No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Cape Gooseberry. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cape Gooseberry. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Januari 2015

Kebun Kuala Lipis Eira

  Hari ini mari kita jalan-jalan ke kebun Eira di Kuala Lipis, Pahang. Perkataan kegemaran Abby sekarang pun 'jalan-jalan'. Hujung bulan November lepas, kita jalan-jalan ke kebun Eira menjamu mata tengok kebun bunga matahari Eira (related posting klik sini). Rasanya berpuluh-puluh gardeners yang mendapat sunflower seeds dari Eira yang Kebun Bahagia Bersama selitkan dalam pesanan, please leave a comment bagi feedback benih matahari tersebut untuk Eira ya. Tukang kebun ada semai biji benih Eira sebelum balik Sabah hari tu, percambahan sangat superb, tak perlu nak buat kaedah special apa pun. Tukang kebun terus tanam di tanah dan biarkan masa musim hujan, naik dengan baik. Tapi bila balik dari Sabah, habis licin hilang dikerjakan oleh siput atau belalang, biasalah adat berkebun. Nanti semai semula.
  Terima kasih banyak-banyak kepada Eira kerana kongsikan hasil biji-biji benih dan anak-anak pokok dari Kebun Bahagia Bersama minggu ini. Tumpang seronok dan bahagia dapat tengok bersama-sama pertumbuhannya. Eira kata Morning glory 'Blue Star' (Gambar No. 1) sedang kembang hari-hari bersama kembang bugang (Gambar No. 2) yang wangi sangat.
 Gambar No. 3 adalah pokok cape gooseberry yang sedang berbuah. Pokok mulberry Eira juga sedang berbuah lebat.
 Pokok bunga crinum dan garlic vine juga sudah berkali berbunga-bunga di kebun Eira.
 Eira punya pokok garlic vine cepat juga naik. Boleh tak Eira kongsi penjagaan macam mana nak kasi cepat besar pokok garlic vine? Tukang kebun kerap dapat soalan ini. Kali ini kita harap Eira dapat leave comment cara nak kasi garlic vine cepat besar pula.

Thank you for sharing Gardener Eira!

 Kalau masa mengizinkan, InsyaAllah akan tukang kebun sediakan beberapa pek benih bunga matahari Eira lagi untuk diselitkan pesanan-pesanan dipos minggu depan.

Khamis, 10 April 2014

Squirrel Si Stalker dan Cape Gooseberry

 Tukang kebun mulakan dengan kisah pokok Cape Gooseberry yang ada berbuah beberapa minggu dahulu dari pokok gambar di atas (klik info posting sebelum ini). Pokok Cape Gooseberry baka ini, pokoknya mirip macam tomato menjalar ataupun bak kata orang barat jenis 'climbing'. Tapi dalam istilah tomato kategori 'climbing' bukan bermaksud boleh tinggi memanjat sendiri tetapi meninggi perlu berikan sokongan. Pokok Cape Gooseberry sama jenis menjalar dan berselirat. Elok disediakan sokongan untuk kitaran udara yang elok pada musim hujan banyak atau monsoon. Tapi memandangkan masa musim kemarau tempoh hari pokoknya merimbun dan berbuah, tukang kebun sengaja tak beri dia pancang dan naikkan pokoknya. Tukang kebun biarkan ianya menjalar di atas tapak semaian kecil tukang kebun memberikan teduhan kepada anak-anak pokok serta cape gooseberry pun tak kena 'sunburn' terlampau masa musim panas kemarau tempoh lalu. Luas pokok cape gooseberry ini menjalar dalam gambar atas, pasu kediaman Cape Gooseberry pun tidak termasuk dalam gambar.  Kalau dinaikkan pokoknya tak mustahil kalau ketinggiannya dah lebih 1 meter. Untuk pancang sokongan tukang kebun tengok musim dan lokasi juga sebenarnya; musim hujan lebat pasang pancang, musim panas kemarau jangan bagi pokoknya tinggi sangat terdedah kepada terik matahari (errr to be honest tukang kebun tengok mood dan kerajinan). Kawasan pokok cape gooseberry tumbuh dalam gambar di atas menerima cahaya matahari direct selepas pukul 11 pagi lebih hingga petang, jadi gambar di atas tengok bayang tukang kebun ambil gambar mungkin sebelum pukul 10 pagi. Tukang kebun sebenarnya tengah merumput area bertentangan jadi si ayam mulalah menyibuk, kesukaannya menunggu tukang kebun habis merumput kemudian bila tukang kebun dah masuk rumah mulalah dia jalankan projek cakar-cakar kawasan yang baru sahaja selesai kena cabut rumput.
 Bulan ini bila hujan bertandang sekali-kala terserempak pula dengan anak pokok cape gooseberry dalam bekas yang ada pokok nam nam. Mula-mula musykil tapi nampak ada sarung buah cape gooseberry (dekat watermark) dalam bekas ini, tak syak lagi ianya anak pokok cape gooseberry dari biji benih buah yang tukang kebun tak perasan di celah-celah rimbunan pokok-pokok lain. Kalau tengok dalam gambar daun-daun pokok cape gooseberry tukang kebun tak banyak tapi ianya berbuah. Sekiranya pokok anda merimbun daun tapi tak berbuah-buah ada kemungkinan overdose unsur nitrogen yang kaya dalam baja seperti baja tahi ayam. Tukang kebun kalau baja tahi ayam walaupun ada jenis-jenis ayam yang seangkatan dengannya di rumah phobia dengan baja tahi ayam. Nanti mata sedap tengok pelbagai pokok-pokok nampak subur kaya daun menghijau tapi lama-lama sakit hati sebab hasil yang ditunggu-tunggu tak dapat sebab pokok mabuk daun. Kalau nak hasil kutip adalah sayur-sayur daun maka gunakanlah baja tahi ayam banyak pun tak pe. Kalau hasilnya dalam bentuk buah, root crop atau berubi maka pilihlah baja lain yang lebih sesuai.
 Minggu ini pokok strawberry yang berbuah bulan Februari lepas (pokok sama klik sini) mula berbunga kembali di lokasi yang terdedah dengan cahaya matahari sebelah petang. Tiada special treatment kecuali tanahnya ditutupi dengan daun kering (tak nak bagi rumput bermaharajalela dan kasi tanah lebih sejuk serta kurang sejatan air). Tukang kebun tak ada bagi baja apa-apa pun tahun ini dekat dia, mungkin dia serasi dengan cuaca sekarang. Bila tukang kebun tengok si strawberry yang berdekatan dengan cape gooseberry ini dah berbunga, maka tukang kebun pun rasa-rasa tak lama lagi mungkin bunga dari pokok cape gooseberry akan menyusul kalau ada rezeki. Sebab tengok pokoknya dah mengeluarkan pucuk-pucuk daun baru.
 Minggu ini entah kenapa tukang kebun kena harrasment dengan seekor jantan red-tail squirrel. Asyik mengekori tukang kebun sini sana sepanjang tukang kebun berada di luar menyelesaikan urusan-urusan. Gara-gara di awal pagi semasa tukang kebun jemur baju di luar, dengar riuh rendah direct di depan ampaian opppsss.... di dahan pokok durian belanda sana ternampak 2 ekor squirrel tengah mating. Tak sengaja and maybe tukang kebun punya bad habit bila buat eye-contact dengan animal usually memang lama, tengok siapa beralih mata dahulu. Lepas dah siap jemur, tukang kebun bergegaslah ke belakang nak kasi makan binatang ternakan pula yang dah lama standby berhampiran pokok durian belanda. Masa lalu pokok durian belanda tu pun tukang kebun terkejutlah tengok masih ada si tupai-tupai jenis ini tengah mengurat si betina lagi kut. Barulah perasan ada 3 ekor tupai dekat situ yang tak takut pun bila tukang kebun limpas. Mereka sibuk dengan dunia breeding season kut nak tackle si betina. Tak sengaja lagi bertentang mata dengan si tupai sejenak masa lalu. Lepas tu, tukang kebun ke parking kereta cari barang pun ikut. Pergi ke peti surat pun ikut. Pergi ke tapak semaian pun ikut. Ke mana-mana mengekor. Sengaja tukang kebun pusing ke sana sini nak buat pengesahan yang si tupai ni mengekor tukang kebun. Erkkk...tukang kebun ada bau tupai ke? 
 Hari Isnin lepas pun ada kejutan, tengah tukang kebun tabur biji-biji benih dalam pasu depan kolam tiba-tiba ada benda besar terbang rendah lalu dekat 1 meter belakang badan tukang kebun. Terkejut tukang kebun  pusing ingatkan mula-mula burung helang besar ke tadi yang lalu. Bila mata tukang kebun mengekor Si burung besar terbang solo tu hinggap pokok jati di belakang memang nampak gah dari jauh rupanya Si burung enggang. Dah lama tukang kebun tak nampak burung enggang singgah di Kebun Bahagia Bersama, seronok tengok mereka membuat KBB sebagai tempat persinggahan lagi. Lepas beberapa minit tengok si burung enggang berpindah ke pokok petai. Walaupun jarak kami ada dalam 1/2 ekar memang nampak besar dari jauh si burung enggang. Kamera pula dalam rumah. Lagipun kali ini tukang kebun tak nak kacau si burung enggang, takut merajuk lain kali tak nak datang jadi tukang kebun intai dari jauh sahaja. Cuma tukang kebun terkejut si enggang tiba-tiba terbang rendah bila menghampiri tukang kebun mungkin datang menyapa nak tumpang singgah sekejap.

Teringat pula zaman kanak-kanak Disney punya The Sword in the Stone:


Setakat ini untuk Give-Away minggu ini ada 4 calon penerima dah cukup syarat, tengah tungguh ada lagi satu slot yang cukup syarat-syarat untuk give-away kali ini.

Rabu, 19 Februari 2014

Peruvian GroundCherry (Physalis peruviana)

 Pada mulanya tukang kebun walaupun lalu-lalang dan ambik stok anak-anak pokok untuk shipment berdekatan di mana pokok Peruvian GroundCherry (Physalis peruviana) tumbuh tanpa sedari rupa-rupanya pokok tersebut dah bertambah besar kembali dan berbunga. Rasanya pokok Peruvian GroundCherry ni bangun semula semasa cuaca nyaman sekejap di Lembah Klang January lepas. Pokok Peruvian GroundCherry ini disemai pada Disember 2012  dan kalau tak silap ini kali kedua ianya berbuah dan pada bulan yang sama juga. Pokok Peruvian Groundcherry seperti pokok markisa adalah pokok yang dikategorikan sebagai short perenniel jadi boleh hidup sekurang-kurangnya 3 tahun. 
 Memandangkan popularitynya belum setanding pokok buah strawberry, tetapi rasanya yang dah ranum pun manis juga. Boleh buat asam sambal belacan lagi yang hampir masak masam manis jadi substitute untuk buah tomato. Cuma untuk berkongsi sahaja, supaya tidak tersilap pokok Peruvian Groundcherry ataupun dikenali dengan Cape Gooseberry (Physalis peruviana) dengan pokok tomatillo (Physalis philadelphica). Mereka adalah spesis yang berlainan tapi duduk dalam genus Physalis yang sama. Ternampak ramai yang tersilap (tukang kebun pun takut menegur nanti kecil hati) tapi dalam hati rasa tak eloklah kalau tak kongsi pengetahuan biar sama-sama berkembang, tersilap mana satu dengan cape gooseberry dan tomatillo bukan sahaja yang menanam, tapi pembekal yang menjual bibit pun selalu tersilap gunakan gambar tunjuk tomatillo tapi bagi nama lain dan vice versa. Salah satu yang boleh diperhatikan ialah bentuk daun kedua-dua jenis tanaman tersebut adalah berlainan. Daun pokok Peruvian GroundCherry bila dipegang rasa berbulu sedikit. Pokok Cape Gooseberry meninggi macam pokok tomato jenis menjalar, boleh nak sediakan pancang nanti meniarap batang-batangnya atas tanah.
 Pokok cape gooseberry yang digambarkan kali ini ditanam dalam pasu kena full sun dikelilingi tapak semaian kecil KBB. Dah sekarang ni makin ianya berpesta menjalar sini sana, tukang kebun biarkan sahaja ia menghimpap atas pokok-pokok dekat tapak semaian kasi buat ala-ala kanopi teduhkan pokok-pokok lain. Itu yang tak perasan dia dah berbuah, bila nak pilih-pilih pokok baru perasan. Ini generasi kedua biji benihnya dikumpul di Kebun Bahagia Bersama. Syukur Alhamdulillah dapatlah merasa fresh strawberry dan Peruvian GroundCherry dari kebun di lokasi tanah rendah Klang Valley ini dalam bulan ini.
 Antara jenis tuaian rezeki dari Kebun Bahagia Bersama minggu ini yang diperolehi. Buah markisa tergolek-golek banyak di tanah sekarang, masak sendiri kalau tidak dikutip hero-hero berdua tu buat baling-baling ke atas pokok macam bola bila ingat mama-nya tak nampak. Yang mengejutkan tukang kebun, radish heirloom white icicle yang disemai bulan January pada musim kemarau hanya mampu disiram seminggu sekali ada menghasilkan juga akar untuk dituai. Radish white icicle jenis tahan musim kemarau setelah diuji kebolehannya.
 Minggu ini masuk biji benih baru dalam list, sayur turnip Jepun yang akarnya jenis memanjang, bahagian atas satu pertiga warna merah dan akar yang lain berwarna putih. Nama turnip tersebut ialah Hinonakabu (日野菜蕪) dan jenis turnip yang sesuai untuk cuaca panas (Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek untuk RM1.00). Beetroot, Carrot, Radish, Turnip jenis akar cylinder yang memanjang adalah lebih mudah sesuai ditanam di kala cuaca panas dan kekurangan air untuk gardeners yang tidak dapat beri komitmen beri siraman air setiap hari.

 Masih dituai-tuai lagi biji benihnya, jadi tukang kebun tak pasti berapa ramai yang nak cuba menanam. Tukang kebun minat masuk dalam mulut je. Ada tukang kebun email gardeners yang ada tinggalkan pesanan di kotak komen dahulu (kalau minggu depan tiada jawapan bolehlah tukang kebun offer pada gardeners yang lain).

~ Pre-Order Fresh Peruvian GroundCherry (Physalis peruviana) Seeds from Kebun Bahagia Bersama Backyard ~
Approximate 30 seeds per-packet for RM3.00.

Untuk pre-order kalau boleh tinggalkan di kotak komen ya (jangan lupa email) supaya mudah tukang kebun nak follow reservation yang mana satu dahulu.

Rabu, 27 Februari 2013

Golden Nugget Cape Gooseberry mula berbunga

Golden Nugget Cape Gooseberry Bloom

  Ramai yang teragak-teragak sama ada cape gooseberry boleh hidup dengan cuaca tanahair kita ini atau tidak. Jadi tukang kebun tak perlu nak type apa-apa dan jadikanlah gambar sebagai penjelasan. Bulan Disember setelah terjumpa buah cape gooseberry yang tukang kebun selit dalam kotak dibawa dari Adelaide, yang lebihan macam tak berapa elok sebab buahnya dah kecut hitam tukang kebun campak biji benihnya dalam pasu yang mengandungi pokok-pokok strawberry. Tukang kebun sebenarnya tak sedar yang ada sepokok cape gooseberry sihat tumbuh di celah-celah pokok-pokok strawberry di depan dapur. Sekarang bila teringat mesti ada yang tukang kebun cabut ingat weed opppsss…sebab lupa ada campak biji benihnya di situ.  Bila dah sedar rupanya dah tinggi pokoknya.
Cape gooseberry strawberry

Projek nak pindahkannya asyik tergendala sahaja. Sekali terkejut tengok dah berbunga pokok cape gooseberry golden nugget tersebut. Hajat nak pindahkan terpaksa dibatalkan dan biar sahajalah di situ memandangkan pokok-pokok strawberry pun macam selesa sahaja bersamanya mungkin dapat menolong memberi teduhan bila masuk musim panas kemarau nanti.
Golden Nugget Cape Gooseberry and Strawberry

Sebenarnya tukang kebun tidak sangka dalam masa 2 bulan lebih sudah mula berbunga pokok cape gooseberry yang ditanam di Sungai Buloh ini. Di kebun lama Adelaide tukang kebun tunggu setengah tahun lebih baru nak berbunga. Semoga selamat buahnya dan tak sabar nak tengok gelagat tukang-tukang kebun kecil nak tunggu buahnya ranum. Pokok cape gooseberry ni mungkin selamat sikit dari si ayam mutiara sebab menghadap dapur.

Isnin, 17 Disember 2012

Percambahan Biji Benih Cape Gooseberry

 Masa sibuk packing kembali ke tanahair tukang kebun petik semua buah cape gooseberry 'golden nugget' yang dah nampak nak masak masuk ke dalam paperbag konon-konon ole-ole untuk pasangan sugarglider tukang kebun Dany sebelum diberi pokok-pokoknya kepada orang lain. Akibat sibuk memindahkan segala tanaman yang dibawa balik, tukang kebun lupa dan duduklah dalam kotak kecil setelah 3 minggu lamanya. Bila terjumpa dah ada yang mula tumbuh kulat hitam dan ada yang masih nampak elok. Tapi tak berani nak bagi kepada sugarglider nanti arwah ada yang kena cari pengganti pula. Jadi tukang kebun semailah semua biji-biji buah tersebut dalam musim hujan lebat ni terdedah je bijinya terbiar sebab kes malas. Risiko juga kalau si semut angkut semua biji benih tersebut. Syukur alhamdulillah lepas seminggu lebih ada polibeg hitam yang nampak kemunculan anak-anak pokok cape gooseberry.
Bila nak balik hari tu sayur yang masih kecil pun semua dituainya.
Buah cape gooseberry yang sempat dibawa balik.

Sabtu, 20 Oktober 2012

Cape Gooseberry Golden Nugget (Physalis peruviana)

 Seronoknya petik buah Cape gooseberry golden nugget makan terus dalam kebun sekarang. Yang dah betul-betul masak emas kekuningan buahnya rasa sangat manis dan yang di perantaaran hijau bertukar ke kuning pula masam masam manis. Sedap juga kalau dicincang campur dalam sambal ataupun ala Mexican salsa. 
 Pokok Cape gooseberry boleh ditanam di dalam pasu dan boleh tumbuh melebihi 70cm tinggi. Satu pokok cape gooseberry menghasilkan buah yang banyak macam Chinese lantern tergantung. Buah yang masak selalunya boleh diketahui apabila ianya mudah tanggal dari batang semasa dipetik. Pokok cape gooseberry golden nugget boleh hidup sekurang-kurangnya 3 tahun.
 Bunga pokok cape gooseberry golden nugget.

Bilangan offer biji benih Cape Gooseberry Golden Nugget tukang kebun tak pasti ada berapa pek dapat sebab tengah sambil-sambil menuai dah banyak buah dah masuk perut Tukang kebun. Tukang kebun lagi motivate nak makan buahnya dari tuai benih hehehe....

Untuk gardener yang berminat nak cuba tanam Cape Gooseberry Golden Nugget and nak booking please write in the comment box please. Pada siapa yang tiada blog pun boleh leave booking in the comment box as well by leaving your name and gardener yang belum pernah in contact dengan tukang kebun don't forget to leave your email. Untuk pre-order November biji benih Cape Gooseberry Golden Nugget kali ini, tukang kebun terpaksa terima booking by leaving comment sahaja dan bukan melalui email <sorry> sebab I might forget. Senang juga nak tahu siapa yang book in first.

~Pre-Order Fresh Organic Open-Pollinated Cape Gooseberry Golden Nugget~
Approximate 30seeds per-pack (RM3.00).