No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Thyme. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Thyme. Papar semua catatan

Khamis, 28 Ogos 2014

Tigger joins in KBB Team Members

  Pada suatu hujung minggu dalam bulan Syawal, tukang kebun ternampak kelibat warna oren masuk dalam Kebun Bahagia Bersama seperti sesat bising meow meow meow. Tukang kebun minta dearest hubby tangkap pergi letak dekat station kasi makan kucing di belakang rumah. Sejak dah dapat makan free, dia dah tak ke mana duduk main, makan dan tido di kawasan belakang rumah. Jadi kami gelarkan dia si Tigger. Entahlah Tigger tak de niat nak culik ko pun, entah bertuan ke tidak. Tigger sendiri yang bebas pilih nak duduk sama-sama dalam Kebun Bahagia Bersama ni. The curious kitten ini pun dah mula rajin mengekor tengok tukang kebun buat apa sambil dia main-main dengan daun-daun pokok. Tukang kebun pun belum pernah sentuh Tigger ini masih belum jinak lagi, bila lapar pandai pula meow minta makan.

 Elok pula petang tadi Tigger pandai pula berposing tengok tukang kebun ambil gambar. Ada pula yang cemburu tukang kebun ambil gambar Tigger. Sedang elok je baru nak tekan gambar snap, kenapa pula gambar jadi hitam terus ini. Rupa-rupanya sedang tekan butang ambik gambar tu, Si turkey pula duduk betul-betul depan lensa block Tigger punya view (bulu turkey hitam tu gambar jadi hitam). Nak kena halau turkey berapa kali baru dapat ambil gambar si Tigger. Hey turkey dah berapa kali dah kut nampak hang dekat background gambar bagilah Tigger chance buat debut pula kut. Tukang kebun tak sangka si Turkey pandai cemburu juga ya.

 Dekat depan dapur ni dah mula semak balik bila hujan pelbagai jenis weed dah naik dengan pantas, tak sempat nak cabut. Bayam dan Sweet basil large italian leaves pun dah banyak muncul di kawasan ini tumbuh sesuka hati di celah-celah batu bata. Pokok thyme musim-musim hujan ini sila pindah ke full sun ya kalau nak dia hidup bahagia. Elak bagi thyme jangan menghimpit dengan tumbuhan lain masa musim hujan dengan kelembapan udara yang tinggi. Sebab thyme ni asal Mediterranean herb yang kelembapan (humidity) tak tinggi macam Malaysia ini. Rosemary pun sama kalau tidak cepat sakit. Pengudaraan adalah penting.
  Minggu ini yang hampir setiap hari boleh dituai di Kebun Bahagia Bersama adalah kesimpulan gambar di atas jika rajin dipetik. Dari minggu lepas, nasturtium bercambah dengan amat mudah sekali. Kalau anak pokok nasturtium dah banyak sangat tak tau mana nak letak, boleh je treat dia sebagai "sprout" atau ulam sebab daunnya memang boleh dimakan. 

~ Biji benih bunga nasturtium jewel mixed~

Anggaran 7 biji benih dalam 1 pek RM3.00 (kebunkmg@gmail.com)

Sabtu, 7 Jun 2014

Mediterranean Herb: Thyme

 Kebiasaannya lepas Hari Raya Aidilfitri ke-3, tekak dah mula nak merasa juadah yang berlainan. Yang memang pandai memasak dan suka memasak juadah ala-ala Mediterranean, bolehlah dengan sponton menyediakan makanan yang bersesuaian dengan herba thyme. Bila ada herba ini di kebun apabila ada yang datang beraya di rumah pasti tidak risau. Lebih-lebih lagi apabila sukar mendapatkan bekalan fresh thyme ketika musim perayaan sedang peak. Walaupun  ada ruang yang sekecil manapun, herba thyme tidak memakai ruang dan boleh sahaja tanam di dalam bekas. Dalam botol/tin minyak yang dah ditebuk lubang di bawahnya pun tidak mengapa. Salah satu tumbuhan yang tukang kebun galakkan untuk mereka yang ruang kebunnya di balcony (balcony garden). Bila ditanam herba thyme sekarang, InsyaAllah ada sudah supply mencukupi daun thyme untuk musim Raya nanti. Sentiasa fresh stock dan tidak memakai ruang dalam peti ais yang pastinya penuh disumbat-sumbat dengan stock makanan yang lain.

~ Mediterranean Herb Plant : Thyme ~
1 pot RM8.00 while stock last.

 Sabtu lepas setelah pajak mentol-mentol di Jusco 1Utama, ada pula sesi pengambaran dengan Power Rangers. Kesian 2 orang budak-budak ni blur-blur tak faham character Power Rangers tu apa benda. Hehehe... selit iklan sementara tunggu tetamu dari kebun balcony 'Half a Pound of Treacle'.