No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Cekur Ungu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cekur Ungu. Papar semua catatan

Selasa, 13 Ogos 2013

Cekur Purple Eila Sepang

 Sebelum bertolak pulang ke kampung beloved husband pada sebelah pagi sedang tukang kebun selesaikan projek propagation bunga sedap malam (Night jasmine @ Cestrum nocturnum) ternampak dalam pasu berdekatan ada bunga warna purple. Rupa-rupanya rizom cekur ungu pemberian Eila dari Sepang sudah menghasilkan bunga dan daun-daunnya pun dah makin banyak. Terima kasih banyak-banyak Eila berkongsi dengan tukang kebun bukan hanya cekur ungu sahaja sudah berbunga, cekur jenis lagi satu pun pemberian Eila juga telah berbunga. 
 Seronok sungguh tukang kebun terima parcel dari Eila pelbagai jenis herba-herba tradisional dikongsikan bersama tukang kebun. Serai wangi Eila pun sudah beranak pinak. Temu Pauh yang Eila beri terduduk bawah hutan rimba roselle tukang kebun, InsyaAllah bila cuaca dah tak panas nanti ingin dialihkan supaya ada menerima cahaya matahari. Banyak ilmu herba tradisional yang Eila kongsikan, InsyaAllah nanti akan dikongsikan bersama.

 Infinity Terima Kasih kepada semua sejak mulanya Kebun Bahagia Bersama bertambah kenalan kami yang berminat bersama untuk menanam. Ramai yang menghulur tangan bersalam kenal mahupun secara Cyber dan bertemu di pelbagai event memberikan semangat dan keyakinan diri untuk recover dari masalah depression.