Pokok bunga akar dani setiap kali hard pruning cepat je naik semula melilit pokok durian belanda di pagar petak satu.
Pokok bunga ketup-ketup di depan pagar rumah tidak pernah putus-putus berbunga sentiasa menceriakan di depan rumah sampai pokok ru dah jadi macam pokok ketup-ketup pula. Di belakang back ground gambar yang mengapit pintu pagar sana pula garlic vine meriah berbunga juga nak menyambut hari raya.
Pokok bunga garlic vines yang mula berbunga setelah hujan datang kembali sekali-kala.
Bunga telang yang tak putus-putus berbunga adalah kadangkala membasahkan tekak setelah berbuka puasa.
Antara tuaian hari ini buah nam nam, roselle, bunga telang, limau kasturi, belimbing buloh dan buah bidara.
Mini pamelo, lemon, petola, serai, mulberry dan bendi.
Kawasan tukang kebun masih gangguan line TM Touch lagi katanya tengah upgrading. Line telephone pun tak ada. Kelihatan abang-abang team TM tengah membaiki lagi lalu lalang depan rumah. Hari ini nampak berderet gulungan wayar baru di jalan utama kampung tukang kebun ini.
Pokok bunga garlic vines yang mula berbunga setelah hujan datang kembali sekali-kala.
Bunga telang yang tak putus-putus berbunga adalah kadangkala membasahkan tekak setelah berbuka puasa.
Pokok markisa di keliling rumah mula berbuah dan membentuk buah dengan rancaknya. Mula membayangkan bila buahnya masak dengan quantity yang mencukupi untuk jus markisa.
Pokok-pokok jenis memanjat di atas masih ada dalam stok Kebun Bahagia Bersama. Sekiranya ada rezeki mungkin akhir bulan ini atau awal bulan depan masuk satu jenis pokok bunga memanjat dalam list stock Kebun Bahagia Bersama bila rasa dah membesar bagai juara dan keluar dari tapak semaian. Hint bunganya merah menyala.
Semalam mengidam nak berbuka puasa dengan assam pedas ikan pari campur buah nam nam, bendi dan lain-lain. Sebab terkunci luar rumah hasrat tergendala jadi hari ni foraging keliling rumah cari bahan masak untuk niat semalam.
Mini pamelo, lemon, petola, serai, mulberry dan bendi.
Kawasan tukang kebun masih gangguan line TM Touch lagi katanya tengah upgrading. Line telephone pun tak ada. Kelihatan abang-abang team TM tengah membaiki lagi lalu lalang depan rumah. Hari ini nampak berderet gulungan wayar baru di jalan utama kampung tukang kebun ini.
3 ulasan:
salam Diana, Nampak bunga akardani dlm bakul tuaian tu, utk hiasan atau utk dimasak?
mewah tuaian tuh..cukup buat hidangan berbuka, buah katak puru tuh blh makan lps terawih kan..
Salam @na, oh bunga akar dani tu untuk bau diambil sambil ke kawasan bekas reban di belakang.
UmmuAidanArissa, ada kenalan doktor beri idea boleh juga campur untuk buat juicing buah nam nam tu.
Catat Ulasan