Masa dalam memikirkan menu untuk majlis kecil sambut raya dan birthday Abby bulan ini (klik sini), Mama Pongkey tuan tanah 'Homely Chaos' telah membantu memberikan cadangan beberapa jenis hidangan. Terima kasih kepada Mama Pongkey kerana mengingatkan tukang kebun yang majlis ini ramai kanak-kanak jadi eloknya ada macaroni goreng. Tambahan pula Mama Pongkey dah kenal sangat yang tukang kebun ni memang banyak stok Ginseng Jawa dalam kebun. Jadi salah satu menu pada majlis tersebut ialah Macaroni Goreng Ginseng Jawa.
Tak disangka pula juadah ini yang antara paling digemari dan yang pertama sekali habis licin. Sehinggakan dearest husband pun comment ramai tanya dia siapa masak macaroni goreng tersebut (dia terpinga-pinga sebab tak dapat merasa). Tukang masak/kebun pun terlopong juga sebab masa masak tu tengah migraine merangkap gastrik lupa nak makan dari pagi (jenis kalau dah mula buat kerja lupa nak makan). Tuan Tanah ' Pencinta Alam, Pemakan yang hebat Penyayang pada keluarga' pun bagi review ok dan minta kongsikan cara membuat Macaroni Goreng Ginseng Jawa versi Kebun Bahagia Bersama. Tukang kebun cuba-cubalah kongsi resepi mudah ini tapi berapa banyak bahan nak letak tu ikut cita rasa masing-masing lah ya. Tukang kebun ikut sedap je main capai-capai jadi sukatan exact tu tak fasih.
Bahan-bahan :~Macaroni (sediakan masak dulu)
~Bawang putih dan bawang merah tumbuk bersama (untuk ditumis)
~Cili kering dah belendar (ikut berapa pedas nak)
~Daging cincang (mince meat)
~Sos Pasta brand Adabi (1 tin)
~ Oregano atau thyme (fresh or dried)
~ Daun Ginseng Jawa
~ Boleh juga campurkan home-grown sayur-sayuran dari kebun yang ada
~ Garam ikut citarasa
Panaskan minyak zaitun untuk menumis. Dah panas minyak tumis bawang merah dan putih. Dah masak bawangnya, masukkan pula cili kering blendar ikut level pedas citarasa masing-masing. Bila dah masak naik bau tumisan tersebut masukkan pula daging cincang. Kemudian home-grown sayur-sayuran yang digemari jika nak. Dah masak bahan tersebut masukkan pula Sos pasta brand Adabi tersebut dan fresh/dried Oregano/thyme ke dalam kuali. Kacau dan bila dah mendidih sos tersebut baru masukkan daun Ginseng Jawa. Daun Ginseng Jawa ni cepat layu jadi masak sekejap je. Letak garam ikut citarasa. Kemudian masukkan Macaroni dan gorengkanlah hingga semua sebati diselaputi rencah tadi. Done. Simple, Quick and Easy.
Anak-anak tukang kebun tiba-tiba tak gemar sos pasta tomato brand prego bila tukang kebun mencuba-cuba Adabi pada suatu hari. Jadi tukang kebun sekarang stick on brand Adabi atau brand lain punya tomato paste/puree jika stock sos pasta tomato tak de. Tukang kebun rasa sebab prego seasoning dia dah kuat, jadi anak-anak ni prefer kalau yang sos paste dia rasa mild atau belum kena seasoning. Jadi tukang kebunnya ada choice nak freshly bagi seasoning tomato paste/puree tersebut lebih-lebih lagi jika bahan memang ada fresh dari kebun sendiri.
Soalan tukang kebun: Brand tomato paste/puree mana kegemaran keluarga anda?
Bunga pink ginseng jawa tersebut bukan sekadar hiasan ya. Memang untuk makan sekali sebab bunganya edible dan safe as far as tukang kebun tengok anak-anak sendiri makan dengan gembiranya last weekend. Untung ada pokok ginseng jawa di rumah menjadikan menu lengkap untuk seisi keluarga. Daunnya boleh masak dalam macaroni goreng atau kuah spaghetti, kemudian bunganya menjadi hiasan yang comel boleh dimakan. Rebusan air akarnya pula baguslah pula untuk orang lelaki. Sayurnya pula membantu wanita yang mengalami masalah keputihan. Yang ada weight problem nak tambah berat dan tak selera makan pun bagus makan ini untuk boost appetite. Minggu lepas tukang kebun tak berapa selera makan sampai jadi gastrik lemau je tak bermaya, mood nak posting blog pun tak ada. Hari Ahad lepas makan tengahari dengan Macaroni Goreng Ginseng Jawa terasa macam asyik lapar nak kunyah makan je pula sebelah petangnya. Bila dinner baru teringat kenapa tiba-tiba ada appetite semula, rupanya sebab adanya makan ginseng jawa masa lunch. Jimat duit tak perlu supplement yang dah diproses, banyak penawar semulajadi dekat kebun tu kalau rajin nak petik.
Food for thoughts : Which is one is better, eat fresh food or process food like supplement?
Bila tukang kebun ambil gambar bunga pokok herba misai kucing ini suka pula tengok kombinasi pokok misai kucing dan ginseng jawa. Gandingan kedua-dua herba ni nampak bahagia hidup bersama di patch ini. Disebabkan dari segi struktur bunga, warna, daun dan lain-lain adalah berlainan jadi tiada yang tenggelam tapi kedua-duanya nampak menaikkan seri tempat tersebut ada contrast.
~ Biji benih pokok ginseng jawa ~
Anggaran 250 biji benih dalam 1 pek RM3.00.
~ Anak pokok ginseng jawa ~
1 pot for RM4.00 .
atau
3 pots for RM10.00
Atau boleh campur dengan tumbuhan lain dalam page Kebun Bahagia Bersama blog "3 plants mix for RM10".
Yang berminat nak self-collect tumbuh-tumbuhan boleh pada hari Sabtu ini (30hb Ogos 2014) antara pukul 5:30PM ~ 6:00PM berhampiran bangunan The Store, Sungai Buloh.
Kalau nak beli tanah bakar tengok keadaan cuaca, kalau pagi hujan tak dapatlah nak mengorek.
16 ulasan:
Benih pokok misai kucing ada kah tokey...
Kalau pasta sauce shas pakai brand kimball.
Kalau terlebih rajin buat from scratch, sambil-sambil tu boleh masukkan segala jenis sayuran sebab bila dah puree nanti kids won't know what vege went inside. My kids memilih kalau bab sayur.
Meriah nya macaroni goreng...dgn daun ginseng...cantik berhias bunganya...dulu mmg guna prego...tp since tanam tomato ni..lbh suka wat kuah guna tomato fresh..kalau x cukup..sy prefer beli tomato fresh...mmg byk la guna 15-20 biji tomato...dr segi supplement pula mmg ada ambik shaklee tp itu pun bkn hari2...sbb makanan fresh da consume secukupnya...biasa ambik kalsium dgn vit c...if ada rasa nk selsema atau sengal2 badan...
Daun ginseng jawa tu memang sedap, terima kasih Diana, pokoknya dah banyak di My Mix Garden. Antara sayur kegemaran anak- anak.
Kak dah pupus lansung pokok ni kat rumah. Tapi di sini ianya dikenali dengan nama lain - akar som kalau tidak silap.Dulu2 tak terlintas nak buat sayur cuma biasa buat ulam rebus saja.
kalau buat ulam tak berapa suka ginseng ni,,boleh la try goreng style goreng2 pulak..
ginseng jawa ni sangat senang tumbuh kan? Nurul tanam sekali je, tapi anak pokoknya tumbuh merata-rata
Ada Sudais pokok misai kucing in stock.
Nanti cuba juga brand kimball yang Shas recommend. Lagi sedap buat dari scratch bila mood rajin sebenarnya kan. Sometimes i mince carrot dan kacang panjang campur dalam puree gak untuk susah budak ni nak kutip put it aside.
Dari fresh tomato buat sosnya memang the best Nadia bila lumayan buahnya. Bunga ginseng jawa pun boleh makan jadi bolehlah hias kasi budak ni enjoy and fun to it.
Syukur alhamdulillah anak-anak cikgu enjoy daun ginseng jawa yang banyak khasiat ini.
Ya ginseng jawa pun dikenali sebagai akar som. Macam-macam cara masakan boleh digandingkan dengan daun akar som. Masak lemak dengan siput sedut pun okay juga selain campur dengan batang ubi keladi.
Kami pun kalau ulam tak berapa cucubulat. Jadinya adventure masak dengan pelbagai citarasa.
Memang senang tumbuh Nurul. Biar berbunga benih meletup merata-rata anaknya tumbuh.
yeay!!!! dah dapat dah parcel ginseng jawa. tak sabar nak menanam.
Syukur Alhamdulillah Ibu Qistina dah terima goodiesnya.
Catat Ulasan