa muda segar dari kebun sendiri. Tak de pakai straw, teguk je terus dari buahnya. Berapa biji kelapa muda membasahi tekak tukang kebun minggu lepas. Lupa nak beli sarung tangan kerja baru untuk dearest hubby dah teruk sangat tak de spare dah. Nanti bila ke kedai kita cari stock sarung tangan baru ya honey.

Ahad, 5 Januari 2014

Snake Fruit

 Kalau dengar nama yang dipanggil buah nadir Malaysia dalam English macam merengang bulu roma kan, memanglah mereka yang tak biasa melihatnya akan kagum melihat buah salak. Kulitnya seperti corak ular. Gambar di atas adalah buah salak yang sedang membesar dari kebun ayah mertua tukang kebun di Kuala Terengganu. Pokoknya tak putus-putus menghasilkan buah exotic tersebut dalam suasana redup (shade). Di Malaysia pun masih dilabel exotic bukan selalu nampak dijual dan kebanyakkannya diimport dari negara jiran Indonesia. Sedangkan di Indonesia tengok jenis kultivator harganya pun agak mahal. Kultivator ini tukang kebun tak pasti apa, tapi amat sesuai dan mudah tumbuh di kebun ayah mertuaku (Kuala Terengganu) juga di Kebun Bahagia Bersama (Lembah Klang). Mak mertua cakap biasanya dalam 5 tahun dah beri hasil setelah cukup keperluannya membesar. Pokoknya juga adalah jenis cultivator yang saiznya kecil berbanding dengan yang lain jadi mudah nak selit antara pokok-pokok besar macam rambutan, manggis, nangka dan lain-lain untuk memaksimakan penggunaan kebun yang ada (inter-croppping plant macam orang tanam nanas dan pisang selit sini sana). Yang menarik ialah salak gemarkan kawasan yang redup dan banyak penerimaan air. Rasanya yang manis masam amat bagus untuk preggy mother yang loya-loya untuk isi perut ataupun mereka yang sakit muntah-muntah. Hari Raya Puasa tahun lepas, tukang kebun muntah-muntah sebab langgar pantang makan, mak mertua dalam kesibukkan beraya sempat juga mencarikan buah salak di kebunnya untuk mengisi perut kosang berangin tukang kebun sebab tukang kebun phobia nak isi perut asyik ulang-alik tandas. Syukur Alhamdulillah mujarab kena dengan tekak yang payau tu membantu memberikan selera. Kalau orang mengandung loya-loya kekadang isi perut dengan epal hijau Granny Smith kan? 

Food for thoughts:
Buah Salak dan Epal Hijau dalam pasaran sekarang mana lebih mahal? Mana satu Exotic dan Luxury item.

Mak mertua kata dia tengok dekat TV ada rancangan dokumentari pasal buah salak yang bagus untuk legakan rasa loya atau payau di tekak dan info banyak khasiat buah salak. Jadi tukang kebun pun pasang angan-anganlah bila nak sambut cucu bolehlah membantu ibunya dengan buah salak segar dari kebun sendiri.

Tukang kebun masuk tahun 2014 jadi weekend gardener sebab weekdays kena quarantine di satu institute. Untuk menghilangkan stress some jokes for the weekend, here goes...katakanlah ada pelawat dari Middle-East Pak-Pak Arab boleh kita show off buah nadir salak kita ni.

(1) Firstly, did you know snakefruit adalah family member yang sama dengan buah kurma/tammar? Tuhan adalah Maha Adil, di padang pasir diberinya buah tammar, di kawasan tropika diberi buah salak. Pak Arab nak kena jolok-jolok ambil buah kurma dari pokok yang tinggi. Buah Salak tumbuh dekat dengan bahagian bawah pokoknya, tak perlu nak panjat atau jolok. Security pun ada dengan duri-duri yang tajam untuk menjaga buahnya daripada suka hati diambil. Buah tammar di atas pokok ada kebarangkalian berkongsi dengan makhluk lain yang bersayap atau pandai panjat pokok.

(2) Buah Salak bila masak saiz rupa bentuknya pun mirip macam buah tin (fig). Corak kulitnya juga vogue macam snake leather goods.

 Stock anak-anak pokok salak yang tukang kebun semai dari awal Oktober biji benih buahnya dari ayah mertua tukang kebun Syukur Alhamdulillah menjadi-jadi. Terlebih banyak pula anak-anak pokoknya. Bekalan anak-anak pokok salak yang tukang kebun offer dalam 1 polybeg mengandungi sekurang-kurangnya 2 anak pokok. Musim hujan ni lagi cepat pembesaran pokoknya. Propagation from seeds on October 2013 date of birth (mudah nak keep track umurnya).

Isnin, 23 September 2013

September Tanam Salak Semalam

Salak buah

 Weekend lepas adik ipar sekeluarga datang menginap di rumah, sibuk sedikit tak dapat tukang kebun nak reply email atau komen secepat mungkin. InsyaAllah akan tukang kebun cuba reply secepat mungkin kalau internet connection di rumah tidak membuat masalah minggu ini. Kebetulan adik ipar pulang ke kampung sebelum minggu lepas, jadi dibawa ole-ole dari kebun parent in-laws tukang kebun buah salak.
Salak Pokok

Kebetulan pula biji buah salak yang disemai awal tahun ini dah besar jadi semalam 4 pokok telah dipindahkan nun paling belakang sempadan tanah.  Anak pokok tarap juga dipindahkan ke kebun belakang. Biji-biji benih avocado Sabah yang disemai pertengahan bulan Jun lalu semuanya bercambah dan pertumbuhannya sangat pantas sekali tanpa belaian. Kesemua pokok avocado Sabah tersebut sudah ketinggian anggaran 40cm. 2 Minggu lepas sudah dipindahkan sepokok avocado Sabah di bahagian depan, semalam lagi sepokok dipindahkan ke kawasan belakang.
Harapan hujan akan mula turun kembali membasah bumi di kebun belakang yang tak tersiram.

Sabtu, 13 Julai 2013

Empat Ramadhan Tanam Pokok Salak

 Hari keempat dalam bulan Ramadhan ini tanam anak pokok salak yang dah lama berteduh di bawah pokok roselle. Anak pokok ini benihnya disemai akhir tahun lepas diberikan oleh ayah mertua tukang kebun. Semua biji benihnya bercambah dengan baik dan membesar dengan baik syukur Alhamdulillah. Ada lagi adik-beradiknya yang belum dipindahkan tunggu lepas raya barangkali.
 Sebab hari ni suami tak bekerja jadi tuaian yang tinggi-tinggi tu dapatlah dia tolong ambilkan seperti betik, kelapa dan pisang-pisang pelbagai jenis. Hampir kesemuaya dibawa ke rumah atuk di Kepong yang sedang dalam perjalanan.

 Rezeki tuaian hari in seperti bendi dan petola segi akan dikongsi dengan atuk dan nenek di mana kami berbuka puasa beramai-ramai hari ini di Kepong. Sedang bawa sirap biru dan jus rosella ke sana. Keledek ungu stok untuk makanan Abby minggu depan. Limau Kasturi pula stok untuk kami sekeluarga minggu depan.
 Syukur Alhamdulillah hari ini nangka yang sangat semerbak dan ranum dapat kami menikmati bersama berbuka puasa. Baru sahaja selesai kopek nangka.

Selamat Berbuka Puasa.

Selasa, 16 Oktober 2012

Buah Menanti

Jalan-jalan cari buah...
 Pokok nangka yang manis benihnya dari Thailand rajin berbuah yang untung binatang-binatang peliharaan sebab tukang-tukang kebun tak termakan. Buah-buah ni dekat tanah syokla pet tu makan.
 Pokok Markisa yang sentiasa berbuah dah menjalar dan bertenggek atas ampaian baju. Perlu ubahkan susah nanti nak jemur baju dan potong rumput.
 Pokok Mahkota Dewa banyak buahnya dah masak jatuh-jatuh. Tukang kebun baru tahu ada pokok ni mama tanam dekat rumah. Apa rasa agaknya.
Pokok buah salak pernah berbunga tapi tiada buahnya lagi, Pokok betik tinggi berbuah nak kena jolok.