No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Bauhinia Kockiana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bauhinia Kockiana. Papar semua catatan

Selasa, 24 November 2015

Kemas Kuinin

  Catatan antara projek kemaskan Kebun Bahagia Bersama hujung minggu lepas ialah berikan haircut kepada pokok kuini. Tukang Kebun perhatikan ranting-ranting baru sudah membesar. Alang-alang selepas kemaskan pokok ciku yang terangkat pokoknya jadi rebah akibat dahan yang sarat dengan buah-buah. Pokok kuini ni tumbuh tinggi selalunya perhatikan sarang besar ada di atasnya dibuat oleh burung-burung. Ini pakai tangga ketinggian 4 meter untuk potong dahannya. Tahun ini ianya tidak teruja untuk berbunga, moga tahun depan lepas Tahun Baru Cina mahulah ia berbunga.
  Permata-permata hati pun ringan tulang hujung minggu lepas bantu mengangkat dahan-dahan pokok kuini yang sudah dipotong ke tempat kawasan pembakaran sampah. Yang berbaju tidur biru belum bertukar baju ialah supervisor Ilhan Mikhail. Membantu sorting yang dahan kecil-kecil untuk adiknya Abby yang bawa. 
  Abby kali ini beriya-iya nak juga membantu sebab katanya kalau Abby rajin tolong kemas nanti papa belikan jam untuk Abby. Rayyan juga tidak mahu ketinggalan cemburu sebab Ilhan selalu dapat upah membantu Tukang Kebun. Selesai berkebun maknya masuk banyak baju comot-comot pula nak kena menyental di tandas. Bila kebun di belakang dah nampak banyak kawasan dah dikemas, rajinlah mereka bertiga main-main di belakang. Ada sahaja ideanya.
  Semasa Tukang Kebun mengemas tembok luar depan Kebun Bahagia Bersama nak kasi pokok-pokok katak puru bernafas, terjumpalah ada anak-anak bauhinia kockiana juga tumbuh di situ dari biji-biji benihnya yang meletup (related posting klik sini). Biasanya dari luar tembok dah boleh nampak meriah gugusan bunga bauhinia kockiana yang melilit berdekatan dengan tembok.
  Pokok bunga bauhinia kockiana juga menceriakan pergola. Pokok bunga bauhinia kockiana yang matang di Kebun Bahagia Bersama tidak putus-putus berbunga sepanjang tahun. Begitu sukakan kawasan yang menerima banyak cahaya matahari sepanjang hari. Kalau Bauhinia kockiana anda merimbun banyak tak bunga-bunga kemungkinan terlebih bagi makan baja. Yang di Kebun Bahagia Bersama dah bertahun tak kasi makan tapi tak putus-putus berbunga, syaratnya juga banyak kisses from the sun.
  Ada limited sahaja anak pokok bauhinia kockiana bagi gardeners yang sudah lama mencari-cari untuk indahkan kebunnya.

~ 1 anak pokok bauhinia kockiana RM8 ~

Rabu, 10 September 2014

Red Trailing Bauhinia

  Wajah satu kawasan kebun atau taman biasanya berubah-ubah ikut peredaran zaman dan juga mood tukang kebunnya. Sebelum kelahiran permata-permata hati kami, pandangan dari 2 sudut yang diambil ini berbeza dari sekarang. Manalah tahu 5 tahun akan datang wajahnya akan berubah. Jadi biarlah ada kenangan gambar ini diabadikan dalam posting blog hari ini. Gambar atas ialah pandangan yang diambil dari tempat letak kereta sebelah depan pintu pagar. Manakala gambar di bawah adalah apa yang dapat dilihat dari luar tembok Kebun Bahagia Bersama dari jalanraya awam. Mereka yang lalu-lalang menggunakan jalanraya awam dapatlah nampak 'Red Trailing Bauhinia' yang tumbuh dari sebelah dalam Kebun Bahagia Bersama yang tak putus-putus berbunga sepanjang tahun.
  Walaupun bunganya tidak putus-putus berbunga sepanjang tahun, musim yang dapat menuai biji benihnya adalah mengikut musim bukan sepanjang tahun. Biasanya setiap bulan September adalah antara musim yang sesuai untuk menuai biji benih segar 'Red Trailing Bauhinia' di Kebun Bahagia Bersama. Bila tukang kebun tengok rekod kali terakhir tukang kebun offer biji benih segar 'Red Trailing Bauhinia' adalah bulan September tahun lepas (klik sini). Jadi biji benih segar 'Red Trailing Bauhinia' adalah 'seasonal offer'.
 Contoh-contoh gambar anak pokok bauhinia kockiana yang tumbuh dari biji benih. Ada sesiapa perasaan masa musim raya terdapat beberapa lokasi sepanjang Lebuhraya Pantai Timur Pahang-Terengganu ada banyak pokok red trailing bauhinia meriah berbunga memanjat pokok-pokok yang tinggi? Boleh kelihatan semarak bunganya walaupun terletak beberapa jauh meter dari lebuhraya. Itulah antara memori yang ada dalam tukang kebun semasa pergi dan balik dari Terengganu Aidilfitri lalu. Ini kalau memanjat di tepi balkoni rumah teres dua tingkat nampak macam ala-ala 'Rapunzel'.

~ Fresh Red Trailing Bauhinia Seeds ~
 Approximately 15 seeds/pack for RM3.00 (Enquiry kebunkmg@gmail.com)

Sabtu, 14 September 2013

Bauhinia Kockiana Fresh Seed Season

 Macam bunyi namanya ketup-ketup, banyak biji kacang ketup-ketup makin meletup-letup dalam Kebun Bahagia Bersama bulan ini. Pokok ketup-ketup tidak pernah putus berbunga-bunga tapi melalui pemerhatian musim menuai biji benihnya ada masa-masa yang sesuai juga. Macam kebun lama dan kebun sekarang mudah sahaja nak agak-agak, let the nature do all the work and give you the answer. Bulan ini kelihatan mula banyak biji benih ketup-ketup bercambah dengan sendiri di dalam Kebun Bahagia Bersama. Beza kegemukkan dan besar kualiti biji benihnya juga amat ketara berbanding dengan bulan May-July. Biji benih Bauhinia Kockiana elakkan simpan lama, bila dapat terus disemai kerana prestasi percambahan biji benihnya akan mula menurun dengan drastik semakin lama disimpan.
 Biji benih bauhinia kockiana / ketup-ketup sedang bercambah.

~Biji benih segar ketup-ketup for adventurous gardener 1 pek 15 biji benih (RM3.00)~
~Fresh Bulk seeds bauhinia kockiana (seasonal) 100 seeds for RM10.00~

Thank you very much to Mr. Tomas yang tunggu berbulan-bulan untuk fresh bauhinia kockiana seeds untuk ayahanda di Portugal dan gardeners lain juga :) .

Khamis, 1 Ogos 2013

Flowering Climbing Vines

 Pokok-pokok memanjat yang sedang berbunga di Kebun Bahagia Bersama untuk bersama-sama meriahkan musim raya ini antaranya ialah...
  Pokok bunga akar dani setiap kali hard pruning cepat je naik semula melilit pokok durian belanda di pagar petak satu.
 Pokok bunga ketup-ketup di depan pagar rumah tidak pernah putus-putus berbunga sentiasa menceriakan di depan rumah sampai pokok ru dah jadi macam pokok ketup-ketup pula. Di belakang back ground gambar yang mengapit pintu pagar sana pula garlic vine meriah berbunga juga nak menyambut hari raya.
 Pokok bunga garlic vines yang mula berbunga setelah hujan datang kembali sekali-kala.
  Bunga telang yang tak putus-putus berbunga adalah kadangkala membasahkan tekak setelah berbuka puasa.

 Pokok markisa di keliling rumah mula berbuah dan membentuk buah dengan rancaknya. Mula membayangkan bila buahnya masak dengan quantity yang mencukupi untuk jus markisa.

 Pokok-pokok jenis memanjat di atas masih ada dalam stok Kebun Bahagia Bersama. Sekiranya ada rezeki mungkin akhir bulan ini atau awal bulan depan masuk satu jenis pokok bunga memanjat dalam list stock Kebun Bahagia Bersama bila rasa dah membesar bagai juara dan keluar dari tapak semaian. Hint bunganya merah menyala.

 Semalam mengidam nak berbuka puasa dengan assam pedas ikan pari campur buah nam nam, bendi dan lain-lain. Sebab terkunci luar rumah hasrat tergendala jadi hari ni foraging keliling rumah cari bahan masak untuk niat semalam.


 Antara tuaian hari ini buah nam nam, roselle, bunga telang, limau kasturi, belimbing buloh dan buah bidara.

 Mini pamelo, lemon, petola, serai, mulberry dan bendi.

Kawasan tukang kebun masih gangguan line TM Touch lagi katanya tengah upgrading. Line telephone pun tak ada. Kelihatan abang-abang team TM tengah membaiki lagi lalu lalang depan rumah. Hari ini nampak berderet gulungan wayar baru di jalan utama kampung tukang kebun ini. 

Isnin, 13 Mei 2013

Anak pokok Ketup-Ketup

 Pokok Bauhinia Kockiana rajin berbunga sepanjang tahun tak berhenti-henti berbunga di kebun kami. Selalu juga di pangkas tapi tak pernah mematahkan semangatnya untuk berbunga. Pokok bauhinia kockiana tumbuh dengan cepat dan bahagia di kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak. Juga dikenali sebagai pokok ketup-ketup, pokok bunga ini adalah native di negara kita dan tergolong dalam keluarga jenis kekacang (Leguminosae).
 Kebiasaanya tanaman dari keluarga kekacang mampu memproses nitrogen dari udara dan menambahkan unsur nitrogen ke dalam tanah. Oleh kerana pokok ketup-ketup adalah jenis tanaman kekacang ianya tidak memerlukan baja yang mempunyai unsur nitrogen yang tinggi untuk tumbuh dengan baik. Jika diberi baja yang mengandungi unsur nitrogen yang tinggi seperti baja tahi ayam, takut daunnya tumbuh menghijau berkilat-kilat banyak tapi bunganya tidaklah semeriah sebab overdose penangan nitrogen. Mula-mula pokok bauhinia kockiana memanjat pokok jenis ru sekarang tresspassing memanjat pokok bottlebrush pula.
 Biji benih dari kacang pokok ketup-ketup meletup-letup merata-rata dengan jauhnya di dalam Kebun Bahagia Bersama. Lebah-lebah yang besar rajin pergi cium-cium bunga ketup-ketup yang menyebabkan banyak hasil kacang gemuk-gemuk di atas pokok ketup-ketup. Kalau boleh makan kacang-kacang tu pasti sudah lama tukang kebun tuai. Kerap sudah tukang kebun nampak biji benih bauhinia kockiana yang baru sahaja bercambah di dalam kebun.
 Dalam kawasan yang kurang menerima cahaya matahari pun ada anak-anak pokok ketup-ketup menjadikan rumah mereka. Tetapi dalam tempat yang terlindung dengan cahaya matahari pertumbuhannya sangat perlahan. Sebulan dua ni adalah beberapa anak-anak pokok ketup-ketup dipindahkan dalam bekas kitar semula. Yang kelakarnya, semai biji benih tanaman lain tapi dalam bekas tu anak pokok ketup-ketup pula bercambah. Mungkin bijinya terbang jauh masuk dalam bekas-bekas semaian tanpa tukang kebun sedari. 

Sabtu, 9 Mac 2013

Biji Benih Fresh Bauhinia Kockiana

 Warna terang yang menyala menarik pandangan ke Bauhinia Kockiana ataupun dalam bahasa ibunda dikenali sebagai ketup-ketup atau bunga merak. Pokok Bauhinia Kockiana sentiasa berbunga sepanjang tahun dan hanya memerlukan penjagaan minimun. Pokok ini sangat suka akan matahari. Oleh itu untuk pertumbuhan yang bunganya spectacular elok ditanam kawasan yang menerima cahaya matahari yang lama.

Pokok Bauhinia kockiana handal memanjat hingga pokok jenis ru yang tinggi dah tak nampak jadi pokok Bauhinia kockiana pula.
 Pokok bunga Bauhinia kockiana boleh propagate melalui keratan batang. Tapi pokok bunga Bauhinia kockiana yang tumbuh melalui keratan batang akan menjadi berduri berbeza dengan yang tumbuh dari biji benih tidak berduri.  Bagi gardeners yang tak suka pokok jenis berduri atau nak selamat dari tercucuk-cucuk duri semasa mengemaskan kebunnya, bolehlah cuba tanam dari biji benih. Pokok bunga Bauhinia kockiana mudah tumbuh dari biji benih yang segar dan tukang kebun juga ternampak banyak anak-anak pokok bersepah tumbuh sendiri di kawasan rumah. Tukang kebun akan cuma menghantar biji benih Bauhinia kockiana yang segar jadi akan dihantar secepat mungkin selepas dikumpulkan biji benih setelah menerima pesanan. Elok semai biji benih Bauhinia kockiana terus setelah diterima untuk kadar percambahan yang elok. Anak-anak pokok Bauhinia kockiana available hujung bulan ini atau awal bulan depan yang tumbuh dari biji benih bukan keratan.
Dalam rimbunan bunga Bauhinia kockiana ternampak ada sarang burung.


~Biji Benih Fresh Organik Bauhinia Kockiana ~

Anggaran 15 seeds satu pek (RM3.00).

Pesanan untuk biji benih Bauhinia Kockiana adalah penghantaran terus sahaja.

Untuk bulan March 2013, kos penghantaran bagi pembelian biji benih di bawah RM20 adalah flat RM2.00 dengan Pos biasa.
Kos penghantaran lebih RM20 adalah RM6 dan melalui pos laju.
Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.