No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 27 Julai 2015

Home-Spa Serai Acheh

  Awal pagi ini Tukang Kebun nak buat catatan kiranya merangkap self-review observation hasil penggunaan Serai Acheh atas permata-permata hati kami minggu lepas. Sebelum Ilhan Mikhail demam panas tak surut-surut, Rayyan Haniel yang demam dahulu tapi demam cuma sekejap dan demam tu ada up & down macam demam biasa. Ada Rayyan Haniel report rasa pening kepala tapi within 2 days dah recover semula. Lepas Rayyan Haniel sihat, petang Rabu 1st day sekolah lepas Raya papa ambil Ilhan dekat sekolah kata Ilhan tido baring dekat rumput menunggu. Balik rumah badannya sangat panas dan asyik kata dia pening kepala. Assuming ingat case Ilhan sama dengan Rayyan bagi ubat demam jelah dulu. Tapi berlainan dengan Rayyan, panas demam Ilhan tak surut langsung, tak de up and down yang nyata dan dia tak berpeluh. So pagi Jumaat bawa Ilhan ke klinik. Doktor pesan kalau 5 hari masih demam lagi, suruh datang lagi buat blood test in case takut denggi, kemudian baru refer ke hospital. Doktor bagi ubat demam sahaja macam stok di rumah.
  Tak sanggup hamba Allah ni nak tunggu sampai hari ke-5, tak tenang tengok kalau anak demam panas semacam je. Lagipun petang itu, makan ubat demam, Ilhan nak duduk atas kerusi dapur berapa kali cakap dekat Tukang Kebun, kenapa Ilhan rasa kerusi ni makin tinggi je ni mama? Sudah Ilhan dah pening sangat lah tu. Naluri Tukang Kebun pun rasa macam kes denggi punya symptom je, lagipun masa bayi umur  10 bulan dahulu Ilhan pernah kena denggi. Ambil initiative terus google cara nak sedia jus daun betik dan sambil sedia makan malam sambil tumbuk-tumbuk daun betik nak extract jus. Adoi Tukang tumbuk lesung pun rasa tak tahan bau lumat daunnya tu, bayanglah pesakit yang nak telan air pahitnya tu. Itupun nasib baik berapa kali pesan dekat Ilhan, ubat Mama buat ni pahit tau tapi nak cepat baik kena juga telan. Lagipun masa research cara sediakan remedy ni, kami tonton bersama untuk memudahkan fahaman Ilhan kenapa dia kena telan juga ubat pahit ini. Di sini Tukang Kebun sertakan video penyediaan jus betik untuk kes denggi dari Kementerian Kesihatan Kita.

  Sebab Ilhan tak confirm lagi dia kena denggi, dan video takde pula mention samaada dose untuk kanak-kanak atau dewasa sama ke tidak. Jadi untuk Ilhan cuma bagi satu sudu sahaja instead of 2 sudu sehari sekali. Kemudian cuma 2 hari sahaja, kami bagi jus betik ini untuk Ilhan. Sebab keesokan hari lepas bagi yang pertama tu dah nampak ada perubahan nak baik. Syukur Alhamdulillah hari ini nampak keadaan Ilhan dah boleh bersedia pergi ke sekolah. Early preventation dari melarat-larat lagi is much better. Elok tanya yang lebih pakarlah ya, jangan pandai-pandai buat macam Tukang Kebun ni. I simply follow my mother instinct.
  Untuk membantu Ilhan masa demam dapat berehat dengan lebih selesa, setiap pagi Tukang Kebun pergi pagar depan cabut pokok-pokok serai acheh dahulu. Dah rebus pokoknya sambil menunggu boleh merayau dalam kebun selesaikan kerja lain. Tak susah dan remeh nak sediakan mandian untuk pesakit-pesakit yang badan lesu dan tak selesa untuk menyegarkan badan mereka supaya rasa lebih selesa dan dapat berehat dengan lebih baik. Tengok tu dah sepet sangat mata Ilhan tahan sakit. Feedback dari Ilhan, badan dia lebih rasa sedap dan mudah nak tidur lepas mandi air rebusan Serai Acheh. So Ilhan selalu pesan minta mama sediakan air home-spa Serai Acheh setiap kali waktu untuk mandi masa sakit kali ini. Abby yang sihat selalu menumpang mandi juga dengan abangnya pun rasa sedap badan, sampai baru je bangun tido, lepas mandi boleh tertidur semula temankan abang tidur. Rayyan pula pantang sungguh nampak kalau ada air rebusan Serai Acheh dalam dapur, dah mandi dari rumah Nanny sebelum Papa pick up on the way balik kerja pun selalu bohong kata tak mandi lagi. Rayyan addicted dengan home-spa Serai Acheh.
   Air rebusan Serai Acheh ini memang banyak manfaat, salah satunya membantu buang angin dalam badan juga. Orang sakit kan biasanya tak berapa selera makan mudah masuk angin juga kan. Elok juga untuk sebagai mandian orang yang baru lepas bersalin. Tukang Kebun fikir-fikir cadangkan kalau ada ibu yang bayinya masalah nak tido malam atau asyik nangis-nangis je terutamanya dah senja bolehlah kasi bayi anda relax dengan mandi air rebusan Serai Acheh. Kasi baby mandi air rebusan Serai Acheh sedap badan, kemudian kasi minum/makan, bilik tido kurangkan cahaya, InsyaAllah mudah baby nak lena tido bolehlah ibu berehat dengan lebih baik. Tukang kebun pun kalau badan dapat rendam kejap dalam home-spa Serai Acheh pun jadi cepat lalok mata kuyu je. Natural Baby Bath so relaxing, tak de nak risau kulit-kulit kering guna manufactured goods berlambak pilihan di kedai tu.

Info mengenai manfaat Serai Acheh juga boleh dibaca di laman posting sebelum ini (klik sini).

~ Pokok Serai Acheh/ Tepus Wangi 1 bekas RM7.00 ~

  Buat catatan ringkas untuk hari Ahad semalam pula, pagi-pagi Tukang Kebun kutip telur ayam dan dearest husband kutip telur itik. Permata-permata hati pula tolong kutipkan bunga-bunga telang. Asyik beraya takut roti gardenia tak habis, jadi kami breakfast dengan roti telur bunga telang. Seronoklah rasa sebab bahan telur ayam dan bunga telang dari kebun sendiri.
  On the way nak ambil bibit-bibit nanas madu Sabah untuk penghantaran pesanan hari ini nampak banyak pula monyet-monyet bertenggek di tembok belakang nak beraya. Tengok ada dah beraya dengan buah pisang yang dah hampir masak. Eloklah lekas-lekas tuai simpan di dapur. Minggu ini jika ada nak bekalan pisang nangka boleh juga dapatkan dari Kebun Bahagia Bersama ya. Lebih kurang sesisir pisang nangka RM5.00 boleh self-collect ataupun juga hantar via Pos Laju Malaysia.

  Yang nak campur-campur dalam pakej Pasar Online Kebun Bahagia Bersama pun boleh buat pesanan ke (kebunkmg@gmail.com). Kalau goodies <2kilogram campur shipping total RM21 (kotak prepaid small box RM14). Kalau goodies <5kilogram campur shipping total RM31 (kotak prepaid medium box RM21). 
  Stok frozen santan Tukang Kebun dah habis, jadi tengahari semalam buat stok frozen santan sendiri. Senang sikit nak masak minggu ini kalau nak pakai santan tak kalut, cuma keluarkan dari freezer siap-siap. Isi kelapa parut yang dah diperah pula boleh bagi ayam-ayam makan. Jika ada gardeners yang pesan kelapa parut tak terpakai semua boleh juga simpan dalam freezer. Kelapa parut pun boleh frozenkan untuk tahan lebih lama jika tak sempat nak perah-perah. Minggu ini pesanan untuk kelapa tua, Kebun Bahagia Bersama tak dapat nak bekalkan. Minggu ini kami cuma bekalkan kelapa parut sahaja sebab kelapa parut tengah high demand. Nanti tersilap nak congak-congak kelapa yang ada untuk pesanan-pesanan yang dah diterima bagi kelapa parut takut keliru nanti dengan bahagian kelapa tua. Yang berminat untuk dapatkan kelapa parut dari Kebun Bahagia Bersama boleh self-collect pagi Sabtu atau Ahad. Yang pesanan quantity kelapa parut besar self-collect hari Ahad (jenuh nak kopek sabut, biasalah weekend gardener).

~ Kelapa parut 1 biji RM1.00 ~

Self-Collect Schedule This Week:

~ 29hb Julai 2015, Rabu antara pukul 9:00malam~9:30malam di Putra Medical Centre, Sungai Buloh.


~ 1hb Ogos 2015, Sabtu antara pukul 9:00pagi~9:30pagi di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ 2hb Ogos 2015, Ahad antara pukul 9:00pagi~9:30pagi di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

9 ulasan:

Unknown berkata...

Alhamdulillah, sihat dah anak².. Musim agaknya, kami di sini pun seminggu juga demam panas..

Macam mana ya nak frozenkan santan dgn btul? bila time masak tu jadi ketul² pulak.. hihi

tips mak mertua sy, frozen kelapa parut utk pati santan lebih pekat.

suka suka berkata...

K Mar pesan Pisang nangka ya..

Unknown berkata...

Pernah ternampak ade org buat makan daun betik goreng. Daun betik celup tepung dan goreng. Xtahu lah pahitnya hilang selepas digoreng. Sy x berani cuba lg. Hehe..

Normala Saad berkata...

Mujarab betul daun betik tu ya...ada oragn petua kalau kena denggi makan sup ketam atau 100+..

carlz berkata...

Pucuk betik ditumis atau digoreng pahitnya tidak hilang. Sy pernah mkn syur dari kwn bangsa Timur (panggilan di Sabah merujuk kpd kaum toraja n flores yg menetap di Sabah) pahit ya ampun tapi khasiatnya bgus utk hilangkan cacing dlm perut.

carlz berkata...

Simpan sepokok serai aceh utk sy.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Jazzeyra Aj.

Syukur Alhamdulillah dah mula rasa sihat segar-segar semula.
Cuma dearest husband pula rasa macam demam-demam urat.
Takde cara special pun nak frozenkan santan.
Cuma bila masak tu awal-awal bila letakkan elok kalau kacau-kacau sampai dah sebati.
Tapi masa kacau jangan asyik kacau satu hala sama je.
Pelbagai hala sambil kacau.
Oh frozen kelapa parut lebih mudah buat pati santan lebih pekat ya.
Thank you for sharing.

Salam Bahagia Kak Mar.

Moga dah selamat sampai pisang nangka tersebut.

Salam Bahagia We Linnasya.

Entahlah Tukang Kebun pun belum rasa lagi masak gitu.
Tapi orang kata tak hilang pahitnya.
Bunga betik jantan pun boleh buat sayur juga.

Salam Bahagia Kak Mala.

Minum 100+ memang Doktor pesan.
Sup ketam pun ada dengar juga.
Tapi tak tau pula mujarab ke tidak.
Terpaksa kedua ibubapa Diana kirim banyak-banyak ketam masa balik Sungai Buloh hari tu buat stok dapur untuk cucu standby kalau denggi.

Salam Bahagia Carlz Jafran.

Bagus untuk hilangkan cacing sekali ya?
Bagus juga serentak hilangkan denggi dan cacing.
Noted Serai Acheh.

Tanpa Nama berkata...

Ada lagi tak stock serai acheh. kalau ada saya nak beli & macam mana nak buat pembayaran?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Serai Acheh ada banyak stock.
Further detail boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).