No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Cypress Vine. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cypress Vine. Papar semua catatan

Ahad, 19 Oktober 2014

Star of David

  Jenis bendi ini diberikan nama "Star of David" (David = Nabi Daud diperturunkan melaluiNYA kitab Zabur) kerana kononnya bila dibelah cross-section nampak seperti "Star of David". Walaupun diberikan nama bendi jenis ini "Star of David", origin bendi ini bukannya berasal dari Israel cuma gambaran bentuknya sahaja yang memberikan namanya mula-mula.

    Your Lord knows whoever is in the heavens and the earth. We exalted some of the prophets over the others; and to David We gave the Book of Psalms. (Qur'an, sura 17 (Al-Isra), ayah 55). 
   Bentuk buah bendi 'Star of David' adalah pendek gemuk dan gebu dari jenis-jenis yang lain seperti jenis yang biasa digunakan dalam masakan Middle-East. Lepas tukang kebun sendiri rasa buah bendi ini barulah faham kenapa orang Middle-East prefer bendi jenis ini sesuai untuk masakan mereka. To be honest, selama ini tukang kebun tanam pelbagai variety bendi, ikut taste bud tukang kebun, kalau tukang kebun paling suka rasa 'Star of David'. Rasa lendirnya tu ada manis-manis sikit. Yang lain di dalam rumah ini pula minat jenis bendi lain. Biasalah lain lidah lain rasanya kan, itu yang menarik mencuba-cuba menanam pengalaman pelbagai makan jenis bendi-bendi yang ada di dunia ini. Buah bendi "Star of David" ini lambat keras berbanding dengan bendi jenis lain.
  Pokok bendi "Star of David" boleh tumbuh hingga ketinggian 2 meter lebih. Sambil berbuah sambil dia meninggi. Kekadang baru 40cm ketinggian dah berbuah tapi akan makin meninggi sambil berbuah. Salah satu pengalaman baru sambil menanam "Star of David" masa pokoknya baru sahaja ketinggian 40cm, hampas seed pods dan biji-biji benih reject tukang kebun ada buang keliling pokoknya. Elok saja biji benih reject cypress vine dan kacang panjang naik sendiri tumbuh bersama-sama "Star of David". Paling tukang kebun gemar tengok pokok bunga pink cypress vine yang menjadi hiasan kepada "Star of David". Kalau nak jimatkan ruang have some fun in the kebun bolehlah semai biji benih cypress vine sebelah pokok bendi bila agak-agak pokok bendi dah lebih 40cm height. Tak perlu dah nak buat trellis biarkan cypress vine memanjat dan meninggi bersama-sama pokok bendi. 
 For this variety "Star of David" bunganya seperti gambar di atas. Minggu ini masuk biji benih segar Bendi "Star of David". Biji benih pink cypress vine yang dibekalkan dari bulan lepas juga fresh dari dituai yang melilit pokok bendi "Star of David".

~ Biji Benih Bendi "Star of David" ~
Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.

Biji-biji benih bendi lain yang ada dalam stok bulan ini.


~ Bendi Clemson Spineless (klik sini)~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00.

~ Bendi Mammoth Spineless (klik sini)~
Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.00.

~ Bendi Merah (klik sini)~
Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.00.

Jumaat, 18 Oktober 2013

Fresh Cupid's Flower Mixed Seeds (Ipomoea quamoclit)

 Pokok bunga cypress vine yang ada pada satu era pernah menjadi popular menjadi pokok bunga hiasan yang melilit-lilit pagar rumah. Pokok bunga cypress vine memang mudah tumbuh di kawasan tropika di kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak. Warna bunga cypress vine yang biasa kelihatan adalah warna merah. Sebenarnya ada juga yang berwarna putih dan juga merah jambu.
 Walaupun pokoknya nampak seperti hiasan, ada nilai perubatan juga pokok cypress vine digunakan di merata-rata dunia ini. Salah satu nilai perubatannya, daun pokok cypress vine boleh ditumbuk lumat kemudian ditampalkan di kawasan yang mengalami pendarahan akibat buasir (hemorrhoids). Ada laporan mengatakan daunnya boleh dimakan tapi perlu dimasak terlebih dahulu, menyejukkan dan boleh mengakibatkan seseorang menjadi mengantuk. Sebab itu, ada yang kata boleh membantu mengurangkan demam (elok mendapatkan nasihat pakar dahulu sebelum mencuba).
 Tuaian biji benih fresh minggu ini di Kebun Bahagia Bersama salah satunya ialah biji-biji benih pokok bunga cypress vine (Ipomoea quamoclit) random mixed warna merah, putih dan merah jambu. Biji benihnya lebih mudah disemai terus di tempat ianya hendak biarkan tumbuh. 
Anak pokok bunga cypress vine baru bercambah dari biji benih (cotyledon stage).