Kami ingin meminta maaf jika ada tersalah terkasar bahasa dan menyinggungkan perasaan maafkanlah kami, janganlah disimpan. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tukang Kebun tak sabar rasanya nak balik semula ke kebun nanti nak kutip buah-buah roselle yang sedang meriah membesar. Mesti ramai gardeners mengharapkan adalah hujan juga bertandang di kebun ketika sedang beraya.
Roselle raya yang dapat dipetik nanti datangnya disudut kawasan ini yang tumbuh sendiri baharu sahaja dikemaskan awal bulan Ramadhan lalu (related posting klik sini). Seperti yang dirancang dalam posting lepas sudut ini nak buat kebun mini nenas madu sabah setelah dikemaskan. Sudah pun ditanam beberapa sulur di belakang pokok roselle. Ada juga Tukang Kebun buka sulur-sulur keladi yang berlebihan masa kemaskan. Yang ada terima sulur keladi awal bulan Ramadhan ada dari kawasan ini, jenis apa belum lagi Tukang Kebun kenal pasti.
Antara hamper raya bawa balik kampung ialah buah nangka yang dah mula mewangi di bawah ini. Ada juga bawa balik sebalang telur itik masin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.
9 ulasan:
Salam Aidilfitri 2015 buat diana KBB dan family.. Mohon maaf zahir n batin...
Selamat Menyambut Hari Raya aidilfitri Kak Diana & family..semoga berbahagia selalu & bergembira di aidilfitri ini :)Maaf zahir & batin...
Selamat Hari Raya buat Diana dan team KBB.. maaf zahir batin
Selamat Hari Raya KBB Teams!
Hayyat, KK
selamat hari raya.
Selamat Hari Raya juga..
Roselle...sedap buat jem...
selamat hari raya juga utk KBB :D
semoga selamat perjalanan pulang ke kpg dan kembali ke KBB
Selamat hari raya Diana
Salam Raya Ima, Julie, Kak Mar, Kak Hayyat, Isszybiz, Fida, JU, Cikgu Zu.
Terima kasih sudi singgah jenguk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Walaupun sibuk dengan persiapan raya.
Kami juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.
Catat Ulasan