Japanese Iris dan Louisiana iris adalah jenis iris yang sesuai ditanam di kolam atau kawasan yang agak berpaya (boggy). Semasa musim kemarau hendak dipastikan akarnya tidak kering atau 'mulch' supaya air tidak mudah tersejat dari tanah. Tapi setelah pokoknya matang, ianya boleh tahan cuaca kemarau dan kering seketika waktu. Ini nota koleksi yang ada dengan tukang kebun sementara ingat sebab selalu lupa apa yang dah ada. Masa saya merantau belajar di Jepun, selalunya bunga iris ni berbunga bulan June (early summer) berdekatan kawasan saya berhampiran kawasan yang berair. Bunga iris dipanggil 'Ayame' dalam bahasa Jepun. Berkenan juga nama ayame nak bagi ke anak perempuan kalau duduk Jepun.
Japanese Iris 'Facsination'
Japanese Iris 'Gusto'
Japanese Iris 'Rose Queen' (3 bulbs tanam di Sungai Buloh Ogos 2012)
Louisiana Iris 'Geisha Eyes' (1 rhizome tanam di Sungai Buloh Ogos 2012)
Louisiana Iris 'Teacup Chatter' (1 rhizome tanam di Sungai Buloh Ogos 2012)
Louisiana Iris 'Even handed'
Louisiana Iris 'Anne Chowing'
Louisiana Iris 'Even handed'
Louisiana Iris 'Dancing Vogue'
Louisiana Iris 'Colorific'Louisiana Iris 'Anne Chowing'
Kawan-kawan suka yang mana?
Mmmm....ikutkan hati nak tambah lagi koleksi. Berapa lama agaknya nak tunggu di Sungai Buloh berbunga. Tanya tukang kebun bongsu yang ambil peranan siram pokok keliling rumah di Sungai Buloh , katanya dah bagi semua pokok siram air optimum apa yang disiramnya jangan tanya tak tau (sigh). Kalau jenis iris yang Tall Bearded Iris, tukang kebun tahu dan yakin yang ni tak payah siram sangat dan kuat panas. Minggu ni nak hunting Louisiana Iris lagi.
P.S: Buat masa sekarang, tukang kebun hanya boleh tawar pisahkan diri dengan Louisiana Iris 'Colorific (1 rhizome), Louisiana Iris Even-handed (1 rhizome) dan Louisiana Iris 'Geisha Eyes' (2 rhizome).
P.S: Buat masa sekarang, tukang kebun hanya boleh tawar pisahkan diri dengan Louisiana Iris 'Colorific (1 rhizome), Louisiana Iris Even-handed (1 rhizome) dan Louisiana Iris 'Geisha Eyes' (2 rhizome).