No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 9 Julai 2015

Musim Bunga Limau Kapas

  Bulan ini ada rehat dari hujan sekejap, dan cuaca panas kering membuatkan pokok limau kapas lebih teruja untuk mulakan musim bunga semula setelah datangnya hujan minggu ini kembali membasahkan tanah semula. Tukang Kebun perhatikan jika hujan kerap diterima, kurang sedikit musim bunga limau kapas. Tapi jika ada period of panas kering yang nyata kemudian hujan datang semula, menyebabkan pokok-pokok kapas lebih teruja untuk lebih berbunga. 
  Lega hati melihat gugusan bunga limau kapas yang meriah bulan ini. Kemudian memerhatikan bunga-bunga tersebut mula membentuk buah limau. 
  Syukur Alhamdulillah ada hujan juga yang bertandang dalam penghujung bulan Ramadhan ini menjadikan buahnya lebih menjadi pembesarannya.
  InsyaAllah stok buah limau kapas akan datang lepas 2~3 bulan ini lebih meriah dapat dipetik dari Kebun Bahagia Bersama. Pokok limau kapas gemarkan tempat yang menerima banyak cahaya matahari.
   Dari segi pembajaan, dah lama sebenarnya Tukang Kebun tak beri baja dek ketiadaan masa. Tahun ini langsung Tukang Kebun tak berikan baja. Tapi Syukur Alhamdulillah pokok limau kapas ini kegemaran ternakan di belakang berteduh di bawahnya. Jadi si itik, angsa, ayam dan sejenis dengannya selalu tolong bajakan sambil berteduh di bawah pokok kapas.
  Tak disangkakan hari ini nampaknya dah ada anak-anak burung di dalam sangkar yang ibunya buat di celah batang pokok kapas ini. Banyak betul bakti pokok limau kapas ini, bukan sahaja menghasilkan buah limau kapas yang berterusan untuk kegunaan dapur kami, tapi memberikan perlindungan kepada makhluk Allah yang lain dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Bulan ini nampaknya projek propagation pokok limau kapas kena cuti sekejap memandangkan ianya dah mula musim bunganya. Tapi masih ada beberapa ready stok limau kapas grafted available di Kebun Bahagia Bersama selagi ada.

~ Pokok limau kapas grafted 1 bekas RM15.00 ~

More info on limau kapas boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).
  Tuaian semalam dari kebun ialah telur itik dan telur ayam, katak puru, terung telunjuk dan terung pipit, kacang panjang, kacang botor dan limau. Untuk membuka puasa hari ke-21 masak simple sahaja buat pasta goreng dengan isi ketam. Minuman pula buat air teh limau kapas sahaja untuk puas hati Abby. Ada 3 hari berturut, Tukang Kebun tak sempat nak check-check pokok limau jadi tak terbuat air teh limau kapas untuk berbuka, Si Abby yang tak puasa ini membebel pula air limau dia tak de katanya. Mama tak buat air limau Abby katanya.

 Nasiblah Nenek Abby banyak tanam pokok citrus keliling kebun. Dapatlah bulan puasa ini kerap buat air limau untuk Abby, puas Mama keliling kebun mencari buah citrus. Takpelah buah citrus ni banyak natural vitamin C untuk elakkan mudah dapat selsema bulan Jun yang panas ini. Barulah Mama Abby faham kenapa selalu Nenek dan Atuk Abby banyak pesan supaya banyak tambah tanam pokok limau keliling kebun. Syukur Alhamdulillah tahun ini pun dah beberapa pokok citrus ada Tukang Kebun tanam. Masa mood rajin dapatlah propagate stok lebih-lebih juga untuk gardeners yang berminat nak tanam pokok citrus. Jimat banyak bila tuai dari kebun sendiri, bulan ini sahaja consumption citrus Kebun Bahagia Bersama pun dah jimat berpuluh-puluh ringgit. Dah kalau hampir setiap hari asyik perah buah-buah limau je untuk minuman, makanan dan sambal-sambal.

 Hari ini untuk buka puasa ke-22 dah siap buat air teh limau kapas dan air cincau. Bulan Ramadhan ini, Ilhan suka pula minum air cincau dan makanan yang jenis ber-jeli. Nak mula preparation untuk siapkan makanan untuk berbuka puasa pula.

Selamat Berbuka Puasa.

Hari ini berbuka dengan apa?

3 ulasan:

Carlz Jafran berkata...

Pokok katak puru masih ada jual tak?

Fida Z Ein berkata...

Hari ini berbuka cadangnya dengan kentang goreng celup tepung jagung...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Carlz.

Pokok katak puru masih ada ready stok lagi.

Salam Bahagia Fida.

Belum pernah buat gitu lagi, rasanya ubi kayu pun agaknya sesuai tak?