No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 6 Ogos 2014

Awal Syawal Musim Asparagus

 Setelah seminggu beraya, tiba-tiba tekak ni teringin pula makan lauk simple kampung. Jadi semalam lepas ambil Ilhan dari sekolah agama singgah beli ikan kembung pergilah kutip sayur manis di petak D. Tergerak hati pula nak intai si Mary Washington di petak E. Eh ada pucuk asparagus rupanya di celah-celah weed bila tukang kebun intai. 
 Bila tukang kebun intai di tempat-tempat lain kebanyakkannya pokok-pokok asparagus dalam Kebun Bahagia Bersama sedang keluarkan tombak-tombak asparagus dengan saiz munculnya pelbagai. Walaupun kemarau, kebelakangan ini dalam bulan Syawal ada malam dan awal pagi yang terasa sejuk berbanding dengan hari-hari biasa. Ini membuatkan pokok-pokok asparagus teruja keluarkan tombak-tombak (pucuk) baru keluar dari dalam tanah. Tukang kebun tersenyum makin lebar apabila melihat pokok asparagus di sebelahnya juga dalam minggu ini akan dapat dituai hasil tombaknya juga (anak panah hijau). Pokok mulberry yang juga berada di petak E, hari Isnin tukang kebun ada hard pruning (klik sini untuk image projek petak E).
 Pokok-pokok asparagus Mary Washington yang berteduh di bawah pokok durian juga mengeluarkan pucuk-pucuk baru. Siap pada satu kelompok ada 3 tombak keluar rapat-rapat sekali.
 Senyuman tukang kebun menjadi lebar lagi bila tukang kebun intai petak 1 yang terbiar berbulan-bulan, Si Connover's Collosal juga mengeluarkan tombak. Si Connover's Collossal ini berjiran dengan 4 anak pokok durian belanda yang tukang kebun tanam tahun lepas di petak 1. Jarang sekali mereka disiram pada musim kemarau tapi masih besar bagaikan juara. Batch anak durian belanda yang tumbuh sini sama dengan yang Kebun Bahagia Bersama bekalkan pada tahun 2013. Syukur Alhamdulillah semakin meningkat usia Si Connover's Collosal semakin gemuk tombak yang dikeluarkan berbanding dengan awal tahun ini (klik sini untuk banding progress Si Connover's Collosal).

 Tidak mustahil lagi nak tuai asparagus dengan cuaca seperti di Lembah Klang ini. InsyaAllah usaha tangga tuaian. Kalau malam-malam cuaca dingin dan banyak hari mendung atau hujan bolehlah nak mencuba-cuba semai biji benih asparagus. 

Ada 2 jenis biji benih asparagus dalam stock, nyatakan yang mana pilihan hati.

~ Asparagus Connover's Collosal atau Mary Washington~

Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek berharga RM3.00 . 

4 ulasan:

Shasrine berkata...

Alamak.. sedapnya asparagus. Terliur jap, kalau nak makan asparagus shas gi bangsar grocer sebab rasa situ murah sikit asparagus yg dijual, and nampak fresher.

Shas pun semalam petik sayur pucuk manis, buat perencah dalam bihun goreng. Pokok shas kecik lagi sebenarnya, tapi nak petik jugak sebab takde sayur.

The day before that, petik bayam malabar and sayur pucuk manis untuk masuk dalam sup. Semua pokok ni yg beli from u hari tu.



TukangKebun berkata...

Salam Syawal Shasrine,

Syukur Alhamdulillah masa birthday Abby merangkap raya dapatlah campur asparagus dalam macaroni goreng bersama-sama sayur daun ginseng jawa.
Syukur Alhamdulillah dapatlah mula petik-petik sayur from your own balcony garden.
Malabar if you harvest cut the young shoots nanti akan jadi lebih branching.

Tanpa Nama berkata...

Hi.Diana,
I wanna try my luck to grow aparagus pulak... 1pk Mary Washington pls ! How long it took to harvest ?

Thanks.
Choi Min

TukangKebun berkata...

Dear Choi Min.

Depending on your tender loving care.
For me I like to wait until the plant is well-established and the spear has become fatter and fatter as the plant mature. Let it be at least more than a year or 15 months old than you can harvest some of the poking spears.
Ok reserved one pack for you.