No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Petak Bonglai Hantu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petak Bonglai Hantu. Papar semua catatan

Isnin, 13 November 2017

Nenas Madu Sabah berbuah dalam bekas teman KBB

 Tumpang Bahagia kami apabila Teman KBB berdekatan di Lembah Klang TTDI juga memberikan khabar berita yang bekalan sulur nenas madu Sabah yang diambil 19hbJun2016 tahun lepas dibela dalam pasu akhirnya telah menghasilkan buah di tamannya. Tukang Kebun pun tak pernah cuba bela dalam pasu pokok nenas jadi excited sangat bila dengar sulur tersebut telah membesar menghasilkan buah.
 Kemudian tambah berita gembira lagi dari Teman KBB yang di Lembah Klang berdekatan Puchong memberikan khabar berita bahawa biji-biji benih yang dibekalkan dari KBB setelah disimpan lebih dua tahun dalam peti ais dapat masih bercambah dengan baik. Antara yang muncul adalah biji benih bunga sweet pea, asparagus, kapas dan kacang hijau. Kami doakan supaya kesemuanya memberikan hasil yang gembira kepada gardeners yang menjaganya.
 Buah Nenas Madu Sabah ini memang kesukaan sekeluarga. Abby seorang pun boleh habiskan sebiji. Harga Buah Nenas Madu Sabah pun makin meningkat kerana kemanisannya yang semulajadi. Kebun Bahagia Bersama buat harga istimewa sulur-sulur Nenas Madu Sabah sehingga 31hb Disember 2017.

~ 3 sulur nenas madu Sabah RM5.00 (valid till 31st December 2017) ~

 Syukur Alhamdulillah cuaca tahun ni buah rasa manis enak sekali, sebab air hujan tidak berlebihan dan pokok pun tak berapa kekurangan air. Bak kata orang Mat Salleh just right lah water quantity yang diterima secara semulajadi. Buah pun tak berair lebih but still juicy and super sweet. Yang tak sempat nak buat pesanan buah kuning telur dan buah ciku hujung minggu baru-baru ini, InsyaAllah awal bulan Disember akan datang ini masih ada lagi.

 Aduilah masalah angsa-angsa di kebun ini suka sangat makan batang pokok daun halia/lengkuas termasuk jugalah Tukang Kebunnya pokok kegemaran Borneo Beehive Ginger ini. Tukang Kebun suka sebab bukan sahaja ianya pokok herba tapi nampak macam pokok hiasan dengan kon yang muncul keluar dari tanah warna merah macam beehive. Kemudian di celahnya sisip bunga sebenar yang mekar.
More info on Borneo Beehive Ginger (Click Here).

~ 1 set rhizome Borneo Beehive Ginger RM25.00 ~

Jumaat, 6 November 2015

Borneo Red BeeHive Ginger

  Antara herba yang duduk di sudut belakang Kebun Bahagia Bersama yang Tukang Kebun bawa balik dari lawatan pertama ke Tamu Donggongan beberapa tahun lalu ialah Lempoyang hitam ataupun dikenali juga sebagai Bonglai Hitam/Bunglai Hantu (Zingiber ottensii Valeton). Walaupun sekali imbas kelihatan seperti pokok lempoyang (Zingiber zerumbet) yang banyak digunakan untuk kesihatan wanita, pokok Lempoyang hitam yang matang lebih besar dari jenis pokok herba lempoyang yang lebih dikenali. Pokok Lempoyang hitam ini tumbuh lebih besar dari Tukang Kebun. Nampak besar macam pokok lengkuas tetapi batangnya berwarna kemerah-merahan terutamanya di bahagian pangkal pokok yang matang.

  Mengimbas kembali semasa temu dengan Lempoyang Hitam dengan Orang Tengah di Tamu Donggongon, Tukang Kebun baru sibuk selesai pajak halia bara. Ternampak Lempoyang Hitam ini yang mula-mula Tukang Kebun hairan rizom nya besar macam halia tua. Ingatkan halia masak yang biasa tetapi Middleman kata itu bukan halia biasa untuk buat bersama dengan masakan tu, tapi kunyit merah jambu herba ubat. Bila sniff sniff memang bau aromanya lebih lain. Macam ada bau kunyit, tapi lebih kuat.
  Jika dilihat warna isinya yang sangat matang, terkejut Tukang Kebun tengok rizom sebesar halia/lengkuas tetapi isinya merah jambu atau keungguan pekat. Yang di bawah ini isi rizom muda masih nampak ada keungguan warnanya. Yang matang lebih pekat warnanya. Camera did not managed to pick up the right colouring of the rhizome flesh.
   Pokok Lempoyang Hitam dilaporkan berasal dari kawasan Asia Tenggara, berlainan dari kisah asal usul lempoyang yang asalnya dikatakan dari negara India. Di negara barat dalam lingkungan cuaca tropika, ini adalah pokok adik beradik halia yang exotic ramai gemar buat pokok hiasan. Kerana kadang kala mengeluarkan tangkai dari tanah ada rupa bentuk sarang lebah berwarna merah, hence 'beehive' ginger.
  Jika tidak biasa lihat sekali imbas mirip macam bunga lempoyang. Tetapi bunga Lempoyang Hitam lebih mekar lama dari bunga lempoyang. Salah satu sebab ianya juga diminati sebagai pokok hiasan walaupun mempunyai nilai herba yang berguna. Biasa juga kelihatan ada gardeners yang susun pokok kantan sebagai hiasan, boleh juga selang seli dengan pokok 'Borneo Red BeeHive Ginger' ini juga pasti nampak lebih menarik dan meriah. Makin matang usia kantung BeeHive Ginger ini akan lebih nampak kemerahan gelap. Nama trend baru untuk Red BeeHive Ginger juga sekarang dilabelkan sebagai 'Cocoa Delight'.

  Kenapa Tukang Kebun selalu maklumkan juga sekiranya tahu mana asal usul tumbuhan diambil untuk tanam di Kebun Bahagia Bersama? Walaupun species sama contohnya species Zingiber ottenssi Valeton tetapi ada variant dari composisi kimia yang terkandung di dalamnya bergantung kepada lokasi yang diambil. Sebagai contoh, bila Tukang Kebun buat pembacaan mengenai Lempoyang Hitam rupa-rupanya analysis perbandingan dengan Lempoyang Hitam yang tumbuh di Sabah ada kelainan dengan yang sample diambil dari Johor (Sirat et al 1994, Sri Nurestri Abd. Malek et al 2005).


 Untuk rujukan yang berminat untuk menambah koleksi adik-beradik halia, yang mula dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama mulai hari ini ialah Bonglai/Lempoyang Hitam yang asalnya dari Sabah (Borneo Red BeeHive Ginger). Kebun Bahagia Bersama akan bekalkan secara fresh division dari induk pokok bonglai hitam yang rizomnya ada mata tunas. Jimat sikit kos penghantaran tak perlu pakai tanah.

~ 1 set Borneo Red BeeHive Ginger rhizome division for RM25 ~


   Secara traditional semasa wanita berpantang di belah utara mak bidan gunakan bonglai hitam akar dan daunnya ditumbuk dan dilumur / tuam (poultice) di badan. Tidak banyak kajian dilakukan lagi mengenai bonglai hitam cuma baru diketahui bahawa mempunyai nilai anti-oksida dan anti-cancer yang tinggi. Sekiranya ada gardeners mempunyai pengetahuan yang dapat dikongsikan bersama mengenai jenis adik-beradik halia yang berasal dari tanahair sendiri ini dialu-alukan.
  Antara projek masa cuti Awal Muharram lalu ialah memindahkan beberapa pembahagian rumpun induk Bonglai Hitam ke sudut ini di celah ruang-ruang kosong antara pokok pisang. Pokok Bonglai Hitam boleh hidup di kawasan yang menerima kurang cahaya matahari/partial sunlight/filtered light begitu juga full-sun.
  Pokok bonglai juga ada beberapa jenis panggilannya, tapi yang pastinya bonglai hitam (Zingiber ottensii) rizomnya tak berjalur-jalur seperti species bonglai (Zingiber cassumanar) yang dipamerkan di MAHA 2014.
 Antara projek semasa hari cuti Awal Muharram lalu juga ialah potong pokok nangka yang di sebelah kolam dah tinggi sungguh. Rasanya dipotong sehingga tinggal 1/3 dari ketinggian asal. Pokok rambutan di sebelahnya pun dipotong. Cerah sudah dunia di situ.
  Pokok nangka ini tinggi sangat, buahnya banyak tapi dekat bahagian belah atas tak terambil selalunya. Tak tahu kenapa tupai suka-suka hati sangat buat lubang dekat buah-buahnya. Tukang Kebun pun tak pernah merasa buah nangka dari pokok ini. Baik potong buat rendah je, hati pun tak sakit. Jika ada rezeki berbuah nanti dah ada banyak cahaya di dahan yang renek, bolehlah merasa agaknya.
  Antara hasil tuaian pada Awal Muharram untuk dapur kami.
 Awal Muharram buat masak lemak rebung cili api.

Rabu, 28 Januari 2015

Kemas Kawasan Bonglai Hantu

  Ada satu petak besar di nun jauh penjuru belakang Kebun Bahagia Bersama yang berpagar supaya angsa-angsa tak dapat masuk buat havoc di situ. Tukang kebun pun jarang-jarang pergi mengemas/menebas di sana setahun sekali dua je kut. Syukur Alhamdulillah dah lama pasang niat nak kemas di kawasan tersebut dapat jugalah kami suami isteri kemaskan pada Sabtu lepas bersama-sama. Inilah catatan tukang kebun untuk Petak Bonglai Hantu yang dikemaskan pada bulan January 2015 ini.  Untuk mudah nak refer balik maka tukang kebun panggil petak Bonglai Hantu sebab ada rumpunan pokok bonglai hantu yang hidup bahagia di situ. Pokok-pokok utama yang ada dalam kawasan bonglai hantu yang hidup subur neglected di sini adalah pokok-pokok salak, beberapa jenis pisang, nanas madu Sabah dan Kelapa. Punyalah banyak buah-buah kelapa tua on the ground yang nak kena sorting. Yang dah bertunas semua dilonggokkan di bawah pokok jering dahulu.
  Semasa musim kemarau panjang yang lalu, punyalah banyak keluar bunga si Bonglai Hitam ni. Tak ambil gambar bunga-bunganya yang kembang mirip macam bunga lempoyang sebab semak sangat tak rela nak harung pergi close up. Anak-anak pokok pisang banyak yang overlap sesama ada yang berakar tak masuk tanah pun ada macam tergantung. Jadi banyak anak-anak pokok pisang digali keluar dan disusun ditanam di tempat lain. Sekiranya dibiarkan takut nanti bila datangnya musim kemarau berpanjangan pokok-pokok pisang yang akarnya tidak tumbuh ke dalam tanah macam bertenggek atas tunggul lain akan jatuh satu persatu macam domino bila cuaca extreme. Selalunya berlaku apabila dah lama tak hujan kemudian tiba-tiba hujan ribut datang habis tumbang pokok-pokok pisang. As a precaution kami pindah-pindahkan, lagipun elok rotate tanam di tempat berbeza-beza nak elakkan disease (lets practise crop rotation).
  Mari kita ke kampung Poturidong di Sabah semula sekejap. Semasa awal bulan berada di sana, tukang kebun perasan yang pokok Nanas Madu Sabah Big Boss sedang berbunga. Cantik tak bunganya yang berwarna ungu itu? Pokok Nanas adalah sepupu dengan pokok-pokok jenis bromeliad yang cantik menjadi hiasan di laman. Tapi tanam Nanas ada hasil buahnya boleh makan.
 Tukang kebun flashback ke kampung Poturidong sebenarnya nak berkongsi  cara-cara dapatnya bibit anak pokok nenas. Jambul atau mahkota dari buah yang masak juga boleh ditanam untuk mendapatkan pokok nanas. Tetapi hasil saiz buahnya adalah akan tumbuh menjadi lebih nampak beza kecilnya berbanding dengan saiz purata jenis buah tersebut jika ditanam dengan kaedah tersebut. Secara idealnya untuk pertanian komersial adalah bibit-bibit nanas yang ditanam diambil dari 'sulur tangkai (slip tunas)', 'sulur udara' atau 'sulur tanah'. Cuba perhatikan di bawah buah nanas tersebut ada seakan di tangkainya macam jambul/mahkota nanas juga sedang membentuk yang akan membesar bersama-sama buah nanas tersebut. Ini dipanggil bibit-bibit nanas yang diperolehi dari 'sulur tangkai' nenas. Biasanya bila buah Nanas Madu Sabah sudah ranum dipetik, bolehlah tuai bibit-bibit anak nanas yang banyak tumbuh di keliling tangkai tersebut juga sudah besar macam saiz jambul nanas cuma takde buahnya (sulur tangkai) untuk ditanam pindahkan ke tempat-tempat lain.
  Nanas juga dibahagikan kepada beberapa kategori dengan characteristicnya yang tersendiri seperti 'Cayenne', 'Spanish' dan 'Queen'. Dalam bulan ini bibit-bibit Nanas Sarawak (juga dikenali sebagai Nanas Paun) yang ditanam adalah dalam kategori jenis 'Cayenne'. Tukang kebun perhatikan characteristic Nanas Madu Sabah adalah jenis kategori 'Spanish'. Nanas dalam kategori jenis 'Spanish' biasanya menghasilkan banyak bibit-bibit nanas di sulur tangkai dan kadangkala berbilang-bilang jambulnya di atas buah berbeza dengan sifat nanas dalam kategori 'Cayenne'. 
 Kebiasaannya musim pokok nanas berbunga di Kebun Bahagia Bersama ialah pada awal tahun. Jadi tukang kebun tengah pasang harapan yang adalah nanti pokok-pokok nanas yang dah nampak matang akan berikan hasil tahun ini. Syukur Alhamdulillah sambil-sambil mengemas petak kawasan Bonglai Hantu ini banyak juga ilmu yang tukang kebun dapat pelajari secara pratical bukan hanya bacaan antaranya bagaimana bibit-bibit nanas diperolehi. Mungkin bagi sesetengah pembaca adalah kurang menarik tapi dapatlah serba sedikit kongsi ilmu cetek tukang kebun ini bagi yang sama-sama berminat nak tambah pengetahuan mengenai dunia tumbuhan nanas. Untung juga kami kemas kawasan ini Sabtu lalu, dapatlah penemuan beberapa bibit nanas madu sabah dari pelbagai sumber dalam kawasan ini sambil dapat menambahkan bilangan pokok-pokok nanas madu sabah di Kebun Bahagia Bersama.
   Sebagai contoh gambar ke-2 terakhir di atas ini terjumpalah pula pokok nanas yang dikelilingi dengan anak-anak pokok nanas. Adakah ini bibit nanas yang dikatakan dari Sulur Tanah ataupun Sulur Udara (water mark tulis sulur tanah). Tiba-tiba rasa macam sulur udara pula. Kalau ada yang lebih arif silalah tunjuk ajar pada kami ini.
  Di gambar bawah ini pula memang terang dan nyata bibit dari sumber sulur tanah. Out of nowhere terjumpalah pula batang akar macam ini dengan beberapa anak-anak nanas duduk bergayut di atasnya yang boleh dipisah-pisahkan sebagai individual pokok baru untuk expand kebun nanas. 
  Bila dapat belajar di depan mata sendiri dengan perhatian cara kaedah nak dapatkan anak-anak nanas terasa teruja nak tambah bilangan pokok-pokok nanas di belakang. Dulu work bench tukang kebun dalam makmal kecik,sekarang luas makmal di belakang tu nak buat pelbagai experiment. Tukang kebun ibaratkan kebun di belakang itu seperti buku, jika rajin membacanya pasti setiap hari ada sahaja ilmu baru yang dipelajari.

  Laptop tukang kebun ada problem dengan system apa entah pandai updated sendiri jadi problematic asyik shut down sendiri. Jadi ada masalah sikit nak membalas email dengan efficient. Harap bersabar.

  Minggu ini cuma boleh buat Self-Collect day hari Rabu ini sahaja di Sungai Buloh antara 8:30malam ~ 9:00 malam.