Pokok jenis bawang crinum dekat corner nak ke stesen makan ternakan avian di belakang kawasan kebun ini rajin berbunga. Dah berbunga banyak kali tahun ini walaupun tidak dijaga dibiarkan begitu sahaja. Tangkai bunganya pun ketinggiannya lebih paras pinggang tukang kebun. Bila dah nak masuk maghrib biasanya dah mula kembang. Semalam tukang kebun tengok kucup bunganya dah mula kembang jadi dah agak pagi ini masa on the way ke stesen kasi makan mesti dah dapat cuci mata. Terpaksalah spesies kumpulan avian tu kena tunggu breakfast sementara tukang kebun belek-belek bunganya.
Secara kebetulan jenis bunga crinum ini yang tukang kebun import dari kampung big boss diperhatikan suka mula kembang malam jumaat. Cuma semalam tukang kebun terlepas late night show dari bakawali. Bila tengok pagi ini baru perasan dah kembang rupanya. Eh suka kembang malam jumaat juga ke si bakawali ni.
Hari ini nak tukar menu sikit jadi kenalah foraging for food dekat kebun. Sambil merumput baru teringat ada remayung merah tumbuh subur sendiri jadi petik-petiklah daunnya campur dengan yang sayur raja yang berwarna hijau. Kemudian keliling pokok remayung banyak anak-anak pokok ginseng jawa tumbuh lalu dicabut dan bolehlah campur 3 jenis sayur ini untuk dinner masak goreng belacan. Testimoni dari tukang kebun, jika wanita mengalami masalah keputihan, tukang kebun recommend makan daun ginseng jawa. Ada satu pokok jambu air di sebelah tempat bakar green waste pun sudah lebat berbuah musimnya. Mood malas jadi capai yang dekat bawah je.
Favourite snack tukang kebun sambil-sambil jalan di belakang ialah bila nampak ada kudup bunga costus green mountain yang belum kembang. Sedap kudup bunga dia ni ada rasa fruity sweet and sour serta ranggup dikunyah. Biasanya tukang kebun makan sambil round-round dekat kebun jadi takdelah dalam bakul tuaian.
Info pokok costus green mountain klik sini.
Blissful life when you don't even have to grow your own food, they grow 100% by themselves self-seeded. For us today free food is Red Malabar Spinach, Javanese Ginseng, butterfly pea flowers courtesy from the nature.
5 ulasan:
Syukur. kami punya free food plk terung pipit, peperomia, n ivy guord..
Salam Diana,
Cantiknya bunga crinum tu, sweet warnanya! Sayangnya terlepas sewaktu kembangnya bakawali - kalau pokok dekat dengan rumah takpe jugak nak ditunggu, kalau jauh tu, hmm!
Kepuasan tu bila boleh forage for food kat belakang rumah! Brings us back to how life was back then - senyum puas tukang kebun!
Salam Bahagia @na,
Syukurkan apa rezeki diberikan dari kebun tinggal picking free je kalau rajin.
Terung pipit tu kalau hujan sini mulalah banyak anaknya merata-rata tak pernah putus. Peperomia paling subur time kemarau hari tu nampak segar bila lain tengah sedih. Bagus untuk matakan.
Ivy gourd tu kalau tak dicabut dengan akarnya sekali memang naik merimbun cepat balik.
Salam Bahagia Mak Aji,
Ada belang-belang nampak istimewa di hati tukang kebun bagi crinum tu hehehe...
Bakawali tu yang kembang dekat pagar depan memang jauh dari pandangan.
Ya zaman dulu masa orang tanam sayur sendiri je pandai "foraging" masa stock tak cukup. Sekarang jarang nampak orang muda "foraging".
assalamualaikum, tumpang share link dlm blog sy
Waalaikumsalam Sis Noor,
Terima kasih sudi singgah blog kami.
Catat Ulasan