No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Companion Planting. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Companion Planting. Papar semua catatan

Khamis, 22 Mac 2018

Matahari Terbit dari Kudat Golf and Marina Resort

 Walhal baru je minggu lepas baru ke Kudat tetapi sampai hari ni dah rasa macam bulan lepas pula perjalanan baru-baru ke Kudat ni. Masa begitu pantas berlalu rasanya bila makin sibuk dengan duniawi ni. Trip ke Kudat ni bukan melancong tapi atas tugas penyeliaan dan penyelidikan. Selepas solat dan sambil menunggu waktu sarapan ambil angin dulu di tempat penginapan. Tempat penginapan di trip Kudat kali ini ialah Kudat Golf and Marina Resort.
 Selalunya waktu begini asyik sibuk urusan persiapan anak-anak ke sekolah. Kali ni ambil peluang kalau ada rezeki nak tengok matahari terbit dari bumi Kudat ni. Mula-mula teragak-agak juga mana arah matahari terbit ni samaada boleh nampak dari persisiran pantai resort ini ke tidak. Bila teringat arah kiblat, mungkin macam boleh. Kemudian ada pekerja resort lalu, cuba tanya katanya betul arahnya yang kami agak matahari muncul jika ada rezeki.
 Sambil menunggu matahari muncul sebalik awan kabus yang tebal, Tukang Kebun pelik tengok ada mahkluk di dalam air laut ni asyik ke hulur hilir depan kami ini. Awal-awal mungkin boleh ingat kayu dihanyutkan oleh ombak. Dah kalau bertukar posisi berenang ke kiri kanan, dah tak mungkin la tunggul kayu. Bila diamati betul-betul lansung rasa bentuk badannya macam bukan biawak ni. Macam sang buaya air masin ni.  Sang buaya yang usianya masih remaja lagi dah mula panjang tapi tak setegap macam yang dewasa lah lagi. Kali terakhir nampak buaya liar ialah di Sungai Kinabatangan (related posting klik sini). Atas badannya ada bergarisan sisik muncul kan tu selari. Memang kawasan arah utara Kudat ini ada buaya air masin.
 Akhirnya muncul jugalah Si Matahari di sebalik kepulan awan kabus yang tebal.  Ada rezeki juga layan perasaan tengok matahari terbit di Kudat ini. Hilang rasa penat dan sakit kaki yang baru kena dera lepas sertai Borneo Ultra-Trail Marathon kelmarinnya (related posting klik sini).
 Kalau main golf berdekatan dengan Kudat Golf and Marina Resort ini memang boleh sama-sama istirehat dengan buaya air masin la ya.....really with nature. Seperti gambar di bawah yang sebelah daratan kiri ada pokok-pokok kelapa itu adalah padang golf ya. Ada juga beberapa perahu kecil nelayan juga lalu-lalang di depan mata mencari rezeki. 
 Sebenarnya matahari terbit boleh juga dinikmati dari balcony tempat reception tetamu juga dengan kolam renang.
 Harga bilik yang paling murah ditawarkan di Agoda masa buat reservation ialah yang Garden View harganya RM135 ditawarkan yang harga asal RM300 lebih sebilik. Antara sebab kenapa pilih menginap di Kudat Golf and Marina Resort kali ini. Tambahan pula dah termasuk breakfast sekali.
 Kami diberikan bilik Ground Floor yang kalau buka sliding door terus ada taman permainan dan boleh juga jika nak menikmati sunrise dari garden bench di luar bilik yang disusun. Sebab harganya murah dari biasa, kami takde la yang tak puas hati. Cuma masalah bilik tak dapat dibuka sendiri kerana dah rosak. Setiap kali nak masuk bilik kena mohon di reception untuk tolong bukakan je lah. Tapi mereka okay je dan setiap kali mohon maaf atas masalah teknikal. Dengan harga yang diberikan kami terima yang seadanya sebab di Kudat ni bukan banyak tempat penginapan. Kalau di Kudat ni dapat tempat penginapan macam service hotel ada facilities swimming pool, gym dengan breakfast consider murah la dapat bawah RM150. Fikir-fikir kalau ada rezeki nak bawa anak-anak jalan jika dapat harga menginap Kudat Golf and Marina Resort bawah RM150 semalam. Dearest husband, Abby dan Rayyan belum sampai Kudat lagi. 
 Sarapan bermula pada pukul 7 pagi di sini. Masa naik tangga dari arah kolam renang ke receptionist nak mohon tolong bukakan pintu, terjeling pula di corner bawah tangga ini dihiasi dengan pokok jenjuang merah dan daun kaduk. Nampak cantik juga kombinasi dua pokok ini. Bagi mereka yang terhad ruang menanam boleh juga tanam pokok jenjuang merah bersama-sama dengan pokok daun kadok. Jika tanam dalam container juga boleh gabungkan kedua-dua pokok ini. Misalannya balcony gardening, pokok jenjuang merah boleh ditanam dalam pasu bersama-sama pokok daun kadok. Pokok jenjuang merah yang meninggi boleh memberi teduhan kepada pokok daun kaduk masa musim panas.

~ More info on pokok jenjuang merah (Klik Sini) ~
1 pot pokok jenjuang merah RM6.00 .

~ More info on pokok daun kadok (Klik Sini)~
7 moist bare-rooted pokok daun kadok RM5.00 .
 Masa check out di Kudat Golf and Marina Resort adalah pada pukul 12:00PM. Sebelum bergerak keluar ada kami mohon check out lambat. Tapi terlambat balik ke hotel semula nak dekat pukul 1:00PM. Nasib tak berkira sangat resort ni lepas cuci lumpur segala, kami check out dalam 1:30PM.

Selasa, 6 Mac 2018

Mansoa alliacea dan Mickey Mouse

 Lepas dah lama tinggalkan kebun apabila berada di tempat lain sekian lama, bila balik kalau pokok garlic vine (Mansoa alliacea) ni sedang meriah peak musim bunganya boleh buat kepala ringan memikirkan banyak kerja mengemas kebun nak kena buat seketika. Walaupun batang pokok garlic vine tidak besar tapi gugusan bunga yang dihasilkan teramat lebat. Pokok garlic vine adalah berasal dari kawasan Amerika Selatan bukan asalnya dari bumi Malaysia ini. Di negara asal pokok garlic vine ini terkenal sebagai magical herb plant. Kerana pokok ini ada nilai banyak dalam pelbagai perubatan. Boleh juga daunnya dibuat rempah masakan. Kemudian daunnya juga boleh direbus dan dijadikan mandian wap untuk mengurangkan demam, selsema, sakit-sakit badan dan lesu. Lain kali nak cuba jugalah spa mandian garlic vine. Dari bila dipangkas-pangkas dibuang daunnya begitu sahaja kan. Dahlah dah penat berkebun mengemas.
 Kalau berborak dengan orang nursery katanya susah mereka nak stock up pokok garlic vine ini kerana susah nak propagate hidup kalau dari keratan. Syukur Alhamdulillah di kebun kami ini banyak pula anak-anak pokoknya atau tunas dari akar bonda garlic vine ini beranak-pinak di bawah bondanya. Pokok garlic vine juga menghasilkan biji benih ya. Kekadang kalau musim yang pollination bagus nampak buahnya yang nipis panjang macam kekacang petai dan dalam benihnya macam kertas sikit (pappery?). Yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama adalah bukan dari keratan. Tukang Kebun korek je perlahan-lahan keluar dari tanah sudah berakar. Kalau kami takde masa, habis anak-anak garlic vine tu kami sorong je mesin rumput di atasnya. Ada juga yang muncul balik keluar. Jika sesiapa nak ambil anak angkat garlic vine ada stok sekarang, bondanya memang duduk tepi pagar depan Kebun Bahagia Bersama depan jalanraya.

More info on Garlic Vine (Click Here).

~ 1 pot pokok Garlic Vine (Mansoa alliacea) RM8.00 ~

 Cuma satu sifat pokok garlic vine dia suka sangat cahaya matahari ya. Boleh ditanam dalam pasu. Cuma kalau nak dia cepat membesar berikan dia banyak cahaya matahari baru dia akan tumbuh dengan cepat dan memberikan performance yang terbaik ya. Tukang Kebun perhatikan pokok Garlic Vine boleh hidup berpasangan bahagia dengan pokok Mickey Mouse. Kalau malas nak pasang pancang kahwinkan mereka duduk bersebelahan ya. Tapi masa mereka sama-sama membesar la kasi pasangan baru adil.
 Pokok Mickey Mouse pun seperti pokok garlic vine boleh ditanam dalam pasu juga. Kekadang ada yang tumbuh sendiri hijack pasu lain tengok dia yang subur membesar dan hasilkan bunga juga. Kalau tumbuh dalam pasu pokok Mickey Mouse ini nampak cantik juga jika di bonsai kan. Takdelah dia membesar tinggi seperti yang tumbuh atas tanah. Pokok Mickey Mouse ni biasanya tak putus-putus menghasilkan bunga. Tambahan pula nampak macam dua warna bunganya . Sebab bunga asal berwarna kuning. Kemudian semasa pembentukan biji benih jadi warna merah. Jadi nampak bunganya dwi-warna mekar serentak.

More info on Mickey Mouse (Click Here).

~ 1 pot Mickey Mouse RM10.00 ~

Khamis, 16 Februari 2017

Kobe Nunobiki Herb Gardens and Ropeway

  Lama tidak dapat bersiaran. Maka hari ini tunjuk gambar-gambar lama yang dikirim oleh dearest husband semasa hubby bersiar-siar tanpa kami di Kobe Nunobiki Herb Gardens and Ropeway yang dilawatinya bulan Oktober lepas. Bersiar-siar pada hujung minggu ketika dihantar bertugas ke Jepun. Tukang Kebun pun dah lebih sedekad tak menjejak kaki di Kobe ini.
  Kunjungan ke taman herba ini kena naik ropeway kerana ianya terletak di kawasan tanah tinggi. Pemandangan dari dalam ropeway pun nampak curam dah di bawahnya. Kelihatan seperti ada air mengalir di celah-celah kehijauan gambar di atas. Bandar Kobe adalah coast city dekat dengan laut tetapi morphology bentuk muka buminya banyak kawasan berbukit-bukit tinggi.
 Tukang Kebun amati gambar-gambar yang dikirim oleh dear hubby ini boleh nampak taman herba ini memang aplikasi penuh cara companion gardening. Banyak tumbuh-tumbuhan sayuran makan diselit-selitkan dengan pokok-pokok bunga yang juga teman baik untuk menjayakan konsep companion gardening. Tambahan pula pokok bunga cosmos bipinnatus juga adalah penarik serangga yang menghisap madu ke taman untuk membantu pendebungaan. Bukan sahaja kadangkala bunga-bunga ini juga mengundang predator yang suka makan bena-bena yang suka mengacau daun sayur-sayur tu. Seperti gambar di atas ini batas sayur bersebelahan dengan batas pokok cosmos.
 Gambar di atas ini pula pokok bunga tahi ayam banyak menemani jenis pokok kacang pea. Boleh juga kita mimik konsep ini dengan tukarkan pokok kacang pea dengan pokok kacang buncis atau panjang berteman pokok bunga tahi ayam. Ranting-ranting kayu dikitar semula dijadikan rangka pancang. Ranting-ranting pokok mulberry yang dicantas juga boleh dikitar semula untuk dijadikan pancang seperti di atas.
 Semasa lawatan dearest hubby di bandar Kobe ini adalah musim luruh. Kobe ini arah Selatan jadi kurang sejuk sikit dari Tokyo. Jika tempat Tukang Kebun belajar dulu belah utara lagi dari Tokyo di Niigata bulan Oktober dah sejuk angin kuat tiup memanjang. Kalau bandar Kobe ini musim luruhnya macam di Adelaide je kut sebab di tengah-tengah batas atas itu pokok kunyit yang dikelilingi sayur daun.

 Batas belah depan gambar pula nampak macam Red Swiss Chard dan adik-beradik kailan. Kecik label tak nampak jelas dari gayanya boleh jadi kailan (Chinese Broccoli) atau sayur bunga kubis atau brokoli tu. Keliling batas paveway dia pakai batu bata itu pun sebenarnya membantu kasi haba dengan pokok-pokok yang sensitif sejuk jadi tukang kebun dia boleh memanjangkan sikit musim panas tu.

 Biji benih Swiss Chard ada semula untuk yang ingin cuba tanam  dan sayur-sayur lain:

~ Red Swiss Chard approximate 20 seeds RM3.00 ~

~ Green Swiss Chard approximate 30 seeds RM3.00 ~

~ Kailan (Chinese Broccoli) approximate 50 seeds RM1.00 ~

~ Tatsoi approximate 50 seeds RM1.00 ~

~ French breakfast Radish 30 seeds RM1.00 ~
  

  Lawatan ke Taman Herba ini masa musim event Halloween dapatlah tengok hiasannya. Nampak tu pandai Tukang Kebunnya menggayakan buah terung susu kambing di situ yang saiznya gemuk-gemuk tu.

Ahad, 15 Mei 2016

White Butterfly Bush

  Posting baru-baru ini bercerita pasal tumbuhan air Keladi Bunting yang rajin beranak pinak (related posting klik sini). Hari ini giliran si pokok kembang bugang pula bunganya yang diibaratkan seperti rama-rama putih juga mudah beranak pinak tapi taklah full speed macam Keladi Bunting. Apa yang unik mengenai pokok kembang bugang ini ialah selain dari semaian biji benih, akarnya mempunyai sifat suka merayap. Bukan sahaja merayap ke arah bawah graviti sahaja tapi menjalar jauh  di dalam tanah secara horizontally menjadikan tiba-tiba ada anak-anak kembang bugang muncul makin jauh dari induk pokok. Pandai pula anaknya berjarak tak tumbuh rapat dengan ibunya. Bila dah jarak secara semulajadi tak berebutlah air, cahaya dan makanan. Akar yang rajin berjalan-jalan ini juga dilaporkan mempunyai kandungan yang dapat menjadi penawar racun untuk bisa ular.
  Tukang Kebun kagum dengan pokok kembang bugang ini sebab batang pokoknya pun tak besar setakat saiz jari jemari ini dan begitu juga akarnya tapi sangat kuat menolak tanah untuk mengembara. Akarnya yang suka mengembara jauh ini juga, menjadikan pokoknya jenis tak tamak sangat air. Tambahan pula kekadang bila dah nak cepat sangat, Tukang Kebun tolak je mesin rumput sekali atas pokok kembang bugang (yang dah tersasar jauh ke padang). Bila musim hujan muncul semula keluar dari tanah. Pokok kembang bugang ini memang asal usulnya dari negara kita, jadi ianya memang serasilah dengan perubahan cuaca negara kita sepanjang tahun terutamanya di kawasan tanah rendah. Untuk novice gardener atau yang baru berjinak dalam dunia berkebun, pokok ini sesuai untuk anda. Dia tak merajuk lama, bila pindahkan jika tersilap ada kes terputus sikit ke akar. Dia monyok beberapa hari kemudian ceria tegak semula (pujuklah dengan air dan teduh dia beberapa hari dahulu). 

  Bunganya biasanya belah senja lebih wangi atau pada waktu malam. Biasalah bunga-bunga warna putih tropika ini biasanya lebih wangi bila waktu gelap macam malam. Eloklah untuk kalau tuannya selalu balik kerja lewat. Bolehlah welcome back dengan haruman bunganya dekat pintu masuk rumah setelah lama kena asap kenderaan. Boleh juga hidup elok dalam pasu. Jenis pokok yang tak besar. Untuk balcony gardeners juga sesuai.

More info on Kembang Bugang boleh juga refer kepada posting lama (klik sini).

Terhabis pula stoknya dari bulan Mac tak dapat catch up dengan permintaan. Tunggu semaian baru stabil dahulu, bulan ini baru kami mula bekalkan semula setelah sebulan lebih dipindahkan. Semaian adalah dari anak pokok tunas akar, jadi ianya lebih pantas membesar dan berbunga. Mohon maaf kepada gardeners yang tertunggu-tunggu stok pokok kembang bugang, baru teringat nak inform semula hari ini.

~ 1 pot White Butterfly bush plant RM7.00 ~
  Tukang Kebun rasa tahun ini macam pokok-pokok kapas yang matang di Kebun Bahagia Bersama lebih rajin berbunga berbanding dengan cuaca tahun lepas. Tak putus-putus menghasilkan kapas walaupun langsung tak dibaja dan disiram. Pokok kapas ini tak besar macam pokok kekabu. Sebagai contoh, lihat gambar di bawah di mana pokok kapas berada di antara pokok nenas. Rasa macam sesuai pula pokok kapas ditanam berdekatan dengan pokok nenas. Tak pasti kalau ini boleh diterima sebagai companion planting. Buat catatan sahaja terlebih dahulu, kalau ya boleh memaksimakan productivity ruang yang ada. 

  Seperti pokok kembang bugang, akar pokok kapas juga ada kegunaannya. Akar pokok kapas dapat membantu dalam natural Family planning kerana ianya dapat membuatkan kehamilan tidak menjadi atau terencat. Oleh itu, perempuan yang mengandung tak boleh consumme rebusan atau air dari akar kapas kerana boleh menyebabkan keguguran. Salah satu cara traditional untuk mempercepatkan dan mempermudahkan kelahiran anak juga dengan bantuan akar kapas. Untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap, ada sumber mengatakan bahawa akar pokok kapas membantu mempercepatkan haid. Ubat alternative semulajadi untuk wanita yang menghadapi menstrual disorder atau gangguan menopause. 

   Be very cautious only use cotton bark root that is 100% organically grown.

  Sebab ada comparison kes penggunaan akar dari pokok cotton commercial membawa kesan sampingan kerana banyak penggunaan racun. Pastikan anda tahu sumber bahan ubat semulajadi datang dari mana dan bagaimana cara pembesarannya dijaga. Antara sebab kenapa Tukang Kebun lebih rela tanam pokok-pokok herba atau pokok ubatan sendiri.

  Ada jugalah sebenarnya beberapa kali kami terima enquiry untuk akar pokok kapas. Kadangkala si suami yang usahakan untuk isterinya yang sedang menderita katanya mohon pertolongan pujuk Tukang Kebun bekalkan juga. Itu kalau yang sendiri berbicara berikan maklumat kenapa perlu. Biasanya Tukang Kebun tak tanya untuk hormati privacy customers. Sehingga ke Sabah pun ada kami pos akar pokok kapas bukan setakat dalam Semenanjung Malaysia. Rupa-rupanya bila dah beberapa kali terima enquiry akar pokok kapas, Tukang Kebun tak sangka pula ada juga rakyat Malaysia yang ambil manfaat dengan akar pokok kapas.

  Secara jujurnya cuma besar pengorbanan rasanya nak ambil bahagian akar pokok kapas. Sebab kasihan dekat pokok kapas tu, Tukang Kebun yang nak kena cederakannya. Kalau bahagian selain dari akar tu, diambil atau dipotong ada tumbuh pengganti. Yang bahagian akar ni, boleh bad mood jadinya pokok kapas atau merajuk lama. Kalau merajuk tak pe lagi, kalau rest in peace lepas tu. Bukan sekelip mata nak tunggu pokoknya membesar dan matang. Nilai harga seperti ganti rugi sebab Tukang Kebunnya berat hati nak seksa pokoknya. Akar yang besar dan power pun ambil masa pertumbuhannya.

~ 500gram akar pokok kapas RM25.00~

~ Anggaran 20 biji benih kapas RM3.00 ~

Rabu, 27 Ogos 2014

Macaroni Goreng Ginseng Jawa versi Kebun Bahagia Bersama

 Masa dalam memikirkan menu untuk majlis kecil sambut raya dan birthday Abby bulan ini (klik sini), Mama Pongkey tuan tanah 'Homely Chaos' telah membantu memberikan cadangan beberapa jenis hidangan. Terima kasih kepada Mama Pongkey kerana mengingatkan tukang kebun yang majlis ini ramai kanak-kanak jadi eloknya ada macaroni goreng. Tambahan pula Mama Pongkey dah kenal sangat yang tukang kebun ni memang banyak stok Ginseng Jawa dalam kebun. Jadi salah satu menu pada majlis tersebut ialah Macaroni Goreng Ginseng Jawa.

 Tak disangka pula juadah ini yang antara paling digemari dan yang pertama sekali habis licin. Sehinggakan dearest husband pun comment ramai tanya dia siapa masak macaroni goreng tersebut (dia terpinga-pinga sebab tak dapat merasa). Tukang masak/kebun pun terlopong juga sebab masa masak tu tengah migraine merangkap gastrik lupa nak makan dari pagi (jenis kalau dah mula buat kerja lupa nak makan). Tuan Tanah ' Pencinta Alam, Pemakan yang hebat Penyayang pada keluarga' pun bagi review ok dan minta kongsikan cara membuat Macaroni Goreng Ginseng Jawa versi Kebun Bahagia Bersama. Tukang kebun cuba-cubalah kongsi resepi mudah ini tapi berapa banyak bahan nak letak tu ikut cita rasa masing-masing lah ya. Tukang kebun ikut sedap je main capai-capai jadi sukatan exact tu tak fasih.
Bahan-bahan :

~Macaroni (sediakan masak dulu)
~Bawang putih dan bawang merah tumbuk bersama (untuk ditumis)
~Cili kering dah belendar (ikut berapa pedas nak)
~Daging cincang (mince meat)
~Sos Pasta brand Adabi (1 tin)
~ Oregano atau thyme (fresh or dried)
~ Daun Ginseng Jawa
~ Boleh juga campurkan home-grown sayur-sayuran dari kebun yang ada
~ Garam ikut citarasa

 Panaskan minyak zaitun untuk menumis. Dah panas minyak tumis bawang merah dan putih. Dah masak bawangnya, masukkan pula cili kering blendar ikut level pedas citarasa masing-masing. Bila dah masak naik bau tumisan tersebut masukkan pula daging cincang. Kemudian home-grown sayur-sayuran yang digemari jika nak. Dah masak bahan tersebut masukkan pula Sos pasta brand Adabi tersebut dan fresh/dried Oregano/thyme ke dalam kuali. Kacau dan bila dah mendidih sos tersebut baru masukkan daun Ginseng Jawa. Daun Ginseng Jawa ni cepat layu jadi masak sekejap je. Letak garam ikut citarasa. Kemudian masukkan Macaroni dan gorengkanlah hingga semua sebati diselaputi rencah tadi. Done. Simple, Quick and Easy.

 Anak-anak tukang kebun tiba-tiba tak gemar sos pasta tomato brand prego bila tukang kebun mencuba-cuba Adabi pada suatu hari. Jadi tukang kebun sekarang stick on brand Adabi atau brand lain punya tomato paste/puree jika stock sos pasta tomato tak de. Tukang kebun rasa sebab prego seasoning dia dah kuat, jadi anak-anak ni prefer kalau yang sos paste dia rasa mild atau belum kena seasoning. Jadi tukang kebunnya ada choice nak freshly bagi seasoning tomato paste/puree tersebut lebih-lebih lagi jika bahan memang ada fresh dari kebun sendiri. 

Soalan tukang kebun: Brand tomato paste/puree mana kegemaran keluarga anda?

 Bunga pink ginseng jawa tersebut bukan sekadar hiasan ya. Memang untuk makan sekali sebab bunganya edible dan safe as far as tukang kebun tengok anak-anak sendiri makan dengan gembiranya last weekend. Untung ada pokok ginseng jawa di rumah menjadikan menu lengkap untuk seisi keluarga. Daunnya boleh masak dalam macaroni goreng atau kuah spaghetti, kemudian bunganya menjadi hiasan yang comel boleh dimakan. Rebusan air akarnya pula baguslah pula untuk orang lelaki. Sayurnya pula membantu wanita yang mengalami masalah keputihan. Yang ada weight problem nak tambah berat dan tak selera makan pun bagus makan ini untuk boost appetite. Minggu lepas tukang kebun tak berapa selera makan sampai jadi gastrik lemau je tak bermaya, mood nak posting blog pun tak ada. Hari Ahad lepas makan tengahari dengan Macaroni Goreng Ginseng Jawa terasa macam asyik lapar nak kunyah makan je pula sebelah petangnya. Bila dinner baru teringat kenapa tiba-tiba ada appetite semula, rupanya sebab adanya makan ginseng jawa masa lunch. Jimat duit tak perlu supplement yang dah diproses, banyak penawar semulajadi dekat kebun tu kalau rajin nak petik.

Food for thoughts : Which is one is better, eat fresh food or process food like supplement?
 Bila tukang kebun ambil gambar bunga pokok herba misai kucing ini suka pula tengok kombinasi pokok misai kucing dan ginseng jawa. Gandingan kedua-dua herba ni nampak bahagia hidup bersama di patch ini. Disebabkan dari segi struktur bunga, warna, daun dan lain-lain adalah berlainan jadi tiada yang tenggelam tapi kedua-duanya nampak menaikkan seri tempat tersebut ada contrast.

~ Biji benih pokok ginseng jawa ~
Anggaran 250 biji benih dalam 1 pek RM3.00.

~ Anak pokok ginseng jawa ~
1 pot for RM4.00 .
atau
3 pots for RM10.00

Atau boleh campur dengan tumbuhan lain dalam page Kebun Bahagia Bersama blog "3 plants mix for RM10".

Yang berminat nak self-collect tumbuh-tumbuhan boleh pada hari Sabtu ini (30hb Ogos 2014) antara pukul 5:30PM ~ 6:00PM berhampiran bangunan The Store, Sungai Buloh.

Kalau nak beli tanah bakar tengok keadaan cuaca, kalau pagi hujan tak dapatlah nak mengorek.

Rabu, 4 Jun 2014

Red Giant Mustard

 Antara jenis sayur daun yang kurang kena attack oleh serangga ialah Red Giant Mustard jadi sesuai untuk beginners yang baru nak berjinak-jinak cuba menanam sayur. Jadi bolehlah disiplin diri tanam secara organik tiada pakai racun. Selalunya tukang kebun syorkan kepada gardeners yang memang dah biasa berkebun juga tapi kebanyakkannya tumbuhan ornamental dan taman bunga sebab sayur ni nampak bila saiz giant nampak ornamental juga ( tak percaya?klik sini). Syukur Alhamdulillah tukang kebun dah berjaya meracun beberapa gardeners yang pada dahulunya ada bunga sahaja dalam taman, kini berminat juga tanam sayur untuk keluarga (ramai yang membuat repeat orders).

 Kalau suhu tak panas dan lebih sejuk warnanya akan menjadi lebih gelap ke arah maroon. Salah satu sayur yang menarik kerana warna kemerahan pada daunnya bertukar mengikut suhu persekitaran secara semula jadi. Biasanya ikut selera citarasa tukang kebun tuai bila dah saiz seperti gambar di atas. Kalau saiz giant nanti rasanya makin pahit nanti. Musim hujan tanam dalam full sun cepat tumbuh pokoknya. Kalau musim panas partial shade better. Ada perbezaan warna daunnya yang ketara bila tanam pada musim panas dan musim hujan. A fun vegetable untuk tanam bersama kanak-kanak sebab warnanya yang berubah mengikut suhu persekitaran dan boleh cepat tuai tidak mengira saiz. 

 Batch yang ini tukang kebun tanam bersebelahan Edamame Mannarihakuchou dan mereka nampak sesuai tumbuh bersama. Biasanya tukang kebun tabur sahaja biji benihnya. Yang rapat-rapat sangat nanti boleh tuai terus sahaja untuk dimakan. In demand fresh stock Red Giant Mustard seeds available again while stock last.
~ Red Giant Mustard ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM1.00.

Sabtu, 18 Januari 2014

Corn and Peanut

 Setelah kebun ditinggalkan hampir 2 minggu, semalam barulah dapat slot masuk kebun balik pada cuti Thaipusam. Pada sebelah paginya, sehingga hampir waktu solat zohor tukang kebun dan hubby mengemas 6 petak saiz satu meter persegi lebih kurang masing-masing yang dah penuh weed boleh tenggelamkan Abby kami. 1 petak mulberry dah di hard pruning sehingga botak semalam. Satu petak asal keledek, tukang kebun semai biji benih jagung dan lain-lain (jangan si semut rajin mengangkut biji benih sudah). Ada satu petak ni dulu tukang kebun tanam kacang tanah lepas tu lupa nak tuai jadi tumbuhnya balik sendiri masa musim hujan tahun lepas, jadi kiranya self-seeded kacang tanah yang tumbuh merata-rata antara pokok jagung. Semasa weeding celah-celah pokok-pokok jagung, tukang kebun tercabut sekali pokok-pokok self-seeded kacang tanah tersebut. Jadi alang-alang tukang kebun cabut semua pokok-pokok kacang tanah tersebut memandangkan tengok ada yang dah berisi, takut lupa lagi. Sebenarnya jagung-jagung yang tumbuh di situ semasa self-seeded kacang tanah sedang berbunga, tukang kebun saja semai direct-sowing di celah-celah self-seeded kacang tanah tersebut. Syukur Alhamdulillah jagung-jagung tersebut gagah membesar antara pokok-pokok self-seeded kacang tanah tanpa perhatian. 

Kenapa celah-celah ruang kacang tanah yang berbunga tukang kebun sempat tuai biji benih jagung?

Sebab utama malas nak siram lagipun musim hujan.

Tambahan pula air dari tanah kurang kena sejatan sebab daun-daun si kacang tanah sudah pun banyak jadi natural covering sama fungsi macam 'mulching' keliling anak-anak pokok jagung.

Jagung yang adik-beradik rumput perlu banyak nitrogen, inipun tak perlu risau sebab kacang tanah adalah tanaman pengikat nitrogen semula jadi.

Ruangan menanam juga boleh digunakan secara sepenuhnya, lepas tuai kacang tanah nanti masih ada tanaman yang boleh dituai secara berterusan.

Kesimpulannya jagung dan kacang tanah makes good companion.

Inilah taktik kerja si tukang kebun pemalas ini, rezeki hujan sajalah harapan tanaman di petak ini.

 Daun pokok jagung pun ada dibuat lakaran tapi tak mengapalah dalam petak ini ada balance dengan nature most natural way of living harmoniously bahagia-bahagialah kamu. Setiap penjuru satu meter persegi dalam lokasi full sun ini, tukang kebun sebenarnya tanam nanas madu Sabah, Syukur Alhamdulillah dah nampak beza besarnya membesar. Sementara tunggu nanas madu ni besar matang, bolehlah gunakan antara ruang tanah secara produktif ataupun maximize penggunaanya dengan tanaman yang cepat menghasilkan yummy-licious food. Semalam lepas tuai semua self-seeded kacang tanah, tukang kebun tanam biji benih kacang tadong antara ruang yang ada di keliling pokok-pokok jagung. Bila dah habis musim jagung, ada pengganti kacang tanah pula nanti. Sekarang ni dalam kepala baru tercetus idea bila tengok gambar terfikir bila pokok-pokok nanas membesar boleh ditengahnya tanam sebuah pokok buah yang perennial jadi sama-sama membesar (mmmm...tengah fikir pokok apa boleh memaksimakan penggunaan ruang tersebut).

Dalam satu meter persegi macam-macam tanaman boleh ada tumbuh bersama-sama.

Rabu, 8 Januari 2014

Kawan Baik Si Cabai Burung

 Tukang kebun suka tengok pokok yang dikatakan ada kebarangkalian potensi dalam perubatan jika dikaji dengan lebih mendalam secara klinikal ini, bila tiba musim bunganya sangat meriah sekali memenuhi seluruh dahan pokok. Apatah lagi menceriakan suasana di kawasan partial shade. Menjamu mata sahaja, jamu masuk badan buahnya tanpa proses belum nanti masuk hospital pula. Lebih baik tanya pakar bagi kendalian proses buahnya.Yang menarik perhatian tukang kebun ialah self-seeded pokok cili burung tumbuh dengan suburnya sihat walfiat.  Pokok cili burung ini pun sangat bushy dan ketinggiannya melebihi 1 meter tak putus-putus berbuah disamping pokok mahkota dewa yang matang. Dalam kongsi pemerhatian, tukang kebun rasa untuk menggunakan ruang yang ada lebih produktif boleh cuba-cuba tanam pokok cili burung bersama-sama dengan pokok mahkota dewa bagi mereka yang mempunyai masalah dengan penanaman pokok cili burung as companion planting.

~ Pokok Mahkota Dewa ~
1 bekas RM8.00 .

Sabtu, 26 Oktober 2013

Anak Pokok Sweet Basil Large Italian Leaves

 Jawapan untuk yang berkongsi pasu dengan pokok-pokok bunga seri pagi dari posting semalam ialah pokok-pokok herba Sweet Basil Large Italian Leaves. Sebenarnya pokok-pokok herba sweet basil dalam pasu di atas bukan ditanam oleh tukang kebun cuma ianya tumbuh dengan sendiri dari biji-biji benih yang jatuh bertaburan dari asal pokok yang ditanam untuk pertama kali di kawasan tersebut awal tahun ini. Tukang kebun saja suka-suka tanam biji-biji benih Ipomoea tricolor antara pokok-pokok herba sweet basil large Italian leaves sebab tabiat lama tukang kebun pantang nampak kalau ada ruang di dalam bekas. Bagi gardeners yang dah lama kenali kami kenal yang kami memang selesa dengan container gardening. Tidak disangka ngam pula hubungan bunga seri pagi yang dah menjalar menghala ke atas pokok Ri Ri Ying dengan pokok herba sweet basil large Italian leaves. Memandangkan Sweet Basil Large Italian Leaves dan Ipomoea tricolor sukakan sangat cahaya matahari (Full Sun), mereka sesuai tumbuh bersama.
 Tukang kebun suka biarkan pokok-pokok basil berbunga untuk makanan si lebah-lebah pelbagai jenis berterbangan di kebun. Cuba perhatikan daun-daun pokok sweet basil apabila tanda-tanda mula menghasilkan kuncup-kuncup bunga, daunnya akan tumbuh menjadi mengecil. Biji-biji benih fresh Sweet Basil Large Italian Leaves masih dibekalkan (klik sini). Memandangkan ada juga pesanan untuk pokok-pokok sweet basil, Kebun Bahagia Bersama juga membekalkan pokok sweet basil sekarang bagi gardeners lain juga.

~ Anak pokok Sweet Basil Large Italian Leaves ~

1 pokok RM4.

Boleh juga campur dengan pokok jenis lain dalam pakej '3 Plants Mix for RM10' .

Khamis, 7 Mac 2013

Bendi di samping jagung

 Akhir tahun lepas, tukang kebun saja cuba-cuba tanam bendi kampung yang baru dituai Disember lepas  (sama batch dengan benih promosi yang ditawarkan pada bulan Disember lalu) bersama-sama dengan jagung. Seakan tidak mahu ketinggalan, pokok-pokok bendi tumbuh tinggi berlumba-lumba dengan jagung yang juga sudah mula berbuah. Buah bendi yang digambar ini, tukang kebun terpaksa tip-toe macam ballerina untuk capai, yang sedang membesar di bahagian atas tak taulah macam mana nak ambil nanti di celah-celah pokok jagung.
 Tidak disangkakan yang pokok okra dan jagung adalah companion planting yang boleh dipraktikkan (Terima kasih kepada Mama Pongkey for the reminder). 

Rabu, 27 Februari 2013

Golden Nugget Cape Gooseberry mula berbunga

Golden Nugget Cape Gooseberry Bloom

  Ramai yang teragak-teragak sama ada cape gooseberry boleh hidup dengan cuaca tanahair kita ini atau tidak. Jadi tukang kebun tak perlu nak type apa-apa dan jadikanlah gambar sebagai penjelasan. Bulan Disember setelah terjumpa buah cape gooseberry yang tukang kebun selit dalam kotak dibawa dari Adelaide, yang lebihan macam tak berapa elok sebab buahnya dah kecut hitam tukang kebun campak biji benihnya dalam pasu yang mengandungi pokok-pokok strawberry. Tukang kebun sebenarnya tak sedar yang ada sepokok cape gooseberry sihat tumbuh di celah-celah pokok-pokok strawberry di depan dapur. Sekarang bila teringat mesti ada yang tukang kebun cabut ingat weed opppsss…sebab lupa ada campak biji benihnya di situ.  Bila dah sedar rupanya dah tinggi pokoknya.
Cape gooseberry strawberry

Projek nak pindahkannya asyik tergendala sahaja. Sekali terkejut tengok dah berbunga pokok cape gooseberry golden nugget tersebut. Hajat nak pindahkan terpaksa dibatalkan dan biar sahajalah di situ memandangkan pokok-pokok strawberry pun macam selesa sahaja bersamanya mungkin dapat menolong memberi teduhan bila masuk musim panas kemarau nanti.
Golden Nugget Cape Gooseberry and Strawberry

Sebenarnya tukang kebun tidak sangka dalam masa 2 bulan lebih sudah mula berbunga pokok cape gooseberry yang ditanam di Sungai Buloh ini. Di kebun lama Adelaide tukang kebun tunggu setengah tahun lebih baru nak berbunga. Semoga selamat buahnya dan tak sabar nak tengok gelagat tukang-tukang kebun kecil nak tunggu buahnya ranum. Pokok cape gooseberry ni mungkin selamat sikit dari si ayam mutiara sebab menghadap dapur.

Khamis, 18 Oktober 2012

Alpine Strawberry (Fragaria vesca)

 Alpine strawberry adalah juga dikenali sebagai wild strawberry. Saiznya amat kecil kalau berbanding dengan strawberry yang biasa dijual di pasaraya. Tetapi cili-cili padi pun saiznya, rasanya sangat manis berbanding dengan strawberry yang bersaiz besar. Tukang kebun selalu perhatikan masa tukang kebun kecil Ilhan dan Rayyan masa mereka masih toddler mereka lebih gemar makan alpine strawberry berbanding dengan jenis-jenis strawberry saiz lebih besar lain yang ada di kebun kami ini. Seronok tengok perkembangan anak-anak ini, semasa mereka masih kecil tidak menilai sesuatu dengan pandangan mata bentuk saiz atau rupa, mereka nilaikan dengan deria rasa mereka. Masa ni paling best mereka jadi taste tester dulu sebab jawapan spontan mereka. 
 Sejak empat tahun lalu kami tanam Alpine Strawberry dari biji benih, pokok-pokok generasi pertama kebun kami dah beratus-ratus anak pokok diberikan dari kami tumbuh dengan sendirinya. Tugas tukang kebun cuma alihkan anak-anak pokok dan makan saja buahnya. Pokok-pokok Alpine Strawberry di kebun kami kerap berbuah boleh dikatakan setiap bulan merasa buahnya. Gambar di atas pokok Strawberry Alpine yang sedang berbuah di kebun kami sekarang tumbuh di tepi driveway kereta atas tanah clay.
 Pokok strawberry sesuai juga tanam bersama-sama tumbuhan dari keluarga allium (bawang). Gambar di atas barisan pokok strawberry bersebelahan dengan pokok herba chives dan garlic di belakangnya.  Di belakang garlic pula barisan beetroot. Tahun lepas banyak pokok strawberry saya ingat dah arwah disebabkan heat wave yang datang banyak kali. Tapi bila heat wave tak datang lagi, pokok yang diingati arwah sudah tiada daun terbakar sebab heat wave, naik balik anak-anak daun dari 'crown' strawberry yang tinggal. Sangat kuat pokok Alpine Strawberry rupanya. 
Kawasan ini banyak juga Alpine Strawberry tumbuh sendiri dari biji-biji yang terjatuh sendiri.
Pokok Alpine Strawberry yang sedang berbuah sekarang selesa tumbuh bersebelahan pokok serai Wah rupanya serai good companion dengan Alpine Strawberry.
 Ini pula pokok-pokok Alpine Strawberry dalam pasu tepi kolam yang tumbuh di kebun Sungai Buloh baka yang dibawa dari kebun Sungai Buloh sejak 3 tahun lalu. Dah banyak beranak-pinak pun pokok-pokok Alpine Strawberry di Sungai Buloh juga dipindah-pindahkan ke tempat lain dan ada juga telah diberikan kepada ibu mertua yang duduk di Terengganu. Pasu di hujung sana pun penuh dengan pokok-pokok Alpine Strawberry.

 Bulan Disember akan datang ini tukang kebun ada buat tawaran biji benih Alpine Strawberry yang segar baru mula dituai bulan Oktober ini. Bilangan biji benih yang ditawarkan kali ini sangat terhad sebab kebetulan sekarang tiada tukang-tukang kebun kecil yang nak makan buah strawberry yang sedang lebat berbuah di kebun Adelaide sebab mereka di Malaysia sekarang. Tukang kebun pula sibuk kadang-kadang lupa nak pergi jenguk strawberry bila tengok minggu ni banyak yang dah kering boleh buat benih dah. Jadi tukang kebun ambil kesempatan simpan benih-benih Alpine strawberry. 
Dekat kebun Sungai Buloh tak mungkin sempat nak buat benih pun, buahnya banyak peminatnya tak cukup. Tukang kebun Dany pun dah beri hint banyak kali dekat tukang kebun Diana yang berry kat rumah tak cukup untuk supply pet sugar glidernya. Jadi projek bila balik ni pun nak kena tambah-tambah banyak pokok-pokok jenis berry dekat kebun Sungai Buloh untuk tukang-tukang kebun kecil dan pet.

 Bilangan offer biji benih Alpine Strawberry pun tukang kebun tak pasti ada berapa pek dapat sebab tengah sambil-sambil menuai dah banyak buah dah masuk perut Tukang kebun. Tukang kebun lagi motivate nak makan buah strawberry dari tuai benih hehehe....

Untuk gardener yang berminat nak cuba tanam Alpine Strawberry and nak booking please write in the comment box please. Pada siapa yang tiada blog pun boleh leave booking in the comment box as well by leaving your name and gardener yang belum pernah in contact dengan tukang kebun don't forget to leave your email. Untuk pre-order benih Alpine Strawberry kali ini, tukang kebun terpaksa terima booking by leaving comment sahaja dan bukan melalui email <sorry> sebab I might forget. Senang juga nak tahu siapa yang book in first.

~Pre-Order Fresh Organic Open-Pollinated Alpine Strawberry Seeds~
50seeds per-pack (RM3.00).

Note: Mungkin elok buat pre-chilling treatment biji benih (about a month) sebelum semai dapat membantu percambahan yang baik (break seeds dormancy). Biji Benih disemai bukan pada musim panas dan kemarau. Masa percambahan biji benih random 7hari ~ 6 minggu. Biji benih elakkan timbus dalam (light sowing). Perlukan bantuan cahaya untuk bercambah.

Sabtu, 13 Oktober 2012

KohlRabi and Beetroot Akrab

 Bila tanam kohlrabi saya suka kohlrabi berkawan dengan beetroot. Ini adalah gandingan kesukaan saya kerana kohlrabi dan beetroot adalah sahabat yang akrab (Companion plants). Hasil dari gandingan dua tanaman ini selalu tukang kebun puas hati. Cuma perlu ingat yang batang kohlrabi tidak terlindung dari cahaya matahari untuk menjadikan batang bawahnya membulat. Gandingan tanaman ini adalah lebih kepada kawasan yang menerima banyak pancaran cahaya matahari (full sun) lebih 6 jam expose. 
 Jarak antara tanaman juga penting, jangan terlampau rapat sekiranya ingin dapat hasil yang bersaiz besar. Elok terdapat ruang supaya tiada pokok-pokok yang terlindung dari mendapat cahaya untuk pertumbuhan. Di bawah adalah barisan tanaman Florence Fennel, Kohlrabi dan Beetroot yang tumbuh di atas tanah yang telah dilapik dengan tahi kuda.
Batang kohlrabi yang membulat perlu terima pancaran cahaya matahari terus.
Kohlrabi cepat membesar dan dapat tuai hasilnya lebih cepat berbanding kubis.