Tengahari tadi baru selesai operasi petik petai di kebun mini belakang. Projek lama pending sampai ada petai yang tua atas pokok sebab beloved hubby outstation 2minggu. Baru hari ni dapatlah tuai petai yang setiap hari tukang kebun cuma mampu termenung dari jauh tengok. Tangga paling tinggi 4 meter dan galah dari max height pun tak sampai kena panjat lagi sekurangnya ketinggian 7 meter untuk jolok pakai galah. Ada juga yang tak tercapai nak tuai tadi. Syukur alhamdulillah operasi dijalankan dengan selamat nak dekat raya ni. Lagi 2-3 minggu boleh tuai lagi ada buah petai masih muda. Nampak juga pokok petai menghasilkan bunga lagi.
Tunjuk Ilhan gambar ni ada ke kata ada monyet ke belakang rumah tadi mama. Kesian papa Ilhan Itukan Papa Ilhan dah jadi superhero mama hehehe...
Terbayang-bayang sambal ikan bilis petai dan nasi lemak...masakan apa lagi ya dengan petai ni...Ingatkan hari ni pejabat pos buka rupanya tutup setelah diingatkan oleh beloved hubby sebab sabtu pertama dalam bulan Ogos. Jadi next shipment next Monday harap maklum.
Kalau tukang kebun buat Pasar Online Petai and other goodies minggu kedua atau ketiga lepas raya berminat tak?
15 ulasan:
sedapnya ade pokok petai belakang rumah..dpt makan petai fresh gitu..lama tak makan petai since dok sini..
lawakah ilhan tuh..heheh
boleh ajae pasar online petai.... leh bt masak sambal tempoyak petai, sambal tumbuk petai, petai bakar pun sodappp.. x pun smbal santan petai...
angkat tangan!!!!
angkat tangan!!!!
salam diana, buatla petai jeruk, sedap da tahan lama
Gulai potai dgn ikan parang pun sodap he he... kikis dulu kulit luar ... papa Diana mesti tahu..
sedapnyer udang sambal petai :). Selamat Hari Raya utk Diana & family..
Salam. Inilah satu2 nya sayur/bauh yg hubby I takleh gi. Tapi anak2 minat blake.Biasanya sy campur dlm sayur msk lemak. Bt sambal memang best! Selamat brbuka puasa.
UmmuAidanArissa,
Dulu kat Adelaide beli petai dalam tin dari Malaysia petai in brine. Ada juga frozen tapi tak pernah beli yg frozen.
Yummy nak kena cari tempoyak ni. Tak pernah pula cuba petai bakar lagi.
Bila Awin dah balik dari kampung dah mula masak bolehlah inform kami.
Salam Raya Zilazul. Mama dulu rajin buat petai jeruk. Hehehe nak kena rajin sket ni.
Kak Mar, kalau dimasak gitu papa tukang kebun nanti tambah naik badan, banyak kali tambah hehehe...
Gina Marna ~ Ya udang sambal petai pun sodap. Selamat Hari Raya untuk Gina dan seisi keluarga juga.
Kadazan sis. TRG ~ Salam Raya Sis. Raya di Ganu je ke tahun ni?
Salam..kalau nk bt benih boleh ke bt benih dr papan petai yg dh petik..?ade org bg petai..sedap rasanya..berbeza dr yg dmkn sblm ni
Zila ~ Petai boleh semai dari biji benih yang dah matang dan tua.
Catat Ulasan