Pokok bunga merah menyala ini rajin berbunga sepanjang tahun. Oleh itu dalam bahasa Cina dipanggil pokok bunga Ri Ri Ying yang bermaksud 'Everyday Flowered Cherry Blossom'. Pokok bunga ini juga dikenali dengan nama Jatropha pandurifolia. Pokok bunga ini sangat tahan panas dan musim kemarau di Malaysia. Pokok yang tumbuh di depan pintu dapur ini sudah lama hidup di tapak tersebut, mungkin ada lebih 15 tahun usianya. Pokok ini sekarang hanya tumbuh terkeluar di celah batu-bata sahaja. Pokok bunga Ri RI Ying yang sudah matang cukup sukakan matahari ianya dapat cahaya matahari sepenuhnya dari matahari terbit hingga terbenam.
Ketinggian pokoknya boleh kita control. Average tinggi pokoknya ialah antara 1 ~ 2 meter. Bila sudah banyak bunganya dah layu, buat sahaja hard pruning bagi pokok yang sudah matang usianya. Pangkas sampai botak pun tidak mengapa nanti cepat keluar pucuk baru. Pokok bunga yang rajin menyerikan laman rumah.~ Pokok bunga Ri Ri Ying (Jatropha pandurifolia) ~
1 pot RM10.00
3 ulasan:
saya nak satu pot
OK simpan untuk Awin.
Apa khasiatnya?
Catat Ulasan