No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 10 Mei 2013

Large Italian Leaves Sweet Basil

 Kali ini tanam sweet basil terkejut pula tukang kebun, antara jenis-jenis sweet basil mahupun jenis basil yang lain pernah dicuba tanam kali ini daun sweet basil sungguhlah besar. Sebagai perbandingan, tuaian daun dari pucuk pokok Large Italian Leaves Sweet Basil yang bersaiz average bersama dengan bunga telang dan buah markisa. Amat ketara saiz daun Large Italian Leaves Sweet Basil dari bunga telang. Dengan buah markisa pun nak seakan sama panjang daunnya.
 Semasa umur pokok Large Italian Leaves Sweet Basil muda mula membesar pun daunnya dah nampak ketara besar. Jenis basil ini tukang kebun dapati amat mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan banyak. Pokok Large Italian Leaves Sweet Basil yang kami tanam ini hidup bahagia menerima cahaya matahari yang penuh dari pagi hinggalah petang dan tukang kebun tak pernah siram harapkan air hujan sahaja.
 Setelah sebulan ditinggalkan pokok Large Italian Leaves Sweet Basil, terkejut tengok betapa besar dan tinggi pokoknya tumbuh. Letak tukang kebun Rayyan yang 3 tahun lebih boleh tenggelam dalam pokok-pokok basil ini. Pokok-pokok lain dah tak nampak bayang dan dilindungi sepenuhnya oleh pokok-pokok Large Italian Leaves Sweet Basil.
 Bunga pokok basil menjadi tarikan kepada pollinators. Pokok-pokok jenis sweet basil atau basil-basil lain mudah 'cross-pollinate', sekiranya ingin menyimpan biji benih tulen elakkan dari pokok-pokok basil yang jenis lain dari berbunga serentak.

 Tuaian biji benih fresh Large Italian Leaves Sweet Basil bulan ini di dalam Kebun Bahagia Bersama in progress.

~Biji Benih Organik Large Italian Leaves Sweet Basil ~

Anggaran 50 seeds satu pek (RM3.00).

Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.

13 ulasan:

suka suka berkata...

K Mar 1 pek...

nadia rashid berkata...

Besar betul daun nya...Diana guna utk masak apa..itu bunga Kemboja ke cntik!

Avia Mishat berkata...

Salam diana..avia nak 2 pek.thanks.

TukangKebun berkata...

Kak Mar & Avia ~ InsyaAllah diusahakan masih dalam seed pod lagi.

Nadia~ Ya bunga kemboja. Bunga kemboja pun boleh makan tapi kami buat hiasan je. Biasa masukkan daunnya bila masak dish ayam macam ayam masak merah.

Tanpa Nama berkata...

Salam ,nak 1pek
Suzila

TukangKebun berkata...

Salam Suzila~ Boleh.

Seri7ujuh berkata...

jika masih ada stok, saya nak satu

TukangKebun berkata...

Boleh Seri7ujuh. Baru saja saya tuai benihnya.

Tanpa Nama berkata...

Salam diana akak nk jgk 1 pek.tk(kfaiza)

TukangKebun berkata...

Salam Kak Faiza.
Boleh masih banyak stoknya sebab masih dituai continuously.

sham berkata...

salam..saya nak order 1 pek..macam mane ye
sham_ql@hotmail.com

Febe Ardnassac berkata...

Hi, saya guna Alliance Bank, macam mana nak buat payment?

febetheninjah@gmail.com

shee berkata...

sy dah lama nak tanam basil ni.sy nak satu paket,boleh email
ke shiryuki1992@gmail.com untuk bayaran