No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Jenjuang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenjuang. Papar semua catatan

Khamis, 22 Mac 2018

Matahari Terbit dari Kudat Golf and Marina Resort

 Walhal baru je minggu lepas baru ke Kudat tetapi sampai hari ni dah rasa macam bulan lepas pula perjalanan baru-baru ke Kudat ni. Masa begitu pantas berlalu rasanya bila makin sibuk dengan duniawi ni. Trip ke Kudat ni bukan melancong tapi atas tugas penyeliaan dan penyelidikan. Selepas solat dan sambil menunggu waktu sarapan ambil angin dulu di tempat penginapan. Tempat penginapan di trip Kudat kali ini ialah Kudat Golf and Marina Resort.
 Selalunya waktu begini asyik sibuk urusan persiapan anak-anak ke sekolah. Kali ni ambil peluang kalau ada rezeki nak tengok matahari terbit dari bumi Kudat ni. Mula-mula teragak-agak juga mana arah matahari terbit ni samaada boleh nampak dari persisiran pantai resort ini ke tidak. Bila teringat arah kiblat, mungkin macam boleh. Kemudian ada pekerja resort lalu, cuba tanya katanya betul arahnya yang kami agak matahari muncul jika ada rezeki.
 Sambil menunggu matahari muncul sebalik awan kabus yang tebal, Tukang Kebun pelik tengok ada mahkluk di dalam air laut ni asyik ke hulur hilir depan kami ini. Awal-awal mungkin boleh ingat kayu dihanyutkan oleh ombak. Dah kalau bertukar posisi berenang ke kiri kanan, dah tak mungkin la tunggul kayu. Bila diamati betul-betul lansung rasa bentuk badannya macam bukan biawak ni. Macam sang buaya air masin ni.  Sang buaya yang usianya masih remaja lagi dah mula panjang tapi tak setegap macam yang dewasa lah lagi. Kali terakhir nampak buaya liar ialah di Sungai Kinabatangan (related posting klik sini). Atas badannya ada bergarisan sisik muncul kan tu selari. Memang kawasan arah utara Kudat ini ada buaya air masin.
 Akhirnya muncul jugalah Si Matahari di sebalik kepulan awan kabus yang tebal.  Ada rezeki juga layan perasaan tengok matahari terbit di Kudat ini. Hilang rasa penat dan sakit kaki yang baru kena dera lepas sertai Borneo Ultra-Trail Marathon kelmarinnya (related posting klik sini).
 Kalau main golf berdekatan dengan Kudat Golf and Marina Resort ini memang boleh sama-sama istirehat dengan buaya air masin la ya.....really with nature. Seperti gambar di bawah yang sebelah daratan kiri ada pokok-pokok kelapa itu adalah padang golf ya. Ada juga beberapa perahu kecil nelayan juga lalu-lalang di depan mata mencari rezeki. 
 Sebenarnya matahari terbit boleh juga dinikmati dari balcony tempat reception tetamu juga dengan kolam renang.
 Harga bilik yang paling murah ditawarkan di Agoda masa buat reservation ialah yang Garden View harganya RM135 ditawarkan yang harga asal RM300 lebih sebilik. Antara sebab kenapa pilih menginap di Kudat Golf and Marina Resort kali ini. Tambahan pula dah termasuk breakfast sekali.
 Kami diberikan bilik Ground Floor yang kalau buka sliding door terus ada taman permainan dan boleh juga jika nak menikmati sunrise dari garden bench di luar bilik yang disusun. Sebab harganya murah dari biasa, kami takde la yang tak puas hati. Cuma masalah bilik tak dapat dibuka sendiri kerana dah rosak. Setiap kali nak masuk bilik kena mohon di reception untuk tolong bukakan je lah. Tapi mereka okay je dan setiap kali mohon maaf atas masalah teknikal. Dengan harga yang diberikan kami terima yang seadanya sebab di Kudat ni bukan banyak tempat penginapan. Kalau di Kudat ni dapat tempat penginapan macam service hotel ada facilities swimming pool, gym dengan breakfast consider murah la dapat bawah RM150. Fikir-fikir kalau ada rezeki nak bawa anak-anak jalan jika dapat harga menginap Kudat Golf and Marina Resort bawah RM150 semalam. Dearest husband, Abby dan Rayyan belum sampai Kudat lagi. 
 Sarapan bermula pada pukul 7 pagi di sini. Masa naik tangga dari arah kolam renang ke receptionist nak mohon tolong bukakan pintu, terjeling pula di corner bawah tangga ini dihiasi dengan pokok jenjuang merah dan daun kaduk. Nampak cantik juga kombinasi dua pokok ini. Bagi mereka yang terhad ruang menanam boleh juga tanam pokok jenjuang merah bersama-sama dengan pokok daun kadok. Jika tanam dalam container juga boleh gabungkan kedua-dua pokok ini. Misalannya balcony gardening, pokok jenjuang merah boleh ditanam dalam pasu bersama-sama pokok daun kadok. Pokok jenjuang merah yang meninggi boleh memberi teduhan kepada pokok daun kaduk masa musim panas.

~ More info on pokok jenjuang merah (Klik Sini) ~
1 pot pokok jenjuang merah RM6.00 .

~ More info on pokok daun kadok (Klik Sini)~
7 moist bare-rooted pokok daun kadok RM5.00 .
 Masa check out di Kudat Golf and Marina Resort adalah pada pukul 12:00PM. Sebelum bergerak keluar ada kami mohon check out lambat. Tapi terlambat balik ke hotel semula nak dekat pukul 1:00PM. Nasib tak berkira sangat resort ni lepas cuci lumpur segala, kami check out dalam 1:30PM.

Rabu, 18 Mac 2015

Good Luck Plant

 Semasa musim panas dan kering biasanya members Kebun Bahagia Bersama dapat cuci mata tengok pokok jenjuang merah berbunga serentak di keliling rumah. Cantik bunganya yang kecil-kecil keluar macam trumpet serentak mekar. Pokok jenjuang ini daunnya non-toxic jadi selamat untuk PETS dan kanak-kanak yang terlampau adventure semua dipetik di makan. Siapa yang takde pokok pisang nak ambil daun pisang untuk buat bekas balut kuih macam lepat boleh gunakan daun jenjuang merah ini sebagai substitute. Yang kekurangan ruang boleh je tanam dalam bekas. Tumbuhan jenjuang merah pun keperluan airnya tak banyak jadi yang tumbuh dalam pasu pun tak bagi stress dekat gardenernya untuk bagi air selalu.
 Al-Kisah tahun lepas tukang kebun pindahkan anak-anak pokok ke tapak semaian berdekatan dengan tempat PETS Avian tu makan. Sekali habis semua daun pokoknya botak rakus entah dimakan oleh Angsa. Angsa ini sakit gigi ke apa nak berubat dengan meratah daunnya. Jadi teladan lain kali tak boleh letak dekat tempat angsa atau ayam belanda betina berlegar-legar habis diratahnya tak de chance pokok tu nak tumbuh. Terpaksalah tukang kebun semai batch lain dan simpan di tapak semaian belah depan. So safe plants for the living things.

Info mengenai Good Luck Plant di posting sebelum ini (klik sini).
  Jenjuang merah walaupun tak berbunga masih membantu menceriakan tempat yang penuh dengan background daun-daun hijau dengan daun merahnya yang berbagai rona. Bukan sahaja pokok hiasan tapi boleh dijadikan sumber makanan dan berubat.
  Pokok jenjuang merah biasanya digemari untuk landskap sebab mudah nak jaga, tak remeh dan tak perlu siram selalu. Dekat landskap Muzium Negeri Terengganu juga banyak pokok-pokok jenjuang merah ditanam. sebagai contoh di depan Rumah Tele ini di bahagian kawasan khazanah rumah-rumah tradisional yang dikumpul dan dipindahkan bawah jagaan Muzium. Kalau ada gardeners yang mata cekap cuba cari dalam landskap Rumah Tele berderekatan dengan Jenjuang Merah ini ada juga Setawar Putih selain dari banyak pokok Tongkat Ali ditanam.
 Gardeners yang Cuti-Cuti Malaysia ke Terengganu atau duduk berdekatan dengan Kuala Terengganu ini tukang kebun beri cadangan melawat laman Muzium Negeri Terengganu boleh dikirakan macam Botanic Park semasa cuti sekolah ini. Terdapat banyak koleksi tumbuhan-tumbuhan buah nadir  dan herba yang kini jarang dilihat serta sukar didapati. Tangan tukang kebun pun dah rasa gatal-gatal nak angkut je rasa nak bawa balik nasib dah besar giant hehehe...

  Walaupun Taman Herba di situ agak terbiar (related posting klik sini),  laman yang lain seperti khazanah-khazanah rumah lama dan pameran perahu-perahu tradisional nampak kemas di kelilingi dengan pokok-pokok buah nadir dan herba yang jarang-jarang kelihatan sekarang. Dekat belakang perahu lama tu ada deretan jenjuang merah di mana depannya tu pokok bidara. Ada juga pokok-pokok buah-buahan yang unik tukang kebun pun pertama kali nampak. Menarik juga berjalan-jalan di laman luas Muzium Negeri Terengganu ini seperti kita berjalan-jalan juga di taman botanik.
 Pokok jenis jenjuang merah koleksi Big Boss di Kebun bahagia Bersama unik sikit warnanya berjalur-jalur.

~ Jenjuang Merah (Cordyline fruticosa) ~
1 pot for RM6.00.

Isnin, 30 Jun 2014

Yang Berbunga-Bunga Top 3 Perennial Flower June 2014

 Di Kebun Bahagia Bersama pada June 2014 ini adalah musim kemarau. Ada hujan ziarah pun pada awal bulan. Lepas tu tak datang-datang hujannya. Akhirnya pada 26hb June 2014 ada juga hujan sudi singgah sebentar. Bila dah beberapa minggu tak hujan, pastilah pokok-pokok semua akan jadi stress. Tambahan pula pokok yang dalam kategori 'perennial' dah bertahun-tahun menghuni Kebun Bahagia Bersama tiada tukang kebun bagi muka nak siram. Malas tukang kebun nak layan, kalau hijau subur saja masa musim ada hujan. Maka bila diabaikan barulah nak memperagakan bunga-bunganya. Top 3 dalam kategori pokok perennial yang asyik berbunga pada bulan June ialah Pokok kemboja kuning bali, Jenjuang Merah dan Pepanggil.
 Eloklah tu. Lagipun mereka bertiga ni memang boleh hidup bahagia bersama-sama. Gambar di atas ini di bahagian luar tembok depan Kebun Bahagia Bersama. Memanglah takkan disiram. Dah tumbuh tinggi melampai nak intai penghuni di dalam agaknya buat apa.
 Jenjuang merah jarang-jarang tonjolkan bunganya yang cantik macam loceng tu. Bila dah kena kemarau baru nak berbunga. Sebab tu orang ingat pokoknya semata hiasan daun sahaja tetapi pokoknya ada pelbagai guna (info jenjuang merah klik sini).
 Bulan June ini di sudut-sudut yang dihuni oleh pepanggil memang menjadikan tempat tersebut menyala-nyala macam tiang lantern nak sambut tahun baru cina. Pokok pepanggil banyak juga yang ditanam di tembok luar depan rumah (Gambar di atas bersebelahan Gate No. 1). Pokoknya tinggi jadi bila berbunga boleh nampak dari dalam kawasan halaman dalam rumah. Pokok pepanggil bila dah umurnya lebih 7 bulan tak berbunga-bunga jangan dimanjakan lagi. Berhenti kasi makan (baja) dan minum (siram) kalau nak dia menyerlah berbunga. Kalau banyak sangat dibelai nanti dia asyik beranak pinak malas keluarkan bunga. Bila kemarau bila tak disiram memang dia akan dipaksa berbunga. Kalau daun kuning gugur tak mengapa, tengok dalam gambar daun di pokoknya pun dah hilang sudah di musim kemarau ini. Pokok pepanggil bila dah lebih setengah tahun pokoknya sangat lasak sebab akarnya dah banyak tersebar di bawah tanah tanpa kita sedari. Itu sebab bila dah subur sangat diberi makan, keluar anak-anak pokok tiba-tiba di sekitarnya. Bila dah habis layu bunganya, pangkas sahaja. InsyaAllah akan keluar pucuk-pucuk baru nanti (Info pepanggil klik sini).
 Just a reminder yang telah dapat ticket dari Kebun Bahagia Bersama berminat untuk menerima Hamper Aidilfitri 2014 dari Kebun Bahagia Bersama bolehlah join in mulai esok.

Selamat mengerjakan ibadah puasa.

Rabu, 12 Mac 2014

Jenjuang Merah the Good Luck Plant

 Mengikuti perkembangan MH370 di berita semalam sambil dinner, terlihat berita mengenai kesan kemarau di negara lain. Contohnya hiba melihat kesan musim kemarau di Pakistan mengakibatkan kematian ramai kanak-kanak di bawah umur 5 tahun akibat kebuluran, tidak cukup zat dan jatuh sakit. Sebagai seorang tukang kebun yang ibu kepada 3 kanak-kanak berumur 7tahun boleh bayangkan bagaimana perasaan ibu-ibu walaupun mereka sendiri tidak bermaya di pendalaman Pakistan mengendong anak mereka yang jatuh sakit berjalan kaki berpuluh-puluh kilometer untuk ke hospital terdekat dan mendapatkan bekalan untuk anak-anak mereka. Dalam musim kemarau ini, dicatitkan dan diperhatikan beberapa pokok yang tiada masalah dan hidup bahagia sendiri tanpa belaian yang boleh dijadikan sumber makanan pada masa darurat ini dengan kekurangan air. Di kawasan lembah Klang juga banyak kawasan perumahan yang sekarang menerima catuan air yang terhad. Di Kebun Bahagia Bersama untuk penggunaan air di luar rumah, air dari palung yang dijana dengan pump generator ke hampir semua paip air menyelamatkan kami di musim kemarau ini. Sekiranya bekalan air terputus, air dari palung adalah back up kami. Salah satu tumbuhan yang bukanlah rare tetapi kerap dilihat di sekeliling kita adalah pokok jenjuang (Cordyline fruticosa) yang sebenarnya bukanlah sekadar nilai ornamental atau hiasan kerana pokoknya tidak memerlukan banyak penjagaan sebagai pokok untuk landscape. Cuba perhatikan dalam musim kemarau ini, walaupun dibiarkan sahaja pokok jenjuang merah (Cordyline fruticosa) hidup sendiri dengan bahagia. Pokok jenjuang (Cordyline fruticosa) sebenarnya adalah pokok yang mempunyai nilai dijadikan sebagai makanan dan juga digunakan untuk perubatan tradisional. Sekiranya ada masa google 'Cordyline fruticosa' akan terpegun mengenai banyak penggunaan pokok jenjuang dari segi perubatan dan untuk dijadikan sumber makanan.
 Pokok jenjuang (Cordyline fruticosa) berasal dari kawasan Asia Tenggara tetapi rekod mengenai penggunaannya lebih banyak sekitar dari orang Polynesia terutama di Kepulauan berdekatan Hawaii dan Papua New Guinea. Bukan pokok asal di Hawaii tapi pokok ini telah dimanfaatkan oleh penduduk di Hawaii. Di Hawaii, pokok jenjuang(Cordyline fruticosa)  dikenali sebagai pokok 'Ti'. Ianya juga dikenali sebagai the Good Luck Plant. Daun dan ubi akar pokok jenjuang adalah sebenarnya sumber makanan. Rizom akar pokok ini boleh diproses untuk membuat minuman ala-ala tapai. Dikatakan ubi/rizom yang dibakar dimasak  dari pokok ini rasanya lemak dan manis. Daun dari pokok ini boleh dibuat untuk membalut makanan ataupun dessert. Takde daun pisang, barangkali daun jenjuang merah boleh menjadi alternatif. Tambahan pula kalau ada company dinner tema 'Hawaii' bolehlah buat daunnya untuk cover hula skirt ala-ala style hawaii. Pokok jenjuang (Cordyline fruticosa) adalah pokok yang selamat untuk dirumah untuk kanak-kanak dan haiwan perliharaan sebab ianya adalah pokok yang tidak toxic. Kerana pokoknya jenis meninggi boleh digunakan sebagai border plant atau di depan pagar rumah untuk memberikan sedikit privacy dari orang yang lalu-lalang di depan jalan rumah. Pokok jenjuang dan pokok kemboja juga serasi tumbuh bersama-sama. Sebelum tukang kebun lupa nak catit, kemboja bali yang berwarna merah dan kuning picotee yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama, kelopak bunganya juga adalah jenis bunga yang boleh dimakan. Masa Abby belum masuk setahun dulu kerap kami bagi dia duduk kunyah-kunyah kelopak bunga kemboja sambil perhatikan tukang kebun buat kerja. Biasanya abang Abby si Rayyan yang rajin hulur-hulurkan bunga kemboja kepada Abby. Rayyan yang sekarang berumur 4 tahun selalu jadi rekorder tukang kebun, dia ingat mana tukang kebun kata boleh makan dan mana tak boleh makan.
 Kalau sakit gigi dikatakan bolehlah gunakan daunnya gosok di tempat yang sakit itu (tukang kebun tak pernah cuba tak pasti effective atau tidak). Akarnya juga membantu mengurangkan sakit gigi. Bagi yang mengandung tidak digalakkan untuk mencuba sebab ada ekstrak unsur bahagian di pokok ini boleh menggugurkan kandungan yang digunakan secara tradisional untuk menggugurkan kandungan. Bagi yang menyusukan anak boleh, sebab ekstrak campuran dari akarnya membantu ibu yang sedang menyusu yang mengalami masalah infection di mammary gland (lupa panggil apa sympton ni dulu dengan Abby ada kena) . Pokok jenjuang merah (Cordyline fruticosa) bahagia di lokasi yang menerima banyak cahaya matahari. Untuk gardener yang baru berjinak dalam berkebun, ini adalah antara tumbuhan sesuai yang mudah untuk memberi keyakinan dalam dunia gardening.
~ Jenjuang Merah, the Good Luck Plant (Cordyline fruticosa) ~
1 bekas RM6.00 (enquiries kebunkmg@gmail.com) .