Minggu ini tiada masa nak menuai dari kebun sebab sibuk dengan proses pemindahan anak-anak pokok pisang sementara hujan masih turun dan belum officially masuk musim panas kemarau lagi. Alasan diberi adalah masa tapi sebenarnya lepas selesai pindah-pindahkan anak pokok dah tak larat sebenarnya.
Hari Rabu lepas ada serumpun pisang jenis buahnya yang kecil molek dikemaskan tapi lupa jenis pisang apa yang anak-anak suka makan di depan pokok ciku. Ada kemungkinan pisang mas atau bantan, tunggu jelah pokok yang paling matang berbuah nanti untuk buat catatan. Selepas merumput, tukang kebun pindahkan beberapa anak-anak pisangnya yang dah tinggi berderet ke lokasi seperti dalam gambar di atas. Kalau tidak dipagarkan tinggi-tinggi habis jadi santapan si angsa-angsa nanti.
Bulan ini memang projek pindahkan anak-anak pisang membara-bara sebab tuaian pisang semenjak ni lumayan. Sebagai contoh 2 minggu lepas dapat kami tuai setandan pisang abu. Selain dari dibuat pisang goreng, dibuat juga kerepek pisang. Berbalang-balang kerepek pisang dapat dibuat, sampai hari ini pun tak habis lagi.
Kita berhenti seketika celoteh pisang nanti bosan pula sebab banyak posting related pisang akan datang ini. Hari ini kita berpeluang pula melawat Kebun Natasya di kawasan Lembah Klang. Terima kasih banyak-banyak kepada Gardener Natasya kerana kongsikan hasil dari biji benih dan anak pokok dari Kebun Bahagia Bersama. Tumpang bahagia sesangat dapat tengok dan menjamu mata.
Tuaian kailan yang segar bugar.
Crispy Pak Choi Canton.
Sweet Basil Large Italian Leaves yang puas boleh buat pesto banyak.
Madonna Lily yang berkawan mesra dengan vinca merah di sebelahnya.
Thank you so much Natasya for sharing with us.















