No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Jambu Batu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jambu Batu. Papar semua catatan

Selasa, 10 November 2015

Sayur dan Daging Serentak

  Malam ini Tukang Kebun berkongsi lagi pameran konsep 'Container Gardening' idea dari warga Universiti Putra Malaysia untuk ekspo pertanian (related posting klik sini) mereka baru-baru ini. Dalam posting kali ini bukan sahaja bicara untuk berkebun: tumbuhan untuk bekalan dapur tetapi digandingkan bersama-sama besarkan haiwan untuk hasil daging. Gandingan ini juga menguntungkan kerana bahan buangan dari haiwan boleh dijadikan makanan untuk tumbuhan. Jadi tiada pembaziran di situ semuanya menguntungkan.
   
  Walaupun berkebun di balcony seperti terhad, don't limit yourself kerana tidak musykil lagi untuk mendapatkan bekalan daging sendiri seperti ikan dengan konsep yang cukup popular sekarang iaitu 'Aquaponic'. Gabungan Vertical Gardening dan Aquaponic menjadikan berkebun di balcony juga menjadi lebih seronok. Dengan rak yang bertingkat-tingkat menjadikan tumbuhan lebih mendapat cahaya dan di bahagian bawah sekali ikan berenang-renang. Sambil breakfast di balcony rasa tenang tengok ikan dan hijau di keliling.
   Bila tiba di sudut ini, keluar idea baru pula. Cantik sangkar burung ini tapi dalam sangkar juga masih dikatakan kategori burung ialah anak ayam kampung. Ada 3 ke 4 ekor anak ayam di dalam sangkar burung yang comel ini lebih kurang usia 1bulan. Terfikir pula jika ada ruang limited sudut balcony macam ini pun boleh bela ayam untuk hasil daging. Tambahan pula kalau tak diletak di lantai boleh digantung lebih menjimatkan ruang. Lagipun anak ayam kalau makan minum cukup tak bising. Kalau usia 4 bulan ke bawah biasanya belum berkokok lagi. Kalau jiran tanya cakap je lah bela anak burung. Tak tipu tau sebab memang ayam adalah jenis burung kan. Kalau dalam dunia comparative genetics biasanya sample yang digunakan untuk wakil dalam golongan burung/bird untuk dibandingkan dengan mammalia ataupun reptilia lain adalah ayam 'Gallus gallus'. Jika rajin almost everyday kemaskan sangkarnya tak bau busuk sangat pun, cuma nak kena keep clean je lah. Macam kita tiap hari kemas kandang kucing gitu.
  Budak-budak yang lalu semua seronok tengok tingkah laku ayam yang dah berusia sebulan dalam sangkar ini. Cuti sekolah pun tak lama lagi kan. Bolehlah buat projek bela anak ayam dengan anak-anak. By the time, nak masuk sekolah tahun depan bolehlah dah sembelih ala-ala spring chicken dah 2 bulan gitu. Makanan-makanan yang tak habis dari dapur boleh diberikan sebagai makanannya seperti nasi atau buah-buahan yang dah mula membusuk. 

  Kita tak cekap nak bela anak ayam pun tak pe sama-sama belajar dengan anak-anak. Tukang Kebun pun sama je dulu mana reti nak bela anak ayam. Sampai dah macam serial killer pun ada banyak anak-anak ayam dulu terkorban kerana kesilapan dan kecuaian Tukang Kebun. Yang mana gagal ambil sebagai pengajaran dan peringatan. Tukang Kebun pun baru tahun ini berjinak-jinak dalam dapatkan bekalan daging dari kebun sendiri. Moga tahun 2016 untuk gardeners lain bolehlah pasang azam selain dari hasil tumbuhan dapat juga merasa hasil daging burung atau seafood dari kebun sendiri juga. Hujung tahun ini banyak cuti adalah masa lagi nak research sebelum mula kick off projek baru tahun 2016 kan.
  Minggu ini Tukang Kebun ada nak let go 3~4 ekor anak ayam dah lebih umur 2 minggu untuk yang berminat. Very healthy chicks. Yang 2 ekor dalam gambar ini dah pandai sangat skydiving sampai terpijak-pijak chicks yang baru lahir beberapa hari terpaksa isolate mereka. Biasanya Tukang Kebun sekarang untuk mudah suka bela ikut batch yang dekat-dekat sekali banyak senang grouping duduk 1 sangkar ikut saiz dan usia. Tapi terutamanya yang 2 ekor ini macam tak dapat nak masuk dalam group mana-mana sebab lahir ada gap dari yang lain, jadi kalau ada yang berminat nak buat projek bela anak-anak ayam dengan anak-anak masa cuti sekolah ni, bolehlah timang anak-anak ayam ini. Rasanya yang 2 ekor paling besar dalam gambar ini macam ada darah baka jenis ayam gajah (lagi cepat besar). Bapa kemungkinan si Kaka atau si Prince.

~ Anak ayam kampung berusia 2 minggu lebih seekor RM5 ~
 Self-Collect minggu ini :

~ 11hb November 2015, Rabu malam antara pukul 8:00PM~8:30PM di kawasan Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ 14hb November 2015, Sabtu petang antara pukul 5:30PM~6:00PM di kawasan Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ 15hb November 2015, Ahad pagi antara pukul 10:00AM~10:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway).

~ 15hb November 2015, Ahad petang antara pukul 5:00PM~5:30PM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
  Antara tuaian hujung minggu lepas self-collect adalah seperti buah limau mixed dan buah katak puru.

~ 500 gram buah limau mixed RM3.
~ 5 biji buah katak puru RM2.
  Minggu lepas bekalan kelapa muda ada 2 jenis dari Kebun Bahagia Bersama iaitu kelapa gading dan kelapa jenis bentuk bola rugby.

~ 1 biji buah kelapa muda RM2.
~ 3 biji buah kelapa sudah dikukur RM5.

  Nampaknya ayam sudah warming up nak bertelur semula minggu ini. Itik masih moodnya baik juga untuk keluarkan telur. Isi buah jambu batu lebih baik bulan ini berbanding dengan bulan lepas. Buah kuning telor mungkin minggu depan dah habis musim. 

~ 1 kilogram buah kuning telor RM5.
~ 1 butir telur itik 70sen.
 Syukur Alhamdulillah buah ciku rezeki masih murah lagi. Buah ciku juga boleh dipos.

~ 1kilogram buah ciku RM4.
~ 1 sisir pisang nangka RM5.
~ 1 kilogram buah mempelam telur/pauh ringan RM5.
~ 1 ikat pucuk daun ubi kayu RM1.
~ 1 ikat pucuk gajus RM1.

  Seronoknya lah kalau ada rezeki nak ternak rusa atau lembu.
 Selamat menyambut Deepavali untuk yang meraikannya.

Sabtu, 12 September 2015

Musim jambu batu (Clivia pre-order)

  Catatan ringkas hari ini, untuk kenangan bahawa bulan September tahun ini di Kebun Bahagia Bersama sedang musim buah jambu batu. Selain itu, tuaian beberapa hari ini yang dapat dikutip ialah seperti buah Ceri Terengganu, mulberry, kapas, belimbing buloh, cili burung, terung pipit, daun kari dan telur itik serta telur ayam kampung.
  Salah satu jenis pokok jambu batu yang musim buah bulan ini ialah pokok di sebelah kandang itik yang biasanya kami panggil sangkar besar. Bila Tukang Kebun check photo collection tahun ini rupanya bukan bulan ini sahaja pokoknya rancak berbuah. Tetapi awal tahun pun meriah juga buahnya seperti gambar atas yang dijumpai dalam memory card. Pokok jambu batu ini dah lama ditanam di Kebun Bahagia Bersama, dah bebelasan tahun membesar bersama kami adik-beradik di sini. Biasanya kalau di Kebun Bahagia Bersama jika ada tayar bawah pokok, indicator antara batch pokok-pokok awal yang Big Boss dan Tuan Tanah tanam di kebun ini. Dulu nak budget masa buka kebun dan baru buat rumah, nak elakkan anak-anak pokok terpotong, pakai tayar terpakai yang sudah dibuang dari bengkel kereta.
  Bunga pokok jambu ini juga comel berwarna putih suci. Semasa nak pindahkan itik-itik telur batch kedua ke tempat yang lebih besar dan mudah diarahkan masuk di sangkar besar ini kami mengemas keliling sangkar nak kasi terang. Pokok jambu batu ini yang meninggi rimbun daun ketika itu, kami buat hard pruning sampai botak. Beberapa minggu kemudian naik pucuk-pucuk baru di bahagian bawah pokok.
  Syukur Alhamdulillah lumayan juga musim buahnya sekarang. Yang paling best syok mudah nak petik sebab buahnya banyak keluar bergayutan di bahagian rendah dari ketinggian Tukang Kebun. Walaupun terbiar selalu, tidak pernah Tukang Kebun beri baja, murah hati juga pokok jambu batu ini menghasilkan buah-buah tahun ini dah berapa kali.

     Gardeners yang berminat untuk pre-order bawang bunga Clivia Miniata sebelum hujung bulan ini boleh tinggalkan pesanan di kotak komen atau email (kebunkmg@gmail.com).

~1 bulb Clivia miniata RM50.00 ~

  Pokok bunga jenis clivia ini saudara dengan amaryllis juga. Cuma Clivia tak gemar direct sun, suka partial shade. Yang ada tempat kurang mendapat cahaya matahari tapi nak hias dengan pokok bunga di situ, salah satu pilihan ialah Clivia. Dengan cuaca di Malaysia ini biasanya Clivia tak perlu siram memadai dengan taburan hujan yang diterima sepanjang tahun. Elok jenis tanah yang bersaliran baik tidak bertakung.

Rabu, 9 September 2015

Sup asin asin Suami Suka

  Masakan cukup simple untuk makan malam Rabu lepas. Tapi puas hati Tukang Kebun perhatikan semua berselera makan. Pencuci mulut buah jambu batu dari kebun juga ada. Musim hujan lebih-lebih lagi sebelah petang hingga ke malam, sesuailah masakan berkuah panas-panas. Dah lama tak masak sayur manis, tak sangka pula si suami mengidam nak sup asin-asin musim hujan ni berselera.
  Nak sediakan pun begitu mudah cuma tumis bawang merah, bawang putih dan cili burung dengan sedikit minyak zaitun dah panas. Isi air. Tunggu mendidih airnya. Kemudian masukkan daun sayur manis yang dah dilerai-lerai dari ranting dan dicuci. Kalau nak masukkan sebiji stok kiub ikan bilis atau ayam pun boleh. Kalau rajin masa menumis, tumis juga ikan bilis atau udang kering pun boleh. Masukkan sebiji telur bila nak agak dah hampir masak. Kacau-kacau. Secubit garam untuk perisa. Done. Makan panas-panas.
  Beberapa minggu ini musim buah ceri barbados di Kebun Bahagia Bersama. Abby yang puas makan hampir tiap hari. Kata Abby manis, berkerut dahi Tukang Kebun tengok Abby makan. Eloklah banyak natural vitamin C untuk Abby musim hujan ini. Boleh habis segenggam buah Ceri Barbados, Abby makan sorang-sorang sambil Panther temankan santai di lantai dapur.
  Buah mulberry ada juga berbuah cuma kekadang Tukang Kebun tak perasan. Dua minggu lepas, stok mulberry yang dah berakar, kehabisan stok. Minggu ini sudah ada stok baru untuk anak pokok mulberry yang sudah berakar. Dalam 1 bekas ada sekurang-kurangnya 2 anak pokok mulberry. Dalam bentuk keratan ada juga Kebun Bahagia Bersama bekalkan untuk mulberry.

~ Mulberry sudah berakar 1 pot RM7.00 ~

~ 10 keratan mulberry RM7.00 ~
  Anak pokok sayur manis, dah sold out bulan ini. Jadi kami bekalkan dalam bentuk keratan sahaja sehingga next batch anak pokok sayur manis ready.

~ 10 keratan sayur manis RM5.00 ~
  Hari Kebangsaan lalu, ada Tukang Kebun tuai juga sayur manis dan beberapa butir telur itik juga diperolehi.  Tukang kebun tak sempat masak malam itu, jadi masukkan sahaja dalam plastik terus ke dalam peti ais. Jumaat lepas sesudah balik dari urusan jenazah arwah atuk sebelah papa Tukang Kebun, dah mandi-mandikan anak yang kuyup, Tukang Kebun keluarkan simpanan sayur manis yang dituai dari Hari Kebangsaan lalu dan masih nampak segar lagi. Lalu salah satu menu untuk makam malam repeat cara masak sup asin-asin yang suami suka. Jimat belanja bila sayur manis, cili burung dan telur dari kebun sendiri.
  Semasa Tukang Kebun sibuk mandikan anak-anak, suami yang tanak nasi dan dimasukkan sekali telur masin. Terkejut bila dibelah, rupanya telur itik kuning kembar. Hari Ahad lepas ada suami buat 25 telur itik masin lagi untuk bekalan dapur bulan depan.
  Minggu ini yang berminat nak dapatkan telur itik segar organik dari Kebun Bahagia Bersama masih available ya (sebutir 70sen). Itik-itik telur kami bebas jalan merata cari makanan dalam kebun. Habis anak-anak pisang dan pucuk-pucuk ubi kayu yang baru naik dikerjakannya (nangis). Tapi kawasan itik-itik rajin melepak memang makin kurang rumpai di situ.

Self-Collect Schedule This Week:

~ 9hb September 2015, Rabu malam antara pukul 9:00PM~9:30PM di kawasan Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ 12hb September 2015, Sabtu pagi antara pukul 9:30AM~10:00AM di stesyen minyak Petronas, Seksyen 13 berhampiran D'Kayangan Shah Alam.

~ 13hb September 2015, Ahad pagi/petang antara pukul 9:00AM~9:30AM/5:00PM~5:30PM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Shah Alam.

Sabtu, 5 September 2015

Al-Fatihah untuk Arwah Atuk Adnan

  Didoakan semoga arwah Atuk Adnan yang telah kembali ke Maha Pencipta pada tengahari Jumaat tadi bersama golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

  Panggilan telephone diterima dari Mama (Big Boss) setelah baru sahaja menghantar Ilhan ke sekolah kebangsaan tidak dapat terus Tukang Kebun sambut sebab masih membonceng motosikal on the way balik ke rumah. Tapi melalui jenis ring tone sudah jelas bahawa Mama yang telephone. Lepas parking motosikal terus telephone Mama dan mendapat khabar berita arwah Atuk (sebelah papa Tukang Kebun) baru sahaja meninggal dunia. Setelah dearest husband balik kami bergegas ke masjid Desa Jaya, Kepong. Jenazah baru sahaja tiba di masjid dan akan dimandikan tidak lama lagi. Dapatlah suami bersama-sama mandikan arwah atuk. Pukul 6 petang tadi dikebumikan di perkuburan Islam di Taman Botani Kepong. Elok sahaja separuh tanah sudah ditimbus, hujan rahmat turun selebatnya. Pukul 7 malam sudah selesai uruskan jenazah arwah atuk.

  Kenangan tuaian Tukang Kebun hari ini pada waktu tengahari, agak-agak ketika ini mungkin arwah atuk kembali ke Maha Pencipta. Rancangannya untuk makan malam ingat nak buat masak lemak cili api telur itik. Masa memetik belimbing buloh terlintas juga di kepala, belimbing buloh depan rumah arwah atuk dan setiap kali ke sana Mama pesan bawakan telur-telur itik. Kali terakhir kami melawat arwah atuk pun Jumaat minggu lepas.
  Terima kasih kepada Gardener Suryani dari Terengganu menceriakan pagi jumaat Tukang Kebun dengan perkongsian hasil-hasil pembesaran anak-anak pokok yang dipos dari Kebun Bahagia Bersama. Bolehlah juga jadikan panduan kepada gardeners lain samaada pokok-pokok ini sesuai ditanam dalam pasu atau tidak. Terutamanya pokok akar dani, ramai balcony gardeners tanya sesuai ke tanam dalam pasu. Gardener Suryani dah buktikan boleh tanam akar dani dalam pasu dan dah berbunga pun anak pokok akar dani yang dipos Oktober tahun lepas. Pokok lemon Tahiti yang diposkan bersama juga dah berkali ganda saiznya membesar dalam pasu.
  Anak pokok bunga susun kelapa yang diposkan pada bulan April tahun ini juga dah meriah berbunga dan banyak putiknya hidup di dalam pasu.
  Tidak ketinggalan juga pokok bunga Queen of the Night sudah merimbun tumbuh dalam pasu dan berbunga yang dipos bulan April tahun ini. Terima kasih banyak-banyak Gardener Suryani berkongsi hasil pembesaran pokok-pokok tersebut, terhibur hati team members Kebun Bahagia Bersama menjamu mata.
  Update juga diterima dari Terengganu beberapa hari lalu dari Gardener Huda mengenai pembesaran sayur Red Ruby Swiss Chard yang biji benihnya dibekalkan oleh Kebun Bahagia Bersama. Geram tengok batang-batang sayur warna merah itu. Kalau Gardener Huda dah tak sabar, saiz macam ini pun dah boleh makan juga.
  Awal jumaat pagi pula dapat gambar yang memeranjatkan dari Big Boss. Tragedy di Kingfisher Sabah, habis anak-anak ayam dan ayam mutiara Big Boss kena makan dengan ular sawa. Ular sawa dah kenyang sangat tak boleh keluar dari sangkar. Dah 4 ekor selamat masuk dalam perut. Kena panggil bomba. Tengok tu dah berapa ekor dalam badan Ular Sawa tu berbonjol-bonjol. Tamak pula tu siap yang tak termakan semua dibunuh juga. Kalau ko boleh keluar hidup ular sawa memang no mercy Big Boss akan pancung ko tau. Alahai sayangnya ayam-ayam tu dah nak saiz spring chicken. Beberapa bulan lalu biawak yang santap anak ayam Big Boss. Ini pula Ular Sawa. Dugaan Big Boss nak bela unggas-unggas di kawasan perumahan corner lot. Will it stop Big Boss from trying again? We don't think so.