No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Pisang Bantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pisang Bantan. Papar semua catatan

Khamis, 13 April 2017

Pisang Mantan

 Dah lama tersimpan posting mengenai jenis pokok pisang ini dah berbulan-bulan sebenarnya sejak bulan Disember lalu. Nak rekod tak tertulis nota. Bulan Disember lalu bersama Ilhan Mikhail kami mengemas-ngemas kawasan ini sebab Tukang Kebun nak tumpukan yang area ini sebagai kebun mini pisang bantan. Beberapa anak pokok pisang bantan yang dah tinggi tumbuh di kawasan penjuru kebun yang dah gelap digali keluar dan dipindahkan ke kawasan yang lebih cerah ini.
 Gambar yang diambil di posting ini adalah semua dari bulan Disember 2016 lalu. Gambar di atas ini boleh lihat progress pertumbuhan pokok Salam yang dipotong pada September 2016 (related posting klik sini), dah mula rimbun pada Disember 2016. Pokok ubi kayu di gambar atas ini pula selamat dah Ilhan Mikhail tarik tuai bulan lepas dan buat kerepek ubi kayu (related posting klik sini). Jika diteliti gambar ini, pokok-pokok pisang bantan atau juga ikut daerah dipanggil pisang mantan, ada pagarnya Tukang Kebun bagi sokongan dengan keratan batang ubi kayu. Syukur Alhamdulillah keratan ubi kayu tersebut juga dah hidup jadi pokok ubi kayu sekarang. Jika ada rezeki bolehlah Ilhan tuai ubi kayu lagi hujung tahun ini. InsyaAllah bila ada masa akan Tukang Kebun update progress kawasan ini.
 Gambar di atas bunga pisang bantan yang telah mekar. Buah pokok pisang bantan kecil sedikit saiznya dari buah pisang mas. Begitu juga ketinggian pokok pisang mas batang merah dan batang pokoknya (related posting klik sini) lebih tinggi dan besar dari pisang bantan. Kalau pokok pisang bantan ini lepas tuai buahnya mudah sedikit bagi wanita ketinggian rendah macam Tukang Kebun ini nak kemaskan sorang-sorang dalam kebun. Mudah nak potong-potong batang pokoknya untuk agih-agihkan kepada bawah pokok lain sebagai baja apabila batangnya mereput. Beberapa kali tetak sahaja dengan parang pada batang pisang bantan berbanding dengan pisang mas batang merah.
 Pisang bantan buahnya juga lebih cepat masak berbanding dengan buah pisang mas. Yang ingin menambah koleksi jenis pisang, kami juga bekalkan sulur atau anak pokok pisang bantan pada bulan ini.

~ 1 sulur pisang bantan RM8.00 ~

Ada 7 jenis bibit/ sulur/ anak pisang yang kami bekalkan minggu ini termasuk pisang bantan selagi stok masih ada:

Pisang Kapal - RM15.00 (info click here),

Pisang Tembaga/Pisang Raja Udang - RM15.00 (info click here),

Pisang Kadau Kuning - RM10.00 (info click here),

Pisang Nangka - RM10.00 (info click here),

Pisang Mas Batang Merah -RM10.00 (info click here),

Pisang Bunga - RM10.00 (info click here)

Self-Collect this week (Please confirm before the meeting, email kebunkmg@gmail.com):

~15th/16th April 2017 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway),

Rabu, 14 Disember 2016

Pilihan Pisang Pasar Segar

 Minggu ini yang berminat untuk Self-Collect buahan-buahan segar dari Kebun Bahagia Bersama seperti pisang ada beberapa jenis pilihan.

  Self-Collect Schedule Minggu ini:

~ 15th/16th/17th December 2016 Thursday/Friday/Saturday morning between 9:00AM~9:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak Sungai Buloh.

~ 15th December 2016 Thursday afternoon between 2:00PM~2:30PM at Bandar Rahman Putra near The Store Sungai Buloh.

~ 15th December 2016 Thursday night between 10:00PM~10:30PM at Saujana Utama.

~ 18th December 2016 Sunday between 12:30PM~1:00PM closest Shell Station from KLIA.

 Pisang bantan juga available sekarang. Yang berminat untuk dapatkan pisang bantan belum penuh masak/hampir nak masak untuk buat masak lemak juga ada. Campur dengan ikan masin, makan dengan nasi panas bertambah-tambah (related posting klik sini).

~ 1 sisir pisang bantan RM3.00 ~

~ 1 sulur pisang bantan RM8.00 ~
 Kalau tak silap yang di bawah ini jenis pisang awak.

~ 1 pisang awak RM3.00 ~
~ 1 sisir pisang nangka RM5.00 ~

~ 1 sulur pisang nangka RM10.00 ~
~ 8 biji kelapa tua RM10.00 ~

~ 3 biji kelapa parut RM5.00 ~
Christmas Sale untuk pokok pisang bunga (Musa Ornata) bulan Disember 2016.  Bunga pisang bunga yang sebenar adalah bukan jantung pisangnya yang berwarna pink tetapi yang dalam kudup bunganya yang berwarna kuning tersebut seperti gambar di bawah.

~ 3 sulur pisang bunga RM10.00 (valid for December 2016 only) ~
<Harga asal 1 sulur RM10.00>
~ 10 helai daun pisang RM1.00 ~

~ 1 kilogram ubi kayu RM2.00 ~
~ 1 kilogram buah canistel/buah kuning telor RM5.00 ~

~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 ~

~ 5 biji buah katak puru/nam nam RM2.00 ~

~ 1 ikat pucuk buah katak puru/nam nam RM1.00 ~

~ 1 kilogram buah assam jawa RM5.00 ~

~ 1 kilogram buah limau telur buaya RM6.00 ~

Khamis, 2 Jun 2016

Sulur Pisang Bantan

  Syukur Alhamdulillah mula sahaja cuti sekolah pertengahan tahun ini ada setandan pisang bantan dapat kami tuai. Dalam 2~3 hari dah mula kuning selepas dituai. Bolehlah anak-anak makan buah pisang bantan alas perut dulu sementara tunggu Tukang Kebun mencatas pokok-pokok yang tinggi mengakibatkan kawasan bertambah redup di sekitar ampaian. Lagipun anak-anak suka naik turun tangga di depan ampaian nak ke kebun belakang. Kekadang laluan depan ampaian ini anak-anak bantu hantarkan sisa-sisa makanan dapur yang dapat diberikan anak-anak ayam yang masih belum bebas. Hati Tukang Kebun rasa tak aman jika ada mahkluk yang tak perasan berada di rimbunan pokok yang gelap. Habis cerah kami meneras hari ini di depan ampaian utama. Bagus juga banyak tenaga askar kecil cuti ini, dapat bantu hantar hasil pangkasan ke tempat membakar belakang membuatkan kerja lebih cepat selesai. Hari ini juga anak-anak bantu kemaskan daun-daun kering bawah pokok durian.
  Sulur-sulur pisang bantan juga seperti pisang mas posting semalam (klik sini) ada stok terhad semula untuk yang berminat. Ada juga saiz yang sesuai untuk dipos.
 
~ 1 sulur pisang bantan RM8.00 ~
 
Info lanjut mengenai pisang bantan boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).
 
Minggu ini jenis buah pisang segar organik yang available adalah pisang kadau (1 sisir RM5.00).
 
  Yang berminat untuk self-collect anak pokok dan fresh produce seperti hari berikut:
 
~ 4th/5th/6th/7th June 2014 Saturday/Sunday/Monday/Tuesday Morning between 10:30PM~11:00PM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras/Saujana Utama/Sungai Buloh Guthrie Corridor Highway).
 
 
Ada kemungkinan hari Sabtu atau Ahad, Tukang Kebun akan ke Shah Alam jadi yang berminat untuk self-collect di sana boleh juga set up meeting dengan Tukang Kebun di Stesyen Minyak PETRONAS Seksyen 13 Shah Alam(kebunkmg@gmail.com). Tentative planning.

 
  Mulai minggu ini, Kebun Bahagia Bersama juga akan mula membekalkan daun kadok bagi yang berminat nak dapatkan bekalan organik segar.
 
~ 1 ikat daun kadok RM1.00 ~


Jenis ulam-ulaman atau sayur-sayuran yang antaranya available juga minggu ini dari Kebun Bahagia Bersama ialah:
 
 
~1 ikat daun pucuk assam gelugor RM1.00.
~1 ikat daun pucuk muda ubi kayu RM1.00.
~1 ikat daun pucuk katak puru/nam nam RM1.00.
~ 1 ikat pucuk daun dan bunga asam jawa RM1.00.
~ 1 ikat batang sayur keladi RM1.00 .
~ 1 kilogram ubi kayu RM2.00 .
 
Untuk kategori buah-buahan segar boleh rujuk juga posting semalam tajuk 'sulur pisang mas'.
 
 1 beg Tanah Bakar RM5.00 .


Sabtu, 19 Disember 2015

40 hari pisang masak

 Pokok pisang yang hampir nak mula masak di nun belakang hampir sempadan Kebun Bahagia Bersama di belah kiri ini rasanya selain dipanggil pisang bantan juga dikenali sebagai pisang 40 hari. Semasa menuai setandan buah pisang di sebelah jirannya jenis pisang yang sama hujung bulan lepas (related posting klik sini), baru Tukang Kebun perasan yang pokok pisang ini baru mula berbunga keluar dari jantung pisangnya seperti gambar di bawah.
  Begitu pesat pembesaran buah pisangnya untuk jenis pokok pisang ini yang dipanggil bantan. Ikut jenis-jenis pisang biasanya buahnya mula masak dari keluar jantung pisang mengambil masa antara 2 bulan ke 3 bulan. Tetapi jenis pokok pisang bantan ini dalam sebulan lebih sudah mula kelihatan buahnya hendak masak. Dalam sebulan setengah mengambil masa untuk ranum buahnya dari keluar jantung pisang hingga buahnya masak bertukar ke kuning. Oleh itu main suka-suka je Tukang Kebun rasa inilah juga yang dipanggil jenis pokok pisang 40hari. Andainya Tukang Kebun silap sila-silalah betulkan.

Antara kegunaan buah pisang bantan atau 40 hari:

~ Yang belum masak betul boleh disagat isinya buat kerepek
~ Yang belum masak betul boleh buat masak lemak.
~ Yang dah masak kuning boleh makan begitu sahaja, anak-anak sangat suka. Tukang Kebun kecil umur 3 tahun Abbiyana boleh habis sesisir dia sorang sekelip mata.
~ Yang dah masak juga boleh buat bahan untuk cekodok

Macam multi-purpose jugalah pisang bantan atau 40 hari ini, belum masak betul pun boleh digunakan untuk isi perut, dan dah masak pun boleh buat macam-macam.

  Hmmm...yang tengok kata macam pisang mas berlainan ya, pisang bantan ni saiz buahnya lebih kecil dari pisang mas. 

  Pokok pisang bantan atau pokok pisang 40hari ini pokoknya jenis tak besar sesuai untuk mereka yang terhad kawasan untuk berkebun. Kalau rendah macam Tukang Kebun pakai bangku biasa bolehlah nak menuai tandannya. Tak perlu nak guna tangga. Kalau siapa yang tinggi nak dekat 6 kaki tak perlu pakai bangku pun sampai lagi nak potong tandannya. Batang pisangnya pun tak besar jadi mudah nak dibelah-belah bila nak mengemas.

  Yang berminat untuk dapatkan buah pisang organik bantan atau 40 hari ini boleh dapatkan dari Kebun Bahagia Bersama esok atau cuti Maulidul Rasul Khamis depan. Pokoknya tidak pernah diberikan baja kimia dan buahnya tidak diletakkan bahan kimia untuk kasi ianya cepat masak. Buah pisang kegemaran anak-anak kecil sebab bila buahnya masak senang dileraikan kulitnya dari buah. Nampak macam banyak je setandan, tapi cepat je habis ni kalau dah masak. Dah kalau anak kecil seorang pun boleh habiskan sesisir, belum lagi masuk bahagian ibubapa dan anak-anak lain.

~ 1 sisir RM5  atau nak booking setandan pun boleh RM30 ~
Untuk pisang bantan ni nak self-collect hari biasa pun boleh cuma kena confirm hari sebelumnya jika nak pick up hari bekerja lepas pukul 9 malam.

~ 1 sulur anak pokok pisang bantan/40 hari RM8 ~


~ Self-Collect Minggu Depan (Hari Self-collect terakhir untuk tahun 2015) ~

 Public holiday Maulidul Rasul 24hb Disember 2015 hari Khamis antara pukul 9:00AM~9:30AM pagi di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
  Tadi kisah pasal bantan sekarang nak masuk pasal batman pula. Catatan batch ayam kampung Kebun Bahagia Bersama yang kami panggil batch Batman. Kenapa panggil Batman? Sebab semasa hendak masuk minggu ke-4 bulan November 2015 lalu lahirnya pertama kali anak-anak ayam yang hitam kesemua bahagian anggotanya termasuklah paruh dan kaki. Tukang Kebun pun tak dapat kenalpasti siapa ayah dan maknya dapat campuran ayam batman ini. Anak-anak pun seronoklah tengok anak ayam hitam ini lalu mereka panggilkan batman. Gambar No. 3 di atas semasa anak-anak ayam batch batman berumur lingkungan 2 minggu.
  Sekarang dalam lingkungan umurnya 3 minggu ke 4 minggu. Hari ini batch batman dipindahkan ke Kandang D lebih luas untuk mereka membesar. Luas kawasan untuk mereka berlari ke melompat ke untuk muscle training. InsyaAllah jika pembesarannya baik dan cepat, batch batman ini dapat dibekalkan sekitar Tahun Baru Cina. Bolehlah menikmati daging ayam kampung dari Kebun Bahagia Bersama untuk makan besar bersama keluarga tersayang. Tahun Baru Cina InsyaAllah cuti long weekend Kebun Bahagia Bersama ada buat self-collect day. Cuma dari Hari Natal hingga Tahun Baru 2016, Kebun Bahagia Bersama tak available untuk buat self-collect day dan penghantaran melalui pos. Cuti Rehat.
Gardeners lain hujung minggu ini buat apa di kebun?

Isnin, 16 November 2015

Future Petak F moga diam berisi

  Selepas selesai merumput di Petak F minggu lepas (related posting klik sini), takkan nak biarkan kosong pulakan. Jadi curi-curi masa lagi menyelit pokok-pokok tumbuhan jenis berubi atau rizom tanam di situ. Hujung tahun ini lebih banyak fokus tanam makanan jenis berubi atau rizom tak perlu nak risau hasil kena ngap ngap dengan avian sangat. Dah banyak binatang perliharaan berlegar-legar di belakang waktu siang nak kena tukar cara berkebun nanti satu hasil pun tak dapat. Lagipun masih terdapat pelbagai jenis ubi-ubi yang sesuai ditanam di dalam iklim tropika ini untuk dipelajari dalam diri Tukang Kebun yang masih kurang ilmu pengetahuan ini. 

  Terima kasih banyak-banyak kepada Gardener Awin di Petak Hijau buat pertama kalinya dapatlah kami rasa makan fresh ubi sagu larut buat untuk makan tengahari pada Diwali tahun ini. Rebus ubi sagu larut makan panas-panas dengan yakiniku (daging panggang/bakar) versi Japanese suami buat.  Kebetulan lepas baru selesai tuai dan tanam pokoknya semula hujan dah mula turun. Berlari-lari masuk ke rumah terus masak untuk lunch. Terima kasih dekat Ilhan yang temankan Tukang Kebun di Petak F tolong ambil baju bila lihat awan yang hitam. Moga anak-anak rizom ubi sagu larut yang ditanam pada Diwali tahun ini akan tumbuh dengan jayanya dapatlah merasa lagi tahun depan. Manis ubinya. Ada juga yang dah tua tu silap Tukang Kebunnya tak tuai awal-awal. Itu sebab kena catat dalam posting ini bila ditanam untuk nota peringatan.
  Kemudian ubi sago bemban pula dituai semua dari Petak F ini. Kemudian ditanam semula di belah lain dalam Petak F untuk crop rotation. Tempat yang ubi sago bemban dituai menjadi petak tempat ubi sago larut pula tumbuh. Bila check semula rasanya bulan November ini kebarangkalian dah boleh juga tuai ubi sago bemban yang ditanam di Petak A dan Petak B bulan March tahun ini (related posting klik sini). Jika dituai semuanya rasa tak termakan jadi minggu ini Tukang Kebun offer untuk yang teringin nak makan atau buat ubat dengan ubi sago bemban (boleh dipos). 

~ Organik Ubi Sago Bemban 200gram for RM7.00 ~
~ 1 pot for RM7.00 pokok ubi sago bemban ~
  Selain dari pokok mulberry yang juga hidup bersama dalam Petak F ini ialah pokok sayur manis atau asin-asin. Pokoknya baru dicantas jadi baru naik pucuk-pucuk baru semula. Jika nak pokok sayur manis yang merimbun kena juga mencantas supaya ianya dikatakan 'branching' tumbuh dahan-dahan baru. 

 Gambar di bawah ini pokok sayur manis jadi dormant sekejap sebab kurang cahaya matahari terlindung oleh pokok liar bunga telang yang merimbun di atasya. Ini dah nampak bangun semula dengan terkeluarnya tunas-tunas baru. Minggu ini juga ada ready stok baru anak pokok sayur manis yang ditanam bukan melalui keratan tapi dari pembahagian pokok yang dah dewasa sudah mempunyai akar-akar yang panjang mudah hidup di kala musim kemarau. Bila pindahkan pastikan gali dalam ikut panjang akarnya ke dalam tanah, jadi bila kemarau akar pokoknya dah mampu nak hirup air yang terletak lebih jauh dalam tanah. Kalau dekat dengan tanah kan air mula-mula tersejat. Salah satu tips untuk mudah jaga pokok sayur manis tahan lama ketika kemarau jika tiada masa untuk menyiram kerap. Tukang Kebun seminggu sekali pun susah nak cari masa siram dekat Petak F masa musim kemarau.

  Jika kita kerap menyiram akar-akar tumbuhan seperti sayur manis akan jadi manja, malas nak tumbuh akar dan hanya akarnya membesar dekat dengan paras aras atas tanah. Jika kita tak manjakan dengan air tapi amalkan deep watering katakan dalam 3 hari sekali menyiram dengan quantity air banyak. Akan memaksa tumbuhan ini akarnya bergerak jauh ke dalam tanah mencari air. Biasanya masa musim kemarau kita tengok macam takde pertumbuhan je pokok sayur manis ini. Tapi sebenarnya pokok sayur manis ini fokus kepada akarnya yang kita tak nampak menjalar lebih jauh ke dalam tanah mencari air. Tukang Kebun kalau gembur-gemburkan tanah di Petak F ini berselirat jumpa akarnya jauh ke dalam tanah. Kekadang yang terluka bila Tukang Kebun tarik dekat permukaan atas tanah boleh menjadikan tunas-tunas baru anak pokok sayur manis. Salah satu caranya juga untuk menghasilkan pokok-pokok baru sayur manis bukan sahaja dari biji benih ataupun keratan.

~ 1 pot anak pokok sayur manis/asin-asin RM5.00 ~
  Selain dari itu Jumaat lepas ada juga menyelit anak-anak pokok kunyit di Petak F. Moga ayam tak makan tunas-tunas baru dari anak pokok kunyit yang baru timbul. Ayam ini suka tau pucuk-pucuk muda daun kunyit untuk snack dia.
  Syukur Alhamdulillah lepas ambil Ilhan dari sekolah agama kelam kabut kami berdua menuai setandan pisang bantan. Dah beberapa ulas yang masak sudah menjadi santapan makhluk Allah yang bebas di belakang. Sebelum semuanya dah masak, bolehlah Tukang Kebun buat masak lemak cili api pisang muda bantan dengan ikan masin untuk lauk makan malam Jumaat lepas. Sementara nak tunggu Tukang Kebun tukar jadi Tukang Masak bolehlah jadi snack anak-anak yang mana pisangnya dah masak.

Ahad, 20 September 2015

Minggu Musim Kapas dan Kuning Telor

  Catatan hujung minggu Tukang Kebun untuk minggu ini sebelum berehat tidur. Yang nyata minggu ini adalah musim buah kuning telur dan juga kapas di Kebun Bahagia Bersama.
  Untuk dibuat contoh gambar-gambar tuaian buah kuning telur atau canistel yang dituai hujung minggu ini (Sabtu dan Ahad) adalah dari hasil 1 pokok sahaja. Lumayankan buah yang dihasilkan dari 1 pokok yang sama. Masih ada banyak lagi di atas pokok tengah nak ranum. Untung tanam pokok canistel tak perlu banyak penjagaan dan menghasilkan banyak buah. Yang berminat nak menanam pokok canistel/kuning telor boleh dapatkan juga anak pokok dari Kebun Bahagia Bersama (1pot RM15.00).
   Hujung minggu ini juga gali keluar bawang-bawang berlian dari tanah untuk pesanan yang telah diterima. Kebelakangan ini asyik lupa nak tuai terung telunjuk sehingga banyak dah masak keemasan atas pokok.
  Ada juga buah-buah jambu batu yang dapat dikutip dari 2 pokok yang berlainan jenis. Sebab buah membesar secara organik ada ulat di dalamnya satu fenomena yang tidak asing lagi. Limau kapas buah jadi berpasir-pasir sebab yang duduk di atas tanah sambil membesar kerana kuasa gravity dan dicakar-cakar oleh ayam.
   Rasanya bulan ini ada ayam-ayam betina yang baru matang sedang belajar bertelur. Bertelur merata dan saiz pun kecik semacam. Tukang Kebun rasa kesan jerebu kali ini dekat Kebun Bahagia Bersama ialah dekat ayam dan itik kurang menghasilkan telur. Saiz telur ayam gajah pun tak sebesar macam biasa. Hujung minggu depan yang bercadang self-collect  goodies dari Kebun Bahagia Bersama juga boleh booking fresh duck eggs (sebutir 70sen).
  Sabtu baru-baru ini selesaikan hajat yang terbantut akibat kena sengat tebuan masa Hari Malaysia. Tukang Kebun nak sangat pindahkan anak-anak pokok pisang bantan di tempat yang dah dikemaskan hujung minggu sebelum itu, terpaksalah dearest husband layan dulu permintaan itu before jadi more grumpy. Sambil-sambil itu juga pindahkan anak-anak pokok pisang seperti pisang nangka dan pisang abu yang dah tinggi saiz kira selamat dari dimakan oleh angsa ke tempat yang lapang. Mood jadi bertambah baik bila tengok makin banyak tersusun pokok-pokok pisang dalam kebun. Lepas layan permintaan isteri bolehlah selesaikan pesanan nak masukkan tanah bakar dalam guni-guni makanan ayam.
  Kemudian isteri pula layan hajat si suami nak pindahkan batch yang kami panggil 'ayam pantang' yang hampir berumur 2 bulan ke kandang lebih besar. Luas lebih 2 kali ganda dari kandang sebelum itu. Biar banyak space mereka nak bergerak-gerak exercise dan membesar lagi. Belum boleh lepas saiz ni, takut senang biawak dan kucing boleh makan lagi dengan mudah.
  Dalam batch 'ayam pantang' ini ada ayam kampung, ayam botak dan ayam selasih kacuk. Panggil batch 'ayam pantang' sebab memang yang bakal nak berpantang lepas bersalin anak pertama bulan depan punya booking order. Sekarang ini kalau sambil-sambil merumput dekat belakang rasa rajinlah sikit sebab boleh kasi makan dekat 'ayam pantang' ini juga hasil merumput. Laju je habis daun-daun mereka ratah dan lebih sihat pemakanannya.
  Sekarang kalau kukur kelapa memang paling seronok anak-anak ayamlah. Memang bekas saki baki isi kelapa yang tinggal dekat tempurung untuk habuan mereka. Gambar bawah anak ayam gajah antara 1st born Kebun Bahagia Bersama bulan lepas lahir dengan pertolongan incubator seronok dapat makan. Rasanya batch yang lahir bulan Ogos tahun ini for our easy reference nak panggil 'ayam merdeka'. Batch 'ayam merdeka' malam ini first night tidur di luar rumah dengan kelambu. Nak biasakan tunggu besar sikit nanti pindahkan ke kandang sebelah 'ayam pantang'.
  Yang ini pula sangkar anak-anak ayam lahir bulan September umur semua kurang 10 hari. Tukang kebun saja cuba kasi testing bagi diorang bekas tempurung yang sudah isi dikukur ada baki, wah bukan main seronok lagi patuk-patuk isi makan. Yang berminat untuk dapatkan ayam kampung sudah diproses segar bela di Kebun Bahagia Bersama seekor RM25.
 Pesanan-pesanan yang diterima untuk pengeposan 21hbSeptember2015 dah selamat Tukang Kebun packing, InsyaAllah awal pagi esok akan dipos. Kami masih buka Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk minggu seterusnya (28hbSeptember2015) bagi yang masih berminat. InsyaAllah antara goodies yang available untuk minggu seterusnya adalah seperti buah kuning telur dan lain-lain fresh harvest of the day. Untuk kawasan Semenanjung Malaysia sahaja, 1pek fresh harvest Kebun Bahagia Bersama yang berat hampir 2kilogram termasuk kos penghantaran Pos Laju Malaysia RM21.