No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 24 Februari 2015

Katak Puru dalam Pasu

 Hari pertama Tahun Baru Cina minggu lepas kami sekeluarga melawat Muzium Negeri Terengganu. Dalam perjalanan singgah isi minyak hari sebelumnya, tukang kebun kecil KBB Ilhan tanya minyak tu terjadi macam mana mama? Ah sudah Ilhan si Darjah 2 ni bagi soalan sukar juga nak explain tanpa diagram dengan banyak perkataan yang tak masuk dalam pengetahuan dia. Rasanya curious Ilhan (dinosaur fixated special "A" kid) kind of faham yang dinosaur (fossil) antara sumber minyak terjadi. Cuma part berjuta-juta tahun punya fossil compression/tekanan menghasilkan minyak agak sukar nak bayangkan. Apa dia 'tekanan' pun belum lagi faham maksudnya. So kali terakhir pergi Muzium Negeri Terengganu Ilhan masih toddler masih dalam ingatan tukang kebun ada sudut untuk Petroleum. Sebab tiada rancangan apa-apa nak dibuat di kampung hubby maka melawat Muziumlah kami untuk educational trip Si Ilhan. Malangnya sudut Petroleum sedang ditutup untuk diubahsuai. 
  Dalam kawasan Muzium Negeri Terengganu ada Taman Herba. Malangnya Taman Herba ini sudah terbiar dan banyak pasu pun tukang kebun tengok dah kena jadi tempat pokok-pokok invasive yang tumbuh sendiri sudah menapak di dalamnya (Gambar No. 2). Gambar di bawah (No.3) pada dahulunya menjadi tempat herba jenis rhizome atau bebawang disusun untuk nampak kemas sederat seperti ini. Kalau ditanam di dalam pasu jika terbiar dan tak siram memang habislah lenyap pokok-pokoknya. Mahu sahaja rasa nak gali dibawa balik jadi anak angkat kesian tengok terbiar gini. Macam deretan belakang paling kanan tu tengok samaada cekur batik atau ungu. Yang di depan pasu no. 2 tu memang sah bawang berlian mula timbul semula daunnya.
 Walaupun nampak terbiar, di hadapan pintu masuk Taman Herba ini ada Katak Puru hidup subur dalam pasu. Pokok katak puru adalah pokok buah nadir di negara kita yang jenis renek dan tukang kebun juga sering dapat pertanyaan, Bolehkah pokok katak puru hidup dalam pasu? Jadi gambar bawah adalah bukti yang katak puru boleh hidup dalam pasu.
  Bolehkah ianya berbuah jika tanam dalam pasu? Meh tengok dengan mata sendiri. Itu dia ada juga buahnya sedang melekat dekat pokok, boleh dah nak petik makan tu. Tukang kebun cukup suka campur buah katak puru dalam masak asam pedas ikan pari memang banyak kali tambah. Jangan lupa pokok ini banyak manfaat dan khasiat yang bukan sahaja pada buahnya. Yang menghadapi masalah kencing tak lawas atau air mani tidak lancar boleh makan pucuk muda berwarna merah sebagai ulam. Kalau tak silap daunnya juga boleh dikeringkan untuk dibuat teh pasti ada khasiatnya untuk kuruskan badan dan membantu masalah kencing manis.
 Buah Katak Puru juga kaya dengan vitamin C sedap campur sebagai bahan juicing. Ahad lepas baru dikirim anak pokok Katak Puru ke Big Boss. Katak Puru ini nak jaga tak susah, yang susah nak pindahkan kena hati-hati akarnya tak cedera ya. Kena fikir betul-betul tempat permanent lokasi nak tanam dia. Akar tunjang kuat dia tu tak mudah nak dialihkan bila dah besar. Bila dah dipindahkan selepas beberapa bulan sesuai dengan sekitarnya, selalunya gagah tumbuh sendiri kemudian macam yang terbiar di Taman Herba tu.

~ Anak pokok katak puru 1 pot RM10.00 ~
 Syukur Alhamdulillah musim-musim panas dan kering ini, banyak sumber vitamin C di sekitar Kebun Bahagia Bersama rezeki yang diperoleh. Sebagai contoh minggu ini gambaran buah katak puru sedang membesar di gambar atas. Ini kegemaran kami jadi tak open untuk supply for this season. Dah lama menunggu ini dah terliur-liur menunggu.

 Minggu ini juga banyak rezeki belimbing buloh di atas pokok untuk diambil yang juga kaya dengan vitamin C. Sedap campur dengan masak lemak cili api telur itik dari kebun sendiri semalam. Jus roselle dari hasil kebun sendiri juga banyak Vitamin C. Biji benih roselle juga high demand bulan ini tak sempat nak announce ada fresh seeds sebab setiap kali baru tuai dah kena booking. Gardeners yang nak saji air roselle untuk buka puasa bulan Ramadhan atau pada Raya Aidilfitri nanti dari kebun sendiri jangan lupa semai biji benih roselle sekurang-kurangnya bulan Mac ini ya. Manalah tahu ada nak buat kuih tart jem roselle pula. Bolehlah selang seli dengan tart nanas yang berwarna kuning.

~ Anggaran 50 biji benih roselle dalam 1 pek RM3.00 ~

  Yang ini pula hamper Chinese New Year untuk Big Boss dari Kebun Bahagia Bersama cawangan Sungai Buloh for her Vitamin C natural supplement Lemon Tahiti.
  Apa yang sempat dituai sebelum Tuan Tanah bertolak ke KLIA Ahad lepas juga ialah limau kapas, terung pipit dan markisa untuk dapur Big Boss di KingFisher. Banyak natural supplement Vitamin C untuk Big Boss. 

Minggu ini jadual Self-Collect Day:

~25th February 2015 Wednesday at Sungai Buloh from 8:30PM ~ 9:00PM.

~ 27th February 2015 Friday at Sunway Pyramid from 10:00PM ~ 10:30PM.

4 ulasan:

@na berkata...

nostalgia betul la pokok katak puru...dulu kt kg ada di tepi laman rumah jiran, pokok nya rendang dan sangat cantik..sekarang dah susah nak jumpa dah...
tak tau plk pucuknya boleh dibuat ulam...tima kasih KBB kongsi info menarik ni...
ingat lps ni nk kena cari jgk la pokok katak puru nk cuba tnm dalm pasu jugak

Kakzakie berkata...

Kakak rasa kakak pernah jumpa pokok katak puru ni besar sangat masa kakak kecik-kecik dulu Diana. Tapi tak tahu pulak ianya sgt baik utk kita manusia ni. Nak cari sekarang ni macam tak jumpa dah. Jumpa di KBB ni - alahai banyak betullah ilmu pokok yg Dee ada. Kakak ni harap aje org kampung tapi ilmu cetek..

nasa mulia berkata...

katak puru yg masak suka makan ngan colek...masam2 bila teringat jd kecur liur.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia @na,

Tuan Tanah KBB memang sukakan pokok katak puru yang rendang ni bagi matanya cantik. Kami selalu dipesan tanam anak-anak pokoknya di tepi tembok.
Ya pucuknya boleh buat ulam. Rasa pun takdelah kuat.

Salam Bahagia KakZakie,

Zaman dulu tak janggal tengok pokok katak puru ni.
Generasi sekarang ramai dah tak kenal.

Salam Bahagia Nasa Mulia,

Hahaha...betul bila teringat jadi kecur liur.