No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Limau Nipis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Limau Nipis. Papar semua catatan

Selasa, 8 September 2015

LemoNey Limau Kapas

  Salam Bahagia. Lama tidak dapat update blog seperti biasa, banyak perkara perlu diselesaikan. Untuk adik-adik yang duduk UPSR tahun ini. GambatteNe!!! Selalunya bonda-bonda yang lebih risaukan walaupun buat tenang sahaja. Pagi ini hujan rahmat pun dah turun, kelam-kabut Tukang Kebun nak ambil kain, jemur tempat teduh. Memandangkan hujan dah turun dan Tukang Kebun pun terpaksa berteduh maka bolehlah curi masa sementara masa untuk ambil Ilhan dari sekolah agama untuk buat catatan mengenai satu species citrus dalam Kebun Bahagia Bersama labelkan sebagai 'limau kapas'.

   Gambar di atas adalah cross-section buah Limau Kapas. Musim buah kali ini memang seedless. Di bawah adalah bunganya putih berseri. Waktu pagi kalau musim bunganya lebat, memang lalu sebelah pokoknya amatlah wangi. Menjadi juga sumber makanan untuk adik-beradik lebah.
  Jika pendebungaan bunganya berjaya, maka banyaklah buah yang akan membesar dalam tangkai yang sama. Dalam gambar bawah ini pun kalau kira-kira betul ada 8~9biji kut.

  Cerita-cerita lebih pasal limau kapas boleh rujuk posting sebelum ini (klik sini).
   Bulan Julai lepas, Tukang Kebun baru je trim batang-batang pokok limau kapas ini (related posting klik sini), hujung bulan Ogos dah meleret balik tangkai-tangkai limau kapas ini di tanah. Satu faktor juga buah yang makin berat menyebabkan ranting pokok-pokok ke bawah kerana kuasa gravity. Si ayam jantan remaja 'Semerah Padi' jadi model nak bandingkan saiz buah-buah limau kapas yang meriah bergantung di pokoknya. Banyak buahnya yang meleret dekat tangkai, kekadang yang buah nak masak bila ayam-ayam dok main kais-kais tanah boleh tertanggal dari pokoknya tergolek. Banyak baja unggas-unggas kasi dekat pokok limau kapas ini, jadi cepat je merimbun balik. Perhati betul-betul bawah pokok limau kapas ini ada kaki-kaki ayam tengah berteduh.
  Mari kita buat ulangkaji progress pertumbuhan pokok-pokok citrus yang Tukang Kebun alihkan lebih kurang setahun lalu (related posting klik sini). Tukang kebun tak pernah beri baja dan siram, pandai-pandai je lah mereka membesar. Pokok limau telur buaya di bawah ini nampaknya dah ada perubahan membesar juga. Kalau perhati betul-betul daun jenis limau telur buaya ini lain dari limau kapas. Pokok limau telur buaya ini kalau banyak lagi cahaya lebih cepat membesar sebab terlindung sikit dengan pokok kelapa dan pokok binjai. Big Boss pun ada pernah tegur asallah tukang kebun pergi tanam pokok limau sebelah kelapa.....erk...tengok bandingan saiz dengan model si Semerah Padi mengekor Tukang Kebun lagi.
  Yang pokok limau Tukang Kebun semai dari biji pula, kesian sadis selalu kena rempuh dengan unggas-unggas bila Tukang Kebun ke sangkar nak kasi makan waktu senja. Tapi sebab selalu kena rempuh, lebih banyak cabang-cabang pokok limau yang terbiar ini. Pokok limau yang ni pula terlindung dengan sangkar dengan pokok binjai. Ayam jantan si Semerah Padi bakal jadi induk baka kampung Kebun Bahagia Bersama not for sale, yang si Jalak boleh kami let go (seekor RM40, related posting klik sini).
  Bila diangkat pokoknya lebih tinggi sebenarnya dah. Biarlah kecik-kecik lagi dah tahan lasak. Kalau dapat species limau baru pun syok juga.
  Ambil gambar dari sudut ini bolehlah lihat perbezaan pembesaran pokok limau sebelah sangkar dan pokok limau telur buaya sebelah kelapa. Pokok limau kapas pun boleh kelihatan nun jauh di background di sana sebelah tong kompos. Ayam betina atas meja ambil peluang menyibuk buat spot check bakul tuaian Tukang Kebun bawah kanopi pokok binjai. Kalau perhatikan bayang-bayang boleh agak yang pokok-pokok limau ini tak dapat full sun sepanjang hari. Jadi ikut pergerakkan matahari nak dapatkan cahaya beberapa jam masa siang.

  Berbalik kepada kisah mengenai ada sepokok limau kapas di Kebun Bahagia Bersama ini, memang asal-asal Tukang Kebun lepas balik dari merantau dekat Australia 4 tahun lebih, deria rasa dan bau memang 1st instinct Tukang Kebun ingatkan pokok lemon. Berbelasan tahun dah biasa membesar masa kecil dengan rasa limau nipis. Kemudian hidup merantau 10 tahun lebih di negara orang, barulah biasa dengan rasa lemon Jepun dan lemon seperti meyers di Australia memang Tukang Kebun rasa ianya lebih lemoney rasanya dari limey. Since more mind is better than 1 mind, thank you to Gardener Mr. Loong juga berikan pendapatnya dan inilah antara discussion kami.

Gardener Mr. Loong: 


Tukang Kebun:

Gardener Mr. Loong:


    Biasanya jika buah-buah berkongsi tangkai saiznya akan berbeza banding dengan 1 buah 1 tangkai, yang di atas tuaian buah-buah limau kapas dalam hari yang sama. Angka dalam segitiga memberikan info setangkai berkongsi berapa buah. Kadangkala faktor penerimaan pencahayaan juga akan memberikan saiz buah yang berbeza. Macam pokok limau kapas tu ikut sudut tangkai yang buah membesar menerima cahaya yang beza. Tambahan pula pokok tersebut sangat rimbun sebab banyak baja nitrogen diterima dari unggas-unggas. Nampaknya kena cari masa untuk buat pruning lagi pokok kapas ini bulan ini. Stok anak pokok grafted pokok limau kapas ini masih available.

~ Limau kapas grafted 1 pot RM15.00 ~
  Long weekend Hari Kebangsaan, Sabtu 28hbOgos 2015, kami mengemas deretan pokok-pokok sebelah tembok menghadap pintu dapur seperti rumpunan buloh, calathea, lipstick palm, pokok pisang bunga dan lain-lain. Baru teringat yang ada pokok citrus di belakang pokok red powder puff ini ada buahnya. Ada yang dah jatuh-jatuh masak. Kalau pokok citrus ini memang dalam golongan adik beradik lime citrus. Bau pun dah tahu, lebih mirip kepada limau nipis, mungkin limau nipis.  Walaupun pokoknya agak terlindung kerana di kelilingi oleh pokok besar seperti pokok asam gelugor, kemuning dan red powder puff ianya dapatlah juga hasilkan buah sebab tarikan lebah kepada bunga red powder puff.
 Bakul tuaian di atas dengan telur itik adalah buah limau dari pokok tersebut yang di belakang pokok red powder puff. Bau buahnya memang macam limau nipis, tekstur kulit pun seperti limau nipis. Cross section buahnya seperti gambar di bawah. Ketebalan kulit adalah lebih nipis dari limau kapas. Saiz purata buahnya juga mirip limau nipis. Manakala limau kapas pula kekadang buahnya terlebih besar dari buah limau nipis.
  Pada hari Sabtu tersebut juga dapatlah tuai buah nangka yang dah ranum atas pokok terakhir untuk musim nangka batch ini. Pokok nangka tersebut pun kelihatan sedang mula berputik bunganya semula. InsyaAllah jika ada rezeki, bolehlah ada musim nangka dari pokok ini lagi hujung tahun ini.
  Harum satu dapur bau nangka. Dapatlah Tuan Tanah merasa isi buahnya kerana ada balik sebab medical check-up.
  Selain itu kami kait juga buah kelapa muda yang tercapai. Tapi musim kali ini airnya tak manis, mungkin sebab membesar masa musim hujan kut. Tahun lepas sebab kemarau memang air kelapa manis je sampai tupai pun sanggup tebuk buah kelapa. Minggu ini pun rancak buah kelapa tua jatuh ke tanah dengan mudah.
  Yang ini jenis pokok limau yang Big Boss tanam dekat kampungnya Kiulu, Tukang Kebun ambil gambar hujung tahun lepas. Geram Tukang Kebun tengok buah-buah semua sebesar tapak tangan atau lebih besar pun ada. Big Boss kata jenis limau ini dah lama bakanya ada dari kampung asal Big Boss masa kecil pun dah ada. Apatah namanya disebut dalam Bahasa Dusun-Kadazan hari tu, macam mula dari huruf "B". Macam-macam jeniskan pokok limau ni.
 Hujung minggu ini fresh organic produce available grown from Kebun Bahagia Bersama:

~ 1 kelapa sudah kukur RM1.00 .
~ 1 kilogram buah kuning telur/canistel RM5.00 .
~ 1 kilogram ubi kayu RM2.00 .
~ 1 ekor ayam kampung sudah proses RM25.00 . 
~ 1 butir telur itik 70sen.

Tanah bakar 1 beg RM5.00 .

Self-Collect Schedule This Week:

~ 9hb September 2015, Rabu malam antara pukul 9:00PM~9:30PM di kawasan Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ 12hb September 2015, Sabtu pagi antara pukul 9:30AM~10:00AM di stesyen minyak Petronas, Seksyen 13 berhampiran D'Kayangan Shah Alam.

~ 13hb September 2015, Ahad pagi/petang antara pukul 9:00AM~9:30AM/5:00PM~5:30PM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Shah Alam.


Selasa, 11 Ogos 2015

Kari Ikan Terung Telunjuk

  Untuk makan malam semalam masih hot in the wok ambil snapshot, Tukang Kebun masak kari ikan bersama-sama terung telunjuk yang baru je tuai segar dari kebun sendiri. Sambil-sambil bantu dearest husband yang tak sihat masukkan ayam ke dalam kandang dan kasi makan, sambil-sambil itu Tukang Kebun menuai untuk bahan masak dinner seperti terung telunjuk dan daun kari. Limau Nipis untuk stok dapur standby mudah ambil sahaja dari bakul nak buat air ke atau cuci ikan. Telur ayam segar pun kutip sekali. Kena boost immune system semula, banyakkan minum air citrus buat stok standby dalam peti ais.

~ Anggaran 50 biji benih segar Terung Telunjuk 1 pek berharga RM3.00 ~
  Kebetulan on the way balik dari teman dearest hubby ke klinik, dalam kampung tengok ada jualan pasar borong seafood segar singgah beli stok lauk. Masa belek-belek ikan yang ada kebetulan Tauke kedai tengah keluarkan ikan besar dan tengah offer makcik yang baru datang nak beli dengan harga murah dari biasa. Masih segar lagi bila dia belah kepalanya 2. Besar-besar potongan fillet ikan tersebut isinya berwarna putih. Lupa dah namanya. Tanya makcik tu sedap buat masak apa, katanya buat sup sedap, masak asam pedas pun sedap, goreng pun sedap. Tukang kebun pun as curious as a cat, tumpanglah sekali beli beberapa ketul. Rasa berbaloi juga kepingan potongan besar-besar baru RM14. Kalau beli tenggiri potongan kecik 3~4 pun dah lebih mahal. 

  Sebab semalam Tukang Kebun ada keluarkan stok santan pekat dari freezer tak done nak pakai lalu letak di bawah fridge biasa dalam keadaan half-frozen. Jadi belek-belek ikannya nampak macam sedap buat kari ikan macam dekat restoran. Jadi buatlah kari ikan, ada bahagian goreng kunyit untuk anak-anak. Anak-anak pun suka makan ini, rasa makan ayam isinya tapi tak rasa ayam katanya.  Kulit luar ikannya tebal. Suami tak sihat, jadi Tukang Kebun dan Rayyan yang asyik-asyik meratah. Kari yang dimasak Tukang Kebun bahagikan 2 sebelum dihidangkan. Ada sebahagian untuk esok sebab isinya memang banyak dan pejal. Sedap juga dibuat kari ikan ini. 
 Ahad baru-baru ini Abbiyana Ariel masuk 3 tahun. Tapi baru sempat nak beli birthday cake lepas hantar dearest husband ke klinik on Monday afternoon. Dearest husband hari Ahad katanya dah mula rasa macam demam urat. Semalam Isnin ambil cuti kerja berehat.
  Tak sempat nak keluar membeli birthday cake Abby on Sunday, tetamu pun ada datang beraya. Abby happy happy sabar menunggu sampai Monday, dari awal pagi lagi ceria ingatkan keluar nanti beli kek Abby. Tahun ini kek ice-cream oreo untuk Abby ya. Terima kasih selalu hiburkan hati mama ni. 
  Sebelah pagi semalam ada juga rushing menuai apa yang ada nak masak nasi goreng untuk si Ilhan cepat-cepat sebelum dihantar ke sekolah. Kebetulan nasi lebihan semalam ada Tukang Kebun simpan dalam peti ais, buatlah nasi goreng. Lama tak masak nasi goreng, budak-budak ni jadi berselera. Buat style kampung je campur dengan ikan bilis goreng dengan sayur apa yang ada. Mula masak pun dah 12 lebih, nak kena hantar Ilhan sebelum pukul 1.
 Yang di sebelah pagi, buah citrus Tukang Kebun tuai ialah Lemon Tahiti walaupun mirip nampak macam limau kapas tapi rasa dan pH berbeza. Nak tahu perbezaannya yang ketara? Kalau Tukang Kebunlah bila nak perah ambil jusnya dari kedua jenis citrus ini boleh bezakan. Lagi-lagi kalau ada luka-luka di tapak tangan. Kalau perah limau kapas ada luka, zing zing zing peritnya rasa tajamnya dekat luka tu asyik nak cuci tangan kasi kurang sakit. Kalau perah lemon tahiti ada luka, takdelah rasa perit macam jus limau kapas, takdelah terkeluar urat-urat dekat dahi. 

~Grafted Lemon Tahiti Tree available for RM25 per-pot~.

  Minggu ini pun nampaknya telur-telur itik segar rancak dapat dikutip dari Kebun Bahagia Bersama. Hari tu hujan lebat sampai penuh air kolam di belakang. Pagi-pagi lagi dah berlari nak berenang dalam kolam itik-itik bila dah dilepaskan dari kandang. Itu agaknya syok musim bertelur telur itik sekarang. Yang berminat untuk dapatkan telur itik segar dari Kebun Bahagia Bersama juga boleh self-collect minggu ini dengan sebutir harga telur itik segar 70sen sahaja.

~ Telur Itik Segar sebutir 70 sen sahaja~.

Self-Collect Schedule This Week:

~ 12th August 2015, Wednesday night from 9:00PM~9:30PM at Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ 15th August 2015, Saturday morning from 9:00AM~9:30AM at Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ 16th August 2015, Saturday morning from 9:00AM~9:30AM at Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Selasa, 12 Mei 2015

Bekalan stock pisang nangka

  Hari ini Tukang Kebun buat catatan kisah untuk kerja-kerja yang dilakukan di belakang kebun pada hujung minggu lepas. Seperti biasa pada hari Ahad akan kami menuai hasil dari belakang atau di keliling rumah. Antara tuaian pada Ahad lepas adalah seperti buah kuning telor, ciku, katak puru, lemon Tahiti, limau kapas, terung pipit, asparagus, mulberry dan kacang kelisa. Kacang kelisa yang melilit pokok mangga di kebun belakang, Tukang Kebun tak perasan yang ianya ada menghasilkan kacang-kacang sebelum ini, jadi banyak dah kacang tua di atas pokoknya. Jadi adalah fresh stock biji benih kacang kelisa dari Kebun Bahagia Bersama minggu ini.

~ Kacang Botor / Kelisa ~
Anggaran 12 biji benih 1 pek RM1.00 .

 Penghantaran Isnin semalam untuk Pasar Online Kebun Bahagia Bersama ialah buah Kuning Telor, buah Katak Puru, buah limau kapas, lemon Tahiti dan terung pipit. Jika ada yang berminat slot Pasar Online Kebun Bahagia Bersama Buah Kuning Telor untuk penghantaran minggu depan available dalam kawasan Semenanjung Malaysia sahaja (1 pek goodies hampir 2 kilogram termasuk kos penghantaran RM21). Dalam pek goodies tersebut biasanya sekurangnya 1 kilogram buah kuning telor dan hampir 1 kilogram tuaian segar dari Kebun Bahagia Bersama (pesanan email kebunkmg@gmail.com).

  Syukur Alhamdulillah dari minggu lepas itik-itik yang kami bela lahir bulan November lepas dah 5 bulan lebih umurnya dan mulalah musim bertelurnya hampir setiap hari. Itik telur setelah umur 5 bulan ianya akan mula bertelur. Yang di gambar bawah (No. 3) baru 2 bulan lebih umurnya dikeluarkan dari kandang pada hari dearest hubby tak berkerja. Tapi semalam terlepas masa Tukang Kebun masuk kandang nak kasi makan maka bebaslah mereka juga. Yang masih muda ni masih liat nak masuk kandang petang-petang kena main kepong-kepong, tak leh kalau sorang-sorang. Kebelakangan ini stok telur itik nampaknya mencukupi untuk dapur Kebun Bahagia Bersama, maka minggu ini yang extras Tukang Kebun offer untuk yang berminat nak masak telur itik hujung minggu ini. Yang berminat nak dapatkan telur itik dari Kebun Bahagia Bersama boleh booking untuk self-collect pada pagi Ahad minggu ini di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam antara pukul 9pagi hingga 11 pagi. Nak self-collect biji benih dan anak-anak pokok pun boleh pada pagi Ahad ini. Cuma Pasar Online tak dapat self-collect sebab Sabtu busy jadi Tukang Kebun takde masa free nak menuai.

~ Telur itik Kebun Bahagia Bersama sebutir 70sen ~
  Ahad lepas kami pindahkan beberapa anak pokok pisang nangka di kawasan ini sebab dah banyak cahaya matahari yang boleh diterima setelah pokok-pokok buah-buahan besar di keliling sudah diberikan hard-pruning pada Hari Buruh lalu. Bibit kelapa gading yang Tukang Kebun tanam pada hujung tahun lepas yang kurang mendapat cahaya pun dah nampak perbezaan pertumbuhannya (related posting klik sini). Sekarang lagi dapat sinaran matahari, moga lebih cepat pertumbuhannya. 

 Yang berminat untuk tanam kelapa gading boleh juga self-collect bibit kelapa gading di Shah Alam Ahad ini (Promosi bulan Mei 2015; 2 bibit kelapa gading RM5.00). Bolehlah fikir buat guerilla gardening dengan pokok-pokok kelapa jenis rendah di kawasan perumahan. 
  Jika saiz anak-anak pokok pisang nangka yang masih rendah seperti dalam kereta sorong ni, tak bolehlah ditanam di tempat terbuka sedap diratah oleh angsa dan itik. Sekarang ni dah makin meriah dengan ayam dan itik suka sangat mereka meratah anak-anak pokok pisang yang baru je keluar. Batang pisang pun sebenarnya adalah satu sumber bahan makanan yang sihat untuk ternakan. Kalau batang-batang pisang yang baru kena belah-belah lepas ambil tandan pisangnya, ternakan pun suka makan. Jadi tanam pisang ni tak rugi, Tukang Kebun boleh tuai buah pisang, batang-batangnya jadi sumber bahan makanan untuk ternakan atau untuk biar reput sebagai mulching merangkap baja kepada pokok-pokok lain. Kalau Tukang Kebun on holiday biasanya tak risau bab-bab kasi makan beberapa hari jika dibiarkan ternakan lepas, pandai AVIAN pets ni cari makan (habis banyak anak-anak pokok pisang diratah).
  Jadi yang anak pisang nangka masih rendah, dearest hubby tolong tanam di tepi tembok bahagian depan kebun sikit sementara Tukang Kebun sediakan bibit-bibit keladi untuk ditanam berdekatan. Kalau berbuah berat nanti, tembok boleh jadi sandaran nak tampung. Kawasan dalam gambar ini memang pokok kaduk sentiasa naik tumbuh dengan meriah tanpa dibela. Ada juga kami tanam bibit-bibit pisang kadau dekat dengan pokok jambu mawar dan berhampiran dengan tembok ini juga supaya tak pupus Ahad lalu.
  Bulan ini Syukur Alhamdulillah ada beberapa pokok-pokok pisang nangka sedang berbuah dengan pelbagai pembesaran. Yang tercari-cari pisang nangka dan nak booking next batch yang akan masak tak lama lagi boleh email (kebunkmg@gmail.com). Sesisir penuh buah pisang nangka RM5. Sesisir pisang nangka biasanya besar dan bilangan buahnya banyak. 
 Yang ingin menanam pokok pisang nangka juga kami ada bekalkan anak-anak pokok pisang nangka. 

Info pisang nangka juga boleh refer di blog posting sebelum ini (klik sini).

Ahad, 10 Mei 2015

Limau Kapas

  Sesetengah tempat memanggilnya limau kapas, ada tempat lebih mengenali buah citrus ini sebagai limau nipis. Dalam keluarga limau kapas pun ada beberapa jenis. Baka Big Boss punya limau kapas ini review yang diterima dalam package Pasar Online Kebun Bahagia Bersama selalu dikelirukan rasanya dengan buah lemon (kerap keliru Tukang Kebun ada bungkus limau kapas tapi diingatkan buah lemon kerana rasanya). Feedback diterima katanya baunya wangi. Rasanya tak sekuat macam limau  nipis yang dikatakan ada rasa pahit sikit tapi baka ini lebih rasa ke arah lemon. Buat air memang mirip rasa lemonade.
  Satu tangkai pokok limau kapas kekadang boleh menghasilkan banyak buah dalam satu gugusan (contoh gambar No. 1). Kekadang sehingga 8 buah segugus jika bunganya kena pendebungan yang baik dari pertolongan agen pendebungaan seperti lebah. Putik bunganya seakan berwarna merah jambu tapi bila kembang mekar penuh bunganya berwarna putih. Kalau pokoknya keluar banyak bunga-bunga kembang mekar serentak memang bila lalu pagi-pagi sungguh wangi bunganya bila lalu berdekatan pokok kapas. Jika pendebungan baik berjaya bunga, pokok limau  kapas akan mula membentuk buah seperti gambar No. 3 di bawah.
  Kadangkala pokok limau kapas ini tidak menghasilkan gugusan bentuk buah pokok limau kapas yang biasa dilihat berbentuk bulat seperti dijual di pasar. Tapi kadangkala menghasilkan buah berbentuk bujur mirip kepada lemon seperti gambar No. 4 di bawah. Pokok limau kapas amat bahagia jika diletakkan di tempat yang menerima cahaya matahari yang banyak. Pokok limau kapas biasanya tahan lasak setelah dipindahkan beberapa minggu dan pokoknya sudah nampak membesar dan stabil ianya tidak memerlukan kekerapan penyiraman. Biasanya taburan hujan yang diterima sepanjang tahun di cuaca Tanah Rendah Malaysia sudah memadai. Musim berbunga pokok limau kapas yang lebat biasanya setelah pokoknya mengalami musim kemarau beberapa minggu akan membuatkan pokoknya teruja untuk beranakkan buah-buah. Walaupun cuaca tahun lepas kemarau lama beberapa kali musim, membuatkan pokok limau kapas lebih banyak kali berbunga berbanding dengan cuaca tahun ini di mana hujan kerap bertandang. Bukan sahaja bagi bunga limau kapas tetapi diperhatikan pokok-pokok adik beradik citrus lain juga begitu seperti pokok limau kasturi dan lain-lain.
  Feedback yang diterima juga limau kapas ini seedless tidak berbiji. Nota tukang kebun tengok bergantung kepada faktor persekitaran musim pembesarannya, ada musim ianya memang tidak menghasilkan biji, ada musim ada biji tapi tak sebanyak seperti baka limau kapas lain. Pokok limau kapas sukakan tanah yang pengaliran air yang banyak. Tak berapa gemar jika air bertakung. 

~ Pokok limau kapas grafted ~
1 bekas RM15.00 (kebunkmg@gmail.com)

More info about this limau kapas klik here. 

  Ini antara kesimpulan bakul tuaian Kebun Bahagia Bersama minggu ini hasil yang kerap boleh dipetik di kebun belakang. Buah limau kapas memang kerap setiap minggu mesti ada dalam bakul tuaian.

Have a lovely weekend with your love ones.

Isnin, 9 Februari 2015

Pasar Online Tapioca and Key Lime Kebun Bahagia Bersama

 2 hari hujung minggu ini tidak dapat bersiaran kerana sibuk dengan projek mengemaskan kebun. Malam pula sibuk nak uruskan penghantaran untuk hari ini. Pembayaran yang telah dibuat sebelum pukul 6 petang semalam akan dipos pada awal pagi ini di Pejabat Pos Besar Shah Alam setelah dearest husband hantar Rayyan ke tadika. Pada hari Sabtu lepas kami mengemas di sekitar station kawasan PETS di belakang menikmati umbut kelapa kebiasaannya. Untuk kasi cerah dan kemas kawasan tersebut ,pokok langsat dan gajus telah selamat kena pruning. Kerana sayangkan pucuk-pucuk gajus muda dari dahan yang telah dipotong, maka sebelum buang dahannya ke green waste dearest hubby khusyuk collect pucuk mudanya.
  Syukur Alhamdulillah bulan ini pokok limau nipis memberikan hasil yang lumayan sampai buahnya tergolek-golek jatuh ranum di tanah sebab tukang kebunnya tak perasan dan tak teliti memandangkan yang masih ada di dapur pun tak terpakai semua. Ayam dan itik suka betul melepak di bawah pokok limau nipis ini. Rasa selamat sebab ada duri dan teduh. Mungkin antara sebab kenapa pokok limau nipis ini subur ada tukang baja menjadikan pokoknya memberikan buah tak putus-putus sepanjang tahun. Tukang kebun pun cuma baja paling banyak 1~2 kali setahun.
  Dah 2 minggu tak dibuka Pasar Online Kebun Bahagia Bersama sebab nak selesaikan dahulu hutang reservation yang dahulu, akhirnya baru hari ini selesai.Untuk February ini, Pasar Online Canistel Kebun Bahagia Bersama is not available. Next canistel season anggaran tukang kebun mungkin hujung bulan Mac, kalau ada rezeki jika ada yang mengidam. So stay tune not taking any pre-orders.

 Minggu ini kami buka Pasar Online Kebun Bahagia Bersama Limau Nipis dan Ubi Kayu sebagai fresh harvest utama bagi slot untuk penghantaran pada 16hb February 2015. Sekarang ni musim demam dan batuk, eloklah buat macam-macam dengan limau nak bagi banyak vitamin C. Perayaan Tahun Baru Cina pun dah hampir, manalah tahu ada yang memerlukan bahan-bahan seperti ubi kayu di dapur. Jika ada rezeki-rezeki tuaian lain, InsyaAllah akan cuba diselitkan sekali. 100% Organically grown sebab ini bela untuk team members Kebun Bahagia Bersama punya own consumption asalnya tapi ada extra sekarang ini bolehlah dipasarkan.

~ Pasar Online Kebun Bahagia Bersama Limau Nipis dan Ubi Kayu ~
Anggaran jumlah berat tuaian segar hampir ke 2 kilogram sudah termasuk kos penghantaran dalam kawasan Semenanjung Malaysia sahaja ialah RM20.00 .

 Ada one happy part-time weekend gardener semalam, dah lama teruja tertunggu-tunggu  nak tuai hasil ubi kayu yang ditanamnya. Bahagianya nampak senyumannya membawa tuaian ubi kayu nak tunjuk dekat si Isteri. Siap sebelum datang bawa dah siap tanam semula keratan ubi kayunya naik motivasi bila lihat lumayan hasilnya setelah hampir setahun ditanam. Terkejut si Isteri bila tanya nak tanam balik tak keratan ubi kayu tu? Abang dah tanam dah. Wahwahwah...tak yah ajak pun dah buat sendiri.

 Ada ubinya panjang lebih setengah meter pun ada macam senang je tengok saiznya nak hiris kalau buat kerepek.

 Kalau beginilah hasilnya dari 1 pokok ubi kayu sahaja, kalau zaman dulu boleh sustain beberapa hari sekeluarga ni. Akhirnya awal bulan ini setelah lama dok fikir-fikir nak beli kereta sorong maka dapatlah juga singgah sebentar kedai hardware lepas hantar maintenance mesin rumput. Beli yang buatan Malaysia bukan buatan China punya jadi nampak kuat sikit walaupun poket pun kena keluar lebih sikit. Dari Tabung Kebun Bahagia Bersama shipment on 26th January 2015 bolehlah berbelanja sikit beli kereta sorong baru dan terima kasih banyak-banyak. Yang the only one dulu tu masih dipakai walaupun dah 1/3 besar lubangnya tapi bolehlah cepat buat kerja bila ada 2 tak berebut.
  Dearest husband sejak-sejak ni memang kegemarannya suka tanam pokok ubi kayu sebab tak perlu jaga. Musim hujan di hujung tahun lepas membuatkan pertumbuhan ubi kayu sangat cepat. Sebagai contoh gambar terakhir di posting ini ditanam Oktober lepas, sekejap sahaja dah tinggi lampai (related posting klik sini). Siapa yang sibuk tapi ada ruang yang panas di belakang rumah walaupun sekecil mana terbiar baik tanam ubi kayu sekurang-kurangnya dari penat cabut lalang rumput meninggi semak, InsyaAllah adalah juga hasilnya. Lagipun tak menanglah lalang dengan bakal pertumbuhan ketinggian pokok ubi kayu memecut. Biasanya pokok-pokok ubi kayu di belakang kebun kami tak siram. Kami timing masa menanam di kala ada hujan kerap bertandang. Biasanya ubi kayu kalau dah umur lebih 3 bulan boleh dah survive dengan sendiri. Kalau yang ada masa menyiram bolehlah bila-bila pun tanam ubi kayu.

~ 7 Keratan Ubi Kayu RM5.00 ~

Self-Collect Day Schedule This Week:

~ 11th February 2015, Wednesday from 8:30PM~9:00PM at Sungai Buloh.

~ 14th February 2015, Saturday from 9:30PM~10:00PM at Seksyen 11, Shah Alam.

Jumaat, 26 Disember 2014

Limau Nipis NeverEnding

  Posting hari ini memo terakhir tuaian untuk penghujung tahun 2014 di Kebun Bahagia Bersama. Tuaian terbesar ialah buah nangka. Rambutan pun dah berguni-guni tuai. Tetapi tuaian yang tak putus-putus rezeki dipetik dari kebun bahagia bersama di backyard untuk tahun ini tak kira musim kemarau panjang, musim hujan, sepanjang minggu mesti ada ialah buah limau nipis. Jadi one of the star for 2014 ialah pokok limau nipis, tak pernah disiram, baja pun sekali dua setahun ianya thrive dalam cuaca kemarau luar biasa fenomena El-Nino tahun ini. Must give credit to pokok limau nipis sebelum akhirnya tahun 2014.
 Tidak lupa juga must give credit to kerengga juga yang banyak membantu bunga-bunganya well-pollinated menghasilkan buah. Pokok limau nipis ni bukan satu je sarang kerengga tapi ada beberapa spot juga dalam sepokok. Jadi janganlah anda aniaya dia, they do have a role for good harvest. Janganlah cepat capai tin sembur ridsect tu, fikir-fikirlah dulu. Bila tak dapat hasil you merungut pula. Tukang kebun pun dah lali tengok diorang ni, we made a pact. Aku tak kacau kau, kau tak kacau aku. Dah makin mahir nak elakkan dari mendekati sarang kerengga bila nak capai-capai petik buah limau nipis yang dah mula masak.
 Kekadang sekiranya ada buah yang masak meletop merekah macam gambar atas adalah sebab penerimaan taburan hujan/air yang tak menentu. Sekejap kering sekejap banyak pula air membuatkan buahnya split. Jadi kita dah boleh baca perubahan cuaca bagaimana dalam beberapa minggu tersebut.
 Tuaian upih di atas hadiah Merry Christmas untuk big boss yang tiap malam suka buat air citrus. Tuaian upih di bawah pula hadiah Merry Christmas untuk Auntie Janet yang memang sukakan buah canistel.